MASIH CIKGU: "Tangkap Kepala"

Bukan tidak tahu untung tidak tahu bersyukur...
hati kecil berkira-kira di sebalik menduga...
ditangkapnya kepala...
yang ekornya tetap goyah juga...
menggelepar sirna bunyi yang agak meloyakan..
apa agendanya?

Bukan tidak tahu untung tidak tahu bersyukur...
hati kerdil cuma bermain catur...
ditangkapnya kepala...
adanya ditahu kepala itu molek atau punah...
ekor yang cantik jadi perhiasan semata-mata...
buat memikat buat pelaris...
yang kenyang tetap kepala...
yang membesar tetap kepala...
yang tetap memunah tetap kepala...
sebahagian cuma yang molek berisi adil saksama...
ditangkapnya kepala...
apa agendanya?

Zuhey: Terima Kasih Allah, yang hak menerimanya.

5 ulasan:

Norsha berkata...

kalau kepala itu yg memusnah, mengapa tidak dipenggal sahaja?

tertanya2 erti sebenar puisi ini?

Muhammad Zuhair Zainal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Muhammad Zuhair Zainal berkata...

Cikgu Norsha... kalau mudah dimengertikan, keberangkalian kepala saya yang dipenggalkan... =)
Buat sejumlah besar guru, isu ini sensitif untuk dibincangkan... buat yang mendapat habuan... berbunga-bunga untuk meraikan.

Norsha berkata...

salam zuhey,
cikgu faham, apakan daya kita cuma ekornya sahaja....memang sensitif pun...btw teruskan berkhidmat kerana Allah, kerana Dia pemberi rezeki kpd kita...bersyukurlah, kita masih punya kerja...

Muhammad Zuhair Zainal berkata...

Sukran Cikgu Norsha. Insya Allah dan Alhamdulillah.