MEMBENTUK IMAN: Adakah sampai ke tahap "gini" usaha kita?

Ada sekelompok manusia yang sanggup berpayahan dan bermatian untuk mengejar nikmat kejayaan di dunia ni. Untuk diri sendiri, anak-anak, keluarga bahkan untuk kepentingan parti atau apa sahaja yang berkaitan. Contohnya yang di bawah ni:


Kasihan budak-budak ini. Untuk diri sendiri atau untuk mak ayah atau untuk negara?



Tapi terfikirkah kita, sampai ke tahap inikah kita membentuk iman kita? Iman anak isteri kita? Memang taufik dan hidayah itu urusan Allah Taala, tapi sebagai manusia yang berkeupayaan akal dan imannya, kita harus berusaha... lebih-lebih lagi pabila melibatkan iman diri kita dan orang-orang yang tersayang. Sanggupkah kita melihat di masa hadapan anak isteri kita merempat mengemis untuk berteduh, makan dan minum? Begitu jugalah halnya di akhirat sana. Apa usaha kita untuk diri kita dan mereka? Adakah sampai ke tahap maksimum kita mengusahakannya?

KENCING BERDIRI: USTAZ DAN HAMBA ALLAH


Pepatah ada mengatakan sekiranya ayah kencing berdiri, anak mesti kencing berlari...Lupakan pasal pepatah yang dah sebati dengan orang Melayu tu. Cuba kita empati pula interaksi yang berlaku antara seorang ustaz dengan seorang hamba Allah (H.A) ini:
 H.A : Ustaz, boleh ustaz bagi pandangan tentang mereka yang suka kencing berdiri?
Ustaz : Hmmm, ana kurang arif bab hukum fekah ni, ilmu ana takdala sampai boleh bagi hukum besertakan nas yang sahihnya sekali. Hmmmm, bagi ana mudah sahaja, ORANG ALIM, ORANG BERILMU dan ORANG yang AMBIL BERAT TENTANG SUNNAH RASULULLAH dia takkan kencing berdiri. Apa pendapat saudara, setuju tak dengan pandangan saya ini? 


 H.A : Hmmm, saya rasa... saya setuju kot. Terima Kasih ustaz.
H.A bersalaman dengan ustaz tersebut sambil berbisik pelahan dengan ustaz tersebut lalu bertanya : "Ustaz pernah kencing berdiri tak?"
Ustaz: ... Ada kot, masa saya jahil dahulu. 
Balas ustaz tersebut dengan spontan sambil menguntumkan sebuah senyuman yang cukup manis.
H.A pun turut tersenyum tanda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ustaz tersebut.
Zuhey : Apa yang anda semua dapat simpulkan daripada interaksi antara ustaz dengan H.A tadi?

ORANG BERILMU: KINI UMPAMA BERUK, MAKIN TUA MAKIN BESAR TOMPOK MERAH DI PUNGGUNGNYA (Tidak Semua)

Tentu kita masih ingat lagi pesan guru-guru kita semasa di sekolah dahulu, baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Apa dia ya? Kalau aku salah tolong betulkan,... Orang yang berilmu diumpamakan seperti padi... "makin berisi makin tunduk ia ke bumi"..



Canggih molek pemikiran orang tua dahulu, alam dijadikan panduannya... yelah kerna alam mencerminkan ketertiban, menggambarkan fitrah, umpama padila... dah ranum dah masak makin berisi tunduk ia ke tanah, merendah diri. Secara logiknya fitrah benda berat (berisi)ianya takkan ke atas, ianya ke bawah. Yang ringan sahaja terbang umbang ambing ke atas seperti kapas atau daun kering. Begitu juga dengan orang yang berilmu, makin banyak ilmunya terasa makin berat tanggungjawab dan beban yang dipikulnya. Semakin banyak belajar semakin banyak terasa salahnya. Takut menebal dalam diri, takut ilmu yang ada belum cukup untuk mentarbiahkan diri dan tak termampu untuk mengamalkannya.

Apa yang mendukacitakan kini, makin ramai orang yang berilmu tapi makin kurang yang merendah diri. Cakap sana sini, menjampuk sesuka hati, kritik dan komen sesedap rasa sahaja, ibarat semua ilmu dia kuasai. Orang cakap pasal pedagogi dia turut serta, orang bincang pasal ekonomi dia hentam juga, orang bahas pasal politik dia pun nak berfakta juga, orang berdiskusi bab agama dia makin tunjuk "teror". Habis semua ilmu dia pulun "sembarono". Tidak kirala awak itu cikgu ke, jurutera ke, Dr. ke, Prof. Madya ke hatta Prof. Di Raja sekalipun, ingat kita hanya diberi oleh Allah hanya menguasai dalam beberapa bidang ilmu sahaja. Bukannya semua. Jadi jangan sombong dan besar diri dengan gelaran yang kita ada, tak kiralah kita punyai masters atau PhD. Jangan diri kita diibaratkan umpama beruk, makin tua makin besar tompok merah di punggungnya! Makin berilmu makin menjadi-jadi sombongnya juga! Berwaspadalah dengan ilmu yang ada, dan jangan lupa kita hanya manusia yang pelupa, tidak mungkin sama sekali boleh menguasai semua ilmu yang ada.



Jangan jadi macam ini!

Zuhey: Maaf sekiranya perumpamaan yang dibuat tidak melambangkan budi bahasa orang kita... kadang-kadang perlu ada penulis yang kurang "cakna" macam saya...

SATU ANALISIS SEMANTIK DAN PRAGMATIK : BAHASA JUAL-BELI DALAM PERNIAGAAN RUNCIT (NOR HASHIMAH HJ. JALALUDDIN 1995)

1.0 TEORI

1.1 Teori Full System Semantics

Nor Hashimah Hj Jalaluddin dalam tesis beliau yang bertajuk Bahasa Jual-Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik telah menggunakan teori full system semantic dan teori relevans bagi menunjangi analisis data kajian beliau. Kedua-dua teori ini dipelopori oleh Sperber dan Wilson.

Teori full system semantic merupakan satu teori yang dibangunkan oleh Sperber dan Wilson pada tahun 1985. Teori ini dibangunkan atas keprihatinan Sperber dan Wilson terhadap kegagalan teori semantik yang sebelumnya iaitu teori syarat-benar. Sperber dan Wilson melalui teori ini telah cuba merungkaikan permasalahan terhadap kegagalan teori syarat-benar dalam menerangkan kekaburan yang wujud semasa menginterpretasikan sesuatu makna.

Menurut teori full system semantic, dalam menginterpretasikan sesuatu makna secara berkesan maklumat tambahan amat diperlukan. Ini kerana maklumat tambahan tersebut dapat memberikan syarat-benar makna sebenar bagi sesuatu ayat atau ujaran. Ditegaskan juga bahawa maklumat-maklumat yang yang diperlukan tersebut tidak dapat dibekalkan oleh tatabahasa sedangkan semantik itu sendiri sebahagian daripada tatabahasa. Ianya hanya dapat dibekalkan oleh pragmatik sahaja (akan dibincangkan kemudian). Dalam contoh seperangkat ayat di bawah kita boleh melihat maklumat tambahan yang diargumenkan oleh teori full system semantic.
contoh (1)
(i) Saya bersyukur
(ii) Aminah pulang ke rumah
(iii) Dia juga

Dalam ayat (i) maklumat tambahan yang diperlukan mungkin seperti waktu ujaran dan siapakah saya? Ayat (ii) pula selain maklumat siapa Aminah dan waktu ujaran, kita juga perlukan maklumat apakah yang dimaksudkan dengan rumah? Manakala ayat (iii), kita perlukan maklumat tentang waktu ujaran, siapakah dia dan apakah frasa kerja yang telah digugurkan.

Jelas bahawa berdasarkan maklumat tambahan yang diperlukan dalam menginterpretasikan makna ayat di atas, ianya memerlukan pertimbangan pragmatik. Oleh itu Sperber dan Wilson telah merangka satu rajah full system semantics (sila lihat Rajah 1). Rajah tersebut dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memperlihatkan peri peranan semantik dan pragmatik. Untuk memperincikan lagi betapa pragmatik perlu digandingkan bersama semantik bagi melengkapkan makna yang sebenar bagi sesuatu ayat atau ujaran, ayat-ayat (i), (ii) dan (iii) akan diterjemahkan ke dalam bentuk logik seperti berikut:
Contoh (2)
(i) saya bersyukur
Bentuk logik:
_______________ bersyukur pada ________________________
[penutur] [waktu ujaran].

(ii) Aminah pulang ke rumah
Bentuk logik:
_________________________ pulang ke_______________________pada ____________
[individu bernama Aminah] [sebuah tempat berteduh} [waktu ujaran.

[iii] Saya juga.
Bentuk logic:
___________________ ___________________
[seorang individu] [ciri-cirinya]

Berpandukan rajah full system semantic yang dirangka oleh Sperber dan Wilson (rujuk rajah 1), contoh (2) diistilahkan sebagai ayat dalam bahasa semulajadi. Bahasa semulajadi adalah berbeza dengan bahasa pemikiran. Ayat dalam bahasa semulajadi tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk logik. Bentuk-bentuk logik ini akan melahirkan makna yang diujarkan akan tetapi ianya masih tidak dapat menyediakan makna yang lengkap dan sempurna. Ini kerana makna ayat yang diwujudkan tersebut masih meninggalkan ketaksaan dan rujukan yang belum diselesaikan.

Penterjemahan peringkat ini dikenali sebagai rumus terjemahan semantik dan ianya hanya melibatkan faktor linguistik semata-mata tanpa memasukkan elemen-elemen maklumat bukan linguistik. Maka makna pada peringkat penterjemahan ini juga belum dapat menentukan syarat-benarnya (seperti huraian dalam contoh (i) ). Pada peringkat inilah peranan semantik terhenti.

Jadi bagaimanakah makna bagi ayat di atas boleh ditentukan syarat-benarnya? Adakah pragmatik dapat melenyelesaikan sedangkan pragmatik bukan sebahagian daripada tatabahasa? Persoalan ini telah dirungkai oleh Sperber dan Wilson. Mereka bersepakat bahawa perlunya gandingan semantik dan pragmatik dalam memberi makna yang boleh ditentukan syarat-benarnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur.
Berbalik kepada perbincangan tentang ayat dalam contoh (ii) di atas, Nor Hashimah Hj Jalaluddin (1992) telah berhujah bahawa bagi membolehkan kita memberi syarat-benar makna ayat tersebut, kita memerlukan selapis lagi representasi iaitu bentuk logik dan interpretasi semantik. Di sini maklumat tambahan bagi bentuk logik diperolehi. Lapisan ini dikenali sebagai bentuk proposi atau dikenali juga sebagai bahasa pemikiran oleh Fodor.

Perbezaan antara bentuk proposisi dengan bentuk logik ialah bentuk proposisi mampu dicari salah benarnya, dan dengan itu juga mampu menentukan set syaratnya. Penterjemahan makna peringkat ini merupakan rumus interpretasi semantik. Di antara rumus semantik linguistik dengan rumus interpretasi semantik terdapat satu jurang yang hanya dapat diisikan oleh pragmatik dan konteks sahaja. Oleh itu tugas bagi penyempurnaan makna ayat di atas akan argumenkan oleh pragmatik pula.

1.2 Teori Relevans

Secara zahiriahnya kita melihat bahawa tujuan berkomunikasi adalah bertujuan untuk mencipta pemikiran atau kepercayaan kepada pihak pendengar dan juga berniat untuk memindahkan beberapa jenis maklumat kepada fikiran pendengar. Walhal tujuannya adalah lebih luas daripada skop itu. Antaranya ialah mencipta ujaran yang bermanifestasi. Tercetus daripada pemikiran ini maka teori relevans telah dibangunkan bagi membimbing pendengar memproses apa-apa yang dikomunikasikan berdasarkan ciri-ciri manifestasi dan persekitaran kognitif.

Menurut Nor Hashimah Hj. Jalaluddin (1992), ujaran yang bermanifestasi bermaksud set andaian daripada ujaran yang dihasilkan yang mana andaian tersebut mudah dikesan oleh individu dan banyak bukti yang melatarinya. Oleh itu penutur perlu peka dalam mengungkapkan sesuatu ujaran agar apa yang ingin disalurkan kepada pendengar dapat berbentuk satu set andaian yang mudah diproses oleh pendengar.

Teori relevans merupakan sebuah teori yang dicadangkan oleh Sperber dan Wilson bagi menggantikan teori pragmatik Grice 1975. Teori relevans menuntut sebarang bentuk komunikasi yang berlaku harus dapat difahami oleh penutur dan pendengar. Bentuk komunkasi tersebut perlulah didukungi oleh ujaran yang benar-benar relevan untuk difahami oleh pendengar dalam masa yang singkat. Apakah maksud relevan? Bersandarkan teori relevans, Nor Hashimah Hj. Jalaluddin (1992) telah mendefinisikan relevan seperti berikut:
(a) Dengan andaian segala hal seimbang, semakin banyak kesan
konteks, maka ujaran itu menjadi semakin relevan.
(b) Dengan andaian segala hal seimbang, semakin sedikit usaha
memproses maklumat, maka ujaran itu menjadi semakin relevan.

Penelitian terhadap definisi yang dikemukakan di atas, jelas mencerminkan bahawa apa yang cuba dipertahankan oleh teori relevans dalam ujaran ialah kerelevanannya dan bukan kebenaran mutlak. Ke arah mencapai tujuan tersebut maka 3 gagasan utama telah diperkenal oleh teori relevans, iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses. Turut dibantu oleh subgagasannya iaitu pengayaan, pemilihan rujukan dan penyahtaksaan maklumat.

1.2.1 Konteks dan Kesan Konteks

Melalui pendefinisian yang dibuat oleh Sperber dan Wilson dalam Nor Hashimah Hj. Jalaluddin (1992), konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Ia tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir. Konteks dapat juga melibatkan masa depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran penutur. Kesemuanya memainkan peranan dalam interprestasi ujaran.

Dalam menjamin proses interprestasian ujaran secara berkesan, pemilihan konteks haruslah dikembangkan dengan menggunakan (salah satu atau kesemuanya) tiga cara iaitu, melihat ke arah ujaran, melihat ke arah alam persekitaran dan merujuk kepada catatan ensiklopedia bagi perkataan-perkataan yang telah digunakan dalam ujaran dan konteks. Harus diingati juga bahawa perkembangan konteks dengan ketiga-tiga cara ini tidak akan berhasil sekiranya pendengar tidak memastikan sama ada konteks yang dipilih adalah sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Oleh itu andaian yang dicerna oleh pendengar perlulah sesuai bagi melahirkan andaian awalan bagi pendengar.

Andaian awalan atau lebih tepat dirujuk sebagai kesan konteks amat penting bagi menghuraikan proses pemahaman sesuatu ujaran. Semasa proses perbualan, proses penggabungan atau penguatan atau pengguguran konteks akan dikemukakan oleh pendengar dengan andaian awalan yang ada untuk menghasilkan kesan konteks.
Penggabungan dimaksudkan menggabungkan maklumat baru dan konteks bagi menghasilkan kesan konteks. Contoh (3), peristiwa konteks:

(i) Aminah berandaian jika hari tidak hujan, dia akan pergi menoreh getah.

Apabila Aminah mahu dari keluar rumah dia mendapati:

(ii) Hari Hujan.

Daripada andaian yang wujud dalam (i) dan maklumat baharu (ii), Aminah dapat merumuskan beberapa lanjut yang tidak boleh dirumuskan sama ada daripada andaian yang sedia ada, iaitu (i) atau maklumat baharu (ii) untuk merumuskan (iii), iaitu:

(iii) Aminah tidak pergi menoreh getah.

Seterusnya penguatan dimaksudkan dengan menguatkan lagi andaian yang telah sedia ada. Contoh (4), peristiwa konteks:

Aminah sedang menoreh getah dan terdengar sesuatu bergerak dalam semak di belakangnya. Aminah membuat andaian yang bergerak dalam semak itu:
(i) Seekor ayam hutan.

Apabila disergah oleh Aminah, didapati yang keluar dari semak itu ternyata:

(ii) Seekor ayam hutan.

Dengan ini, (ii) memperkuatkan atau mengesahkan andaian awal yang terbentuk. Semakin banyak andaian yang dapat diperkuatkan, semakin relevanlah ujaran tersebut.
Manakala pengguguran pula dimaksudkan dengan pengguguran andaian yang telah sedia ada apabila berlaku pertentangan maklumat. Contoh (5), peristiwa konteks:

Aminah sedang menoreh getah dan terdengar sesuatu bergerak dalam semak di belakangnya. Aminah membuat andaian yang bergerak-gerak dalam semak itu:
(i) Seekor ayam hutan.

Apabila disergah oleh Aminah, didapati yang keluar dari semak itu bukanlah seekor ayam hutan tetapi seekor landak. Rupa-rupanya Aminah mendapati yang bergerak-gerak dalam semak itu :

(ii) Seekor landak.

Maka dapat dilihat pada contoh (5) berlakunya pertentangan maklumat. Sperber dan Wilson mendakwa jika maklumat baru adalah relevan dalam mana-mana konteks yang wujud percanggahan, ini akan membawa kepada pengguguran andaian yang sedia ada. Sokongan hujah di atas membawa kepada kesimpulan bahawa semakin mewah kesan konteks sesuatu andaian itu miliki, maka ujaran dan andaian itu pasti bertambah relevan.

1.2.2 Usaha Memproses

Usaha memproses merupakan usaha pendengar memproses sesuatu maklumat agar maklumat tersebut relevan dengan pemahamannya ketika menginterpretasikan sesuatu ujaran. Secocok dengan usaha tersebut maka penutur haruslah memastikan ujaran yang dituturkan olehnya mudah dan senang diproses oleh pendengar. Semakin rendah kegiatan memproses maklumat, maka semakin relevanlah sesuatu ujaran tersebut. Teliti contoh (6):
(i) Ayah saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
(ii) Ayah saya bekerja sebagai guru.

Di antara ujaran (i) dan (ii) kita dapati bahawa ujaran (ii) mudah diproses berbanding dengan ujaran (i). Ini kerana dalam ujaran (ii) pendengar mungkin sukar untuk memproses maklumat tepat tentang pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan berbanding ujaran (i) yang memperuntukkan maklumat tepat tentang pekerjaan sebagai guru. Proses yang mudah dalam mengendalikan sesuatu maklumat seharusnya diutamakan oleh penutur agar kerelevanan dalam sesuatu ujaran dapat dijamin berada pada tahap yang tinggi.

Tiga gagasan utama dalam teori relevans telah pun dibincangkan secara ringkas. Konteks, kesan konteks dan usaha memproses tidak akan lengkap sekiranya tidak disertai oleh subgagasannya seperti yang dinyatakan pada awal perbincangan pengenalan teori relevans iaitu pengayaan, pemilihan rujukan dan penyahtaksaan maklumat.

Secara ringkasnya pengayaan ialah maklumat tambahan yang perlu disediakan oleh penutur sekiranya maklumat yang asal tidak lengkap. Pemilihan rujukan pula bermaksud penutur dituntut memastikan penerima ujarannya membuat pemilihan rujukan yang tepat supaya orang yang dirujuk dalam perbualan itu merujuk kepada orang yang sama seperti yang dimaksudkan oleh si penutur. Manakala penyahtaksaan ialah usaha yang dilakukan oleh penutur bagi memastikan ujarannya tidak mengandungi unsur-unsur yang kabur ketika menyampaikan sesuatu maklumat.



2.0 HURAIAN APLIKASI

2.1 Implikatur

Dalam mengaplikasikan teori semantik dan pragmatik, Nor Hashimah Hj. Jalaluddin telah memilih implikatur untuk dianalisis. Menurut pengkaji tiga tahap analisis implikatur ditunjukkan, iaitu:
(a) analisis semantik.
(b) piawai implikatur.
(c) analisis pragmatik.

Pengkaji telah membahagikan kesemua contoh data implakatur kajian beliau kepada dua belas kategori medan makna. Kesemua dua belas kategori medan makna yang disenaraikan oleh beliau adalah dipetik berdasarkan medan makna yang dikemukakan oleh Asmah Hj. Omar (1984). Medan makna tersebut ialah perbandingan, umpan, peyakinan, rayuan, asal usul, tempatan, kemesraan, tuah, kejatian, optimis, penilaian, dan kehandalan.

Bagi memudahkan membuat contoh huraian aplikasi yang digunakan oleh pengkaji, penulis mengubah setiap nombor contoh yang digunakan oleh pengkaji mengikut urutan. Misalnya, contoh 20 menjadi contoh nombor 1 dan begitulah seterusnya. Berikut adalah contoh huraian aplikasi pengkaji terhadap contoh data implikatur pada kategori medan makna tempatan:

Tempatan: 20, 29, 30
(1) A: Bagilah orang. Ni orang biasa sini ni (pelanggan tetap).
B: Itupun lima ringgit bagi ke orang lah tu.

(2) A: Berapa ni?
B: Ginilah sebab – sama-sama kita kan saya bagi empat belas setengah.

(3) A: Minta lima belas ringgitlah … beli sini sokmo(selalu).
B: Tak boleh gi.

Analisis Semantik:

(1) Ni orang biasa sini ni.
Bentuk logik:
Ni ____________________________ ni.
[orang yang selalu dating membeli]

(2) Sama-sama kita kan saya bagi empat belas setengah.
Bentuk logik:
__________________________ saya bagi empat belas setengah.
[orang yang telah dikenali lama]

(3) Beli sini selalu.
Bentuk logik:
Beli sini _____.
[kerap].

Piawai Implikatur:
(1) Ni orang biasa sini.
AI: Pembeli mencuba menggunakan taraf hubungan antara mereka untuk mendapatkan
harga yang murah.
KI: Harap dapat menggunakan budi bicara seorang kawan apabila meletakkan harga.

(2) Sama-sama kita kan saya bagi empat belas setengah.
AI: Orang yang dikenali akan diberikan harga yang istimewa yang selalunya murah.
KI: Penjual telah menggunakan budi bicaranya dalam meletakkan harga memandangkan pembeli itu dikenali.

(3) Beli sini selalu.
AI: Pembeli ingin menyakinkan bahawa dia adalah pelanggan tetap kedainya.
KI: Gunakanlah budi bicara sebagai penjual kepada pembeli yang telah biasa
dengannya.

Analisis Pragmatik:

Isu tempatan merupakan salah satu medan makna yang dapat dikesan. Tempatan di sini merujuk kepada hubungan peribadi antara pembeli dengan penjual. Contohnya dalam perbualan 16 – 18, pembeli dan penjual telah menggunakan faktor tempatan untuk mendapatkan atau menawarkan harga yang berpatutan.

Ungkapan- ungkapan seperti ‘orang biasa’, ‘sama-sama kita’ dan ‘beli sini selalu’ digunakan untuk meraih apa yang dihajati. Ungkapan-ungkapan tersebut lebih merupakan kata-kata penyedap rasa untuk memastikan bahawa pertimbangan peribadi terlibat dalam menentukan harga.

Sungguhpun mudah difahami, namun ungkapan-ungkapan tersebut membawa maksud tersirat yang mendalam. Yang boleh diandaikan dan disimpulkan daripada implikatur tersebut ialah harga yang diberikan memang istimewa memandangkan adanya hubungan peribadi antara kedua-dua pihak. Unsur tempatan ini berjaya mencetus konteks dan sekali gus mengubah persekitaran kognitif orang yang mendengar. Penggunaan ungkapan yang bermanifestasi ini, sungguhpun mudah didengar namun mengandungi harapan yang sukar ditolak.

2.2 Ganti Nama

Selain implikatur, pengkaji juga cuba menganalisis kata nama dalam perbualan spontan. Teori semantik dan pragmatik turut diaplikasikan oleh pengkaji dalam menganalisis ganti nama dengan penelitian terhadap menyelesaikan masalah seperti berikut:
(a) Kekaburan yang timbul dalam penggunaan ganti nama.
(b) Penukaran pola ganti nama kosong.
(c) Kehadiran ganti nama kosong.
(d) Beberapa aspek lagi yang menyangkut penggunaan ganti nama
Melayu, khususnya yang terkumpul daripada data.


Berikut adalah contoh huraian aplikasi oleh pengkaji dalam menyelesaikan kekaburan masalah yang timbul dalam ganti nama Dia:

“Ada juga kes yang kedua-dua ganti nama dia( dia [+manusia] , dia [-manusia] diujarkan dalam satu ujaran, di sini akan wujud kekaburan makna dalam erti kata dia yang akan merujuk kepada ganti nama ketiga [+manusia] dan yang [ -manusia ]. Contoh:
A: Untuk budak besar ni.
B: Yang nilah. – Dia ke nak pakai … yang ni padan terailah tak apa, kain dia tahan
ni.

Dua dia wujud serentak. Untuk mengatasi masalah ini, sekali lagi ilmu semantik dan pragmatik diperlukan. Ilmu semantik akan memberi bentuk logik bagi ganti nama dia dan ilmu pragmatik akan mengisi lompang-lompang tersebut dengan maklumat bukan linguistik.

Kata dia yang pertama, sudah tentulah merujuk kepada manausia kerana ada pertanyaan seperti ‘dia ke nak pakai’. Hanya manusia yang tahu memilih untuk memakai dan bukannya benda yang tidak bernyawa. Kebetulan pembeli menunjukkan orang ketiga yang terlibat untuk dicarikan pakaian yang sesuai. Jadi rujukan bagi ganti nama itu lebih sesuai dan tepat.

Sementara bagi dia yang kedua berlainan pula halnya. Kali ini penjual tidak merujuk kepada budak tadi sebagai penutur yang ketiga tetapi kepada jenis kain yang dijual. Ungkapan ‘kain dia tahan’ jelas menunjukkan jenis dan corak kain yang dijual. Dia di situ bukan merujuk kepada kain kepunyaan budak itu kerana kain itu masih menjadi milik penjual dan penjual masih lagi mencuba meyakinkan pembeli tentang mutu barang di kedainya. Jadi, sudah tentu kain itulah yang menjadi rujukan pertama.


3.0 DAPATAN DAN KESIMPULAN

Pengkaji telah membahagikan dapatan kajian beliau kepada dua: Dapatan baharu iaitu merujuk kepada implikatur dan pemikiran Melayu. Kedua adalah pengukuhan pendapat iaitu ganti nama dialek Melayu Kelantan. Dalam dapatan baharu, pengkaji menyatakan bahawa dalam implikatur terserlah sikap orang Melayu, terutamanya yang berurusan dalam urusan perniagaan yang mana ianya turut mencerminkan sikap masyarakat sekelilingnya. Antaranya ialah sikap degil, sabar, berlembut tetapi tegas dan hormat-menghormati.

Apa yang menarik jika selama ini sikap degil dianggap perkara yang negatif, tetapi dalam konteks kajian (urusan tawar-menawar) ianya membawa kepada sikap yang positif. Degil yang dicerminkan merujuk kepada sikap tidak berputus asa baik antara pembeli dan peniaga. Pembeli tidak berputus asa untuk mendapatkan harga yang murah dan peniaga pula tidak berputus asa mempertahankan harga dengan keuntungan yang maksimum.

Pengkaji turut menyatakan bahawa dengan berimplikatur ianya sebenarnya tidak mengganggu kelancaran untuk terus berkomunikasi dan pemahaman terhadap implikatur tidak terhad kepada masyarakat Kelantan sahaja tetapi kepada pelanggan dari luar Kelantan. Ianya turut diyakini mampu difahami oleh kesemua penutur Melayu di Malaysia tanpa sebarang masalah.

Satu perkara lagi yang dinyatakan oelh pengkaji adalah dalam implikatur segala keputusan yang dibuat dilakukan dengan bersebab. Dimaksudkan dengan bersebab adalah setiap harga yang ditetapkan atau setiap keputusan yang diambil disertakan dengan sebab-musabab. Di pihak pembeli, sebab-musabab itu jarang tidak diterima oleh mereka manakala di pihak peniaga mereka akan membuat penolakan permintaan pembeli dengan baik dan tidak bersebab. Tegas pengkaji sesungguhnya kajian yang dilakukan oleh beliau telah membuktikan bahawa banyak sikap positif yang dapat ditonjolkan daripada berimplikatur dan ianya sama sekali menemplek wujudnya pandangan negatif terhadap orang Melayu seperti malas, pesimistik dan kurang iltizam pada pekerjaan.

Seterusnya pengkaji telah mengemukakan satu dapatan empiris mengenai ganti nama khususnya berhubung dengan penyelesaian masalah ganti nama kosong, wujudnya ganti nama dia bagi nama-nama tidak bernyawa, penyelesaian masalah kekaburan makna terutamanya bagi ganti nama kita. Menurut pengkaji dapatan baharu ini perolehi adalah berdasarkan cara ganti nama itu dianalisis iaitu dengan menggunakan kaedah semantik dan pragmatik. Contohnya, kekaburan ganti nama kita dapat diselesaikan berdasarkan ujaran dan konteks ujaran itu sendiri. Oleh itu pengkaji telah mengesyorkan agar analisis ganti nama yang menggunakan kerangka semantik dan pragmatik harus diberi perhatian kerana terbukti analisis ini mampu memberi satu gambaran ganti nama yang lebih bernas.

Yang terakhir yang amat menarik perhatian ialah tentang cadangan pengkaji agar kajian-kajian bahasa yang mendatang terutamanya kajian dalam bidang bahasa Melayu disarankan menggunakan teori yang mutakhir dan sesuai dengan bidang yang dikaji. Dan bagi memastikan kajian tersebut membuahkan hasil yang empiris, pengkaji-pengkaji bahasa disarankan menggunakan data yang dipunggut dari lapangan khususnya apabila melibatkan kajian perbualan atau ujaran.

RUJUKAN

Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1995). Bahasa Jual -Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Tesis Ph.D., Pusat Bahasa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (2003). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KENAPA ALLAH MEMILIH JEPUN?

Ya, kenapa Allah memilih Jepun untuk memperlihatkan betapa Maha Besarnya Kekuasaan dan Maha Azab Siksanya?

Jawapannya senang sahaja bagi kita yang punyai akal dan iman...
Hanya dengan hanyasanya Allah mahu kita berfikir akan kebesaran dan kekuasaannya.
Azabnya tidak akan terlepas baik yang punyai kuasa mahupun yang lemah. 2004 & 2011 telah membuktikannya. Jelas dunia semakin menghampiri Qiamat yang kubra!

Oleh itu, takutilah Allah, dan kembalilah kepada ajaran dan perintah Nya.

TSUNAMI EN JAPON DISASTER IN THE PACIFIC


Apabila Allah Mempamerkan Kuasa Nya (vi)

Japan Earthquake Pictures, Video. Disaster in the Pacific 3/11/2011


Apabila Allah Mempamerkan Kuasa Nya (v)

earthquake japan 2011 miyagi hit by tsunami waves footage


Apabila Allah Mempamerkan Kuasa Nya (iv)

Japan Tsunami Seisme Earthquake Terremoto زلزال -vous allez dire C'EST...


Apabila Allah Mempamerkan Kuasa Nya (iii)

Japan Tsunami Seisme Earthquake Terremoto زلزال -vous allez dire C'EST...


Apabila Allah Mempamerkan Kuasa Nya (ii)

Japan Tsunami 2011 - 2 Minutes Of Mass Destruction - تسونامي اليابان


Apabila Allah Mempamerkan Kuasa Nya (i)

BAJU DAN SELUAR “BUNDLE” UNTUK RAYA


18 tahun yang lalu,

aku cukup gembira dapat berhari raya,

dengan baju dan seluar baru,

baunya cukup ku kenal,

bau pakaian “bundle”.



kegembiraan untuk beraya tidak pernah pudar,

kini,

aku gembira melihat kegembiraan anak dan isteri,

dapat menikmati hari raya yang bakal tiba,

berhari raya dengan sepasang baju baru,

baunya masih dara, berbau “kedai”.



Tapi,

bila ku cium pada baju dan seluar raya di tangan,

hati sebak, baju dan seluar masih berbau “bundle”,

bau koboi, bau sarkas pun ada.



Bukan kedekut, bukan berjimat,

hutang yang utama harus dilangsaikan,

hutan saman,

hutan insurans dan ansuran,

hutan PTPTN,

hutan bank.



Bukan aku kaki hutang,

tapi tuntutan masa kini yang mewajibkan hutang,

cuma baju dan seluar ‘bundle’ yang tidak dibolehkan berhutang,

kerana ianya RM 2 hingga RM 5 sahaja,

cukup mampu bagi orang yang bekerja keras seperti aku,

untuk memliki baju dan seluar raya “bundle”.


Zuhey : Aku tak tahu bila aku karang "mende" ni, masa kemas cari buku lama-lama terjumpa da. Walaupun sajak ini agak nampak "kehingusan" sedikit, realiti emosi ada di dalamnya... aku dan mereka yang sewaktu dengannya! Pertama kali diberi duit untuk berbelanja raya oleh ayah, aku membeli pakaian bundle...baju kemeja lengan panjang kotak-kotak satu bewarna biru satu bewarna merah... tiada kata bisa menggambarkan saat suka dan gembira di tika itu!

ANTARA IMAN SOLAT KEGEMARANKU



Alangkah merdunya suara yang Allah kurniakan kepada beliau... Moga Allah mempalitkan secebis kemerduan suara tersebut kepada kita-kita yang tiada kemerduan dalam mengalunkan ayat Al-Quran, dan moga Allah memelihara kita daripada perasaan riak dan banggakan diri.