BAHASA JURUJUAL TIONGHUA : SATU KAJIAN PRAGMATIK (TAN MEK LENG 2003)

ABSTRAK KAJIAN

Tesis ini berlandaskan kajian pragmatik terhadap pola-pola bahasa jurujual Tionghua yang telah dijalankan di Lembah Klang khasnya di bandar Petaling Jaya. Perspektif pragmatik dipilih untuk kajian ini berlandaskan kerangka tesis seperti yang disarankan oleh Allwood (1987), prinsip kerjasama (Grice) dan konsep kesantunan Brown dan Levinson (1987). Kaedah yang telah digunakan sebagai asas untuk kajian ini adalah kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif pula telah digunakan dalam proses trangulasi untuk memantapkan kajian. Banyak dapatan yang diperoleh dapat menunjukkan bahawa variasi bahasa yang digunakan jurujual Tionghua termasuklah variasi bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa kantonis. Jurujual Tionghua juga sering menggunakan penukaran kod dan bahasa pasar. Terdapat banyak faktor yang menentukan pemilihan bahasa oleh jurujual-jurujual berkenaan. Parameter-parameter yang mempengaruhi pemilihan bahasa adalah seperti latar belakang pendidikan, ‘repertoire’, penutur, etnik dan juga tujuan penutur berkomunikasi. Dalam penjelasan berkaitan dengan urutan, pengambilan giliran dan maklum balas bahasa jualan dan perbincangan telah dikaitkan dengan konsep maksim-maksim Grice, implikatur perbualan dan perlakuan bahasa. Strategi-strategi yang digunakan oleh jurujual Tionghua ketika berinteraksi dengan pelanggan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan pilihan juga telah dibincangkan. Dapatlah disimpulkan bahawa jurujual Tionghua telah menggunakan bahasa berdasarkan kemahiran berbahasa mereka serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Kajian rintis ini mencadangkan agar jurujual Tionghua mempunyai cara tersendiri untuk melayan pelanggan. Semoga dapatan kajian akan dijadikan sebagai panduan untuk pengkaji-pengkaji yang lain pada masa akan datang. (Tan Mek Leng : 2003).

 
1.0 PENDAHULUAN

Sebuah Tesis Ijazah Doktor Falsafah telah dipilih dan dikaji iaitu tesis yang bertajuk Bahasa Jurujual Tionghua : Satu Kajian Pragmatik dari Fakulti Bahasa Dan Linguistik Universiti Malaya, tahun 2003.


2.0 TEORI DAN PELOPORNYA

Tan Mek Leng dalam tesisnya Bahasa Jurujual Tionghua : Satu Kajian Pragmatik (2003) telah membicarakan kajian mengenai perspektif teoritis pragmatik dan sosio linguistik. Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukannya serta pandangan yang diambil daripada beberapa ahli linguistik yang terkenal di peringkat antarabangsa dan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa sarjana tempatan mendapati bahawa, kajian pragmatik telah dijalankan lebih daripada setengah abad yang lalu dan membicarakan bahasa dari sudut yang berbeza daripada kajian semantik dan sintaksis.

Ahli falsafah yang pertama yang telah memberikan pengertian pragmatik iaitu, Morris (1938, 1946) dan disusuli oleh Garnap (1952, 1956). Kedua, pendapat-pendapat tersebut telah diulas oleh Levinson (1983). Menurut Morris (ibid) pragmatik adalah satu kajian terhadap hubungan bahasa dengan penutur-penuturnya, manakala Garnap (ibid) berpendapat bahawa pragmatik mengkaji hubungan antara konsep-konsep kepercayaan, ujaran dan tujuan penutur berkomunikasi (Levinson, 1983)

Allwood (1983) menjelaskan bahawa, pragmatik adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud aksi atau aktiviti. Oleh sebab itu, pragmatik adalah bermaksud kajian terhadap aktiviti yang berkaitan dengan aksi atau perlakuan aksi bahasa. Allwood (ibid) beranggapan, pragmatik amat mementingkan aksi bahasa yang dilakukan oleh penutur. Pragmatik ini adalah berfokus kepada kajian bahasa yang dilakukan oleh penutur untuk menyampaikan maknanya (speakers meaning) dalam konteks tertentu.

Menurut Crystal, berdasarkan kajian Tan Mek Leng (2003 : 11), telah memberikan definisi pragmatik yang berkaitan dengan konsep makna penutur iaitu :

Pragmatics is the study of language from the point of view of the users


Especially of the choices they make the coustraints they encounter in using


Language in social interaction, and the effects their use og language has on


the other participants in an act of communitious.

Berdasarkan definisi tersebut, Crystal (ibid) telah menghuraikan bahawa pragmatik adalah merujuk kepada kajian terhadap bahasa dari sudut pandangan agama bahasa itu sendiri. Pengguna bahasa akan menghadapi kekurangan-kekurangan tertentu semasa berinteraksi dengan orang lain. Melalui pilihan yang dibuat, seseorang penutur bukan sahaja akan memberikan kesan ke atas dirinya sendiri malah kepada sesiapa sahaja yang berinteraksi dengannya. Pandangan yang diberikan oleh Crystal (2003) itu telah menyelesaikan bahawa gaya pertuturan dan perlakuan bahasa (speech acts). Penutur itu akan turut mempengaruhi orang berinteraksi dengannya.

Dalam menghuraikan konsep pragmatik yang berkait rapat dengan konteks sesuatu ujaran, Richards and Platt (2003) telah memberikan penjelasan berikut :

Pragmatics is the study of the use of language in communication


particularly the relationships between sentences and the context


and situations in which they are used.

Menurut Tan Mek Leng, dengan merujuk kepada definisi yang telah diberikan oleh Richards and Platt di atas, pragmatik bukan sahaja mengkaji makna penutur pada peringkat ayat malah pragmatik juga dapat menghuraikan makna yang lahir daripada konteks yang terlibat dalam ujaran tersebut. Oleh sebab itu, pragmatik bukan sahaja berfokus kepada nakna tersurat (explicit) malah pragmatik juga memberi pengukur terhadap makna tersirat (implicit) sesuatu ujaran.

Jelaslah di sini bahawa, pengkaji iaitu Tan Mek Leng telah menggunakan teori pragmatik sepenuhnya dalam kajiannya ini.


3.0 HURAIAN DAN APLIKASI

3.1 Ujaran Sebagai Suatu Perlakuan Sosial

Menurut Tan Mek Leng, (2003 : 12) berdasarkan huraian yang telah diberikan setakat ini, jelaslah bahawa pragmatik meninjau bagaimana konteks mempengaruhi makna sesuatu ujaran. Konteks dalam kajian ini adalah merujuk kepada pengetahuan latar belakang terhadap sesuatu ujaran yang dikongsi bersama oleh peserta-peserta dalam sesuatu perbualan. Levinson (1983) memberi penjelasan mengenai konteks tersebut.

“...the term context is understood to cover the identifies of participants the


Temporal and spatial parameters of the speech events, and (as we shall be)


The beliefsi knowledge and intention of the paticipants in that speech events”

(Levinson 2003 : 12)

Menurut Tan Mek Leng (2003 : 12) jika diperhalusi pendapat Levinson (ibid) melalui konteks parameter-parameter terhadap peristiwa bahasa seperti peserta-peserta tempoh dan ruang waktu, akan dapat dikenal pasti. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi pertuturan termasuklah kepercayaan, pengetahuan dan niat peserta-peserta yang terlibat dalam pertuturan tersebut. Oleh sebab itu, dengan memenuhi konteks, sesuatu ujaran tersebut dapat difahami oleh pendengar.

Pada amnya makna tersirat yang ingin disampaikan oleh penutur dalam sesuatu ujaran tidak mempunyai persamaan dengan makna permukaannya (makna literal) misalnya jika seseorang menngujarkan “Saya sedang menunggu seseorang” .Ujarannya boleh bermaksud “dia tidak boleh pergi dari situ” atau “ dia perlu berada di situ kerana ada seseorang yang sedang ditunggunya.”

Dengan berkongsi maklumat dengan latar belakang konteks ujaran tersebut, pendengar akan dapat memenuhi mesej yang ingin disampaikan oleh penutur berkenaan. Dengan kata lain, konteks bukan sahaja berfungsi untuk menerangkan makna luaran (what is explicitly stated) iaitu apa yang dilafazkan penutur malah konteks dapat menjelaskan makna tersirat (what is implicated) di sebalik ujaran tersebut. Menurutnya lagi, konteks boleh membezakan makna ujaran kepada 3 tahap tertentu :

1) Dapat memberitahu kita tentang makna ayat yang diujarkan.

2) Dapat menjelaskan tentang usul yang telah diungkapkan.

3) Konteks juga menerangkan usul yang diungkapkan dengan daya ilokusionari (illocutionary force) tertentu. Oleh sebab itu, makna ujaran tersebut dapat difahami oleh pendengar yang berkongsi pengalaman yang sama dengan penutur berkenaan.(Lyons, 2003 : 13)

Melalui pandangan yang diberikan setakat ini, konteks dapat menjelaskan kedua-dua makna luaran (explicit) dan makna tersirat (implicit) dalam sesuatu ujaran yang dihasilkan oleh seseorang penutur.


3.2 Perbezaan Antara Konteks Dan Ko-teks (Co-text)

Menurut Levinson (1983) terdapat perbezaan yang jelas antara konsep konteks dan ko-teks. Ko-teks terhadap satu perkataan adalah satu set perkataan-perkataan lain yang digunakan dalam satu frasa atau ayat. Ko-teks juga dikenali sebagai konteks linguistik (linguistic context) satu perkataan yang wujud bersama dengan co-teks (co-text) akan membawa kesan terhadap apa yang kita fikirkan. Bentuk konteks yang lebih umum ialah konteks fizikal (physical contex). Pemahaman yang berkait rapat dengan apa yang diujarkan adalah berkait rapat dengan konteks fizikalnya. (Tan Mek Leng, 2003 : 13)

Menurutnya lagi, setiap penutur yang berkomunikasi ingin menyampaikan makna tertentu kepada pendengar. Konsep makna boleh dibezakan kepada makna penutur (speakers meaning) dan mahir luaran (literal meaning). Makna penutur adalah bermaksud satu set proposisi yang mana sebahagian daripadanya menekankan makna sebenar perkataan yang digunakan. Manakala sebahagian lagi makna dengan ujaran tersebut yang membawa makna tidak langsung. Makna tidak langsung boleh dilahirkan melalui inferensi oleh pendengar. Ayat pula merupakan satu pernyataan umum mengenai sesuatu keadaan. Levinson (1983) telah memberikan penjelasan mengenai perbezaan antara ayat yang diujarkan seperti berikut:

“... the destination between sentence and utterance is of foundamental


importance to both semantics and pragmatics. Essentially, we want to say


that the sentence is an abstract theoretical entily defined within atheory of


grammar, while an atterance is the issuance of a sentence, a sentence –analogue,


or a or sentence- fragment, is an actual context.”

(Levinson 2003 : 14)

Pada amnya, seperti yang telah dihuraikan oleh Levinson (ibid) ayat lahir daripada teori nahu yang abstrak manakala ujaran pula lahir daripada ayat atau sebahagian daripada ayat yang wujud dalam konteks sebenar. Oleh sebab itu, jelaslah terdapat perbezaan antara ayat dengan ujaran yang makna ujaran adalah lahir daripada ayat yang dilafazkan dalam konteks tertentu.


3.3 Konsep Makna Penutur Dan Prinsip Kerjasama Grice

Menurut Tan Mek Leng (2003) lagi, konsep pragmatik yang dipelopori oleh Grice (1975) telah cuba untuk menjelaskan konsep makna dengan sejelas-jelasnya. Grice (ibid) telah mencadangkan bahawa apa yang disampaikan itu adalah lebih daripada apa yang diperkatakan (what is implicated is more that what is said). Grice (ibid) telah mengandaikan bahawa seseorang penutur merupakan orang yang rasional.

Pada amnya setiap penutur yang terlibat dalam interaksi sering bekerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan kelicinan dalam perbualan. Satu cara untuk menunjukkan kerjasama, seseorang penutur itu haruslah memberikan maklumat yang sesuai dalam sesuatu perbualan. Dalam membincangkan konsep kerjasama ini, Grice (ibid) telah membentangkan prinsip bekerjasama (co-operative principle) seperti berikut :

“The co-operative principle make your contribution such as is required


At the stage at which it occurs, by the accepted purpose or direction of


The talk exchange in which you are engaged”

(Grice 2003 : 16)

Prinsip bekerjasama ini, dijelaskan oleh Grice (ibid) dengan lebih lanjut melalui keempat-empat maksim dan sub maksim seperti :

1. Make your contribution as informative as is required (for the current purposes of the exchange)


2. Do not make your contribution more informative than is required maxim of quality :


Try to make your contribution are that is true, specifically :


1. Do not say what you believe to be false.


2. Do not say that for which you have lack adequate evidence.


Maxim of relation : Be relavant


Maxim of manner : Be perspicuous and specifically


1. Avoid obscurity of expression.


2. Avoid ambiguity


3. Be brief


4. Be orderly

(Grice 2003 : 16)

Dalan huraian terhadap prinsip bekerjasama (co-operative principle) tersebut, Grice (ibid) telah mengandaikan bahawa setiap penutur pada amnya lebih mementingkan maksim kuantiti (maxim of quantity) berbanding dengan maksim-maksim yang lain. Oleh sebab itu, seseorang penutur haruslah menerima maklumat yang sesuai, cukup dan lengkap serta berinformatif agar mesej yang ingin disampaikan lebih mudah difahami oleh pendengar. Oleh sebab itu setiap sumbangan yang diberikan pula haruslah bersesuaian dengan pertukaran semasa dalam perbualan yang disertainya.

Dalam menghuraikan maksim kualiti (maxim of quality) dan sub-maksimnya Grice (ibid) menyatakan, setiap penutur harus bersikap jujur ketika menghasilkan sesuatu ujaran. Penutur perlu sedar bahawa pendengar akan menerima apa sahaja yang disampaikan olehnya. Dengan itu, penutur bukan sahaja perlu bercakap benar, malah dia harus mengelakkan ujaran yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Grice (ibid) telah mencadangkan supaya penutur diberikan sumbangan berkaitan dengan tajuk semasa dan sudah tentu pendengar akan menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang diucapkan oleh penutur tersebut.

Hal ini berkaitan dengan maksim perkaitan. Untuk mematuhi maksim cara (maxm of manner) dan sub-maksimnya pula, Grice (ibid) menyatakan bahawa seseorang penutur haruslah memastikan bahawa setiap sumbangan yang diberikan ringkas dan tiada fakta supaya mesej mudah difahami oleh pendengar. Setiap sumbangan yang diberikan mestilah jelas dan tersusun supaya pendengar mudah mengikuti perkembangan sumbangan yang diberikan.

Menurut Tan Mek Leng (2003), walaupun keempat-empat maksim tersebut seringkali dikaitkan dengan keperluannya yang harus dipenuhi dalam perbualan, namun, terdapat beberapa pertindihan antaranya untuk memenuhi maksim kuantiti dan maksim cara. Penutur diperlukan untuk memberikan sumbangan secara ringkas dan teratur serta kesamaan harus dielakkan. Jika terdapat penutur yang bertindak dengan secara tidak sengaja untuk bertutur secara kabur dan tidak teratur, penutur tersebut boleh dikatakan telah cuba untuk menyembunyikan sesuatu kebenaran. Penutur berkenaan boleh dianggap telah melanggar maksim kualiti dan maksim cara.

Dengan ringkasnya, maksim-maksim yang dicadangkan oleh Grice (ibid) memerlukan peserta-peserta untuk bersikap rasional dan bekerjasama untuk mewujudkan kelicinan dalam sesuatu perbualan. Prinsip bekerjasama keempat-empat maksim tersebut, telah menekankan betapa pentingnya peserta memberi maklumat yang cukup, relevan, ikhlas, jelas serta ringkas dalam sesuatu perbualan.


3.4 Konsep Implikatur Perbualan

Seperti yang telah dibincangkan setakat ini, sememangnya kita sedar bahawa, dalam keadaan tertentu, penutur-penutur dapat memenuhi syarat yang telah ditentukan dalam maksim atau maksim-maksim yang dicadangkan. Grice mencadangkan walaupun makna luaran ujaran tersebut tidak mematuhi maksim perbualan, pendengar masih dapat memenuhi makna tersiratnya dengan membuat referensi terhadap ujaran tersebut.( Tan Mek Leng : 2003) Grice (ibid) telah menggunakan konsep implikatur menghasilkan ujaran sedemikian. Levinson (1983) telah memberikan definisi implikatur perbualan seperti berikut :

“...the term implicature is intended to constrast with terms like


logical implication, entailment and logikal consequence which are


generally need to refer to inferences that are derived solely from


logical or semantic content. For implicatures are not semantic


inference, but rather inferences based on both the content of


what has been said and some specific assumption about the nature


of ordinary verbal interaction.”

(Levinson 2003 : 19)

Menurut Tan Mek Leng (2003 : 20) lagi, berdasarkan definisi di atas, Levinson (ibid) telah menegaskan bahawa, pada amnya implikatur perbualan adalah merujuk kepada inferensi-inferensi yang lahir secara tersendiri daripada kedua-dua maksud tersurat dan tersirat ujaran tersebut. Inferensi-inferensi yang wujud adalah merujuk kepada apa yang diperkatakan dan terdapat beberapa andaian tertentu mengenai keadaan sebenar terhadap bentuk kerjasama dalam interaksi verbal berkenaan.

Menurut Grice (ibid), implikatur perbualan boleh wujud dalam pelbagai situasi untuk menunjukkan seolah-olah penutur tidak mematuhi aturan tertentu prinsip bekerjasama (co-operative principle) dan memaksa pendengar untuk berfikir tentang tujuan penutur mengujarkan sedemikian. Pendengar tidak hanya mengambil maksud luaran sahaja tetapi dapat memahami makna tersirat berasaskan pengetahuan terhadap konteks yang dikongsi bersama. Oleh sebab itu, kesinambungan pertuturan dapat dikekalkan dan kelicinan berkomukasi tidak terjejas. Secara amnya, pelbagai peranti retorik digunakan oleh penutur untuk mengeksploitasi dan melanggar maksim-maksim perbualan dan penutur tersebut yang boleh diandaikan masih mematuhi prinsip bekerjasama.

Menurut Grice (ibid) peserta-peserta dalam perbualan adakalanya gagal untuk memenuhi syarat maksim-maksin tertentu. Situasi tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti :

a) Penutur cuba melakukannya dengan secara tersembunyi atau secara tidak ketara (terang-terang) melanggar syarat maksim tertentu. Dengan ini, dia dikatakan seolah-olah cuba untuk mengelirukan pendengar dengan mengeksploitasikan maksim-maksim tertentu.

b) Penutur berkenaan memilih jalan keluar untuk menunjukkan dia tidak mahu melibatkan diri dalam perbualan, iaitu dengan cara tidak mematuhi maksim tertentu dan prinsip-prinsip bekerjasama dengan mengujarkan seperti berikut :

“Saya tidak sanggup untuk berkata-kata apa-apa lagi, mulut saya sudah terkunci.”

c) Penutur mungkin berdepan dengan masalah perlanggaran maksim kuantiti, iaitu dengan cara tidak memberikan maklumat yang secukupnya. Penutur itu juga mungkin melanggar maksim kualiti iaitu penutur itu tidak mempunyai bukti yang mencukupi tentang apa yang diperkatakan olehnya.

d) Penutur telah gagal untuk mematuhi makna-makna maksim, iaitu dengan sengaja tidak mahu mematuhi syarat-syarat yang dicadangkan oleh maksim-maksim tertentu. Tindakan penutur berkenaan akan menyukarkan pendengar untuk mentafsir sama ada penutur itu masih mematuhi prinsip bekerjasama.

Oleh sebab itu,dalam keadaan seperti ini, implikatur perbualan diperlukan untuk memberi penjelasan terhadap makna ujaran tersebut. Implikatur perbualan yang terhasil secara demikian, adalah disebabkan oleh maksim atau maksim-maksim tertentu dieksploitasi oleh penutur berkenaan dengan secara sengaja. Dalam membicarakan konsep implikatur perbualan ini, Grice (ibid) telah membandingkan konsep implikatur perbualan dengan konsep implikatur konvesional. Perbezaan di antara kedua-dua konsep tersebut boleh dijelaskan :

“Langit dah mendung, hujan akan turun tak lama lagi!”

Melalui contoh di atas, jika makna ujaran tersebut adalah berkaitan dengan implikatur konvensional, pendengar tidak perlu membuat inferensi kerana makna ujaran sudah difahami umum. Walaupun begitu, jika ujaran sedemikian dilafazkan, dalam konteks yang diterima, si ibu telah memaklumkan kepada si ayah tentang anaknya yang tidak mendapat sesuatu yang dihajatinya, sudah tentu makna ujaran tersebut berbeza daripada makna luarannya. Ujaran tersebut boleh membawa makna sebaliknya, dan implikatur perbualan diperlukan untuk menjelaskan makna tersirat di sebalik ujaran tersebut.

(Tan Mek Leng, 2003 : 21)


3.5 Perlanggaran Maksim dan Kewujudan Implikatur Perbualan

Grice (1975) menyarankan terdapat beberapa keadaan yang boleh mewujudkan implikatur perbualan adalah disebabkan oleh perlanggaran maksim-maksim iaitu :

a) Perlanggaran maksim kuantiti (maxim of quantity)

b) Perlanggaran maksim kualiti (maxim of quality)

c) Perlanggaran maksim perkaitan (maxim of relevance)

d) Perlanggaran maksim cara (maxim of manner)


3.6 Perlanggaran Maksim Kualiti

Seseorang penutur dianggap melanggar maksim kualiti apabila dia mengujarkan sesuatu yang dia sendiri sedari bahawa ujaran itu tidak benar dan dia tidak mempunyai bukti yang sah untuk berkata sedemikian. Terdapat juga keadaan tertentu yang mana penutur dengan secara sengaja memesongkan kebenaran ujarannya seperti :

A1 : Siapa ni?

B1 : Anak saya.

Andaikan perbualan di atas berlaku antara dua orang kawan baik, yang amat rapat dan mengetahui latar belakang masing-masing. Sepanjang pengetahuan A, B, masih bujang dan tidak mempunyai anak. Dengan bertutur sedemikian, B seolah-olah cuba memperdayakan A. Dengan memberikan pernyataan tersebut, dia telah melanggar maksim kualiti. Oleh sebab itu, implikatur perbualan diperlukan untuk menerangkan ujaran tersebut. A perlu membuat inferensi bahawa B berkata sedemikian mungkin sebagai satu cara untuk berjenaka dengannya. Atau B mempunyai tujuan lain dibandingkan dengan dirinya. Dengan adanya inferensi tersebut, pendengar akan cepat memahami maksud tersirat ujaran tersebut.


3.7 Perlanggaran Maksim Kuantiti

Perlanggaran maksim kuantiti berlaku apabila seseorang penutur memberikan ujaran yang terlalu ringkas dan tidak mencukupi seperti yang diperlukan dalam pertukaran semasa. Ujaran yang terlalu ringkas menyebabkan kesukaran terhadap pendengar memahami ujarannya.

A : Di mana Siti?

B : Entah!

Contoh di atas menunjukkan maklumat yang diberikan oleh B tidak jelas dan tidak mencukupi berdasarkan pertukaran semasa. Jawapan yang diberikan terlalu ringkas. Ujaran tersebut begitu sukar difahami jika pendengar merujuk kepada maksud luaran sahaja. Oleh sebab itu, implikatur diperlukan untuk menjelaskan makna ujaran sedemikian. Ujran B bermaksud bahawa dia tidak dapat memastikan di mana Siti berada pada masa itu. Oleh yang demikian, dengan adanya inferensi tersebut, pendengar dapat memahami ujaran berkenaan.


3.8 Perlanggaran Maksim Perkaitan

Menurut Grice (ibid) perlanggaran maksim perkaitan berlaku apabila seseorang penutur menghasilkan sesuatu ujaran yang tidak berkaitan dengan tajuk semasa, sebagaimana dalam contoh ujaran di bawah ini :

A: Mengapa dia tidak hadir hari ini?

B: Anaknya sakit semalam.

Andaikan perbualan tersebut berlaku di dalam sebuah pejabat. Dengan berkata demikian, B boleh dianggap telah melanggar maksim perkaitan. Implikatur yang diperlukan dalam ujaran seperti ini untuk menerangkan bahawa B bertutur sedemikian untuk mengelakkan daripada memberitahu hal sebenarnya kerana dia sendiri masih belum dapat memastikan perkara tersebut. Oleh sebab itu, dia tidak mahu dianggap oleh pendengar bahawa dia tidak bekerjasama dalam perbualan, dia terpaksa melanggar maksim perkaitan dengan memberikan pernyataan seperti itu.


3.9 Perlanggaran Maksim Cara

Boleh berlaku apabila penutur melafazkan ujaran yang taksa dan tidak teratur. Keadaan telah menyebabkan penutur telah menghadapi kesukaran untuk menangkap makna yang ingin disampaikan olehnya. Perlanggaran maksim cara adalah seperti contoh berikut :

A: Bilakah awak nak beli kereta baharu?

B: Orang macam saya ini, manalah boleh beli kereta baharu?

Contoh tersebut telah menunjukkan bahawa B telah memberikan ujaran dengan cara yang kabur dan tidak mematuhi maksim cara. Ujaran B sukar difahami oleh pendengar kerana ujaran yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya. Oleh sebab itu, implikatur diperlukan iaitu B cuba memaklumkan bahawa dia tidak berkemampuan untuk membeli sebuah kereta baharu. Walaupun begitu, dia tidak memberikan penjelasan lanjut tentang perkara tersebut. Ujarannya hanya dapat difahami selepas inferensi terhadap ujaran dilakukan oleh pendengar.

Sepanjang perbincangan, adalah sukar untuk pendengar membuat tafsiran terhadap makna tersirat sesuatu ujaran. Melalui pengalaman yang dikongsi bersama oleh peserta terhadap konteks sesuatu ujaran sahaja, akan membolehkan makna sesuatu ujaran difahami. Implikatur perbuatan merupakan inferensi pendengar terhadap ujaran berkenaan diperlukan untuk memberi penjelasan terhadap makna tersirat sesuatu ujaran. Oleh sebab itu, konteks amat penting untuk menjelaskan makna tersirat di sebalik sesuatu ujaran. Perlakuan bahasa pula merupakan pelengkap terhadap maksim-maksim tertentu. Sesuatu ujaran harus berinformatif, telus, tersusun dan ringkas supaya mudah diikuti oleh pendengar.

(Tan Mek Leng , 2003 : 23)


3.10 Pragmatik dan Perlakuan Pertuturan (Speech Acts)

Sepanjang perbincangan setakat ini, huraian yang diberikan adalah yang berkaitan dengan konsep makna yang diberikan oleh Grice (1975). Selain itu, Austin (1962) memperkenalkan konsep perlakuan bahasa (Speech Acts Teory) untuk menghuraikan perlakuan pertuturan manusia. Huraian terhadap konsep perlakuan bahasa Austin (speech Acts) dianggap tidak begitu jelas. Oleh sebab itu, konsep perlakuan ini dihuraikan dengan lebih mendalam oleh Searle (1975).

Menurut Austin (1962) pertuturan merupakan satu perlakuan performatif (performative acts) penutur. Austin (ibid) telah membuat kajian terhadap kata kerja performatif (performative verb) seperti berjanji (promise), bersumpah (swear) atau melakukan aksi lakusioneri (locitionary acts) yang mengandungi ayat, jenis adverba, aspek aturan perkataan, tekanan suara dan intonasi tertentu. Pada pendapat Austin (ibid) semasa seseorang penutur itu melafazkan sesuatu ujaran, penutur itu diandaikan bukan sahaja melakukan perlakuan bahasa (speech act) malah penutur itu juga memerlukan reaksi pendengar (orang yang disapa) untuk melakukan perlakuan tertentu untuknya.

Austin (ibid) telah membahagikan perlakuan bahasa kepada 5 kategori :

a) Asertif (assertives) iaitu pernyataan yang menekankan kepercayaan dan memberikan pernyataan yang sesuai dengan keadaan dan memperlihatkan perlakuan penutur yang sebenar.

b) Arahan (directues) seperti permintaan memberikan arahan yang sesuai dengan keadaan dan dikira sebagai satu cara untuk menyuruh pendengar melakukan sesuatu.

c) Komisif (commisives) iaitu seperti berjanji dengan menyatakan satu hajat untuk memberikan yang sesuai dengan keadaan dan dikira untuk penutur melibatkan diri dengan perlakuan pada masa akan datang.

d) Ekspresif (expressive) seperti meminta maaf dengan membuat pelbagai pernyataan yang berkaitan dengan emosi yang tidak berkaitan dengan keadaan sebenar tetapi bertujuan untuk menyatakan perasaan tertentu.

e) Pengisytiharan (declaration) iaitu seperti merasmikan sesuatu upacara, mengisytiharkan peperangan, dan menamakan sesuatu yang tidak menyatakan perasaan tertentu dan tidak berkaitan dengan keadaan sebenar tetapi boleh membawa perubahan kepada keadaan tertentu (Searle, 1975) .

Tan Mek Leng (2003), telah memberi contoh seperti seorang penutur iaitu suami, telah mengujarkan “saya lapar”. Ujaran tersebut bukan sahaja merupakan satu pernyataan yang dia lapar, malah ujaran itu secara tidak langsung dilafazkan untuk memberitahu si isteri iaitu “saya hendak makan”. Ujaran itu merupakan satu cara untuk memberi isyarat kepada si isteri agar menyediakan makanan saya. Walaupun ujaran penutur tersebut tidak dinyatakan secara berterus-terang tetapi si isteri faham.

Melalui pertuturan, si suami akan melakukan satu perlakuan bahasa yang tidak langsung dan si suami telah mengujarkan sesuatu yang mengandungi maksud tersurat dibandingkan ujaran tersebut.

Tan Mek Leng (2003) telah menyatakan bahawa, Austin telah menamakan ujaran itu sebagai perlakuan bahasa yang tidak langsung (indirect speech act). Dalam menghuraikan perlakuan bahasa tidak langsung, Austin mengandaikan seorang penutur sering melakukan perlakuan seperti ini untuk mengelakkan daripada bertutur secara berterus-terang. Perlakuan bahasa tidak langsung merupakan satu kebiasaan dalam sesuatu komuniti bahasa untuk mengubah pendengar memahami sesuatu perlakuan bahasa manakala, pendengar harus memahami konteks di mana ujaran itu dituturkan.

Jika sekiranya penutur berkenaan melafazkan ujaran berkenaan dalam konteks berjenaka, perlakuan berbahasa tidak langsung ini membawa maksud bahawa ujaran tersebut tidak memerlukan pandangan untuk melakukan apa-apa perlakuan bahasa.

Konsep perlakuan bahasa tidak langsung (indirect speech act) ini hampir-hampir menyamai konsep implikatur perbualan yang telah dibincangkan, iaitu kedua-dua konteks membincangkan makna penutur. Walaupun begitu, terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-dua konsep tersebut. Perlakuan bahasa tidak langsung menerangkan makna di sebalik pertuturan yang diujarkan, manakala implikatur perbualan pula merupakan inferensi yang diperlukan oleh pendengar untuk memahami makna tersirat sesuatu ujaran itu.


3.11 Aktiviti Sosial Dalam Konteks

Pragmatik turut membincangkan cara penutur berkomunikasi untuk menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan bahasa. Menurut pandangan Mey (1993), berdasarkan kajian Tan Mek Leng, pragmatik bukan hanya tertumpu kepada sistem sesuatu lambang malah pragmatik merupakan kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh penutur ketika berkomunikasi, yang lahir dalam sesuatu budaya atau masyarakat tertentu. Oleh sebab itu, pertuturan merupakan sebahagian daripada aktiviti kehidupan manusia itu sendiri.

Pelbagai ahli sosio-linguistik dan antropologi telah cuba untuk menghuraikan bagaimana ahli sesuatu budaya tahu untuk bertutur iaitu, dengan siapa (to whom) bila (when) di mana (where) dan bagaimana (how) untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan budaya masing-masing dan apakah jenis bahasa yang sesuai digunakan oleh mereka dalam perbualan harian.

Melalui model “Ethnography of Speaking” yang diperkenalkan oleh Hymes (1964) beliau telah menjelaskan pola bahasa yang digunakan dalam sesuatu budaya tertentu iaitu unit asas analisis pertuturan (speech event) dan perlakuan bahasa (speech acts). Komuniti bahasa merupakan satu komuniti yang berkongsi bahasa pertuturan atau menggunakan variasi bahasa yang sama. Peristiwa pertuturan pula merujuk kepada aktiviti tertentu, atau aspek aspek aktiviti yang dikawal oleh peraturan tertentu dalam sesuatu pertuturan.

Dalam hal ini, satu peristiwa bahasa (speech event) boleh mengandungi satu atau beberapa perlakuan bahasa di dalamnya. Oleh itu, apabila sesuatu ujaran yang dilafazkan dan difahami, pendengar diperlukan untuk melakukan perlakuan tertentu. Menurut Tan Mek Leng (2003) berdasarkan pendapat Hymes, fokus terhadap perlakuan bahasa (speech acts) pula berkait rapat dengan kemampuan linguistik dan kekangan sosio-budaya terutama bagi peserta yang terlibat dalam interaksi tertentu.

Komponen dalam perlakuan bahasa yang dibincangkan oleh Hymes (1974) pula adalah meliputi masa, tempat dan latar belakang peserta seperti umur, pendidikan, kelas atau kasta dan penduduk. Komponen lain termasuklah saluran, kod, tajuk, mesej dan norma interaksi penutur berkenaan. Setiap komponen tersebut akan mempengaruhi ujaran seseorang individu.

Komuniti bahasa merupakan satu komuniti yang mewarisi budaya yang sama, menggunakan variasi bahasa yang sama dari segi stail, standard dan pola pertuturan yang sama (Ferguson dan Gumperz, 1960). Komuniti bahasa dinamakan oleh Chomsky sebagai ‘homogeneous speech community’ (Chomsky, 1972). Kebanyakan kod pertuturan seseorang penutur itu dalam komuniti bahasa mempunyai fungsi yang berkaitan dengan masyarakat setempat. Pelbagai variasi pertuturan boleh dibezakan berdasarkan sempadan sosial atau sempadan geografi tertentu, malah dalam masyarakat yang amat sederhana sekalipun, variasi pertuturan harian mereka boleh dibezakan daripada gaya pertuturan dalam bentuk formal atau bukan formal.


3.12 Pragmatik dan Prinsip Kesopanan Pertuturan

Kajian pragmatik terhadap fenomena kesopanan telah diasaskan oleh beberapa sarjana termasuk Goffman. Goffman (1956) telah membincangkan konsep muka (face) yang berkaitan dengan imej seseorang yang dikatakan amat bergantung kepada cara seseorang bersemuka dengan orang lain (Goffman, 1981). Muka membawa maksud seperti dalam mengatakan konsep ‘ jatuh air muka’ (to lose face).

Menurut Goffman setiap peserta berada dalam konteks sosial tertentu dan perlu dihargai oleh orang lain. Mereka memerlukan kebebasan serta mahukan ruang tertentu seperti tidak mahu diganggu oleh orang lain. Goffman menamakan konsep ingin dihargai (face want) sebagai muka positif (positive face) dan konsep tidak mahu diganggu (not to be disturbed) sebagai muka negatif (negative face).

Beliau selanjutnya membincangkan interaksi sosial termasuk komunikasi verbal perlu dikaji daripada sudut peserta yang berusaha untuk merapatkan hubungan dengan orang lain. Peserta sepatutnya mengelakkan diri daripada melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan iaitu bertutur dengan tidak menjatuhkan air muka ataupun mengaibkan orang lain.

Konsep kesopanan ini telah menjadi inspirasi Brown dan Levinson (1987) untuk memperkenalkan prinsip kesantunan. Brown dan Levinson telah menerangkan bahawa kesopanan individu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kesopanan positif (positive politeness) dan kesopanan negatif (negative politeness). Dalam kesopanan positif, individu memerlukan pengakuan, penerimaan dan penghormatan daripada orang lain. Seorang individu yang menggunakan kesopanan negatif pula tidak memerlukan pengakuan daripada orang lain tetapi sering melakukan tindakan yang dianggap bercanggah yang dikenali sebagai aksi bersemuka mengugut (face-threatening acts). Konsep ini telah diberikan huraian oleh Brown dan Levinson seperti berikut :

“...language usage in many different languages can be shown to derive from certain assumptions about face-individuals self-esteem. We phrase the derivation in terms of three main strategies of politeness, positive polteness (roughly, the expression of restrains) and ‘off-record (politeness) (roughly, the avoidance of unequivocal impositions), and claim that the uses of each are tied to social determinants, specially the relationship between speaker and adressee and the potential offensiveness of the message content.”

(Brown and Levinson, 2003 : 31)

Menurut Tan Mek Leng (2003), dengan penjelasan yang diberikan oleh Brown dan Levinson ini, menunjukkan bahawa kesopanan dan pertuturan amat diperlukan dalam sesebuah komuniti bahasa. Setiap individu tersebut perlulah mematuhi peraturan yang digariskan oleh sesebuah komuniti bahasa. Dalam pertuturan harian, pola verbal seseorang individu dalam sesebuah komuniti bahasa adalah merupakan satu tindakan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh komuniti masing-masing seperti yang telah dijelaskan oleh Brown dan Levinson.

Salah satu cara untuk mematuhi aturan kesantunan dalam sesuatu budaya adalah dengan cara mengelakkan diri daripada melakukan ‘face – Threatening Acts (FTA) iaitu aksi yang dianggap bercanggah dengan kesantunan pertuturan dan aksi yang tidak diterima oleh komuniti berkenaan.

Menurut Tan Mek Leng, Asmah Haji Omar (1987) ada menyatakan, kesantunan merupakan etika yang harus dipatuhi oleh setiap peserta dalam sesuatu komuniti bahasa. Dalam sesuatu budaya, seseorang individu akan dianggap bersopan-santun sekiranya dia dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu perlakuan yang melanggar aturan kesantunan yang dianggap sebagai orang yang tidak bersopan atau tidak beradab.

Grundy (2000) telah mengupas pendapat Gu (1990) dan Mosanto (1989) terhadap strategi kesantunan dalam masyarakat China dan Jepun. Kedua-dua sarjana tersebut mempertikaikan pendapat Brown dan Levinson (1987). Gu (ibid) dan Mosanto (ibid) menyatakan bahasa konsep kesantunan masih bergantung kepada budaya sesuatu komuniti bahasa dan tidak bersifat universal. Pada pendapat kedua-dua sarjana tersebut, unsur kesopanan yang terdapat dalam masyarakat Asia berbeza dengan masyarakat barat seperti masyarakat British.

Misalnya masyarakat Asia lebih mengamalkan konsep perlakuan tidak langsung dan mengelakkan menyatakan sesuatu secara berterus-terang (Grundy, ibid). Menurut Leech (1983), penutur dalam budaya Cina dan Jepun lebih cenderung untuk mengamalkan sikap rendah diri dan sering menggunakan kiasan ketika bertutur dengan orang lain.

Grundy (ibid) yang membuat kajian mengenai wacana perniagaan di Hong Kong menyatakan bahawa, penutur-penutur yang terlibat di dalam dunia perniagaan perlu mengamalkan ‘Prinsip Kesantunan’ (principle of politeness) sebagai satu strategi untuk melayan pelanggan. Dalam konteks tersebut, seseorang penutur seharusnya memilih tutur kata yang sesuai agar ujaran yang dilafazkan boleh diterima oleh pendengar. Oleh itu, setiap tutur kata yang disampaikan, oleh seseorang penutur haruslah bersesuaian dengan persepsi pendengar dan aksi komunikatif konteks perbualan tersebut.


3.13 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Ujaran

Tan Mek Leng (2003 : 33) menyatakan, terdapat pelbagai parameter yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu seperti berikut :

a) Peranan dan Darjat Penutur

Budaya sesebuah masyarakat menentukan hubungan peranan seseorang individu. Hubungan peranan ini merupakan set hak dan tanggungjawab bersama yang diiktiraf dan diterima secara mutlak oleh ahli-ahli sistem sosio-budaya yang sama. Hubungan peranan akan berubah apabila hak-hak, darjat dan tanggungjawab berkaitan dengan hubungan tersebut tidak ditegaskan. Hubungan peranan juga menentukan bentuk panggilan yang digunakan oleh seseorang individu ketika bertegur sapa sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap individu yang lain.

Panggilan pada kebiasaannnya ditentukan umur, kumpulan sosial, dan hubungan peranan dengan individu berkenaan. Penggunaan panggilan adalah berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain. Misalnya banyak bahasa mempunyai bentuk sapaan bagi ganti nama diri orang pertama dan ganti nama diri orang kedua yang berbeza-beza.

Menurut beliau (2003 : 36), salah satu kajian yang amat penting telah dilakukan oleh Brown dan Gillman (1960) mengenai bentuk sapaan dan hubungan sosial penutur serta perkaitannya dengan penggunaan ganti nama diri kedua dalam bahasa Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol. Orang yang lebih berkuasa boleh mengawal pola perlakuan orang lain yang tidak berkuasa dan merupakan orang bawahannya. Pada pendapat Brown dan Gillman, orang yang lebih tua dianggap lebih berkuasa daripada orang muda, begitu juga dengan hubungan antara majikan dengan pekerja (Fasold, 1990).

Gumperz (1964) dan Goodenough (1965) telah menjelaskan bahawa seseorang individu yang mengetepikan hubungan peranan atau darjat masing-masing akan mewujudkan suatu interaksi yang bersifat ‘personal’ berbanding dengan hubungan yang lebih bersifat ‘urusan’. Misalnya hubungan antara majikan-pekerja lebih merupakan hubungan yang bersifat ‘urusan’ dan berbentuk formal. Pola interaksi antara individu yang berbentuk ‘personal’ pula adalah lebih bersifat tidak formal. Hubungan antara individu tersebut adalah bebas dan lebih beraneka ragam serta dapat memperlihatkan hubungan yang lebih erat ketika berinteraksi.

Fishman (1972) telah menjelaskan bahawa darjat penutur merupakan faktor penting dalam menentukan ciri-ciri petuturan. Penutur mungkin berperanan sebagai peserta atau pendengar dalam sesuatu perbualan. Peranan seorang penutur pula akan menentukan pola pertuturannya. Seorang penutur yang dianggap lebih berkuasa boleh mempengaruhi pola pertuturan penutur yang lain. Contohnya, seorang majikan akan mempunyai kuasa ke atas pekerja bawahannya.

Pola pertuturan ketika dia berhadapan dengan pekerjanya lebih merupakan arahan, perintah, suruhan ataupun teguran. Pola pertuturan yang sama tidak boleh digunakan olehnya ketika bertutur dengan rakan sebayanya di luar pejabat. Hal ini demikian kerana, majikan tidak mempunyai status sosial yang sama seperti yang dinikmatinya semasa dia berada di pejabatnya.

Berdasarkan kajian Tan Mek Leng (2003), Fasold (1990) menjelaskan bahawa, hubungan dan peranan dalam masyarakat Inggeris mempunyai kaitan rapat dengan penggunaan panggilan tertentu. Selain penggunaan ganti nama diri orang kedua, terdapat dua bentuk panggilan yang digunakan, iaitu yang pertama, penggunaan nama pertama seperti John, Michelle dan lain-lain yang merupakan panggilan terhadap orang yang mempunyai hubungan yang rapat. Kedua, penggunaan nama keluarga berserta dengan panggilan tertentu seperti ‘Miss Brown’, Mr. Smith dan panggilan Sir, Madam, dan sebagainya yang digunakan dalam bentuk formal.

Bentuk sapaan dalam kalangan individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan sahaja yang menggunakan bentuk panggilan seperti Uncle John, Brother Bob dan sebagainya. Dalam masyarakat barat seperti masyarakat Inggeris, panggilan seperti ini, jarang digunakan terhadap individu yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Scotton dan Zhu, (1993) berpendapat bahawa dalam masyarakat Asia, di negara China misalnya, penggunaan gantinama diri kedua ‘nin’ dan ‘ni’ yang bermaksud awak, dipengaruhi oleh faktor politik dan masa. Pada masa ini, penggunaan ‘nin’ sudah ditukar kepada ‘ni’ dalam pertuturan yang tidak formal dan penggunaan ‘nin’ cuma digunakan dalam kalangan golongan terpelajar sahaja (Fasold, 1990). Faktor politik juga mempengaruhi panggilan ini, misalnya ketika pemerintahan tentera. panggilan ‘nin’ digunakan untuk merujuk kepada ketua tentera. Panggilan hormat yang sering digunakan berasaskan kepada jawatan yang disandang. Panggilan umum seperti “xiannnsheng” (encik) “tai-tai” (puan) dan “xiaojie (cik) dan sebagainya juga digunakan.

Berdasarkan kajian ini juga, pandangan Asmah Haji Omar (2000) diambil iaitu, kesopanan adalah berasaskan ciri-ciri budaya yang bersopan-santun dan menghormati antara satu sama lain. Taraf dan peranan sosial serta tanggungjawab akan menentukan bentuk sapaan seseorang individu terhadap individu yang lain.

Dalam masyarakat Melayu, penggunaan bentuk sapaan dan panggilan mempunyai pertuturan tertentu. Hubungan peranan antara penutur mempengaruhi bentuk sapaan. Bentuk sapaan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu sapaan kekeluargaan, bentuk sapaan berdasarkan status atau pangkat dan bentuk sapaan berdasarkan hubungan sosial.

Tan Mek Leng (2003) menyatakan lagi, bentuk sapaan berlaku terhadap orang yang mempunyai pertalian darah misalnya ‘abang’, adik, kakak, ayah, ibu dan sebagainya. Panggilan makcik dan pakcik merupakan panggilan terhadap orang yang sebaya dengan umur ibu bapa si penyapa. Panggilan seperti ini menunjukkan sikap hormat kepada orang yang lebih tua dalam budaya melayu. Walaubagaimanapun, pada masa ini, panggilan seperti abang, kakak atau adik, digunakan secara umum, bukan hanya terhadap seseorang individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan sahaja tetapi untuk menunjukkan keakraban penutur dengan orang yang disapa.

Selain itu, bentuk sapaan merujuk kepada darjat atau pangkat seseorang. Contohnya, Yang Berbahagia merupakan panggilan terhadap orang yang berjawatan penting dan berpangkat seperti Datuk , Datin, Tun dan Puan Sri. Panggilan Yang Berhormat pula digunakan untuk merujuk kepada wakil rakyat atau orang kenamaan yang memegang jawatan penting seperti menteri-menteri dan sebagainya. Bentuk panggilan umum yang sering digunakan terhadap majikan pula ialah seperti Encik, Puan dan lain-lain. Bentuk panggilan seperti ini, digunakan untuk merujuk kepada darjat dan status seseorang dalam konteks formal.

Dalam masyarakat Cina di Malaysia pula, terdapat panggilan tertentu yang sering digunakan terhadap orang yang tidak dikenali dan terhadap orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si penyapa seperti ‘asou’ ‘ lau-pan’ dan lain-lain. Selain itu, terdapat penggunaan panggilan dalam bahasa Inggeris seperti auntie, uncle dan lain-lain, namun, panggilan seperti ini lebih merupakan terjemahan daripada panggilan tempatan. Penggunaan lu misalnya, daripada dialek Hokkien merujuk kepada panggilan untuk ganti nama diri kedua yang digunakan oleh penutur dalam bahasa pasar dan dalam bentuk bukan formal. Penggunaan ini sering digunakan dalam bentuk formal bagi penutur dalam bahasa mandarin.

Sepanjang perbincangan ini dapat disimpulkan bahawa bentuk panggilan dalam masyarakat Malaysia bergantung kepada siapa yang disapa. Jika sekiranya orang yang disapa itu mempunyai pangkat atau darjat yang lebih tinggi daripada si penyapa, panggilan terhadap orang yang disapa adalah lebih berbentu formal. Tetapi sebaliknya orang yang disapa mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan penyapa, bentuk panggilan adalah tidak begitu formal dan lebih berbentuk mesra. Oleh sebab itu, peranan dan darjat penutur merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi pola pertuturan seseorang penutur dalam sesebuah komuniti bahasa.


3.14 Ciri-Ciri Penutur

Menurut Tan Mek Leng (2003), antara faktor utama yang mempengaruhi ujaran seseorang individu adalah terdiri daripada ciri-ciri penutur itu sendiri seperti umur, latar belakang, pendidikan, kelas sosial, etnik yang berbeza dan jantina. Faktor geografi atau latar belakang juga akan mempengaruhi pola pertuturan seseorang. Sempadan linguistik memisahkan bahasa kepada komuniti bahasa yang berlainan. Dalam konteks Malaysia, sempadan linguistik boleh disamakan dengan dialek yang dituturkan (ragam basahan) di negeri-negeri berkenaan. Pola pertuturan penutur yang tinggal di Pantai Barat Semenanjung Malaysia berbeza dengan penutur dari Pantai Timur.

Pada amnya, penutur yang berasal dari Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, lebih kerap bertutur dalam bahasa Melayu dan juga menggunakan variasi dialek masing-masing. Pola pertuturan adalah berbentuk tidak formal, manakala penutur yang tinggal di Pantai Barat Semenanjung Malaysia lebih kerap menggunakan bahasa melayu yang berbentuk formal walaupun mereka bertutur dalam konteks bukan formal. Penutur-penutur di negeri-negeri Selangor dan di Johor pula menggunakan bahasa melayu dialek Johor-Riau. Penutur yang tinggal di Pantai Barat terutama di Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam semua konteks.

Terdapat juga situasi di mana penutur sering mencampuradukkan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam perbualan harian. Penutur di bahagaian Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah dan di Pulau Pinang menggunakan dialek Kedah atau dialek Utara. Manakala penutur di Sabah dan di Sarawak menggunakan bahasa Iban, Kadazan, dan bahasa-bahasa lain berdasarkan suku etnik masing-masing. Bagi penutur yang datang dari Sabah dan sarawak, walaupun mereka bertutur dalam bahasa Melayu tetapi terdapat kelainan dari segi ‘aksen’ (Asmah, 2003).

Perbezaan etnik penutur juga merupakan ciri penting yang menjadi pembeza utama pola pertuturan seseorang individu. Golongan etnik Tionghua di Malaysia sering menggunakan bahasa ibunda mereka seperti bahasa kantonis, Hokien, Mandarin ketika bertutur dengan golongan etnik yang sama. Terdapat juga penutur etnik Tionghua yang menggunakan bahasa Inggeris dalam konteks formal dan tidak formal. Tetapi sebaliknya semasa mereka bertutur dengan orang melayu, terdapat penutur Tionghua menggunakan bahasa Inggeris , bahasa melayu bentuk formal dan bahasa pasar. Hal ini bergantung kepada apa yang dibicarakan, tempat, tujuan serta latar belakang peserta berkenaan. (Tan Mek Leng, 2003 : 44)

Beliau juga menyatakan berdasarkan kajian Lee dan Tan (2000), daripada bancian Jabatan Statistik tahun 1995, bagi masyarakat cina di Malaysia, penggunaan bahasa lebih merujuk kepada rumpun dialek tertentu seperti Hokkien, kantonis, teochew, hakka, dan lain-lain. Didapati bahawa, 4.5 juta penduduk Malaysia daripada etnik cina mempunyai rumpun dialek masing-masing. Jumlah etnik cina mengikut rumpun dialek iaitu hokkien (34.56 %) Hakka (23.47%) Kantonis (18.27%) Teocheow (11.31%) hainan (3.25%) hok chiu (4.93%) Hokchia (0.21%) dan lain-lain.

Bahasa mandarin pula merupakan bahasa rasmi sistem pendidikan aliran cina di negara ini di peringkat sekolah rendah. Subjek bahasa mandarin juga ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan dalam sistem pendidikan aliran melayu. Di peringkat sekolah rendah, atau menengah bahasa mandarin telah dijadikan sebagai satu subjek alternatif bagi pelajar-pelajar cina. Bahasa mandarin merupakan subjek ‘pupil’s own language’ (P.O.L) bagi pelajar-pelajar cina. Terdapat juga sekolah-sekolah menengah swasta aliran cina menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar.


3.15 Kepercayaan, Nilai dan Sikap

Tan Mek Leng (2003) menyatakan, pola pertuturan seseorang individu dipengaruhi oleh kepercayaan, nilai dan sikap penutur. Sesuatu bahasa yang yang mempunyai nilai tertentu akan lebih kerap digunakan oleh penutur. Bahasa Inggeris adalah dianggap segolongan penutur mempunyai nilai ekonomi yang lebih tertentu berbanding dengan bahasa melayu. Oleh sebab itu, penutur yang tinggal di bandar besar seperti Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta Lembah Klang amnya akan lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian mereka. Dalam pelbagai urusan yang melibatkan jabatan kerajaan yang lebih formal, bahasa melayu lebih diutamakan kerana bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara ini. Pola pertuturan seperti ini telah dijelaskan oleh Ng (1989) seperti berikut :

“One interesting factor which unfortunately is only


subjevtictive observation is the relationship between the


aspirations and socioeconomic concepyions of the respondents


and their proficiency in the use of Bahasa Malaysia. It was


noticed that the more the respondents aspired to be more of


part of the “official” and government oriented stream of life as


opposed to the”traditional” and community-oriented stream of life,


the more proficient the respondents tended to be the use of bahasa


Malaysia”

(Ng 2003 : 47)

Hal ini menunjukkan bahawa, sikap, nilai serta keoercayaan seseorang penutur akan mempengaruhi pola pertuturan seseorang individu. Jika penutur beranggapan bahawa sesuatu bahasa itu mempunyai nilai ekonomi tertentu, bahasa tersebut akan lebih kerap digunakan untuk berkomunikasi.


3.16 Sumbangan Sebelum, Semasa dan Selepas Ujaran Lain

Beliau turut menyatakan, sumbangan yang diberikan oleh penutur, sebelum, semasa dan selepas sesuatu perbualan amat penting untuk menentukan proses pertuturan seterusnya. Sumbangan yang diberikan oleh penutur sama ada dalam bentuk verbal atau bukan verbal akan mempengaruhi interaksi perjalanan sesuatu interaksi. Setiap sumbangan yang diberikan haruslah bersesuaian dengan tajuk perbualan semasa supaya proses pertuturan dapat berjalan dengan lancar.


3.17 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Kajian beliau juga mendapati, parameter yang dipengaruhi oleh faktor-faktor yang dibincangkan ini akan menentukan pola pertuturan seseorang individu ketika berbual. Faktor-faktor yang akan dipengaruhi oleh parameter adalah seperti berikut :

a) Pemilihan bahasa

Penuntut yang mempunyai pelbagai kemahiran berbahasa (multi-lingual) dapat bertutur dalam pelbagai bahasa. Seseorang individu yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa, dikenali sebagai bilingual (dwi-bahasa) atau multi-lingual (lebih daripada dua bahasa).

Pertukaran kod merupakan fenomena biasa dalam pertuturan harian. Pada kebiasaannya pertukaran kod melibatkan penutur menukarkan atau mencampuradukkan dua atau lebih bahasa ke dalam satu-satu pertuturan. Pola pertuturan ini lebih kerap berlaku dalam situasi tidak formal. Pertukaran kod seperti ini sering dilakukan oleh penutur yang mengetahui dua atau lebih bahasa (dwibahasa) atau multi lingual. Menurut beliau, Crystal (1999) telah memberikan takrif pertukaran kod seperti berikut :

“Code switching- the use by a speaker of more than one language,


dialect or variety during a conversation. Which term is used will depend


on such factors as the nature of the audience, the subject matter, and the


situation in which the conversation takes place”

(Crystal, 2003 : 49)

Tan Mek Leng (2003) menyatakan terdapat pelbagai bentuk pertukaran kod seperti intra-sentential dan inter-sentencial. Intra-sentential bermaksud pertukaran kod yang berlaku dalam sesuatu ujaran yang sama, manakala inter-sentential pula pertukaran yang berlaku antara dua ayat yang berlainan. Menurut Tan Mek Leng, Crystal (1999) menamakan pertukaran kod secara ‘intra-sential’ sebagai percampuran kod (code-mixing).

Menurutnya lagi, dalam konteks komunikasi antara budaya, kod yang digunakan oleh etnik tertentu akan menentukan pola perlakuan verbal sesuatu etnik. Penggunaan kod tertentu akan mencerminkan sosio budaya sesuatu etnik yang lebih dikenali sebagai gaya komunikatif masyarakat berkenaan. Perlakuan verbal seseorang individu berbeza antara budaya dengan budaya yang lain (Verschueren 2003 : 49). Kelainan ujaran oleh seseorang individu pula boleh disebut sebagai idiolek (idiolect) iaitu gaya pertuturan seorang penutur. Kelainan pertuturan termasuklah keganjilan dari segi sebutan, tatabahasa, kosa kata dan sebagainya. Antaranya adalah penggunaan bahasa pasar atau pidgin.

Beliau menyatakan terdapat ramai sarjana Bikerton (1977) berpendapat bahawa banyak andaian yang diberi mengenai proses pidgin. Pidgin berlaku apabila penutur daripada bahasa pertuturan yang berlainan cuba untuk menyesuaikan diri dengan penutur asli bahasa sasaran. Disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang bahasa sasaran, berlakulah proses untuk mempermudah (simplify) bahasa tersebut. Bikerton (ibid) telah mencadangkan bahawa proses tersebut berlaku hampir sama dengan proses pembelajaran bahasa kedua (L2) seseorang individu.

Tan Mek Leng (2003 : 51) menyatakan bahasa pasar merupakan variasi bahasa melayu yang digunakan untuk berkomunikasi bagi tujuan perdagangan yang telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya. Ciri-ciri bahasa ini mengandungi susuk bahasa melayu dengan mencampurkan perkataan asing dan sebagainya. Pada kebiasaannya bahasa pasar digunakan di pasar ketika membeli-belah sebagai satu cara berinteraksi dalam proses jual beli. Bahasa pasar ini dikenali juga sebagai bahasa pidgin. Bahasa pasar pula adalah campuran antara bahasa melayu dengan bahasa cina yang digunakan sebagai bahasa perdagangan di rantau ini sejak kurun ke-15. Hancock (1977) telah menjelaskan bahawa bahasa pasar (bazaar malay) merupakan variasi pidgin daripada High Malay yang digunakan dengan meluas di Malaysia dan juga di Kepulauan Indonesia.

Menurut Todd (1984) bahasa pidgin adalah satu sistem komunikasi yang berkembang daripada orang-orang yang tidak boleh bertutur dalam bahasa yang sama dalam pertuturan harian. Pidgin dianggap ‘bahasa marginal’ yang lahir untuk memenuhi keperluan komunikasi dalam kalangan golongan tertentu yang tidak mempunyai bahasa yang sama. Bahasa Pidgin telah dijadikan bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat baba dan portugis di Melaka yang dikenali sebagai Kreol Portugis.

Menurut Tan Mek Leng (2003 :50) pula, bahasa Inggeris telah berkembang dengan pesat sejak zaman penjajahan British sehinggalah tercapai kemerdekaan hampir setengah abad yang lalu. Bahasa Inggeris masih dituturkan oleh segolongan masyarakat, terutama oleh mereka yang menganggap diri mereka sebagai elit. Golongan ini merupakan golongan yang berpendidikan tinggi dan sering menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai alat berkomunikasi dalam perniagaan terutama dalam sektor swasta.

Pada pandangan golongan elit ini, penggunaan bahasa Inggeris ini lebih menyenangkan kerana mereka mudah untuk berhubung antara satu sama lain, terutama dengan mereka yang kurang fasih menggunakan bahasa melayu (Asmah 1987). Variasi bahasa Inggeris yang digunakan dalam pertuturan masyarakat di Malaysia merupakan variasi Malaysian type 2 (Morais, 1994) .

Menurut Tan Mek Leng, kepentingan bahasa Inggeris jelas terbukti dalam kajian yang dilakukan oleh Ain Nadzimah dan Rosli (2001) yang berpendapat bahawa kecekapan berbahasa Inggeris amat penting dalam situasi tempat bekerja untuk tujuan berkomunikasi. Mereka berpendapat bahawa :

“...being prificient in English is important in the respondent’s


work place for the purpose of communication and business


transaction. ...English is used in daily routine especially for those


who have international dealings such as media, international and


corporates banking, business and planning, information technology,


customer relation and communication.”

(Ain Nadzimah dan Rosli, 2003 : 51)

Oleh yang demikian , berdasarkan petikan ini, Tan Mek Leng telah menyimpulkan, penggunaan bahasa Inggeris amat penting dalam komunikasi harian di bandar-bandar besar seperti di Petaling Jaya, dan Kuala Lumpur iaitu dengan berkomunikasi di tempat kerja terutama di dalam syarikat untuk urusan perdagangan antarabangsa.

Beliau menambah lagi, Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad yang lalu. Walaupun begitu, pola pemilihan bahasa masih belum berubah sejak penguatkuasaan Dasar Pendidikan Kebangsaan tahun 1970 bagi mengutamakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan terlaksananya dasar ini, secara umumnya terdapat pertambahan dalam penutur bahasa melayu terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mereka boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa melayu. Walaupun begitu, sesetengah penutur yang masih gemar menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa pertuturan harian terutama ketika membeli-belah di pasar. Oleh sebab itu, bahasa pasar masih digunakan untuk membeli-belah sebagai bahasa perniagaan. Dan pemilihan bahasa oleh penutur-penutur di Malaysia dapat diringkaskan berdasarkan jadual di bawah ini :

b) Pemilihan Bahasa Bentuk Formal dan Tidak Formal di Malaysia

Jenis Bahasa Kumpulan Penutur Bentuk Komunikasi

MELAYU Dalam kalangan orang melayu.

Dalam kalangan kumpulan yang bukan berpendidikan inggeris dan pelbagai kumpulan. Formal dan tidak formal.

INGGERIS Antara pelbagai kumpulan dan dalam kumpulan berpendidikan Inggeris. Formal dan tidak formal.

BAHASA IBUNDA Dalam kumpulan tertentu. Tidak formal.

MANDARIN Dalam kalangan penutur berpendidikan Cina Formal dan tidak formal.

TAMIL Dalam kalangan kumpulan

Berpendidikan tamil dan bahasa pertama. Formal dan tidak formal.

BAHASA PASAR Mana-mana kumpulan yang memilih untuk menggunakan bahasa pasar. Tidak formal.

(Diubahsuai daripada Asmah Haji Omar, 2003 : 53)

Tan Mek Leng (2003 : 54) menyatakan masyarakat Malaysia khasnya merupakan masyarakat multi-lingual yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Golongan etnik Melayu, Cina, India dan golongan etnik lain boleh bertutur dengan menggunakan lebih daripada dua bahasa. Oleh sebab itu, pola pertuturan harian mereka, pertukaran kod dan percampuran kod ini boleh dilihat dengan jelas.

Fenomena pertukaran kod atau percampuran kod merupakan satu bentuk pertuturan yang sering dilakukan oleh penutur yang mempunyai latar belakang multi-lingual. Pertukaran kod merupakan salah satu bentuk pertuturan yang dilakukan oleh masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Pertukaran kod yang merupakan satu kelaziman penutur dwi-bahasa atau bagi penutur yang mempunyai kemahiran lebih daripada satu bahasa. Pertukaran kod berlaku apabila penutur memulakan dengan satu bahasa kemudian beralih kod kepada bahasa lain dan berbalik kepada bahasa asal. Kadangkala berlakunya keadaan percampuran kod apabila penutur mencampurkan dua atau lebih kod dalam satu ujaran.

Menurut beliau lagi, beberapa sarjana yang telah membuat tinjauan terhadap pertukaran kod dalam konteks penutur di Malaysia seperti Wong (1979), Noor Azlina (1979), Asmah (1982), Ozog (1987), Ong (1990) terutamanya, Morais (1994) dan David (2001) yang telah membuat kajian terhadap pemilihan kod dalam perbualan harian dan juga dalam konteks perniagaan. Mereka beranggapan bahawa, pertukaran dan pemindahan kod merupakan satu kelaziman dalam pertuturan masyarakat Malaysia. Dalam kajian-kajian tersebut, penutur sering melakukan pertukaran kod dalam pertuturan mereka. Pertukaran kod dilakukan untuk memudahkan ujaran.

Dinyatakan bahawa, pertukaran kod boleh berlaku dalam situasi pertembungan bahasa, iaitu dalam satu wacana yang terdiri daripada dua orang atau lebih peserta, iaitu setiap orang peserta dapat mengekalkan seluruh sistem. Tetapi dalam situasi ini, terdapatnya percampuran atau pertindihan sistem yang berbeza tetapi relevan terhadap unsur prosodi leksikal, ciri-ciri peralihan segmental antara struktur morfologi yang dipinjam – diterjemah dan berlakunya penterjemahan sintaksis. Bentuk pertukaran kod bukan sahaja boleh berlaku dalam pertuturan individu itu sendiri (intra-individual) malah pertukaran kod boleh berlaku antara individu dengan individu yang lain (inter-individual). Gumperz (1982) telah memberikan definisi pertukaran kod seperti berikut :

“Conversational code switching can be defined as the juxtaposition within


the same speech ex change of passage belonging to two different grammatical


sub-systems. Most frequentlythe alteration takes the form of two subsequent


sentences, as when a speaker use a language either to reiterate his message or to


reply to some else’s statement.”

(Gumperz 2003 : 55)

Dalam penjelasan Gumperz, (1982) beliau menyimpulkan, bahawa, pertukaran kod boleh berlaku dalam ayat yang sama atau ayat yang berlainan dan boleh mengandungi bahasa-bahasa yang berlainan bentuk nahunya.

Tan Mek Leng (2003) menyatakan, Tiong (1990) yang membuat kajian terhadap pekerja ‘kolor biru’ di sebuah syarikat multi-nasional, di Sarawak, telah mendakwa bahawa faktor pertukaran kod berlaku kerana pekerja berkenaan kurang berkemahiran untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, mereka menggunakan bahasa Melayu variasi lisan (tidak formal) dan dialek Melayu tempatan iaitu dialek Sarawak ketika bertutur dengan majikan atau pekerja yang lebih tinggi pangkatnya. Tiong (ibid) juga menegaskan bahawa, faktor pendidikan merupakan faktor utama dalam pemilihan bahasa mereka.

Menurut beliau lagi, Ozog (1987) dan Cook (1996) membincangkan bentuk pertukaran kod boleh berlaku dalam pelbagai peringkat sama ada pada peringkat leksikal, peringkat frasa, atau pada peringkat ayat. Bentuk pertukaran kod seperti ini boleh disamakan dengan ideolek (ideolect) iaitu satu dialek yang mempunyai ciri-ciri khusus yang wujud dalam masyarakat berbilang bahasa di Malaysia. Fatimah (2002) telah membincangkan pelbagai fungsi pertukaran kod di Brunei banyak dipengaruhi oleh faktor sosial dan faktor linguistik.

Dalam membicarakan pertukaran kod yang dilakukan oleh guru-guru dalam bilik darjah, beliau menegaskan bahawa, pertukaran kod yang dilakukan oleh guru-guru adalah untuk disesuaikan dengan pelajar-pelajar yang kurang kemahiran dalam Bahasa Inggeris. Manakala Rokzana (2002) membincangkan, berlakunya pertukaran kod wacana dan kod situasi bagi generasi ketiga di Singapura. Hal ini menunjukkan bahawa, fenomena pertukaran kod sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat di rantau ini terutama di Malaysia.

Gaya komunikasi dalam situasi berbentuk formal dan tidak formal juga menentukan pola pertuturan seseorang individu. Individu yang berdepan dengan situasi tidak formal mungkin akan menggunakan dialek atau variasi bahasa basahan dan sebagainya. Menurut Morais (1994), individu dari kelas pertengahan biasanya bertutur dengan menggunakan variasi ‘mesolek’ yang menggunakan laras bahasa tinggi (H) dan terdapat unsur variasi formal. Manakala variasi ‘basilek’ digunakan oleh individu daripada kelas pekerja menggunakan laras bahasa rendah (L) dan banyak menggunakan pertukaran kod dan percampuran kod walaupun pertuturan mereka berada dalam situasi formal (Morais , 2003 : 57).

Manakala, bahasa basahan (kolokial) yang digunakan dalam pertuturan harian mempunyai ciri-ciri singkatan fonologi dan pengguguran imbuhan tertentu. Pada kebiasaannya bahasa basahan digunakan dalam konteks tidak formal seperti ketika berbual dengan rakan sebaya dan sebagainya. Penggunaan bahasa basahan ini lebih memperlihatkan hubungan rapat antara penutur dan keakraban antara individu yang berkomunikasi dengan individu yang lain.


3.18 Urutan

Menurut Tan Mek Leng (2003 : 57 ) urutan merupakan satu bentuk kerjasama antara penutur dalam perbualan yang biasa. Pada amnya, dalam proses pertuturan biasa hanya satu pihak bercakap pada masa tertentu. Sacks (1987) telah memberikan definisi urutan seperti berikut :

“ One form of co-ordination between speakers in talk in natural interaction


is that, on the whole, one party talks at a time. So, if you want to study the


co-ordination of people who are speaking in natural interaction, you’re


going to be studying sequences of the talkers. Now we can use ‘sequence’


in a kairly specific way, differentiating serial organisation, or serial occurance,


from the sequential. “Sequential or are in some before and after relationship,


have some organisation as between them.”

(Sacks, 2003 : 57)

Menurut Tan Mek Leng (2003) urutan boleh dikatakan sebagai salah satu bentuk yang mantap dalam pengurusan pertuturan yang dilakukan oleh peserta dalam perbualan, dalam interaksi antara dua orang penutur (two-party interactions). Coulthard (1977) telah mencadangkan empat aturan yang wujud dalam sesuatu wacana pertuturan lisan sebagaimana berikut :

Exchange → Initiation - Response - Feedback

(Pertukaran) (Permulaan ) (Tindak balas) (Maklum balas)

Wacana pertuturan yang disarankan oleh coulthard di atas, menunjukkan bahawa setiap pertukaran (exchange) terdapat ujaran permulaan (initiation) sebagai pembuka pertukaran. Pembuka pertukaran menunjukkan pertuturan sudah dimulakan. Ujaran permulaan merupakan sebagai rangsangan terhadap pendengar. Selepas itu, tindak balas (response) akan diberikan oleh pendengar dan seterusnya pendengar akan memberi maklum balas terhadapnya.

Dalam perbincangan terhadap bahasa jual-beli Mitchell (1967), Coulthard (1985) berpendapat, betapa pentingnya faktor konteks yang menentukan bahasa yang digunakan oleh jurujual dan pembeli. Mitchell (ibid) telah mengelaskan urutan struktur bahasa jual-beli telah dibahagikan kepada 5 tahap iaitu :

i) Sapaan (salutation)

ii) Pertanyaan (Enquiry)

iii) Soal jawab/ Siasatan (Investigation)

iv) Tawar-menawar (bargaining)

v) Penutup (Conclusion)

(Coulthard, 2003 : 58)

Walaupun begitu dalam situasi tertentu, tidak wujudnya peringkat i) dan ii). Dinyatakan, dalam kajian ini, urutan wacana bahasa jualan telah diadaptasikan daripada kerangka yang dicadangkan oleh Mithell (ibid). Urutan bahasa jualan akan dibahagikan kepada 3 bahagian yang utama, iaitu permulaan pertukaran, pertengahan pertukaran dan penutup pertukaran. Pembahagian berikut perlu dilakukan supaya dapat disesuaikan dengan data perbualan yang dipungut.

Permulaan pertukaran

Dalam konteks bahasa jualan, permulaan boleh mengandungi dua unit asas seperti berikut :

i) Sapaan

Berdasarkan kajian Tan Mek Leng (2003 : 59), menurut Sacks (1972) sapaan merupakan bentuk universal dalam perbualan. Terdapat dua ciri penting sapaan iaitu pertama, sapaan wujud pada bahagian awal sesuatu perbualan dan tidak akan wujud pada mana-mana bahagian lain. Kedua, sapaan membenarkan penutur mendapatkan giliran untuk memulakan ujaran. Permulaan pertukaran boleh merupakan beberapa ujaran digunakan oleh peserta untuk membuka saluran komunikasi dan membolehkan peserta untuk berganjak ke peringkat perbualan seterusnya. Sapaan boleh berbentuk khusus dan juga sapaan umum.

ii) Pertanyaan

Pertanyaan digunakan untuk memulakan pertukaran dalam sesuatu perbualan. Pertanyaan yang dilakukan oleh penutur sebagai sati proses untuk membuka saluran berkomunikasi. Pertanyaan boleh terdiri daripada soalan tidak langsung dan soalan langsung.

Pertengahan pertukaran

Pertengahan pertukaran bagi wacana jual beli memperlihatkan pola pertukaran yang tertentu dalam proses dinamik dua penjuru antara dua orang peserta yang bertaraf sama, matlamat peserta J (jurujual) dan P (pembeli) akan dirundingkan. Melalui perundingan, akan terwujudnya dalam satu kegiatan yang dinamakan kegiatan tawar-menawar. Terdapat ciri-ciri tertentu dalam kegiatan tawar-menawar seperti yang dicadangkan oleh Leech (1983) sebagaimana berikut :

1) J menerima harga P

2) P menerima harga J

3) J dan P bersetuju dengan harga pertengahan.

4) J dan P gagal untuk bersetuju tentang sesuatu harga, oleh yang demikian, urusniaga terbantut.

(Leech 2003 : 60)

Struktur tawar-menawar yang telah dibincangkan setakat ini, merupakan bentuk pertukaran antara pembeli dan penjual dalam proses jual beli. Pada kebiasaannya, para peserta yang terlibat akan cuba mencapai persetujuan dan berusaha untuk mempeangaruhi pihak yang lain agar matlamat wacana diperoleh mereka. Proses tawar menawar ini, menentukan kegiatan jual beli tersebut berjalan dengan lancar. Melalui proses inilah, kemahiran komunikasi antara peserta akan terserlah.


3.19 Menguasai Latar Perbualan (Controlling The Floor)

Seterusnya, beberapa kajian yang dilakukan oleh Tan Mek Leng (2003 : 61) iaitu, dalam situasi di mana seseorang penutur bercakap terlalu panjang menunjukkan bahawa penutur berkenaan telah menguasai latar giliran. Penutur melakukannya dalam konteks bercerita dan sebagainya.


3.20 Perbualan Serentak

Ujaran yang wujud secara serentak dianggap tidak mematuhi giliran. Ujaran seperti ini pada amnya berlaku apabila penutur semasa belum sempat menghabiskan ujarannya, pendengar telah memotong cakap atau mencelah dan menyebabkan berlaku perbualan serentak.

3.21 Rutin Maklum Balas

Maklum merupakan satu rutin dalam perbualan. Allwood (1991) telah menghuraikan konsep asas maklum balas yang dikenali sebagai ‘backchannel behaviour’ atau ‘feedback’merujuk kepada satu unit proses pengawal maklumat daripada kesan dan akibat terhadap aksi penutur sebelumnya. Maklum balas ini boleh dibahagikan kepada maklum balas verbal dan buka verbal. Antaranya ialah, maklum balas seperti, “mm”, “hm” , “ya” dan sebagainya. Jika sekiranya tidak terdapat maklum balas, kesenyapan akan wujud dalam konteks tersebut.


3.22 Kesenyapan (Silence)

Kesenyapan merupakan satu situasi ketiadaan pertuturan (absence of speech) iaitu tidak wujudnya ujaran atau penutur untuk memilih tidak bercakap. Kesenyapan yang wujud dalam struktur komunikasi dianggap sebagai salah satu aktiviti bukan verbal yang mengandungi fungsi tertentu. Kesenyapan ini boleh berlaku apabila tidak ada perkara yang ingin diperkatakan. Kesenyapan bukan sahaja mencerminkan aspek aksi linguistik di mana tidak terdapat aksi verbal tetapi mempunyai makna tertentu dan terdapat nilai sosial yang terselit di dalamnya.

(Vershueren, 2003 : 64)

Antara sarjana lain, Basso (1972) mendapati bahawa, masyarakat Apache amat menitikberatkan motif untuk melakukan kesenyapan. Beliau berpendapat bahawa kesenyapan amat diutamakan dalam masyarakat Apache dalam konteks sosial tertentu. Keenan (1976) pula mengkaji keengganan masyarakat kampung di Madagaskar supaya lebih berinformatif. Masyarakat ini dianggap tidak mematuhi maksim kuantiti iaitu sering melakukan kesenyapan dan tidak memberikan maklumat yang sepenuhnya ketika membincangkan tajuk yang dianggap melanggar tradisi masyarakat berkenaan.

Kesenyapan dalam komunikasi bersemuka, menurut Scollon dan Scollon (1987) dikaitkan dengan strategi negatif seperti hentian, memperlahankan pertuturan atau menunggu pihak yang lain untuk memulakan ujaran selepas penutur semasa berhenti bercakap. Kesenyapan ini dianggap boleh mengganggu kelicinan pertuturan. Sesetengah ahli bahasa lain, berpendapat, bahawa klasifikasi terhadap hentian atau panjang-pendek sesuatu ujaran adalah berkaitan dengan konsep kesenyapan.

Dalam situasi yang tertentu, hentian merupakan ciri-ciri penanda sempadan sesuatu pertuturan. (Feldstein dan Welkwitz, 1987) dan Chafe sependapat bahawa dalam pola pertuturan bentuk bercerita (narative), penutur sering menggunakan kesenyapan dan hentian yang lebih panjang bagi menandakan pertukaran terhadap tajuk yang difokuskan di dalam sesebuah cerita. Penutur berkenaan menggunakan kesenyapan sebagai satu cara untuk membuat keputusan terhadap apa yang ingin diujarkan selanjutnya.

Menurut Tan Mek Leng (2003 : 65) lagi, dalam membincangkan konsep analisis perbualan, Levinson (1983) telah membincangkan konsep kesenyapan yang diutarakan oleh Sacks, Schegloff & Jefferson (1974). Mereka beranggapan bahawa, kesenyapan boleh didefinisikan sebagai ketiadaan ujaran bentuk verbal. Dalam sesuatu interaksi, kesenyapan dijangka wujud dalam pelbagai keadaan dan boleh dibahagikan kepada kategori berikut :

1. Satu sempadan sebelum penutur semasa menamatkan gilirannya tetapi belum sempat memilih penutur lain atau sebelum pihak yang lain secara memilih diri sendiri untuk memulakan pertuturan dan mengambil giliran seterusnya.

2. Satu had apabila penutur semasa tidak memilih mana-mana penutur tetapi menghentikan percakapannya. Kesenyapan berlaku apabila penutur yang lain dipilih oleh penutur semasa gagal untuk meneruskan percakapan dan menguasai latar perbualan atau ketika penutur yang lain yang secara suka rela tidak mahu memulakan ujaran.

3. Penutur yang dipilih merupakan orang yang penting, kesenyapan berlaku apabila penutur selepas itu tidak memulakan ujaran dan penutur semasa telah menghentikan percakapannya.

(Levinson, 2003 : 66)

Menurut Tan Mek Leng (2003) lagi, sepanjang perbincangan yang telah dijelaskan sebelum ini, menunjukkan bahawa maklum balas oleh penutur dalam sesuatu perbualan boleh wujud dalam bentuk verbal dan bukan verbal. Jika tiada ujaran yang dilakukan akan berlakunya kesenyapan.


3.23 Bentuk Maklum Balas Lain

Selain itu terdapat maklum balas lain melalui perlakuan bukan verbal dengan melakukan pergerakan badan tertentu, seperti anggukan, senyuman, dan sebagainya. Perlakuan dalam bentuk perlakuan bukan verbal yang dilakukan oleh pendengar adalah untuk memberikan respons kepada penutur semasa bahawa pendengar sedang mengikuti perbualan.


3.24 Strategi Pertuturan

Terdapat pelbagai strategi yang telah digunakan oleh penutur ketika memberikan sumbangan dalam sesuatu pertuturan. Setiap strategi akan digunakan untuk menyampaikan makna sama ada secara tersurat atau tersirat oleh penutur berkenaan. Strategi pertuturan boleh dibahgaikan kepada dua jenis strategi yang penting iaitu strategi linguistik dan strategi komunikatif.

a) Strategi Linguistik

Strategi linguistik menggariskan bagaimana penutur menggunakan bahasa dengan cara tertentu untuk menyampaikan mesej kepada pendengar. Strategi yang digunakan adalah strategi pertukaran kod, strategi penyesuaian (convergence),strategi bahasa pasar dan strategi mencapah (divergent strategies).

Penukaran kod merupakan salah satu strategi bahasa yang mana penutur mengalihkan kod daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Strategi pertukaran kod yang akan dibincangkan seperti strategi mencapah (divergence strategies) dan strategi penyesuaian (convergence strategies) dan sebagainya.

b) Strategi Komunikatif

Strategi komunikatif merujuk kepada strategi yang digunakan oleh jurujual dalam seluruh proses jual beli. Strategi komunikatif boleh dilakukan melalui bentuk verbal atau bukan verbal untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan sesuai dengan kehendak perbualan semasa. Strategi komunikatif jurujual boleh dibahagikan kepada pelbagai strategi seperti strategi memujuk, strategi pengelakan dan strategi tak langsung dan sebagainya.

i) Strategi Memujuk

Strategi memujuk digunakan oleh jurujual untuk mempengaruhi pihak pembeli agar menerima cadangannya. Strategi ini dapat memperlihatkan bagaimana jurujual menggunakan pelbagai pendekatan jenis, seperti pendekatan berasaskan kelebihan barangan (product -based-approach), pendekatan berasaskan ciri-ciri untuk membangkitkan keinginan pelanggan (audience-based approach) dan pendekatan berdasarkan kesan barangan tersebut kepada pelanggan (impact-based-approach) supaya dapat meyakinkan pelanggan (Thorne, 1997).

ii) Strategi Tidak Langsung (Indirectness Strategies)

Strategi tidak langsung boleh dianggap sebagai satu strategi di mana penutur cuba mengelakkan daripada menyatakan sesuatu yang benar dengan berterus-terang. Dalam sesetengah masyarakat, strategi tak langsung digunakan untuk mengelakkan daripada mengujar sesuatu yang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Asmah (1995) mencadangkan konsep ‘indirectness’ memang sering digunakan dalam pertuturan harian masyarakat melayu seperti berikut :

“To complete the well –bred gesture, their verbalization should


not have any indication of “directness”. That is to say, whatever


they want to put it across to other person should be done in an


indirect way, no matter what the intention is, and this is considered refined .”

(Asmah : 2003 : 68)

Berdasarkan kajian Tan Mek Leng (2003 : 68) lagi, menurut Asmah dalam masyarakat Melayu, seseorang penutur yang ingin menyampaikan sesuatu tidak boleh berterus-terang supaya tidak dianggap kurang sopan atau biadab. Sebagai contoh, kalau seseorang tetamu memuji tentang kesedapan makanan yang disaji, pada kebaiasaannya, tuan rumah akan mengatakan sebaliknya seperti “taklah, mana sedapnya” (Asmah, 1995). Ujaran sedemikian adalah berlandaskan konsep tidak mahu berterus-terang dalam masyarakat melayu.

Dalam hal ini, Searle (1975), Brown dan Levinson (1987) berpendapat bahawa terdapat banyak kemungkinan untuk menentukan sebab seseorang itu memilih strategi tidak langsung. Kadangkala penutur yang menggunakan strategi tidak langsung sebagai satu cara untuk memperlihatkan unsur kesopanan. Strategi tidak langsung boleh mendorong penutur memperlihatkan unsur kesopanan.

Strategi tidak langsung boleh mendorong penutur untuk menggunakan sindiran, kiasan dan lain-lain sebagai satu cara untuk menyembunyikan mesej sebenar dalam sesuatu perbualan. Dengan demikian ujarannya, tidak akan menyinggung perasaan orang lain apabila ujaran itu dituturkan dengan secara tidak langsung.

Selain itu, Tan Mek Leng (2003) juga mengatakan, menurut Ferraro (1998) yang telah membuat kajian dalam kalangan ahli perniagaan di negeri China, berpendapat bahawa, masyarakat cina mempunyai cara berkomunikasi untuk menyatakan sesuatu secara tidak berterus terang. Strategi tidak langsung telah digunakan untuk memaklumkan sesuatu supaya tidak akan menjatuhkan air muka seseorang yang dirujuk. Oleh sebab itu, pernyataan seperti ‘ya’ boleh merupakan cara untuk menyatakan tidak bersetuju secara tidak langsung. Pernyataan ‘ya’ boleh membawa maksud ‘ya’ nanti saya beritahu anda kemudian atau ‘ya’ saya belum memberitahu pihak atasan dan sebagainya.

iii) Strategi Inferensi (Inferential Strategies)

Menurut Tan Mek Leng (2003), strategi inferensi (inferential Strategies) merupakan strategi yang berkaitan dengan cara penutur memahami maksud yang tersirat di sebalik sesuatu ujaran. Dalam strategi ini, konsep implikatur perbualan akan digunakan untuk menjelaskan maknanya supaya pendengar dapat memahami mesej yang tersirat dalam ujaran tersebut.

iv) Strategi Kerjasama Dalam Perbualan

Aksi komunikatif antara penutur memerlukan kerjasama dengan penutur yang lain untuk mewujudkan hubungan yang harmoni. Seseorang penutur tidak seharusnya mengujarkan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Strategi kerjasama yang digunakan oleh penutur haruslah selaras dengan prinsip bekerjasama Grice (1975) dan maksim-maksimnya.


3.25 Perlakuan Bukan Verbal

Berdasarkan kajian, Tan Mek Leng (2003 : 72) mendapati, perlakuan bukan verbal merupakan perlakuan yang dilakukan oleh penutur bersama dengan perlakuan verbal sama ada disengajakan atau tidak. Perlakuan bukan verbal seperti senyuman, anggukan, ketawa, gerakan badan, air muka dan sebagainya sering digunakan oleh penutur ketika berinteraksi dengan penutur lain.

Menurut pandangan Pease (2000) perlakuan bukan verbal amat penting dalam mempengaruhi perbualan seseorang. Perlakuan bukan verbal kadangkala boleh merupakan perlakuan yang membawa makna tersirat. Beliau beranggapan bahawa cuma 10% sahaja daripada perbualan bentuk verbal yang dapat mempengaruhi pendengar tetapi selebihnya 90% lagi adalah merupakan aksi bukan verbal penutur berkenaan.


3.26 Strategi-Strategi Lain

Beliau juga mengatakan bahawa, terdapat strategi-strategi lain yang digunakan oleh jurujual ketika berhadapan dengan pelanggan seperti strategi melembutkan suara, menghargai pelanggan dan mengelak daripada mendesak pembeli dan sebagainya. Strategi-strategi ini adalah berkaitan dengan strategi kesopanan yang digunakan oleh jurujual untuk melayan pelanggan.


3.27 Kesimpulan

Sepanjang perbincangan yang telah dikemukakan dalam bab ini, pengkaji telah cuba untuk menerapkan kerangka teoritis pragmatik dan konsep-konsep umum yang akan digunakan untuk menerangkan wacana jualam lisan. Pengkaji juga telah membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan dan juga faktor-faktor yang dipengaruhi oleh parameter-parameter tersebut serta ciri-ciri pragmatik yang berkaitan.


4.0 HURAIAN DAPATAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan huraian dan dapatan rumusan, Tan Mek Leng (2003 : 85) menyatakan, dalam urusan jurujual bahasa Tionghua, terdapat beberapa bahasa yang digunakan, iaitu :

a)Penggunaan Bahasa Pasar

Contohnya berlaku antara pembeli (P) dan jurujual (J)

P : Lain colour?

J: Sama punya


b)Pertukaran Kod

J : Amoi kasi angkat satulah.

P: Nanti dulu hah, kasi angkat


c)Penggunaan Bahasa Inggeris

J: Boleh try loh, new one punya

P: Goodkah ini barang? Ada baikkah?


d)Pertukaran Kod Leksikal

P: dia punya function hah,

J: You mau macam mana gosok pun boleh

J : Ada tiga function satu dia boleh cover

P : Itu calar punya semua

J : Boleh kasi keluar okay.

Dalam hal ini, Tan Mek Leng (2003) menyatakan bagi pertukaran kod leksikal, menunjukkan penggunaan bahasa inggeris bagi perkataan-perkataan seperti function, you, cover, dan okay. Boleh dikatakan hampir setiap ujaran dimasukkan perkataan bahasa Inggeris. Jurujual tersebut menggunakan penukaran kod untuk menghuraikan penggunaan alat pencuci CD yang sedang dijualnya.


e)Penukaran Kod Untuk Istilah Tertentu

P1 : Ini original ka?

J : Tak original punya tak boleh beli

J: Ini pun original punya

P1 : Kasi protectlah itu disc

J : Refill


f) Pertukaran Kod Peringkat Ayat

Selain itu, Tan Mek Leng (2003) juga telah mendapati dalam kajiannya bahawa, pola pemilihan bahasa yang melibatkan penukaran kod untuk keseluruhan ujaran berlaku apabila penutur memulakan dengan ujaran bahasa melayu kemudian menukarkan kod ke dalam bahasa Inggeris pada keseluruhan ayat seperti berikut :

Told him already tingkat satu

He said ground floor

Told him tingkat satu, he said

Second floor.

Petikan ini menunjukkan pola penukaran kod berlaku apabila jurujual berkenaan telah menceritakan kepada pengkaji tentang peristiwa yang berlaku sebelumnya. Perselisihan faham telah berlaku dengan penghantar barang ke kedainya kerana arahannya tidak dipatuhi. Dalam ujaran itu dia telah memulakan dengan bahasa Inggeris told him already dan menukarkan ke dalam bahasa melayu tingkat satu dan menukarkan semula dengan bahasa inggeris dalam ujaran he said ground floor selepas itu dia telah memulakan dengan bahasa Inggeris told him dan menukarkan kepada bahasa melayu iaitu tingkat satu dan seterusnya ke dalam bahasa inggeris he said second floor.


g) Penggunaan Bahasa Kantonis

Beliau juga mendapati bahawa, penukaran kod ke dalam bahasa kantonis berlaku apabila jurujual berhadapan dengan etnik yang sama .

J : Ngam mou ngam mou auntie?

(elok tak, elok tak makcik)?

J :Sei sap kou khow kau

(empat puluh ringgit sembilan puluh sembilan)

J: Sam yet guarentee

( jaminan tiga bulan)

Contoh ini menunjukkan penjual telah bertanya kepada pengkaji setelah mendapati pengkaji telah berada beberapa minit di gerainya dan memberitahu tentang harga barangnya. J menggunakan bahasa kantonis untuk bercakap dengan pengkaji. Dia telah bertanya adakah barangan yang dipamerkan di situ sesuai dengan kehendak pengkaji. Dia telah menyatakan yang barangan itu mempunyai tempoh jaminan selama tiga bulan dan harga barang itu sebanyak empat puluh sembilan ringgit sahaja. Penukaran kod ini amat jelas sebagai satu strategi penyesuaian (convergence) yang digunakan untuk menunjukkan kemesraan dengan etnik yang sama. Walaupun begitu, pengkaji telah memberikan maklum balas secara tidak verbal.


4.1 Kesimpulan

Sepanjang perbincangan ini, Tan Mek Leng (2003) menyimpulkan, bahawa jurujual telah menggunakan dua strategi yang penting iaitu strategi linguistik dan strategi komunikatif ketika berdepan dengan pelanggan. Strategi linguistik merupakan strategi penggunaan bahasa seperti penggunaan bahasa basahan, bahasa pasar dan juga pertukaran kod. Strategi komunikatif yang digunakan pula merupakan strategi kesopanan, strategi tidak langsung dan sebagainya.

Beliau telah meneliti serba sedikit tentang strategi kesopanan negatif yang berkait rapat dengan cara pertuturan yang agak mengelirukan (misleading) yang digunakan. Strategi seperti ini kadangkala boleh menjejaskan hubungan dengan pelanggan. Pada pemerhatian pengkaji, kemungkinan besar strategi berikut hanya digunakan terhadap pelanggan yang sudah biasa dengan sikapnya.

Oleh sebab itu, pembeli berkenaan tidak akan merasa tersinggung kerana sudah sedia maklum dengan sikap jurujual tersebut. Dalam konteks berkenaan, strategi yang digunakan oleh jurujual itu tidak akan menjejaskan perniagaanya. Hal ini bersesuaian dengan maksim-maksim Grice dan implikatur perbualan telah digunakan untuk menghuraikan ujaran yang membawa maksud yang sukar difahami oleh pendengar.

Secara umumnya, strategi yang digunakan oleh jurujual akan memberikan kesan yang tertentu kepada pelanggan. Penggunaan strategi komunikatif seperti strategi mencapah, strategi penyesuaian dan lain-lainnya dapat merapatkan hubungan jurujual dengan pelanggan. Oleh sebab itu, melalui contoh-contoh yang diberikan, menunujukkan bahawa jurujual mempunyai cara atau strategi tersendiri untuk memujuk atau memperkenalkan barangan kepada pembeli atau bakal pembeli.

Pendekatan yang digunakan oleh jurujual seperti menyatakan kelebihan barangnya dan membuat perbandingan dengan barang alternatif. Walaupun begitu, strategi yang digunakan adalah bersesuaian dengan maksim cara dan bekerjasama Grice.

Di samping itu, terdapat juga konteks perbualan di mana penutur tidak mematuhi maksim-maksim perbualan seperti yang dicadangkan oleh Grice. Huraian terhadap maksud tersirat ujaran tersebut diberikan berdasarkan konsep implikatur perbualan. Oleh sebab itu, kerjasama masih dapat diwujudkan kerana pendengar berkenaan dapat memahami maksud tersirat yang wujud di sebalik ujaran-ujaran tersebut.

Hubungan baik antara jurujual dengan pelanggan amat penting dalam sesuatu perniagaan. Sesetengah jurujual yang ditemuramah berpendapat bahawa, kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan perlu ada bagi setiap jurujual. Walaupun terdapat situasi yang mana pelanggan tidak membeli ketika berkunjung ke kedai mereka pada kali pertama, jurujual berkenaan tidak perlu merasa kecewa atau merasa tidak puas hati. Pelanggan tersebut akan datang semula ke kedai itu jika barang yang dijual di situ diperlukan oleh mereka pada masa akan datang. Oleh itu sememangnya tidak rugi jika layanan yang baik diberikan terutamanya, kepada seseorang pelanggan yang baru pertama kali menjejakkan kaki di kedainya.

Oleh yang demikian, setiap strategi yang digunakan oleh jurujual amat penting dalam melahirkan hubungan yang berterusan dengan pelanggannya. Hubungan yang baik dan mesra dengan pelanggan merupakan aset yang amat berharga untuk menjayakan sesuatu perniagaan. Kesan positif terhadap jualannya akan wujud apabila strategi bersesuaian yang digunakan telah dapat menarik pembeli tersebut dan menarik pembeli untuk datang lagi ke premisnya pada masa akan datang. Dengan adanya kepercayaan pelanggan terhadap seseorang jurujual maka hubungan baik dapat dikekalkan antara penjual dengan pembeli.


5.0 DAPATAN RUMUSAN

5.1 Penilaian Wacana Jual-Beli : Penentuan Peranan Dan Darjat Penutur

Berdasarkan keseluruhan kajian, Tan Mek Leng (2003 ) mendapati, peranan jurujual sebagai pakar dalam domain perniagaan dapat diperlihatkan melalui cara mereka menggunakan bahasa secara berkesan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Dalam data-data yang telah dikaji, telah menunjukkan bahawa terdapat banyak pola ujaran yang ringkas. Pola perbualan yang ringkas seperti ini dapat menunjukkan budaya orang Tionghua yang memang amat mementingkan faktor masa.

Oleh sebab itu, mereka tidak banyak bercakap. Hal ini jelas dapat dilihat dalam urutan, maklum balas dan pola pengambilan giliran serta strategi-strategi yang telah dihuraikan. Pada amnya, penutur mematuhi maksim-maksim Grice dan prinsip bekerjasama. Setiap ujaran pendek-pendek dan tidak melebihi dua atau tiga ayat. Hal ini selaras dengan maksim cara dan maksim kuantiti iaitu memerlukan penutur bercakap dengan ringkas dan sesuai dengan konteks wacana jual beli lisan dan bidang perniagaan runcit.


5.2 Bahasa dan Variasi

Terdapat pelbagai variasi bahasa yang digunakan oleh jurujual Tionghua variasi bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa kantonis. Dapatan kajian menunjukkan laras bahasa yang digunakan oleh penutur merupakan laras bahasa basahan yang lebih merupakan ‘mesolek’ dan ‘basilek’ penutur. Dalam laras bahasa seperti ini penutur mencampuradukkan pelbagai bahasa (kod) dalam satu perbualan yang digunakan ketika bercakap atau berhadapan dengan pelanggan. Bentuk panggilan yang digunakan pada amnya adalah selaras dengan interaksi bukan formal.

Antara faktor yang mempengaruhi pola pemilihan bahasa adalah latar belakang pendidikan mereka. Selain itu terdapat juga faktor lain seperti faktor konteks dan penyesuaian mesej (convergence) terhadap latar pertuturan dengan konteks wacana lisan perniagaan runcit. Konteks perbualan adalah berdasarkan konteks yang tidak formal. Oleh sebab itu, penutur tidak perlu memilih pertuturan berbentuk formal ketika bertutur dengan pelanggan.


5.3 Variasi Bahasa Melayu

Tan Mek Leng (2003) juga menyatakan terdapat dua variasi utama bahasa melayu yang digunakan iaitu bahasa melayu basahan dan bahasa pasar. Variasi bahasa basahan yang digunakan pula merupakan variasi tidak formal kerana banyak terdapat unsur bahasa basahan dan percampuran kod. Bahasa pasar yang digunakan pula diselitkan dengan bahasa basahan. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa, jurujual telah mengadaptasikan pertuturan mereka dengan orang yang dilawan sapa untuk melahirkan hubungan yang harmoni dengan pelanggan.

Beliau menyatakan lagi, penggunaan bahasa Inggeris pula merupakan satu kebiasaan masyarakat yang tinggal di bandar, terutama tempat yang dikaji oleh pengkaji iaitu di Petaling Jaya. Variasi bahasa Inggeris yang digunakan merupakan variasi Bahasa Inggeris Malaysia (Malaysian English type). Bahasa Inggeris yang digunakan merupakan variasi pertengahan ‘mesolek’ yang sering digunakan kelas pertengahan dan ‘basilek’ yang digunakan oleh golongan pekerja (working class ).

Terdapat banyak perkataan yang lebih merupakan perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris yang membawa makna tempatan. Pola bahasa Inggeris ini memperlihatkan cara pemikiran orang Malaysia. Walaupun begitu, terdapat juga pola pertuturan yang terdapat dalam variasi bahasa Inggeris berbentuk formal yang dapat dikesan dalam data perbualan yang telah dibincangkan.

Walaubagaimanapun, variasi ini tidak banyak dan tidaklah menonjol. Terdapat juga perkataan-perkataan yang berkaitan dengan istilah teknikal yang merujuk kepada peralatan komputer dan sebagainya yang masih disebut dalam bahasa inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris seperti ini dapat mengekalkan makna asalnya supaya barangan yang dirujuk mudah difahami oleh pendengar.


5.4 Variasi Bahasa Kantonis

Dapatan kajian menunjukkan bahawa, bahasa kantonis dialek tempatan ketika bertutur telah digunakan oleh jurujual Tionghua ketika berbual dengan penutur daripada golongan etnik yang sama. Pola pertuturan sedemikian adalah untuk menunjukkan perpaduan dengan golongan etnik yang sama. Kajian ini menunjukkan bahawa bahasa kantonis adalah jenis dialek tempatan yang merupakan ragam bukan formal malah lebih merupakan bahasa basahan yang sesuai dituturkan.


5.5 Variasi Bahasa Penukaran Kod

Berdasarkan kajian, Tan Mek Leng (2003) menyatakan, kajian beliau ini menunjukkan satu keunikan pola-pola penggunaan bahasa jurujual Tionghua. Keunikannya yang dapat dilihat dengan jelas ialah, terdapat penukaran kod yang berlaku apabila jurujual bertutur dengan pelanggan. Jurujual bukan sahaja memindahkan kod daripada bahasa melayu kepada bahasa Inggeris malah terdapat juga penukaran kod ke dalam bahasa kantonis.

Apabila jurujual berhadapan dengan etnik melayu, pada kebiasaannya mereka akan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat situasi tertentu di mana jurujual cuba untuk menyesuaikan diri dengan seseorang pelanggan, terutamanya apabila terdapat pelanggan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris yang mana mereka juga akan menggunakan bahasa Inggeris.

Penggunaan penukaran kod dan percampuran kod sering dilakukan untuk menjalin hubungan yang mesra dengan pelanggan. Penutur lebih bersikap “down shifting” iaitu penutur telah cuba untuk menyamakan status sosial mereka dengan orang yang dilawan sapa. Pertuturan seperti ini bertujuan untuk menyesuaikan diri (convergence) dengan pelanggan dan pertukaran kod juga digunakan bagi mewujudkan saluran komunikasi dengan lebih berkesan terhadap pelanggan.


5.6 Maklum Balas Bukan Verbal

Tan Mek Leng (2003) juga mendapati, terdapat maklum balas yang dilakukan secara bukan verbal seperti anggukan, senyuman dan sebagainya. Contohnya dapat dilihat berdasarkan dapatan ini :


5.6.1 Kesenyapan

Kesenyapan sering berlaku dalam wacana jual beli yang boleh membawa makna tertentu. Kadangkala kesenyapan berlaku apabila jurujual mungkin sedang mencari idea untuk meneruskan penerangannya. Dalam situasi tertentu, kesenyapan yang dilakukan oleh jurujual boleh membawa mesej tertentu kepada pelanggan. Jurujual berkenaan berkemungkinan ingin mempelawa pembeli untuk sama-sama melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berkaitan dengan cara iaitu untuk menunjukkan kesopanan dalam perbualan dan menjemput pelanggan terlibat sama dalam perbualan.

5.6.2 Senyuman

Dalam suatu perbualan, senyuman yang digunakan untuk memberikan maklum balas mempunyai tujuan tertentu. Senyuman digunakan oleh jurujual dalam proses tawar-menawar sebagai satu cara yang sopan untuk menolak sesuatu permintaan, terutamanya daripada pihak pembeli ketika diminta oleh pembeli untuk mengurangkan harga sesuatu barangan. Senyuman juga boleh digunakan untuk meredakan ketegangan dalam perbualan.

5.6.3 Anggukan

Anggukan juga merupakan satu perlakuan bukan verbal yang sering dilakukan oleh penutur untuk menyatakan persetujuan dan juga untuk membuat pengesahan terutamanya ketika memberi maklum balas. Melalui anggukan dapat menunjukkan bahawa penutur bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh penutur semasa. Sepanjang perbincangan setakat ini, jelas menunjukkan bahawa maklum balas yang dilakukan untuk menjelaskan bahawa mesej yang disampaikan telah difahami oleh pendengar.

Oleh sebab itu, setiap maklum balas yang diberikan mempunyai maksud yang tertentu. Setiap perlakuan yang dilakukan oleh penutur merupakan reaksi terhadap ujaran yang didengar dan maklum balas merupakan satu tindakan yang spontan yang lahir daripada reaksi tersebut. Hal ini berkaitan dengan maksim cara iaitu menunjukkan penutur bekerjasama dalam perbualan tersebut.


5.7 Perlakuan Bahasa Tidak Langsung

Tan Mek Leng (2003) juga mendapati bahawa, perlakuan yang sering dilakukan oleh penutur adalah seperti mengelak, memberi alasan, meminta penerangan, memujuk, memberi penjelasan dan sebagainya yang juga berkaitan dengan keempat-empat maksim grice yang dibincangkan.


5.8 Strategi Linguistik

Strategi linguistik meliputi strategi penggunaan bahasa variasi bahasa melayu, varisi bahasa Inggeris, dan variasi bahasa kantonis. Terdapat juga strategi penukaran kod yang telah digunakan oleh jurujual. Strategi penggunaan bahasa basahan termasuklah strategi penggunaan partikel “lah”, “hah”, “hoh” singkatan “kan” dan sebagainya. Terdapat juga strategi penggunaan bahasa pasar yang terdapat dalam kajian ini. Strategi bahasa yang lain termasuk strategi memasukkan unsur singkatan perkataan dalam sesuatu ujaran. Strategi seperti ini juga jelas menunjukkan pola-pola penggunaan bahasa basahan oleh jurujual berkenaan.


5.9 Strategi Komunikatif

Strategi komunikatif meliputi strategi pujukan, strategi kesopanan termasuklah strategi tidak langsung dan sebagainya.

5.9.1 Strategi Memujuk

Tan Mek Leng (2003 ) mendapati, strategi memujuk digunakan oleh jurujual untuk melahirkan minat pelanggan terutamanya terhadap barangan mereka. Dalam kajian ini didapati, penggunaan strategi ini untuk meyakinkan pelanggan terhadap kebaikan serta kualiti barangan mereka. Strategi memujuk juga digunakan oleh pembeli untuk melembutkan hati jurujual supaya dapat menunaikan permintaan mereka. Hal ini berkaitan dengan maksim cara dan maksim perkaitan.

5.9.2 Strategi Kesantunan

Strategi kesantunan terdiri daripada strategi yang berkaitan dengan cara menyapa pelanggan dengan menggunakan panggilan tertentu untuk menunjukkan kesopanan. Strategi ini termasuklah strategi langsung dan strategi tidak langsung. Strategi tidak langsung digunakan untuk menyatakan sesuatu secara tidak langsung supaya dapat mengelakkan daripada menyinggung perasaan dan dapat mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Terdapat juga penggunaan strategi yang menggambarkan konsep FTA misalnya dengan menggunakan starategi kesopanan positif dan kesopanan negatif. Implikatur perbualan telah digunakan untuk menghuraikan penggunaan strategi sedemikian.


5.10 Konsep Kefahaman Bersama

Tan Mek Leng (2003) juga mendapati, konsep ini berkaitan dengan penerimaan pendengar terhadap sesuatu ujaran yang telah dilafazkan. Jika sekiranya sesuatu ujaran itu diterima dan difahami oleh pendengar, pada kebiasaannya persefahaman dapat dilahirkan. Tetapi sebaliknya, terdapat ujaran yang dianggap sukar difahami oleh pendengar. Hal ini berkaitan dengan maksim Cara iaitu penutur mempunyai tujuan tertentu untuk bertutur sedemikian. Implikatur perbualan digunakan untuk menjelaskan maksud tersirat sesuatu ujaran dan pendengar dapat memahami konsep kefahaman bersama dan kerjasama dalam perbualan dapat diwujudkan.

Dalam kajian ini, didapati bahawa, pada keseluruhannya jurujual telah memperlihatkan kejujuran mereka dengan jelas. Tan Mek Leng (2003) berpendapat bahawa, dalam keadaan tertentu, masih terdapat keraguan yang mana ada kalanya jurujual tidak memberikan penerangan yang tepat dan terdapat juga penerangan yang boleh mengelirukan pembeli. Hal ini berkaitan dengan maksim Cara dan maksim kuantiti. Kadangkala terdapat juga maklumat yang tidak diberikan sepenuhnya. Dan hal ini berkaitan dengan maksim kuantiti.

Melalui temu bual yang telah dilakukan terhadap responden yang terdiri daripada pembeli, Tan Mek Leng (2003) mendapati, terdapat pelbagai maklum balas mengenai sikap jurujual telah diberikan oleh mereka. Sesetengah pembeli menyatakan bahawa terdapat jurujual tidak menyatakan sesuatu dengan jelas dan mesej mereka berselindung di sebalik penerangan yang diberikan. Kadangkala pernyataan yang diberikan adalah tidak tepat, sebagai contoh, penggunaan ungkapan one year guarantee seperti yang akan diberikan untuk menyatakan tentang khidmat selepas jualan adalah memang sukar didapati.

Hal ini berlaku kerana setelah sesuatu barang telah dijual, adalah sukar untuk mencari semula jurujual yang telah menjual barangan tersebut. Terdapat juga kemungkinan bahawa kedainya sukar untuk dikesan dan kedainya mungkin sudah ditutup.

Terdapat juga kemungkinan barang yang dijual tersebut kualitinya kurang. Maklumat yang dinyatakan semasa membuat promosi terhadap barangan tersebut tidak menepati maklumat semasa barangan tersebut dijual. Penipuan seperti ini hanya disedari selepas pelanggan telah membeli sesuatu barangan. Penipuan seperti ini sebahagian besarnya, dilakukan oleh orang-orang tertentu yang tidak bertanggungjawab . Golongan ini lebih mementingkan diri kerana mereka hanya ingin mendapat keuntungan segera dan tidak mempunyai premis yang tetap. Sikap jurujual tersebut pada amnya telah menjejaskan nama baik pekerjaan sebagai jurujual. Pada pendapat responden yang ditemubual oleh pengkaji, pembeli yang tertipu sudah tentunya tidak akan mengunjungi premis mereka pada masa akan datang.

*******************************************************************************************

Tan Mek Leng, telah menyiapkan kajian tesis Ijazah Doktor Falsafahnya, pada bulan Oktober 2003, di bawah penyelianya iaitu, Profesor Elaine Morris di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Beliau juga telah membuat rujukan sebanyak 173 buah buku dan pencarian elektronik internet sebanyak 20 rujukan. Nombor rujukan tesis Ijazah Doktor Falsafahnya, di perpustakaan Universiti Malaya ialah, P 121 UMP 2003 TAN.

Tinjauan dan ulasan : AZLINDA ABD. RAHMAN