LANGKAH YANG BERKAT

Langkah yang berkat,
sarat dengan nikmat syafaat,.
Langkah yang berkat,
rumput dan debu berselawat.
Langkah yang berkat,
membawa pulang rahmat.
Langkah yang berkat,
meninggikan darjat,
hapuskan dosa,
menggandakan pahala ibadat.


Duhai langkah yang berkat,
pohonlah pada Tuhan mu...
agar aku tidak dipalingkan daripada rahmat kepada maksiat.

MELAYU TERPINGGIR

Melayu terpinggir...
Melayu selalu terpinggir...
terpinggir di luar bandar...
terpinggir di hujung desa...
dan lain-lain yang sesuai dengan kata TERPINGGIR.

dan...
di surau-surau, di masjid-masjid...
Melayu Islam bagai meminggir...
Tanah utama mereka.

MASIH CIKGU: "Tangkap Kepala"

Bukan tidak tahu untung tidak tahu bersyukur...
hati kecil berkira-kira di sebalik menduga...
ditangkapnya kepala...
yang ekornya tetap goyah juga...
menggelepar sirna bunyi yang agak meloyakan..
apa agendanya?

Bukan tidak tahu untung tidak tahu bersyukur...
hati kerdil cuma bermain catur...
ditangkapnya kepala...
adanya ditahu kepala itu molek atau punah...
ekor yang cantik jadi perhiasan semata-mata...
buat memikat buat pelaris...
yang kenyang tetap kepala...
yang membesar tetap kepala...
yang tetap memunah tetap kepala...
sebahagian cuma yang molek berisi adil saksama...
ditangkapnya kepala...
apa agendanya?

Zuhey: Terima Kasih Allah, yang hak menerimanya.

CIKGU ; Selamat Hari Guru

CIKGU,
Selamat Hari Guru.
CIKGU,
Jangan berlebih-lebih mengharap...
CIKGU,
Jadilah orang yang boleh diharap...
CIKGU,
bukan hanya kepada murid anda diharap...
CIKGU,
akar dan umbi turut mengharap...
CIKGU,
Kalau bersatu, apa yang diharap boleh diharap...
CIKGU,
ketepikan harapan anda, penuhi harapan yang mengharap.

"CIKGU TUKANG CITRA AKAR UMBI NEGARA"

BUAT ISTERI DAN JUGA SUAMI

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

Masya Allah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan si isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.



Zuhey : Ucapan selamat dan sejahtera buat ibu ku, isteri ku, adik-adik perempuan ku dan seluruh wanita muslimah... moga hidup terus bahagia dalam iman dan Islam. Jadilah yang SOLEHAH.


Ibu.. jerih pengorbanan mu makin ku tahu... walau cuma sekelumit rasa tapi tiada tertanggung bagi ku untuk seluruh rasanya... besar betul budi dan jasa mu... setitik peluh mu tidak terbalas dengan nilai yang ada dalam dunia. Ibu ku, isteri ku, moga Allah mengasihi dan menyayangi mu... kerana aku tiada daya untuk membalas segala-galanya dan semuanya. Sesungguhnya Allah Maha pegasih dan Maha Penyayang.