Dosa Itulah Yang Sering Kita Ulang

Sudah penat ku melakukan dosa,
sampai bila dosa yang sama ingin ku ulang,
sudah tertutupkah pintu hidayah daripada Tuhan,
hingga ku sendiri tidak berdaya melawannya!

Jika dihitung masa harianku penuh dengan dosa,
ke mana pergi semua pahala?
Asyik dosa, dosa, dosa dan lagi-lagi dosa!
Semacam dosa itu pula pahala?

Biarlah ku melihat pada dosa ku,
kerna ku kira pahala ku tidak seberapa,
Tidak seberapa pahala tidak bermakna ku ini Sang Leka!
Sang Leka pasti dia tidakkan peduli tentang dosanya!

Esok ku harap dosa ku diampunkan.
Esok Ku harap dosa ku dihapuskan.
Esok ku harap dosa ku banyak...
Banyak yang dihapus dan diampunkan!

1 ulasan:

Rijal, Jue, Fatih, Fawwaz, Anis berkata...

Assalamualaikum
TQVM kerana sudi singgah ke blog Teman. Cikgu Bahasa ke nie? saya tak dapat nak post komen kat bahagian sembang2.Knape yerk?
ok..All the best