KAWE PUNYA CERITA SIRI 1 : Amukan Malam Raya Korban

"Cit! Kurang ajo punya budak malaun ni. Berani mu datang kacau kawasan Balasoh (madrasah atau surau)aku." Hati ku berdetak menahan kobaran marah yang berapi-api. "Pist! Pist! Zu cepat r turun, kita orang dah bengang gila ni!" bisik kawan-kawan ku dengan pelahan. Ternyata dia orang pun tak sabar menahan marah tu. Aku hanya memerhati dari celah kangkang sujud ku. "His, ni nak teruskan solat ke tidak ni?", gertak hati ku sambil melilau ke kanan dan kiri. "Cabut je la. Aku ni budak lagi, sunat pun belum lagi." Aku terus bingkas keluar daripada solat Insyak melompat turun ke bawah surau. Pang! Pang!BOOOM! Bunyi mercun meletup betul-betul depan basikal aku.

"Woi! Mu nak kena belasah ke hah!" Jerit aku dengan sekuat hati sambil menyingsing (menyingkatkan) kain sarung! Kawan-kawan ku yang lain semua dah siap sedia di sisi untuk menerima arahan. "Hahaha, mum sibuk kenapa? Suka hati kita orang r nak main mercun sini. Kau orang budak baru kat sini jangan nak belagak kat kampung kita orang. Sedar sikit taman perumahan ni dalam kawasan kampung kita orang tau!", sinis je bunyi si malaun Kamil mengertak kami pula. "Tak kisah la kampung sapa, hormat la sikit orang nak solat ni,", balas Ariff kawan ku, anak cikgu Nik Tie.

"Hoi Arif! Aku dah lama tak puas hati dengan kau tahu. Pasal mak kau lah aku kena jemur panas 3 hari lepas!", jerit Bakar sambil meludah ke arah Arif. Tapi nasib baik kedudukan kami agak jauh. Kalau tidak mesti terpalit muka si Ariff dengan air liur busuk si Bakar tu.

"Pang! Pang! BOOOM!" Menggelupur kami melompat mengelak daripada mercun yang dibaling oleh Kamil ke arah kami. Aku sempat melihat Arman terkial-kial merangkak bangun keluar daripada longkang. "Sial! Apa aku nak buat ni? Kita orang berlima je. Arif, Arman, Ameruddin dan Igeh. Dia orang ada lapan orang." Aku berkira-kira sambil memungut pistol mainan yang tercicir akibat melompat tadi.

"Mampus la mu! Arrrrr!", Ariff menjerit sambil berlari menerjah ke arah Kamil. Belum sempat Ariff menerjah Kamil, Pang! Pistol mainan ku dah melayang singgah tepat ke hidug si Kamil. "Waaaaaa! Waaaa! Sial la kau Kewek!(gelaran bagi aku) Aku bagi tahu kat bapak aku", Kamil menjerit menangis sambil menyapu darah yang keluar daripada hidungnya. Kawan-kawannya segera mengelilinginya, memujuk dan menenangkan Kamil! Bakar sempat menunjuk penumbuknya ke arah aku, aku menundukkan pandangan, takut untuk bertentang mata dengan Bakar. Semua orang tahu, Bakar dan abang-abangnya memang semseng dalam kampung aku.

Nasib memang menyebelahi kami, sebab Pak Cik Safie (Bilal surau kami) dah terpacak depan pintu surau merenung tajam ke arah kami semua. "Woi budak, kamu ni apasal hah! Esok nak raya asyik nak bertumbuk lagi ni, nak aku bawa ke balai polis ke hah! Surau ni tempat orang nak solat, yang kamu berkelahi kat sini kenapa! Pot pet pot pet dan pot pet pot pet Pak Cik Safie berleter kepada kami semua. Aku lihat Bakar, kamil dan gengnya mula beredar pelahan-lahan meninggalkan perkarangan suaru kami, mungkin sebuku dendam terpalit kat hati dia orang ke atas kami. "Ah, lantak la! Apa aku takut." Pujuk hati ku.

Fuh! lega rasanya, kalau tidak masak aku dan yang lain-lain kena belsah oleh Bakar dan abang-abangnya. Aku dan kawan-kawan yang lain terus berlari ke ruang belakang surau konon-kononnya nak menolong menyiapkan juadah bagi orang-orang yang lepas tabir raya.

Esok raya, aku tersengih mengerling pada Arman, Ariff, Ameruddin dan Igeh. Mulut dia orang dah penuh dengan roti jala. Dasar budak nakal. Pantang tengok makanan, lagi-lagi yang percuma punya. Aku pun segera tumpang sekaki da. Takbir raya syahdu berkumandang. Kami takbir bersama, mulut penuh makanan, sambil membentang tikar dan menyusun makanan dan minuman.

CERITA BENAR SIRI 2 : Kurang Cerdiknya Aku

"Hahaha! jalan cikgu, cepat! Cepat! Macam kura-kura jela cikgu ni," gelak si Ramli(bukan nama sebenar, anak murid ku tahun 6). "Ai melampau si Ramli ni. Ni dah lebih ni labu," gertak aku dalam hati. "Hahaha, apalah cikgu ni, masa latihan bola bukan main "teror" cikgu tunjuk "skill" dan mengajar kitaorang, ha sekarang baru tahukan, saya ni bukanlah lembab sangatkan cikgu? Hahahaha!" sengih si Ramli dengan wajah yang comotnya tu. Bengang pun ada rasa ni, mananya tidak, masuk kali ni dah 3 kali aku kalah main catur dengannya. Tapi nak buat macam mana tahan jela telinga dengar dia memekak bagai kambing kena hujan. Takpa ni masa aku tengah "sporting", layan je kerenah si labu ni. Kalu tidak, nayalah kau Ramli! Esok kau datang lewat lagi, tiada maaf bagi mu. Tunggula kat luar pagar tu sampai guru besar sendiri yang bukakan. Hehehe, gitulah gayanya seorang guru disiplin yang memang dibenci ramai tapi masih lagi disukai oleh segelintir pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah yang dah cuak tengok muka ku ni. Pelajar-pelajar nilah yang jadi kawan-kawan ku masa kat kantin dan di luar sekolah.



"Hohoho, yeye saya menag lagi. Cikgu dah kalah! Padan muka cikgu, itula suka marah-marah orang sangat. Tuhan tak suka kita selalu marah-marah ni." dengan bermegahnya si Ramli menasihatkan aku. "Aik, bila masa pula kamu jadi guru besar nak menasihatkan saya ni!", aku membulatkan mata seolah-olah nak menelan je si Ramli tu, panas rasanya telinga aku dengar ayat tersebut ditambahkan lagi malu menghadapi kekalahan kali yang ke 4 di tangan budak labu ni.

"Ekeleh cikgu ni, betullah apa yang saya cakap tu, cikgu sendiri yang ajarkan saya masa tahun 5 dulu. Cikgu dah lupa ke? Balasnya tanpa ada rasa bersalah pun. Terdiam aku. Tersipu-sipu macam bebiri lepas dipotong bulunya. Yeka aku ada ajar macam tu? Terkulat-kulat kau nak membetulkan keadaan! Yela-yela, betul lah kata kamu tu, cepat kemaskan catur tu, kita dah nak mula sesi latihan bola hari ni. Cepat siap! Sorang lambat, semua orang saya suruh lari 10 kali pusing padang! Jerit aku sambil membodohkan diri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Aduh! Malunya, dah la kalah main catur dengan budak tahun 6, cakap pula tak sama bikin da!

CERITA BENAR SIRI 1 : Doa Seorang Anak

Aku dari jauh memerhati gelagat anak-anak murid ku membersihkan kelas.Itulah kebiasaan yang menjadi kelaziman sebelum sesi sekolah di tamatkan. Kelas mesti dibersihkan!

Dari satu sudut, mata ku terberhenti, aneh melihat seorang murid perempuan sedang terkumit-kumit sambil tangan menadah langit menyorok di sebalik tingkap kelas. Dia ni memang pendiam sedikit berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Ini apa kes terkumit-kumit macam bomoh meroyan sorang-sorang. Lantas aku menghampirinya yang sedang khusyuk dengan dunia peliknya itu. Asyik dan bersungguh-sungguh benar kelakuannya.

"Nadia (bukan nama sebenar), apa yang kamu buat tu?", tanya ku. "Eh, cikgu, takda apa-apalah. Cikgu ni kacau oranglah", balasnya sambil menjengkilkan mata kepada ku seolah-olah memberi amaran supaya tidak kepoh dan ambil tahu pasalnya. "Mari sini ke belakang, cuba cerita kat cikgu apa masalah sebenarnya ni, cikgu janji takkan beritahu orang lain" pujuk ku dengan begitu beria dan penuh harapan. Dia menoleh ke kanan, kiri depan dan belakang, seolah-olah mahu kepastian bahwa tiada orang yang memerhatikan perbualan yang terjadi antara kami. Dia pelahan-lahan ke belakang kelas mengekori ku. "Cikgu janji tau, sumpah ek! Jangan bagitahu kat orang". Aku mengangguk sambil tersenyum. "Cuba cerita kat cikgu.." aku terus memotong cakapnya agar dia tak merapu minta janji yang bukan-bukan. Biasalah murid-murid ni kadang-kadang banyak pula songehnya bila disuruh sesuatu perkara, lagi-lagi yang melibatkan masalah peribadi.

"Ayah saya dah enam bulan tak kerja cikgu, dia kena diberhentikan kerja. Saya pun tak tahu kenapa. Itu yang hari-hari saya berdoa kat Allah agar ayah saya dapat kerja macam biasa, tapi ayah masih tak dapat-dapat lagi kerja. Dah puas saya berdoa ni cikgu, " jelasnya dengan nada yang lemah. Sebutir air jernih mengalir daripada matanya disusuli berpuluh-puluh yang lain pula. Namun pantas disapunya air jenih itu dengan tapak tangannya.



Aku terkedu, murid tahun empat yang masih mentah ni telah menggetarkan perasaanku. Bukan kerna simpati dek masalah yang menimpa keluarganya, tapi ketelusan hati seorang anak yang penuh pengharapan kepada Tuhan telah menggoncangkan imanku! Biar pun dia masih tidak mengerti sepenuhnya pengharapan pada Tuhan, tapi itulah hakikatnya bahawa anak-anak lagi punyai hati yang kudus dalam mendambakan pengharapn dan kasih sayang. Selama ini kita masih buta dan tuli dengan kedewasaan kita tanpa mengerti sepenuhnya perasaan dan harapan seorang anak terhadap ayah dan ibunya dalam menuntut kasih sayang dan kebahagiaan.

KUSUT MASAI RENCAH KEHIDUPAN

Lidah pada hakikatnya tak bercabang,
mulut lagi tidak seumpama tempayan,
kenapa kenyataan kita selalunya sinis pada orang,
hakikatnya tiada unsur kurang ajar tapi cukup menjengkelkan!

taat sewajibnya pada yang difardukan,
wajib yang berakal mematuhi peraturan alam,
mengapa ada yang buta pada kewajiban,
tiada taat pada ketentuan yang wajib dipatuhkan.

bersikap dingin amat menjelekkan,
kurang ajar seakan-akan ingin ditangan-tangankan,
tapi baldu tak sesuai dengan rotan,
biarkan Tuhan sendiri yang mentarbiahkan,
agar tiada kusut masai yang dinodai oleh amarah syaitan!

AKU TERIMA NIKAHNYA....

"Aku terima nikahnya"...satu ujaran yang punyai makna yang cukup berat bagi kaum adam.Ada kemungkinan hanya segelintir sahaja yang memahami makna sebenar ujaran keramat ini.

Sekiranya hendak dilihat pada makna dan kebenaran pada ujaran yang diucapkan oleh penutur yang melafazkan ujaran ini, maka makna sebenarnya ialah: "Aku Terima Nikahnya (1) BENAR jika hanya jika "Aku Terima Nikahnya (2)." (Cuba hayati betul-betul kehendak ayat ini.) Aku Terima Nikahnya (2) merupakan syarat yang memastikan kebenaran bagi ujaran Aku Terima Nikahnya (1).

Dan "Aku Terima Nikahnya" merupakan ujaran yang menpunyai PELAKUAN PERTUTURAN. Dalam menentukan samada penutur yang menuturkan ujaran ini mempunyai PELAKUAN PERTUTURAN ini, maka si penutur ini boleh dinilai dengan 3 geraklaku iaitu;

1) Pelakuan Pengucapan - ialah penutur berhasrat ujarannya itu akan menjadikan dia bertanggungjawab menerima segala konteks yang berkaitan dengan nikahnya itu.
Apakah geraklaku ini dapat dizahirkan selepas ujaran Aku Terima Nikahnya dilafazkan.

2) Pelakuan Niat Pengucapan - ialah penutur ingin perempuan yang akan dinikahinya itu menjadi isteri, ibu dan teman hidupnya dengan mentaati segala perintahnya (selagimana tidak menyalahi hukum syarak)dan dapat membahagiakan kehidupannya.
Apakah geraklaku ini dapat dizahirkan selepas ujaran Aku Terima Nikahnya dilafazkan

3) Pelakuan tindak balas - ialah penutur ingin wali bagi perempuan yang akan dinikahinya itu menikahkan dia dengan perempuan yang diwalikan oleh si wali itu dan si penutur menerima segala bentuk syarat yang termaktub dalam klausa taklik yang ditetapkan oleh perempuan yang akan dinikahinya itu.
Apakah geraklaku ini dapat dizahirkan selepas ujaran Aku Terima Nikah dilafazkan.

TANAH AIR KU

Tersirna dek pelampau yang buas,
mahu meranapkan tiang seri tanah air ku,
mereka tiada sedar mereka dalam musibah,
sepatutnya bersyukur dengan jasad dan nyawa yang Tuhan anugerahkan.

Biar sekalipun dajjal yang mengepalainya,
biar sekalipun "gog magog" disebalik ketaksuban mereka,
tetap aku berdiri mempertahankan tanah air ku,
bukan kerna budaya mahupun bangsa,
kerna Agama Allah ingin ku bela!

Bukan dengan cara yang "bodoh",
tapi dengan cara yang paling bijaksana!

Awas! Tuhan murka pada mereka yang suka mengadu domba,
Awas! Tuhan benci pada mereka yang suka bermusuh dan bersengketa.
Tiada terlambat untuk berbaik sangka,
pintu kedamaian sentiasa terbuka.

Dengan nama Allah, tiada yang lebih berkuasa melainkan
Kuasa dan Kudrat Nya! Peliharalah tanah air ku daripada mereka-meraka
yang sudah tertipu dan hilang kewarasannya.

AIDILFITRI YANG DAH BERLALU


Gambar Keluarga Hari Raya Pertama da

Tahun ini aku beraya di Penang, rumah mertua kesayangan ku. Bagi aku sama saja suasananya cuma yang berbeda tiada ibu bapa dan adik beradik kandung je, sambutannya sama ceria sama meriah. Yang paling penting semua kena saling mesra dan akrab barulah semuanya dapat disambut dengan penuh bermakna. Tapi tahun ini rasanya lagi cukup bermakna buat kami sekeluarga sebabnya kami dah punyai cahaya mata, bayar fitrah pun dah kena tambah. Baju raya pun bertambah. Hehehe baju anak dan ibunye je yang lebih, aku biasa-biasa aje. Raya tahun ni berkonsep boria hijau da. Yela Penangkan cukup sinonim dengan boria, jadi hentam saja la. Yang seronoknya mak mertua aku sendiri tolong jahitkan baju raya untuk cucu istimewanya ni.

Daneen Imany dengan Pak Ngah nya da

Raya tahun ni boleh tahan penat juga, sebab hari raya ketiga aku dan keluarga mertua ke Kelantan (balik kampung sekali la aku, hehehe sempat beraya dengan mak ayah serta adik beradik ku). Ada agenda penting pada hari raya keempat tu, majlis pertunangan. Bukan aku yang bertunang da, tapi adik ipar aku yang laki kat atas tu ler. "Regunya" orang Pasir Mas, putih melepak orangnya. Aku doakan moga "diarong" dapat disatukan. Jadi jangan tak jadi. Penat aku dengan orang rumah aku dok pulun mengubah hantarannya. (hehehe gurau je Imy oi, kakak yang dok pulunnye, Abang Zuhey tukang ngarah je)

Tu ha tunangnya. Saja je aku tak kasi gambar penuh, takut nanti kena saman lak. Hehehe tak minta izin pun nak muat turun gambar nih. (Tahu takpa)



Hantaran pihak kami biasa sahaja. Yang warna oren putih tu. Cantik dan "ganas" juga kombinasi warna hantaran ni (pendapat aku aje la).Harap-harap jangan lak nanti baju kawin warna oren juga. Nanti terburai di gelak oleh aku. Hahaha. Melawak je ni Imy. Ikhlasnya memang cantik hantaran yang kakak buat tu, warna dan gubahannya memang ada "omp" da. Yang paling penting tahniah sebab tak lama lagi Imy akan jadi suami dan yang utamanya "selamat menjadi orang Kelantan" Hahaha Abang Zuhey cukup berbangga...

HARI RAYA TAUTAN UKHWAH SAUDARA MARA SAHABAT HANDAI



Menjadi anjuran Islam, di hari raya kita berkunjungan ziarah menziarahi
saudara mara sahabat handai untuk menzahirkan kemesraan dan mencapahkan kasih sayang
dengan tangan dihulur tanda bermaafan, segala kesilapan dan kesalahan yang lalu harap dileburkan, mulakan hari mulia dengan seribu kebaikan, amalan di bulan ramadhan harap terus diamalkan berpanjangan menjadikan kita lebih bertaqwa serta bersyukur dengan segala pemberian yang Maha Esa.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Sambutlah salam kemesraan dan kemaafan daripada ku buat semua insan yang pernah hadir dan berurusan dengan ku selama ini. Anggaplah segala kesilapan dan kesalahan yang telah ku lakukan merupakan kedaifan dan kejahilan diri ku yang lalu. Moga masih ada ruang dan kemaafan daripada kalian. Maaf Zahir dan Batin.

CEBISAN PENGAJARAN DARIPADA PUASA YANG LAMA

Seingat aku, aku pernah ponteng daripada berpuasa. Peristiwa itu berlaku masa zaman budak-budak la. Ponteng bukan sebab lapar, tapi sebab nak tunjuk hebat! Aku memang suka tunjuk hebat dan nak jadi orang hebat. Itu suatu sifat buruk yang aku miliki terbawa-bawa dari zaman budak-budak lagi. Apa kaitan hebat dengan puasa? Yang jadi hebat bagi aku masa itu ialah kebanyakan kawan-kawan aku semuanya budak-budak dewasa. Beza umur dalam 5 hingga ke 10 tahun. Kalau mereka boleh ponteng puasa, tak "kantoi" dengan orang tua mereka, tak "kena" tangkap dengan orang kampung kira dalam kategori hebat la tu! Jadi aku pun boleh serta berkemampuan buat macam "diarong", cuma yang membuatkan aku lagi hebat daripada diaorang ialah sebab aku anak imam, hebat anak imam boleh ponteng serta bohong kepada bapaknya yang dihormati oleh semua orang.

Jadi bila besar ini, baru aku terfikir betul la cakap orang yang iman itu bukan harta warisan. Sekalipun kita dibesarkan dalam keluarga orang-orang alim dan berilmu tinggi dalam agama, tak semestinya kita akan terbentuk mengikut acuan tersebut, sebenarnya urusan iman dan amal itu hanya Allah yang layak menentukannya. Jesteru sekiranya kita ternampak anak-anak muda yang berkelakuan bak binatang peliharaan "setan" sekarang ni, kita tak boleh nak salahkan semata-mata kepada mak bapak "diaorang!" Mungkin mak bapak "diaorang" pun dah kering air tekak menasihati anak-anak mereka, lebam-lebam tangan membantai "buntut" dan belakang anak-anak mereka, dan sudah malu menangis malam mengadu pada Tuhan untuk minta belas bagi mengubah sikap dan sifat anak-anak "diaorang".

Itulah realiti kehidupan sekarang, hakikatnya banyak yang menakutkan daripada yang cantik dan indah. Terutamanya bagi ibu bapa muda yang masih punyai anak kecil dalam dakapan mereka, bila besar macam manalah telatah, sikap dan kelakuan anak-anak mereka. Apa yang mengharukan lagi mendebarkan, apakah nasib ibu bapa muda ini di masa tua nanti?. Ke rumah kebajikan orang tua atau kaki lima mengemis menghabiskan sisa-sisa kehidupan dek kecelakaan sikap anak-anak mereka sendiri.

Sama-sama kita renungilah buat bekalan kita di "waktu senja" nanti.

Zuhey : Aku pun bapa yang muda. Bagaimana ya?

TERKESIMA DEK KEBODOHAN YANG TEPU

Ingatkan dah ada masters bodoh itu dah berlalu,
rupa-rupa beratus ribu lagi yang mengambil Q,
masih cetek rupanya ilmu yang dibeli selama ini,
boleh ditimbang kati, boleh ditolak dibahagi,
esok ku dah berkira-kira untuk mengambil PHD,
tapi aku terlupa bukan itu yang patut ku pulun dulu,
aku perlu belajar dengan bodoh ku dulu,
walaupun bodoh itu bodoh, tapi ia tetap menghasilkan ilmu,
ilmu yang tak perlu dibeli, ilmu yang jujur dan bererti,
selalunya kita tergoda dengan yang "seksi" dan "terbaharu",
nyata semua itu bawakan nafsu,
biar bodohku ku bogelkannya terlebih dahulu,
ku ratah segala kebodohan itu biar menjadi ilmu.

Agar bisa ku lebih bersedia,
untuk berhadapan dengan yang "seksi" dan yang "terbaharu".

AKU SEDAR, AKU TAHU!

Aku sedar, aku tahu,
dosa itu tidak diperlu,
mengapa aku laku?

mungkin sedar dan tahu tidak cukup untuk
menundukkan nafsu,

harus bagaimana jalan untuk
aku tidak terus diulit oleh
dosa dan nafsu?

Aku sendiri buntu,
Hanya aku mendambakan Taufiq dan Hidayah
daripada Allah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Membantu.

BAHAGIA


Bahagia..?
Anda bahagia..?
Dengan apa anda bahagia?
Dengan Cinta atau Kasih Setia?
Atau dengan harta kekayaan pangkat darjat melangit tinggi?
Bahagia suatu perasaan yang sukar dimengertikan oleh ungkapan, simbol dan lambang-lambang bahasa!
Setiap insan, bahagia mereka berbeda-beda.
Jangan kita zalim beranggapkan mereka yang menderita, mereka tiada bahagia!
Jangan kita gelojoh meneka mereka yang hidup mewah kaya, mereka berbahagia!
Yang penting kita bersyukur kerna kita bahagia.
Terima dengan sedaya usaha yang ada.
Berterima kasihlah pada yang membahagiakan kita!

AYUH KE IJTIMAK MALAYSIA 2009

Alhamdulillah sudah tiba masanya,
gunung ganang menggongcangkan paksinya,
makhluk-makhluk turut berzikir memuji keagungan Allah yang Esa,
umat bersatu meninggikan syiar yang mulia,
membawa panji membelah lautan tujuh benua,
hanya amanat Rasulullah dicanang dipalu bergema,
Memohon "Nusroh" daripada Pencipta,
agar umat bangun daripada tidur yang lena,
beriman bertaqwa beramal jaminan ke syurga.


Zuhey : Ayuh kita ke Ijtimak Malaysia 2009 pada 9, 10, 11 & 12 JULAI 2009 bertempat di kuarters KLIA Sepang. Bukan untuk berpolitik, bukan untuk bersukaria, bukan untuk berniaga, di sana kita sama-sama mencari keredhoan Allah S.W.T.

MENGGELEGAK

Buih-buih kasar melonjak-lonjak,
melonjak memenuhi otak,
bawah berkeladak menggelegak,
menunggu masa untuk meledak.

Api biru kelihatan sejuk,
sejuk di mata menggelegak di bahagian kerak,
bukan bara yang menyemarak,
bertih hanggus penyebab,
menggelegak menggetarkan kawah sang keramat,
yang penuh doa yang mustajab,
Satu kata punah binasa tertiarap.

Keane - Everybody's Changing



You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can
You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

You're gone from here
And soon you will disappear
Cause everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

Wish You Were Here

Wish You Were Here
Limp Bizkit



Composição: David Gilmour / Roger Waters

So, so you think you can tell
Heaven from hell
Blues skies from pain
Can you tell a green field
From a cold steel rail
A smile from a vail
Do you think you can tell

So, do you think we can change
Everybody that hates
Before it's too late
So proud to be free
But who can we blame
Don't be ashamed
Do you think we can change

How I wish
How I wish you were here
We're one lost soul swimming in a fish bowl
Year after year
Running over the same old ground
What have we found
The same old fears
Wish you were here

We don't need
Need anymore pain
We just need to remain on the very same page
So much to gain
No more losing a friend
We're losing ourselves
We just need your help
So glad your here

So glad your here

YANG MEMBUJUR LALU

Bulat dah bergolek,
takdir jadikan ia merangkak,
meniti buluh yang bercabang seribu empat,

Sesekali bulat tersangkut,
berlega-lega di penjuru segiempat,
bagai melukut menyukat arah,
pasti ada yang datang menerjah,
menghimpit bulat yang sedang parah.

Bulat mencontohi bujur yang cacat,
tetap bergolek walau termengah-mengah,
tiada gusar mahupun patah,
menggelosori buluh...
hingga ke tanah.

Taman Negara Afrika

Kalau orang tanya aku, seandainya aku diberi peluang untuk melancong, ke mana akan aku pergi? Pasti aku jawab, " Ke Taman negara Africa!"

aku nak tengok ini.



aku nak tengok ini.



dan kalau boleh semuanya yang ada kat situ dengan lebih dekat, dekat, dan lebih dekat lagi. Insya Allah pasti sampai juga ke sana suatu hari nanti.

"MESTI TENGOK NI!"



Zuhey : Apa la susah-susah "korang" ni. Jodoh, rezeki, hidup, mati ni dah ketentuan dan ketetapan ILAHI. Usaha berpada-padala. Selebihnya doa dan tawakkal la. :)

NI APA? TRANSFORMERS SIR!



Ni apa? "Transformers sir" jawab murid-murid tu semua. Mereka dengan penuh kagum dan bangganya menjawab pertanyaan aku tadi tu. Semuanya bersiap sedia untuk menjawab soalan aku seterusnya (mereka beranggapan mesti "soklan" tentang transformers juga yang akan diajukan?

Apa tu KALIMAH TOIYYIBAH? Ambik engkau orang semua. Terkedu dan terlopong la jawabnya!Sorang pun tak boleh nak jawab.

Habis siapa yang aku nak salahkan? Murid-murid atau mak bapak? berpuluh-puluh kali aku beri penerangan pasal KALIMAH TOIYYIBAH ni.

Zuhey : KALIMAH TOIYYIBAH tu samala dengan KALIMAH SYAHADAH. Jadi kepada "korang" yang dah bergelar mak bapak kat luar sana tu, luangkan sedikit masa untuk ajar ilmu agama kat anak-anak.

SOLAT atau SEMBAHYANG?

Apa itu Solat?
Adakah maksud solat dan sembahyang itu sama?

Aku tak mahu menghuraikan pasal solat. "Korang" semua mesti dah arif dan alim daripada aku.

SEMBAHYANG :
1) Bahasa pinjaman daripada Bahasa sanskrit
2) Terdiri daripada 2 suku kata ; sembah + yang.
3) "Sembah" membawa maksud memuja dan maksud yang seangkatan dengannya
4) "Yang" membawa maksud nenek moyang yang pertama sekali.
5) Jadi SEMBAHYANG bermaksud "menyembah/memuja nenek moyang yang pertama sekali."

Jadi "korang" pilihla yang mana lebih sesuai antara solat atau sembahyang.

Zuhey : Perkara ni tiada diulas dalam mana-mana buku, jurnal, artikel, atau sebagainya. Ilmu ini aku dapat semasa aku berkolaborasi dengan salah seorang pensyarah bahasa (UPM) aku dulu . Wallahua'lam.

BLOG DISELENGGARA SEMENTARA WAKTU



Entah apa penyakit dia kali ni. Malas aku nak layan. Macam "pompuan", nak "makeup" lor tu! Argggg!

ROCK ITU SUCI? Betul ke?



Tiga hari yang lepas, aku ada mendengar seorang penyampai radio di sebuah stesen radio yang agak popular juga masa kini berkata ( agak-agak aku bermadah juga la)
" ROCK ITU SUCI "

Terbahak-bahak aku mendengarnya.

Semalam pula (25/06/2009), dia bermadah pula pada waktu siaran yang sama:
" Ayuh semua, kepada pencinta rock sekalian, yang sesat ayuhla kembali ke pangkal jalan".

Kali ni, aku tak gelak. Tapi aku memikirkan sesuatu...



"Korang semua tahu ke apa tu ROCK? Kalau ikut definisi BI rock tu membawa erti batu. Kalau bagi orang Kelantan rock tu membawa pengertian semak samun, belukar dan hutan kecil.

Tapi setahu aku yang cetek ilmu ini, Rangkaikata Rock-n-Roll (räk'n roll') telah pertama kalinya disebut-sebut oleh penghebah radio (DeeJay) bernama Alan Freed dari Cleveland, USA pada tahun 1951. Beliau mengambil istilah tersebut dari lirik lagu "My Baby Rocks Me with a Steady Roll".

Sudah menjadi kebiasaan di era itu, penggunaan perkataan-perkataan rock, roll, rock and roll, dll., dikaitkan dengan adegan-adegan ketika BERSETUBUH/BERSENGGAMA.

Maka pada tahun 60an bermulalah cabang-cabang Rock. Antara lain cabang-cabang tersebut adalah Rhythm & Blues, Hard Rock, Heavy Metal, Arena Rock, Punk/Grunge, Roots Rock, Folk Rock, Celtic Rock, Jazz Rock, Mope Rock, Meta Rock dan Pop Rock.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Rock_and_roll )

Jadi betul ke ROCK ITU SUCI? aku pun tiada idea nak komen. Jadi kalau "korang" ada teori, kepakaran dan "fatwa" yang mengatakan ROCK ITU SUCI, cuba-cubala kongsikan ilmu "korang" tu dengan aku.

JANGAN "MAIN HUJAN" : SUATU METAFORA



Suatu ketika, seorang rakan telah memanggil aku yang tengah berpeluh dingin "kehujanan". Nasihat dia pada ku:
"Cukupla tu! Jangan "main hujan" lagi. Kita nikan "maskulin". Hujan atau kemarau kita tetap "maskulin"."



Pesan dia lagi ( Nama kawan aku ni MUKARROMAH, "senior yang paling rapat dan baik dengan aku ):
"Kalau engkau mahu juga main hujan, engkau buang "payung" kau tu. Dah puas kau main, aku nak kau "terbang ke langit sana, engkau paku segala lubang-lubang hujan tu agar lepas ni tiada lagi hujan jadi mainan hinggusan bagi budak macam engkau ni!"



Aku terdiam! Mulai hari tu aku tak "main hujan" lagi. Maka aku telah menjadi "peredah" hujan yang kalis daripada "bisanya".

-huhuhu korang faham ke ayat aku kat atas tu? Apa dia METAFORA? orang sastera macam A. Samad Said mesti tahu...nanti lain hari aku bagi tahu apa dia METAFORA...sementara tu, "korang" fikirla sendiri apa yang tersurat dan tersirat dalam ayat-ayat aku kat atas tu. Selamat belajar dan selamat mencuba. hehehe-

AWAN HITAM

Awan Hitam...
panorama yang menghilangkan "fatamorgana",
tiada bisa untuk manusia menduga,
rahmat atau malapetaka
berarak tersembunyi di sebalik nya,
meredah langit membawa cerita
duka tawa manis sengsara.


bagi yang sudah terkena,
keampunan Tuhan Esa yang dipinta,
bagi yang masih alpa berpesta,
ingatlah awan hitan itu
bukan sekadar penyeri alam samata-mata,
seribu pengajaran terselimut di baliknya.

p/s : Aku pernah bangkit daripada dingin basah kuyup diranap hujan, bangkit menjadi "maskulin" sejati dan perkasa.

TELEFON BIMBIT YANG PERNAH "BERKEPIT" DENGAN AKU


ERICSSON GH388

Salam. Seingat aku yang makin tua ni (tua ke?), dah banyak telefon bimbit yang aku guna. Mula-mula sekali aku pakai telefon bimbit pada usia 20 tahun (2000), masa ni telefon bimbit jenis Ericsson cukup meletup da, jadi untuk kemudahan aku beli la satu dengan menggunakan elaun belajar ( masa tu aku belajar kat MPI Bangi) yang aku kumpul beberapa bulan sebelum tu, huhuhu ikat perut tu nak dapat "hantu" ni, terpaksala cuti semester aku buat "part time" cari duit poket sikit. Ha gambar kat atas tula telefon bimbit yang mula-mula aku pakai. Ericsson GH388 guna line mobikom 018.... panas meletup telinga guna telefon bimbit ni, tapi tak mengapa nak bergayut punya pasal, kebalkan aje telinga tu.

NOKIA 3210

Ha, telefon bimbit ni aku beli pada tahun 2001 kalau tak salah aku, NOKIA 3210. Asalnya nak pakai sebab masa ni jenis ni cukup popular di kalangan muda mudi masa tu, tapi hati tu baik sangat.... hmm "korang" sambung la sendiri bab ni... tak kuasa aku nak ceritakannya.

ERICSSON T10

Telefon bimbit ni aku beli dekat PKNS Shah Alam sebab ERICSSON GH388 aku tu kena "rembat" masa aku solat dalam surau PKNS. Mula saat ni la aku beralih daripada MOBIKOM kepada Maxis. Nombor ni merupakan salah satu daripada nombor yang paling lama aku gunakan -0122551915-. Telefon bimbit ni hilang masa aku "parking" motor tepi SOGO KL. Masa tu aku tengah buka "lock" motor aku, botol air mineral yang ada kat tangan, aku baling ke dalam raga motor, dalam perjalanan pulang nak balik ke rumah, baru aku perasan yang aku baling tadi memang botol air mineral, tapi sampah yang aku masukkan ke dalam tong sampah tu pula ERICSSON T10 aku da. Tula kuat berangan sangat, "muda-muda tak nak kawin, bila dah tua mula la menyesal."

NOKIA 7210

Yang ni lagi best, aku pakai dua minggu je, boleh aku tak perasan masa aku balik kerja aku redah hujan macam biasa je (Biasanya aku dah siap-siap masukkan segala alat "gajet" aku dalam plastik kalis air sekiranya aku nak meredah hujan, aku ni memang jenis malas sangat nak tunggu hujan reda, buang masa je) tup tup bila berhenti kat SHELL nak isi minyak, barula aku terperasan yang segala alat "gajet" aku tak diberi perlindungan pun. Fuh! bila keluar je telefon bimbit ni daripada poket seluar aku, macam tuang air daripada botol air da. Air mencurah-curah keluar daripada "handset" aku tu. Mamat-mamat motor yang berteduh kat SHELL tu tersengih-sengih tengok aku. Padan Muka.
Takpa, masa tu aku memang berduit banyak pun ( Yela kereta tak pakai, bujang lagi, "job" kat luar banyak, mana tak penuh "kocek" ni) tak heran pun pasal tu, keesokan harinya, balik kerja aku terus pergi beli telefon bimbit yang baru jenis yang sama NOKIA 7210 ( PERTAMA KOMPLEK la lokasi aku cari "handphone" masa tu). Pakai tak sampai sebulan, "samdol" 7210 ni buat hal pula, rosak da. Pila hantar baiki. Sementara tengah baiki, "taukey" cina kedai tu bagila pinjam "handset" dia. Tu jenis telefon bimbit kat bawah tu..


NOKIA 3310

NOKIA 3310, "glamor" suatu ketika dulu, hangat dipasaran. Seronok pun seronok pakainya. Tapi nasib aku tak baik, aku kena tahan wad selama 2 minggu kerana deman denggi kat Hospital Besar Kota Bharu. Telefon bimbit nila yang jadi teman setia ketika tu, tapi entah "toyol" mana pula yang berani curi "peneman" aku ni masa aku tido. "Benggang" betul aku, dahla sakit, kena aniaya pula. Orang punye la tu wei! " Macamne" aku nak cakap kat tuan punyanya. Terpaksa la aku gantikan dengan NOKIA 7210 aku yang tengah dibaiki tu.

SAMSUNG N620

Telefon ni jenis SMASUNG N620. Saje je beralih angin ke jenama baru, tak best pun pakai telefon bimbit ni, kurang fungsi dan membosankan. Tapi "ring tone" dia ok la. Akhirnya kena curi lagi, masa tu aku selalu lepak kat UIAM Gombak, satu malam tu aku tido la kat hostel kawan aku kat kolej Farok, bangun je nak solat subuh tengok-tengok dah "lesap" da! Memang banyak betul "toyol" kat Malaysia ni. Tapi niat sedekah jela, nak buat macam mana, "toyol" mana mampu beli telefon, curi dia pandai la huhuhu. "Sengkek" kau "toyol", buat malu mak bapak je!

SONY ERICSSON T..2 (lupa apa namanya)

Telefon bimbit ini merupakan telefon bimbit SONY ERICSSON jenis pertama yang menggabungkan kemudahan kamera dalam fungsi aplikasinya. Harganya boleh tahan juga, Kalau tidak salah aku dalam lingkuan RM1000+ jugalah. Maka bernafsulah aku ketika itu untuk memilikinya. Alang-alang telefon bimbit Samsung dah kena curi, pejam mata ajela beli yang ni. Boleh kata tahan lasak juga telefon bimbit ni, baling sana, baling sini tetap perkasa hehehe. Baling punya baling, kena "kebas" lagi kali ni, masa tu kat kenduri kawin kawan aku punya kakak. Masa kejadian aku memang tengah kelam kabut dan sibuk menguruskan sesi mengambil video untuk dirakamkan bagi pasangan mempelai (Cari duit lebih hehehe). Alahai nasib! Adakah aku yang cuai? Atau aku yang baik hati sangat? Huhuhu

NOKIA 6660

Ini dah masuk era canggih, orang panggil "SABUN" hehehe, aku pun tidak tahu mengapa? Masa ni betapa sibuknya muda-mudi nak tengok video dan movie menggunakan telefon bimbit jenis ini dan yang sejenis dengannya. Masuk "jamban" pun sempat lagi layan video dan movie. Naik hairan aku dibuatnya. Era MP3 sezaman dengannya. Maka berkumandanglah lagu-lagu di corong-corong telefon bimbit pula. Cangih sungguh! Tak lama pun aku pakai telefon ni, setahun adala. Kali ni selamat, ianya dijaga dengan cukup baik sekali! Satu calar pun tidak terpalit kat telefon ni. Akhirnya aku jual dan "trade in" dengan telefon yang kat bawah tu!

NOKIA 7610

Muda mudi memanggilnya "DAUN". Fungsi aplikasi telefon ni lebih kurang sama je dengan yang di atas, tapi reka bentuknya lebih menarik sedikit. Harganya... mak datuk mahal "giler"! Tapi tidak mengapa, masa ni semua orang gila, gila dengan telefon bimbit termasukla aku yang tengah "lagho" ketika ini, banyak melayan nafsu daripada ikut perintah Tuhan. Jaga punya jaga, bela punya bela... Tuhan lagi berkuasa, kena curi lagi sekali da. Ni kifarah tidak bayar zakat harta kot! Rasanya macam banyak dosa je aku ni, semuanya tak berkat. Yang "sempoinya" kena curi depan mata je, masa tu aku dalam CIMB Bank di Shah Alam tengah isi borang mahu pindahkan sejumlah wang untuk tujuan "bisnes"la. Bila dah siap isi borang, tengok-tengok telefon dah hilang, memang sah "toyol" yang curi. Toyol pun dah bijak dalam menjalankan operasinya da. Berani dia buat kerja siang hari dalam bank pula tu. kalau dapat , memang aku sunatkan kali kedua "toyol" tu!

NOKIA N85

Maka terpaksala beli telefon bimbit yang baru, kali ni kali pertama aku beli tefon di Alam Sentral Shah Alam tinggat 3. Walaupun kat situ tidak ada banyak pilihan terpaksala beli juga, aku dah tak larat nak ke KL, tua dah! Malas dan aku cukup jemu dah dengan kesesakan jalan ni. Fobia pun ada juga! Cukup la 6 tahun aku terpasung kat KL tu, letih dan stress rasanya.
Telefon ni memangla dikategorikan canggih, tapi bila pakai 2 3 bulan... aku rasa macam terseksa pula memakainya. Sudah la besar dan berat, tak tahan lasak pula tu. Hmmm akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjualnya dan beralih kepada jenama MOTOROLA pula.


MOTOROLA V3i

Telefon bimbit ni cukup serasi dengan diri aku kerana ianya ringan, mudah, tahan lasak, reka bentuk yang menarik, boleh dikatakan canggih jugala dan punyai ciri-ciri kesederhanaan. Walaupun sekarang ni, telefon jenis ni dah "cabok" dan "terketinggalan" berbanding dengan telefon bimbit yang lain, tapi aku senang menggunakannya.

Sekarang aku sudah berjaya menundukkan nafsu gila terhadap telefon, bukan tiada wang untuk membeli yang lebih canggih, tapi aku sudah sedar bahawa ISLAM itu menyarankan kepada kita agar bersederhana dalam hidup ini. Secanggih mana pun kemudahan yang kita miliki, kalau kita tidak memanfaatkannya kepada jalan di redhoi Allah, sia-sia semuanya. Ingatlah nikmat yang kita kecapi sekarang ini, bila-bila masa sahaja Allah boleh lucutkan daripada kita. Sesungguhnya Allah telah memberi pengajaran kepada aku, moga aku dapat menginsafi segala "keterlanjuran" yang lalu dan jadikan ianya sebagi pedoman dan pengajaran.


VIDEO EDITING SOFWARE YANG PALING BEST

PINNACLE STUDIO
VIDEO EDITING SOFWARE
Aku nak kongsi sikit ilmu yang ada tok "korang" semua, bagi kaki menyunting video mesti sedia maklum tentang sofware ni, tapi bagi anda semua yang baru nak berjinak dengan alam menyunting video, aku cadangkan "korang" pakaila sofware ni. Senang, mudah dan menyeronokkan. Dulu masa mula-mula tengah gila dengan handycam, macam-macam sofware aku gunakan untuk menyunting video yang aku ambil, semuanya mengecewakan. Hinggala seorang kawan aku ni, (orang filem : Filem orang kawin je hehehe) jodohkan aku dengan "menda" ni. Kalau nak pakai gunala yang original, pakai yang "pirate" boleh tapi kurang menyenangkan sebab nanti ada sesetengah "file"nya yang "corrupt". Nanti bila korang dah mahir, bolehla buat kerja "part time" ambil gambar orang kawin dan apa-apa majlis sekalipun. Lumayan jugak la hasilnya. Ha ni kat bawah contoh video yang aku sunting pakai sofware ni. Ini Hasil kerja aku yang pertama tahun 2005. Kelakar juga bila tengoknya, yela masa ni macam "baby" baru nak belajar merangkap da. "Renung-renungkan dan selamat beramal", hehehe.


kHAZANAH MALAYSIA MENGUJAKAN ...

Kaki pencinta alam akan setuju dengan kenyataan aku tu. Sememangnya kat Malaysia ni banyak tempat yang mengujakan untuk dilawati. Cukup kat semenanjung je, Sabah Sarawak tu tak perlu cerita la, lagi memukaukan. Contohnya kat Tanjung Malim pun ada beberapa tempat yang harus dilawati, baik untuk keluarga, sekolah, IPTA/S dan pegawai-pegawai yang nak hilangkan stres yang bergumpal dalam otak tu. Tak perlukan kos yang tinggi pun.
Hanya 45+minit je memandu keluar dari kota raya Kl, PJ, Subang, Shah Alam. Bagi kaki pancing dan "4wheeldrive hardcore" pun boleh melepak kat sini. Aku pun pernah mancing dan lepak dengan kawan-kawan serta keluarga kat sini. Aktiviti "4whelldrive" belum pernah aku cuba lagi la. Tengah kumpul duit la ni nak beli Pejero ke "sebijik", hehehe nak "lanyak" dengan Honda aku tak sanggup rasanya, kerja gile namanya tu. Tapi sekadar "ikut-ikut" adala.

Ni kat Desa Selesa Tanjung Malim, nak bawa keluarga bolehla, boleh mandi manda, BBQ, Chalet ada disediakan siap "riverview" lagi tu.

Ni pula kat Teratak RiverView Tanjung Malim, En Hakim punya tempat. Best juga tempat ni, kalu nak "join" aktiviti 4x4 boleh la "korang" ke sini join dengan En Hakin punya "team". Kalu datang sini tak sah kalau tak buat aktiviti "tiubing". Huhuhu sekali cuba tak serik rasanya. Tapi kalau nak lagi mencabar kena turun ke negeri Pahang la, banyak tempat untuk aktiviti "tuibing" ni kat sana.


Yang terakhir ni tapak perkhemahan En Khairi punya. Kat Tanjung Malim juga. Sesuai la untuk aktiviti kokurikulum sekolah dan IPTA/S. Tempat ni la yang paling kerap aku kunjungi, orang kata lebih "privacy" dan menyegarkan. Kali terakhir aku masuk ke sini bulan 3/09 tahun ni. Jadi kalau anda semua rasa berminat nak lepak dan lakukan sebarang aktiviti kat sini, sila datang tengok dulu, bincang dengan tuan punya tempat, nanti kata kat aku "indah khabar daripada rupa" plak. Ada beberapa tempat lagi yang belum aku lepak kat Tanjung Malim ni, kalau "korang" ada ke sana boleh la maklumkan kat aku. Muat turun sekali gambar tempatnya, masukkan dalam blog "korang". Nanti aku singgah la kat blog "korang".

Hahaha "kitaorang" siap bawa katil, bantal sekali da. Sejuk yop! setakat hotel 5 bintang tak leh lawan lagi tido kat sini. Tapi pastikan masuk ke tempat-tempat gini jangan buat maksiat tau! sendiri faham-faham la, bukan aku nak takutkan. Hati mesti bersih niat mesti betol "bro"!

MENGUJAKAN....

Wah, betul-betul mengujakan. Aku cukup suka dengan gambar-gambar ni semua. Buat aku muda remaja dan sihat cergas keseronokan.

Sudah lama jemari kasar ku tak pegang batang joran. Sebenarnya aku bukannya kaki pancing yang bertaraf "pro", anak-anak ikan bolehla aku kailkan. Tapi "suasana" memancing tu yang menyeronokkan buat ku jatuh cinta dengan keindahan Tuhan.
Kelah dan jenahak memang dalam kelas yang berbeza. Tapi jiwa ku lagi seronok memburu kelah di hutan gunung sungai belantara.


Kenyir pernah ku terjah, tempat2 larangan pun pernah ku "terceroboh" tapi dengan cari baik la hehehe ampun pak yang berkuasa. Memang amat memuaskan dapat bertemu dengan alam semulajadi yang masih dara sunti.
Suatu hobi yang dapat mendekatkan diri pada yang Maha Esa.
Tak sabar rasanya nak ku mulakan semula bersama keluarga.

TERIMA KASIH WA SUKRAN JAZILAN YA HABIBI


Apa yang lebih bahagia daripada yang teramat bahagia
melainkan dikau sentiasa di sisiku
bahagia bukan untuk seketika,
berkekalan nun di syurga,

Terima kasih bukan ungkapan semata-mata,
pasti doa ku terhadap diri mu
sentiasa mengiringi ketika ku menghadap Pencipta Kita,
agar dikaulah orang yang paling berbahagia,
menemani daku melangkah ke mahligai abadi di sana.

Atas segala pengorbanan
dan perkongsian hidup mu terhadap diri ku,
ku serahkan segala keegoan ku buat mu,
ku hadiahkan kemaafkan ku selamanya buat mu,
biar ku mati dipangkuan mu sekiranya syahid bukan takdirku,
terima kasih buat mu mengiringi ucapan syahadah ku.

SK LA SALLE PJ SELANGOR : Bermulanya Kerjaya Ku ( 01 Julai 2002)


SKLS merupakan tempat pertama aku mengajar. Memang seronok mengajar di sini, cukup mencabar kematangan, kesabaran dan keikhlasan. Semua muridnya terdiri daripada murid lelaki. Banyak perkara dan ilmu yang dapat aku belajar di sekolah ini. Moga-moga sekolah ini terus maju dan warganya sentiasa berada dalam keadaan harmonis dan saling bekerjasama. Hehehe kepada mereka yang pernah menyaman aku satu seketika dulu, aku pohon kemaafan, aku ikhlas dalam mengajar, tiada terlintas dalam benak fikiran aku untuk mengasari anak-anak didik ku. Bagiku, bukan kemahuan ku untuk menjawat jawatan guru disiplin, tetapi yang salah tetap salah, guru tetap akan menegur meskipun yang salah itu anak ketua hakim.

CONTOHILAH AWAN

Contohilah awan...
tiada takut untuk berganjak...
penuh keyakinan untuk bergerak...
walau angin yang menolak...
beraraknya tetap berawak...
tiada masa untuk selesa berehat.

Gunung bukit bukan alasan untuk bertekad,
sesekali membawa hujan yang berat,
maju terus maju walau guruh dan petir menghambat,
tiada alasan baginya untuk bergerak...
melunaskan tanggungjawab.

Biar aku juga bertekad,
tiada akan selesa untuk berehat,
bergerak maju berarak
bersama mereka yang punyai matlamat
memajukan diri, keluarga, agama, negara dan umat.

PERMATA DELIMA DANEEN IMANY


Wahai Permata delima ayah dan ibu,
wajah kau berseri,
bak bintang bersinar di kala gerhana bulan menerang,
Tapi...
ayah dan ibu tidak pasti...
adakah kehidupan mu seindah
seri wajah mu,
dapat bertahan bersama seri bulan dan bintang.

p/s: Anak ku sekarang masih hidup dengan kehendak tuhan berasbabkan alat oksigen bantuan pernafasan, tenat dan... Amin. Moga Allah permudahkan segala urusannya. Segala ketentuan hidup adalah milik mutlak Allah Tuhan Pencipta semester alam.

SI HATI BATU

Si Hati batu
teguh berdiri meskipun Tuhan hujaninya dengan metoer berbatu,
mungkin itu kehendak Tuhan bagi si hati batu,
tidak kenal air mata mahupun keluhan kecewa,
bukan kehendaknya untuk memendam rasa atau
punyai hati yang kematu membatu.

Alangkah takutnya rasa,
andai hujan metoer bertukar dengan hujan asteroid pula,
takut bukan sebab tidak kental untuk berkubu,
takut iman punah binasa!

Wahai hati yang diselaputi kelikir dan batu,
berwaspadalah engkau akan ujian Ilahi,
engkau tidaklah sehebat hati para nabi,
bisa musnah kecundang jua pasti suatu masa nanti,
sedangkan besi lebur dimakan karat bumi,
inikan pula engkau hati yang tiada bertulang tidak bersendi,
direbus dikucah pasti lumut tak terperi.

Rasa kecut, rasa seram pasti..
bila Allah menambah ujiannya pada
hambanya yang tiada menginsafi diri.

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru...
ucapan mesra oleh seorang pelajar,
jadi amalan zaman berzaman,

Apa yang diucap adakah sama dengan
apa yang akan tersirat di sepuluh tahun masa ke hadapan?
adakah jasa guru yang lebih utama dikenang
atau nostaljia bersama rakan yang lebih memberi
makna untuk kehidupan?

Semua itu bukan perkara yang penting
yang perlu bersarang dalam benak fikiran seorang guru,
bagi guru kejayaan KAMU bukan datang daripada AKU,
bagi guru kecemerlangan KAMU bukan kurniaan daripada AKU,
semua itu urusan Tuhan yang Satu,

tapi hakikat kegagalan KAMU berpunca daripada kelemahan diri AKU,
kebodohan diri AKU menjadikian KAMU kurang ajar serta kurang berilmu.

Tiada selamat bagi seorang guru,
dunia akhirat tetap disaman, tetap dipersoalkan...
sampai mati guru tetap guru,
tidak dapat lari...
hanya kerna kamu bergelar
seorang guru.

3 SERANGKAI MEMBELENGGUI MANUSIA

3 serangkai
3 lubang neraka..
3 taman syurga...
membelenggui hayat manusia agendanya,
hanya yang punyai akal dan iman
yang dapat menjinakkanya...

Kerana mulut badan binasa,
Kerana makan hayat terseksa,
Kerana nafsu iman punah tersadai dipintu neraka.

Beringatlah kita sebelum merana,
hidup hanya sementara, negeri akhirat jangan dilupa,
biar kita manusia yang jujur dalam berkata-kata,
makan untuk hayat bukan untuk nafsu,
bernafsu mengikut syariat agama.

AKU MALU...

Aku malu pada Tuhan ku...
malu dek kerana kekurangan diri ku,
bukan harta bukan kesempurnaan hidup di dunia
yang menerbitkan perasaan malu itu,
malu kerana ku tak cukup mengingati MU.

Sepetang ku bemesra dengan nafsu,
ku dihanyut oleh manisan dunia,
malam ku bermanja pula dengan diri dan keluarga ku,
tanpa ada perasaan bersalah terhadap MU.

Aku tidak tahu adakah aku hina atau mulia di sisi Mu,
yang pasti ku mengaku betapa alpanya diriku,
ku kira hari ini masih ada ruang dan peluang bagi ku,
Untuk mula bermujahadah mengingati
serta mengagungkan diri MU.

BIROKRASI

Birokrasi...
Umpama anai-anai serangga prosak memamah
tiang seri keharmonian dan ketelusan negara.
Birokrasi...
Umpama lipas jijik melata di merata-rata
tak kira masjid, longkang, jamban, pejabat
jadi sarang pembiakannya.
Sungguh hina pengamal birokrasi,
pencetus kesabaran, pemangkin kemarahan,
aku kira akulah mangsanya,
tapi ribuan lagi yang menderita,

Andai aku pemerintah,
ku usir mereka yang bekerja semata-mata kerna wang,
Andai aku ketua pengarah,
ku turun padang melihat derita sengsara
mangsa jenayah birokrasi,
Andai ku ketua jabatan,
ku sendiri yang jadi kerani,
Andai ku iman,
ku pohon pada Allah...
Tambahkan kesabaran buat semua hamba Mu
yang sering di buli oleh petualang birokrasi!

KALAU AKU KAYA...

sekiranya aku seorang yang kaya...
punyai wang berbilion juta,
pasti aku boros...
pasti aku rakus...
membeli pahala di sana sini,
kalau aku kaya.

Miskin pun tak mengapa,
sederhana pun tak mengapa,
pahala tetap ku cari,
pahala tetap keutamaan
yang patut ada dalam senarai
barang keperluan diri harian ku.

PEMBAJAK BAHASA


Umpama pembajak berpanasan di tengah sawah,
dengan segala kudrat memerah keringat,
melebur tanah gersang membajai fitrah,
benih bahasa disemai, dengan tangan bergerutu,
membersih belukar liar perosak nilai,
sekali ditebas, beratus pula yang membiak.

Mondok bukan lagi ancaman, burung pun bukan,
tapi benih lama yang sial,
melukut dengan kepandaian,
kononnya berilmu berpandangan jauh kehadapan,
habis laman bahasa temurun disialkan.

Jangan sangka pembajak kerdil ini memandang sahaja,
laman bahasa temurunnya ditumbuhi lalang belukar,
pasti usaha dilipat gandakan,
pasti fikiran digemblengkan,
takkan lalang belukar yang hendak diwariskan
kepada cucu cicit masa hadapan,
nasi makanan kita, bahasa Melayu bahasa kita.

MAJLIS ANTARABANGSA BAHASA MELAYU

MABM

1.0 PENDAHULUAN


Dalam merealisasikan matlamat untuk mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa, pada 2 julai 1997 kerajaan Malaysia meluluskan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenal sebagai Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Penubuhan MABM ini dilancarkan dengan rasminya pada 21 Ogos 2000.
Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan urusetia tetap MABM. MABM banyak memainkan peranan yang besar dalam melaksanakan dan menyelaras segala aktiviti yang menjurus kepada pembinan dan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa. Di samping itu, MABM juga dipertanggungjawabkan untuk menaungi jawatankuasa kebahasaan yang ada pada pelbagai peringkat serta bekerjasama dengan institusi dan pelbagai pihak bagi menjayakanya.

MABM berfungsi mencakupi aspek pembinaan yang meliputi pemantapan kosa kata dan pembinaan laras. Aspek pengembangan meliputi program pengajaran dan pembelajaran di pusat pengajian atau badan akademik, institusi penyelidikan atau budaya antarabangsa, serta menjalinkan kerjasama kebahasaan dan persuratan Melayu di seluruh dunia melalui pelbagai program pengembangan. Aspek penyelidikan pula merangkumi kerjasama penyelidikan dengan pelbagai institusi serta badan dalam bahasa dan persuratan Melayu, termasuk kerjasama penulisan, penterjemahan, dan penerbitan. (Roziah Ahmad Moin , Julai 2004 : Pelita Bahasa hlm 12)


2.0 MAJLIS ANTARABANGASA BAHASA MELAYU (MABM)

2.1 Penubuhan Majlis Antarabangasa Bahasa Melayu (MABM)

Pada tahun 1995 telah diadakan satu kongres bahasa Melayu, iaitu Kongres Bahasa Melayu Sedunia yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Dalam Kongres yang besar dan bemartabat ini, telah diputuskan agar ditubuhkan sebuah badan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa atau dunia, dengan tujuan agar bahasa Melayu dapat diperkembangkan dan diperluaskan penggunanaya hingga ke peringkat antarabangsa atau dunia. Badan yang dicadangkan ini diberi nama Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatanya MABM. Kogsep bahasa Melayu dalam nama Majlis ini merangkumi bahasa Melayu yang dipakai di Malaysia (bahasa Malaysia), Singapura, Brunei Darussalam (bahasa Melayu), Indonesia (bahasa Indonesia) dan tempat-tempat lain seperti di Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina Selatan, Myanmar Selatan, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan lain-lain termasuk bahasa Melayu yang diajar institusi-institusi pengajian tinggi diseluruh dunia seperti di Lieden, London, Moscow, Melbourne, Sydney, Wellington, Ohio, Beijing, Berlin dan lain-lain. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu ini diberi padanan nama dalam bahasa Inggeris sebagai ‘International Council for Malay Language’ atau singkatanya ICML. (Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM),2009:9)

Bagi menjayakan penubuhan ini, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyusun sebuah kertas cadangan yang akan dibawa dan diserahkan kepada Jemaah Menteri Malaysia untuk diluluskan. Akhirnya, iaitu setelah dua tahun bekerja keras, kerajaan Malaysia telah meluluskan penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) pada 2 Julai 1999. (Ibid:9)
Majlis Antarabangasa Bahasa Melayu ( selepas ini akan disebut MABM sahaja) mempunyai objektif yang utama, iaitu untuk menyelaraskan segala kegiatan yang menumpu kepada perluasan dan pengembangan bahasa Melayu diperingkat antarabangsa dan menaungi jawatankuasa-jawatankuasa bahasa Melayu yabg ada dipelbagai peringkat (ibid). Ini termasuk Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia yang telah wujud sejak tahun 1972 dahulu. Demikian juga untuk membantu menubuhkan dan mengukuhkan pusat pengajian Melayu, Mengalakkan pertukaran tenaga ahli dan para penyelidik, dan juga untuk membantu para pakardan penyelidik yang membuat kajian tentang bahasa Melayu dan yang berkaitan dengannya. (ibid).

2.2 Fungsi Utama MABM

Dalam menyelaraskan kegiatan-kegiatan pembinaan, pengembangan dan perluasan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, MABM menekankan kepada tiga fungsi utamanya, iaitu seperti berikut:
a. Mengusahakan terus pembinaan Bahasa Melayu agar ia menjadi bahasa ilmu yang mempunyai kudrat dan kekuatan untuk mendukung dan menyebarkan ilmu pengetahuan moden dan menupang serta menyangga teknologi dan tamadun masa kini dan masa akan datang setaraf dengan bahasa- bahasa lain seperti Inggeris, Arab, Perancis, Sepanyol, Rusia dan Mandarin.
b. Mengembangkan bahasa Melayu melalui program pengajian dan pembelajaran di pusat-pusat pengajian atau badan akadamik, institusi penyelidikan dan budaya antarabangsa dan menjalinkan kerjasama kebahasaan dan persuratan Melayu di seluruh dunia melalui pelbagai program pengembangan.
c. Mengadakan penyelidikan bersama dengan pelbagai institusidan agensi dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu meliputi usaha penterjemahan dan penerbitan dalam bahasa Melayu.
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) telah juga menyusun program dan kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti lain. Antaranya ialah:

2.3 Sidang Majlis

Majlis yang bersidang bertugas mengatur dan menyelaraskan pelbagai program dan aktiviti untuk mengisi dan menyokong rancangan pembinaan, pengukuhan dan pengembangan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.
Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang pertama telah diadakn pada 21 hingga 23 Ogos 2000, di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Banyak negara yang menghantar wakil. Selaian Malaysia dan Indonesia, negara-negara lain yang menghantar wakil ialah Sri Lanka, India, Kemboja, Republik Rakyat China, Korea, Jepun, Autralia, Rusia, Jerman, Afrika Selatan, Tanzania, Amarika Syarikat, Malagasy, Perancis, Belanda, United Kingdom, Thailand, dan Singapura. Antara ahli dan pakar bahasa Melayu yang hadir ialah Dr. Yasien Mohamed (Afrika Selatan), Prof. Dustin Cowell (Amarika Syarikat), Dr. K.A. Adeelar (Australia), Dr. Ismet Fanamy (Australia), Dr. J.van der Putten (Belanda), Prof. Wu Zhong Yu dan Prof. Liang Liji (China), Dr. Hassan Alwi, Prof. Ahmad Amin Siregar dan Prof. Dr. Zainuddin Taha (Indonesia), Prof. T. Tomio (Jepun), Prof. Dr. Bernd Nothofer (Jerman), Haji Zakaryya Adam (Kemboja), Prof. Dr. Chung Young-rhim (Korea), Prof. Ramangalahy Leo (Malagasy), Prof. Dr. Hassan Said (Malaysia), dan banyak lagi dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Ahli Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu terdiri daripada (1) Pengerusi Tetap, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia (2) Naib Pengerusi I, Kepala, Pusat Bahasa, Jakarta, Indonesia (3) Naib Pengerusi II, Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam (4) Setiausaha, Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia, dan (5) Ahli Sidang terdiri daripada wakil- wakil Afrika Selatan, Amarika Syarikat, Australia, Belanda, China, Denmark, India, Indonesia, Jepun, Jerman, Kemboja, Korea Selatan. Malagasy, Malaysia, Perancis, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Sweden, Tanzania, Thailand, United Kingdom, dan Vietnam.

Sekretriat atau Urusetia Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) ditempatkan di Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang diadakan pada 21 – 23 Ogos 2000 telah diputuskan untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa seperti berikut, iaitu mengikut kawasan (a) Wakil Asia (b) Wakil Australia dan Oceania (c) Wakil Afrika (d) Wakil Eropah (e) Wakil Amerika, dan (f) Wakil Asia Tenggara.

2.4 Keahlian MABM

Keanggotaan MABM terbahagi kepa tiga kategori, iaitu Anggota Majlis, Anggota Pemerhati, dan Anggota Undangan.
a. Anggota Penuh Majlis – Anggota yang terdiri daripada tokoh bahasa atau tokoh pengajian Melayu atau sarjana yang berwibawa dari pusat pengajian atau penyelidikan mana-mana negara yang menjadi anggota majlis. Anggota majlis dilantik oleh Menteri Pelajaran Malaysia dan keanggotaanya adalah untuk jangka masa seperti yang ditetapkan dalam piagam.
b. Anggota Pemerhati – Anggota yang dilantik sebagai pemerhati mewakili institusi masing-masing. Jumlah anggota pemerhatidari sesebuah Negara anggota boleh lebih daripada seorang; mengikut yang didaftarkan. Anggota pemerhati tidak mempunyai hak mengundi. Walaubagaimanapun boleh member pandangan dalam siding.
c. Anggota Undangan – Orang perseorangan atau wakil sebarang institusi yang diundang oleh majlis atau urus setia untuk hadir dalam siding tertentu berasaskan kepakaran atau kepentingan majlis.

2.5 Aktiviti

Aktiviti yang akan diselaraskan oleh MAMB ialah:
i. Penubuhan dan pengukuhan pusat pengajian Melayu di Institusi di luar negara atau menyelaraskan kurikulum dan skopnya;
ii. Program pertukaran sarjana/pelajar/penyelidik pengajian Melayu di kalangan negara anggota;
iii. Skim pertukaran/pemberian bahan berbahasa Melayu atau bahan tentang tamadun Melayu di kalangan Negara anggota;
iv. Penerbitan berbahasa Melayu atau penerbitan tentang tamadun Melayu;
v. Persidangan, seminar dan kolokium bahasa Melayu di peringkat antarabangsa sebagai wadah menyemarakkan pengembangan bahasa;
vi. Program galakan pengembangan dan penggunaan bahasa seperti anugerah, hadiah, sumbangan, geran dan sebagainya.
(Ibid: 11-13)

3.0 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI PENTAS DUNIA

Di bawah diberikan sedikit maklumat tentang kedudukan bahasa Melayu di beberapa buah negara di dunia.

1) Singapura

Di Singapura bahasa Melayu dicatatkan sebagai bahasa kebangsaan bagi negara Singapura yang keluar dari Persukutuan Malaysia pada tahun 1965. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi salah satu daripada empat bahasa rasmi yang diiktiraf oleh Perlembagaan Singapura Merdeka. Di Singapura Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda bagi kira-kira 14% penduduk Singapura. Bahasa Melayu juga masing menjadi matapelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah rendah, menengah, kolejrendah dan juga di Universiti Nasional Singapura serta di Universiti Teknologi Nayang Singapura. Bahasa Melayu juga masih kekal sebagai bahasa yang digunakan untuk siaran-siaran radio dan televisyen Singapura. Para pembaca akhbar Melayu Di Singapura, iaitu Berita Harian dan Berita Minggu, masih tinggi jumlahnya, iaitu lebih daripada 60,000 pada setiap hari. Buku-buku dalam bahasa Melayu masih banyak diterbitkandi Singapura, sama ada untuk kegunaan dalam negeri ataupun buku bacaan bagi orang-orang di negara-negara jiran seperti Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia.

Di Singapura juga masih terdapat banyak persatuan atau pengajian bahasa Melayu seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura, Kesatuan guru-guru Melayu Singapura, Angkatan Sasterawan 50, Persatuan Pemuda-Pemudi Melayu Singapura, Persatuan Wartawan Melayu Singapura dan lain-lain. Institusi-institusi dan persatuan-persatuan banyak mengadakan pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu seperti Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan, Bicara Bahasa, Ceramah Temasik, dan lain-lain. Penulis-penulis dari Singapura sama ada wakil kerajan atau badan penulis banyak yang menghadiri seminar-seminar antarabangsa bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang diadakan di luar Singapura seperti di Malaysia, Indonesia dan Brunie Darussalam.

Pada masa ini di Singapura terdapat banyak cendekiawan dan penulis Melayu yang ulung seperti Masuri S.N, Suratman Markasan, Dr. Kamsiah Abdullah, Dr. Hadijah Rahmat, Dr. Suriani Suratman, Dr. Teoh Boon Seong, Dr. Paitoon M. Chaiyanara dan lain-lain.

2. Jerman, Austria dan Switzerland

Bahasa Melayu-Indonesia ada diajarkan di negara-negara tersebut di atas. Selain itu, diajar dan dikaji juga sastera dan budaya Melayu Indonesia serta sosiologi dan antropologi Melayu-Indonesia. Antara tempat-tempat dan university yang mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia ialah Humboldt-Universitate, berlin; Bielefeld, Bonn, Universiti Bremen, Sekolah Tinggi Bremen, Frankfurt, Goettingen, Hemburg, Koeln, Leipzig, Mainz, Muechen, Muenster, Passau dan Trier, serta di Basel dan Bern di Switzerland.

3. Republik Rakyat China

Di negara China pada masa ini terdapat beberapa buah institusiyang mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia. Antaranya ialah Universiti Beijing (Peking Universiti), Universiti Pengajian Asia Beijing (Beijing Foreign Studies University), dan Universiti Pengajian Asing Guangzhou (Guangzhou University of Foreign Studies). Di universiti-universiti yang berkenaan diajarkan bahasa Melayu-Indonesia dan kesusasteraan Melayu-Indonesia. Beberapa buah buku berbahasa Melayu telah diterbitkan termasuk buku tatabahasa dan kamus. Beberapa orang profesor dan pensyarah bahasa Melayu-Indonesia telah dilahirkan di negeri China seperti Wu Zongyu, Liang Liji, Zhang Yu-an, Kong Yuanzi dan lain-lain. Universiri-Universiti di Negara China bergiat juga dalam megadakan seminar-seminar tentang bahasa Melayu seperti yang diadakan pada tahun 1995 dan 2000.

4. Korea

Di negara Korea pada masa ini terdapat empat institusi yang mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia, iaitu di Hankuk University of foreign Studies di Seoul dan di kampus Wangsan; Pusan University og Foreign Studies dan Sungshim College of Foreign Studies. Bahasa Melayu-Indonesia diajarkan diperingkat ijazah dasar dan juga di peringkat sarjana. Di negara Korea juga terdapat beberapa orang yang ahli dalam bahasa Melayu, terdapat juga bahan-bahan penerbitan dalam bahasa Melayu, dan juga persatuan bahasa Melayu-Indonesia, iaitu yang bernama Korea Association of Malay-Indonesian Studies(KAMIS). KAMIS bertanggungjawab menerbitkan Jurnal KAMIS. Selain itu di Korea juga telah diadakan Seminar Bahasa Melayu-Indonesia.

5. India

Di India terdapat sebuah university yang mengadakan program bahasa, sejarah, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu-Indonesia. Universiti yang berkenaan ialah Jawaharlal Nehru University di New Delhi.

6. Rusia

Bahasa Melayu mula diajarkan di Institut Orientalistik Moscow pada tahum 1945 oleh Prof. Ludmila Mervart. Pada masa kini terdapat tujuh buag institusi pengajian tinggi di Rusia yang menawarkan krusus bahasa Melayu, iaitu:
a. Kolej Negara-negara Asia-Afrika yang terletak di bawah Universiti Negeri Moscow.
b. Fakulti Ketimuran di Universiti Negeri St. Petersburg, Rusia.
c. Humanitarian State University di Moscow.
d. Institut Negeri Moscow Hubungan Antarabangsa, di Moscow.
e. Institut Ketimuran Akadami Sains Rusia, Moscow.
f. Universiti Timur, sebuah universiti swasta.
g. Institut Ketimuran Amali, sebuah insitusi swasta di Moscow.

Di Rusia terdapat beberapa ahli bahasa Melayu-Indonesia yang terkenal seperti Prof. Ludmila Demikyuk, Dr. Victor Pogadaev, Prof. Tatiana Dorofeeva, Prof. Alexander Oglobin, Prof. Sergy Kullanda, Dr. Veronika Novoseltseva, Dr. N.F. Alieva, Prof Aleksei Drougov dan lain-lain. Terdapat beberapa banyak bahan pengajaran bahasa Melayu-Indonesia yang telah disusun dan yang diterbitkan di Rusia untuk kegunaan para pelajar bahasa Melayu-Indonesia. Selain itu di Rusia telah ditubuhkan Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu-Indonesia, iaitu Persatuan Nusantara yang telah ditubuhkan pada tahun 1990. Persatuan ini telah mengadakan kegiatan-kegiatan seperti seminar, kolokium dan lain-lain. Contohnya Persidangan 50 Tahun Pengajaran dan Pengajian Bahasa dan Sastera Melayu di Rusia (1995).

7. Belanda

Negara Belanda talah menjajah negara Indonesia begitu lama, iaitu sejak dari abad ke -17 hingga 1945. Oleh itu tidak hairan kalau ada ikatan antara Belanda dan Indonesia. Di negara Belanda terdapat banyak pakar tentang bahasa, sastera dan budaya Melayu-Indonesia. Selainitu banyak artifak dan manuskrip Melayu yang dibawa dan disimpan di Negara Belanda. Pada masa ini terdapat Jurusan Bahasa dan Kebudyaan Asia Tenggara dan Oseania di Universiti Leiden, Belanda. Di sini di ajar bahasa Melayu-Indonesia. Selain itu terdapat banyak ahli bahasa, budaya dan sastera Melayu-Indonesia yabg terdapat di negeri Belanda seperti Prof. Maijer, Dr. Van Minde, Dr. van der Putten dan lain-lain.

8. Sri Lanka

Orang Melayu telah berada di Sri Lanka sejak abad ke-17. Sekarang ini ada kira-kira 60,000 orang keturunan Melayu. Dalam abad ke-19 orang Melayu Sri Lanka Berjaya menerbitkan akhbar mereka sendiri, iaitu Alamat Lankapuri dan Wajah Selong. Pada masa ini penutur bahasa Melayu semakin berkurangan jumlahnya, dan bahasa Melayu pun sudah bercampur aduk dengan bahasa Singhala dan Tamil. Ia sudah menjadi bahasa pijin dan kreol. Walaupun mata pelajaran bahasa Melayu dimasukkan ke dalam peperiksaan GCE (O dan A Level), tetapi tidak ada institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di sana.

9. Jepun

Di negara Jepun bahasa Melayu telah diajar sejak abad ke-19. Pada masa ini terdapat kira-kira 30 institusi yang mengajar bahasa Melayu-Indonesia di Jepun. Antara universiti-universiti yang mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia ialah Tokyo University og Foreign Studies, Osaka University of Foreign Studies, University Setunan, Universiti Tennri, adan Universisti Kyoto Sangyo. Selain itu, institusi-institusi swasta juga ada yang mengajar bahasa Melayu seperti Japan-Malaysia Association di Tokyo, dan Daigaku Shorin Academy. Pengajian bahasa Melayu yang wujud di Jepun bertaraf jabatan seperti yang terdapat di Tokyo University of Foreign Studies.

Banyak buku bahasa yang diterbitkan di Malaysia yang dipakai di Jepun seperti Tatabahasa Dewan dan Nahu Melayu Mutakhir. Majalah-majalah Malaysia juga banyak yang dilanggan. Beberapa kajian tentang bahasa, budaya, seni, masyarakat, politik dan sejarah Melayu dan Malaysia telah di jalankan oleh pelajar-pelajar Jepun. Pengajian Malaysia di Jepun banyak mendapat bantuan nasihat, dan kepakaran dari Malaysia. Ini termasuk penghantaran professor pelawat ke Jepun.

10. Australia

Pada masa ini banyak intitusi termasuk sekolah-sekolah di Australia yang mengajarkan bahasa Melayu-Indonesia. Antara university-universiti yang mempunyai program bahasa Melayu-Indonesia ialah: Autralia National University (ANU), Monash University, University of New England, University of West Australia, University of Adelaide, University of Tasmania, University of Sydney, University of New South Wales, University of Queensland, Northern Territories University, University of Melbourne, Graffith University, Queensland University of Technology, La Trobe University, Deakin University, Flinders University, Murdoch University, Royal Melbourne Institute of Technology, dan The Australian Defence Force Language School.
Di Australia bahasa Melayu-Indonesia mula diajarkan pada tahun 1950-an, dan di sana terdapat pakar-pakar pengajian Melayu-Indonesia dari sejak itu hingga kini seperti Prof. A. Johns, Dr. Virginia Matheson, Prof. Hooker, Dr. A.H. Hill, Dr. Russell Jones, Prof. C. Skinner, Prof. Anthony Milner, Dr. Harry Aveling, dan lain-lain lagi.

11. Afrika Selatan

Orang Melayu pertama yang sampai ke Afrika Selatan ialah Syeikh Yusuf al-Khalwatiah al-Maqasari serta keluarga dan pengikutnya, pada tahun 1694. Selepas itu banyak lagi orang Melayu yang dihantar atau dibuang ke Afrika Selatan. Mereka init telah membawa bersama mereka bahasa Melayu, kitab-kiatb Melayu dan budaya Melayu. Pada suatu ketika bahasa Melayu menjadi terkenal di Afrika Selatan. Orang yang mengetahui bahasa Melayu pun sangat sikit jumlahnya, walaupun jumlah keturunan Melayu mencapai ratusan ribu orang.

12. New Zealand

Pengajaran bahasa Melayu-Indonesia mula diperkenalkan di New Zealand pada tahun 1965. Pada masa ini terdapat kursi pengajian Melayu di Universiti Victoria. Terdapat beberapa orang pensyarah Pengajian Melayu-Indonesia yang pernah dan yang sedang berkhidmat di New Zealand seperti Dr. Tim Behrebd dan van Reijn.

14. Republik Malagasy

Orang-orang Malagasy atau dahulunya disebut Madagaskar adalah keturunan Melayu. Mereka telah sampai di pulau Madagaskar ini sejak beberapa abad yang lalu. Namun bahasa Melayunua sudah banyak berubah dan berbeza sekali dengan bahasa Melayu di sini.

15. United Kingdom

Bangsa Inggeris telah menjajah negeri-negeri Melayu sejak ratusan tahun yang lalu, dan beberapa banyak orang Inggeris yang mengkaji tentang Melayu- bahasa, sastera, dan budaya Melayu. Antara meraka ialah John Ogilby, Thomas Bowrey, Marsden, Blagden, Kaesberry, Shellabear, Skeat, Swettenham, Winstedt, Sheppard dan lain-lain. Mulai tahun 1917, pengajian Melayu mula dikaji di peringkat yang tinggi dengan tertubuhnya School of Oriental and African Studies di London. Di tempat ini telah berkhidmat beberapa orang cendekiawan pengajian Melayu seperti Russell Jones, Hooykaas, Lewis dan juga Za’ba. Selain di London, pengajian Melayu juga terdapat di university of Hull.

16. Thailand

Daerah yang terdapat di bahagian Selatan negara Thailand sekarang adalah bekas negeri Melayu yang terkenal, iaitu kerajaan Melayu Patani. Sebelum itu telah wujud kerajaan Lankasuak yang menguasai daerah Utara Semenanjung dan juga Selatan Thailand. Terdapat beberapa banyak prasasti berbahasa Melayu di daerah ini, seperti umpamanyadi Ligor yang bertarikh pada 775M. Pada masa sekarang redapat kira-kira 1,500,000 orang yang masih menggunakan bahasa Melayu sehari-hari dengan memakai tulisan jawi.Pengajian Bahasa Melayu sebagai program akademik wujud di Prince of Songkhla University, Srinakharinwirot University dan Chulalongkorn University di Bangkok. Selain itu bahasa Melayu diajar di kolej-kolej islam dan sekolah-sekolah pondok yang mengajar pengajian Islam.

17. Kemboja

Pada masa dahulu terdapat kerajaan Melayu Campa di Indo-China. Kerajaan ini telah wujud sejak abad ke-2M. Bahkan prasasti berbahasa Melayuyang tertua ditemui disana, iaitu di Dong Yen Chau, di Vietnam tengah sekarang. Di Kemboja pada masa ini terdapat kira-kira 500,000 orang Melayu. Meraka masih menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi untuk mempelajari ajaran agama Islam yang terdapat di sekolah-sekolah pondok di sana.

18. Asia Barat

Orang Melayu telah lama memeluk agama Islam dan agama Islam telah meresap dengan begitu mendalam ke dalam kebudayaan Melayu, sehingga dicadut keluar unsure-unsur islam daripada kebudayaan Melayu maka hilanglah jati diri orang Melayu. Dari dahulu hingga sekarang banyak ornag Melayu yang pergi ke Asia Barat – ke Tanah Haramain dan Mesir. Mereka pergi ke sana untuk menuntut agama islam dan menunaikan fardu haji ke Makkah. Ada antara mereka yang tinggal terus di sana – menahu atau sekarang disebut “menaun”. Dengan itu terdapat banyak ornag daripada keturunan Melayu di kota-kota Makkah, Madinah, Jiddah, dan Kahirah. Mereka belajar pengetahuan agama islam bukan sahaja dalam bahasa Arab, tetapi juga dalam bahasa Melayu, seperti yang terdapat di Masjidil-Haram dan juga – pada suatu masa dahulu- di Darul Ulum, Makkah. Pada masa ini banyak pekedai di kota Mekkah, Madinah dan Jiddah yang menggunakan bahasa Melayu dalam kegiatan harian meraka. Terdapat juga papan-papan iklan dan juga tanda-tanda jalan yang menggunakan bahasa Melayu.

19. Perancis

Pada tahun 1844 telah diwujudkan gabenor pengajian bahasa Melayu di Ecole des Langues Orientales, Paris. Dari sejak itu terdapat banyak pengkaji bahasa, sastera, budaya, dan sejarah Melayu di negeri Perancis. Antar ilmuwan-ilmuwan Perancis yang terbilang ialah Edmud Dulaurier, Dulaurier Abbe Favre, Aristide Marre, Antonio Cabaton, George Coedes, Gabriel Ferrand, dan Charles – Louis Damais. Di negeri Perancis terdapat pusat-pusat pengajian Melayu seperti di Ecole Francaise d’Extreme Orient, Paris, Institut national des Langues et civilizations orientales, Paris, dan beberapa buah institusi yang lain.

20. Itali

Pengajian Melayu mula ditubuhkan di Italipada tahun 1964. Ahli bahasa Melayu dari Itali yang terkenal ialah Prof. Allesandro Bausani. Beliau bekerja di Instituto Univarsitario Orientale di Napoli. Selain Bausami, terdapat seorang pengkaji bahasa Melayu yang lain, iaitu Prof. L Santa Maria. Adapun orang Itali yang pertama berhubungan dengan bahasa Melayu ialah Antonio Pigafetta (1522M).

21. Amerika Syarikat

Pelajar bahasa Melayu yang pertama di kalangan orang Amarika ialah David Woodard pada akhir abad ke-18. Kemudian dalam abad ke-19 lahir tulisan tentang kata-kata bahasa Melayu dalam jurnal di sana. Hanya mulai tahun 1942 bahasa Melayu mula diajarkan secara formal di Amerika Syarikat, iaitu yang diusahakan oleh Isidore Dyen. Kemudian muncul John Echols yang mengajar bahasa dan sastera Melayu-Indonesia di Universiti Cornell. Pada masa ini terdapat lebih daripada 11 buah institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di Amerika Syarikat seperti di Ohio University, Cornell University, Arizona State University, University of California of Hawaii, University of Michigan, University of Northern, Illinois, University of Oregon, University of Washington, University of Wisconsin dan Yale University.

Demikianlah kedudukan bahasa Melayu dan pengajian Melayu di pelbagai tempat di dunia. Atas dasar inilah, selain daripada bukti sejarah keagungan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau timur pada suatu masa dahulu, maka digerakkan penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi bahawa MABM telah dilancarkan penubuhannya pada 21 Ogos 2000. Dalam siding MABM yang pertama yang diadakan pada 21 hingga 23 Ogos 2000, terdapat enam kelompok usul yang diketengahkan, iaitu yang berkaitan dengan pengurusan, program penggalakan, pengajaran dan penataran, program pengajian Melayu, kerjasama antara Negara anggota dan kedudukan kewangan (Awang Sariyan,2000). Antara perkara-perkara yang telah diputuskan ialah: penubuhan Jawatankuasa Kerja MABM, usaha untuk mewujudkan Laman MABM, mengadakan pertemuan kerja di peringkat antarabangsa, menigkatka usaha penyelarasan penggunaan bahasa dan istilah Melayu, mengadakan Misi Pemerolehan Maklumat, menadakan Majlis Bahasa seperti The British Council, mengadakan hubungan antara university negara anggota dengan negara anggota MABBIM, mengusahakan penubuhan pusat-puast pengajian bahasa Melayu, dan beberapa perkara lainyang dapat membantu untuk menjayakan rancangan dan matlamat utama MABM ditubuhkan. (Ibid.)

4.0 KESIMPULAN

Jelas penubuhan MABM banyak memberi manfaat kepada aktiviti kebahasaan Melayu di pentas dunia.Hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu tampak berjaya dan dengan adanya usaha yang dijalankan oleh MABM ini diharap di suatu masa nanti bahasa Melayu akan menjadi salah satu bahasa dunia. Apa yang menarik,sejak akhir-akhir ini, bahasa Melayu telah membuktikan bahawa ianya semakin gah di serata dunia apabila menjadi bahasa yang popular untuk dipelajari oleh ramai penutur asing di dunia. Semoga dengan segala perancangan dan peranan yang di usahakan oleh MABM diharapkan bahasa Melayu terus mekar berkembang menjadi bahasa ilmiah dan bahasa yang punyai nilai yang tinggi di pentas dunia.


BIBLIOGRAFI
A. Aziz Deraman (2000). Ucapan Haji Abdul Aziz Deraman, Ketua Pengarah DBP, Malaysia merangkap Pengerusi Tetap MABM di Ucpan Pelancaran MABM di Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2000.
Amat Juhari Moain (2000). Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu, Serdang: Ideal, UPM.
Awang Sariyan (2000). Ufuk Baharu dalam Kerjasama Bahasa Melayu Serantau dan Antarabangsa, Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Alay Baru 2000, di UITM, Shah Alam pada 25-27 September 2000.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2000). Ahli Sidang yang Diundang: Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2000). Cadangan: Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2000). Kertas Ahli Pemerhati:Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2000). Kertas Dasar: Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP.
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2000). Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:DBP
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (2000). Pelancaran Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), Kuala Lumpur:DBP.
Ensikopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 3, 1998, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kertas Ahli Pemerhati, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu, DBP, Kuala Lumpur: 21 -23 Ogos 2000.
Kertas Sidang, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu, DBP, Kuala Lumpur: 21 -23 Ogos 2000.