SEMANGAT CHONG WEI LAMBANG SATU BANGSA
Aku tidak terkejut apabila mendengar berita bahawa Misbun akan meninggalkan BAM. Jurulatih badminton kebangggaan Malaysia itu sememangnya sudah sekian lama memendam rasa. Mungkin kini masa yang sesuai bagi beliau untuk bertindak sedemikian rupa. Apa masalahnya? Itu diluar pengetahuan aku. Tetapi apa yang membanggakan adalah kenyataan Chong Wei yang mahu berada teguh di sisi Misbun. Ini adalah suatu semangat yang amat luar biasa. Berlainan bangsa berlainan agama, akan tetapi sebagai seorang murid dan pelajar, Chong Wei telah mempamerkan suatu tauladan yang amat baik kepada kita semua.
Secara jujurnya aku amat kagum dengan semangat yang dipertaruhkan oleh Chong Wei. Sukar untuk ditemui. Inilah semangat murid dan guru. Semangat satu bangsa yang selama ini kita tercari-cari. Daripada pengamatan aku, Chong amat menghormati gurunya Misbun Sidek. Ilmu dan kepakaran Misbun telah melonjakkan beliau menjadi seorang pemain badminton yang ternama di persada dunia antarabangsa. Digeruni dan disegani oleh setiap pemain termasuklah seteru utamanya Lin Dan.
Tahniah Chong Wei. Gelaran Datuk sememangnya layak tersemak di dada anda. Tahniah, tahniah dan tahniah kerana menjadi seorang murid yang menghargai nilai seorang guru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan