1. Ibadah fardu hanya perlu dilaksanakan mengikut ketetapan Al-Quran dan  As-Sunnah . Jangan ada sebarang penambahan mengikut akal dan hawa nafsu sendiri.
( Cnth: Ibadah puasa sebulan hanya boleh dilaksanakan di bulan Ramdhan sahaja)
2. Meraikan perbezaan/khilaf yang berkenaan perkara furu' (cabang/ranting)  selagimana ianya ada nas yang sahih dan  mu'tabar. Tak perlu bertengkar dan  bermusuhan disebabkannya.
(Cnth: solat sunat terawih ada 8, 20 dan 36)
3. Al-Quran perlu sentiasa dibaca, ditadabbur dan dihayati serta diamalkan  secara total dalam kehidupan kita. Lipatkan usaha dan keupayaan daripada membaca  kepada mentadabburkannya pula. Penghayatan dan pengamalannya bukan bersifat  separuh-separuh dan pilih mana yang suka.
4. Setiap ibadah Khusus Allah telah menetapkan objektif utama  pengamalannya.
(Cnth: solat- mencegah perkara keji dan mungkar, puasa- supaya  setiap muslim lebih menjadi hamba yang bertaqwa (sila rujuk Al-Quran tentang ayat  khusus berkenaan objektif tersebut))
5. Sentiasa bersihkan diri dan harta agar keberkatan daripada ALLAH S.W.T  setiasa memayungi kehidupan kita.
WALLAHU'ALAM.
ﺯﻮﻫﻴﺮ ﺯﻴﻨﺎﻝ الفسبي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan