BAJU DAN SELUAR “BUNDLE” UNTUK RAYA


18 tahun yang lalu,

aku cukup gembira dapat berhari raya,

dengan baju dan seluar baru,

baunya cukup ku kenal,

bau pakaian “bundle”.



kegembiraan untuk beraya tidak pernah pudar,

kini,

aku gembira melihat kegembiraan anak dan isteri,

dapat menikmati hari raya yang bakal tiba,

berhari raya dengan sepasang baju baru,

baunya masih dara, berbau “kedai”.



Tapi,

bila ku cium pada baju dan seluar raya di tangan,

hati sebak, baju dan seluar masih berbau “bundle”,

bau koboi, bau sarkas pun ada.



Bukan kedekut, bukan berjimat,

hutang yang utama harus dilangsaikan,

hutan saman,

hutan insurans dan ansuran,

hutan PTPTN,

hutan bank.



Bukan aku kaki hutang,

tapi tuntutan masa kini yang mewajibkan hutang,

cuma baju dan seluar ‘bundle’ yang tidak dibolehkan berhutang,

kerana ianya RM 2 hingga RM 5 sahaja,

cukup mampu bagi orang yang bekerja keras seperti aku,

untuk memliki baju dan seluar raya “bundle”.


Zuhey : Aku tak tahu bila aku karang "mende" ni, masa kemas cari buku lama-lama terjumpa da. Walaupun sajak ini agak nampak "kehingusan" sedikit, realiti emosi ada di dalamnya... aku dan mereka yang sewaktu dengannya! Pertama kali diberi duit untuk berbelanja raya oleh ayah, aku membeli pakaian bundle...baju kemeja lengan panjang kotak-kotak satu bewarna biru satu bewarna merah... tiada kata bisa menggambarkan saat suka dan gembira di tika itu!

Tiada ulasan: