1.0              PENDAHULUAN
1.1             Pengenalan
Kehidupan manusia masa kini tidak dapat lari dari menggunakan pelbagai teknologi. Teknologi ciptaan manusia seringkali membantu mereka dalam mempercepatkan sesuatu tindakan tanpa menghiraukan kesan yang bakal dihadapi di kemudian hari. Walaupun teknologi maklumat masa kini mempunyai pelbagai unsur positif namun hakikatnya, pengguna mestilah bijak dalam mengendalikan teknologi ini agar ianya tidak mendatangkan kesan negatif. Pelbagai pendapat daripada lapisan masyarakat seperti ahli politik, golongan koparat, penjawat awam, pelajar dan suri rumah, kesemuanya mempunyai pandangan yang berbeza dalam memperkatakan isu teknologi maklumat ini.
Kertas kerja ini menghuraikan isu teknologi maklumat dalam kehidupan manusia berdasarkan etika moral terhadap masyarakat. Pengaruh dan ancaman teknologi maklumat terhadap masyarakat  akan dapat memberi peluang kepada kita melihat sejauh manakah etika moral yang ada pada setiap lapisan masyarakat dalam menghadapi situaisi ini.
1.2              Objektif
Pada akhir kertas kerja ini, pengkaji dapat memahami dengan lebih jelas tentang pengaruh positif dan ancaman  teknologi maklumat terhadap masyarakat serta etika moral dalam menghadapinya.
1.3              Kaedah
Kaedah yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah perbincangan,rujukan ke perpustakaan dan melayari laman web yang berkaitan.
1.4              Batasan
Dalam kertas kerja ini, kami bataskan kepada pengaruh positif dan ancaman teknologi maklumat terhadap masyarakat dan etika moral dan menghadapinya.
|     1.5                Definisi Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat (TM) pula bila   dilihat dari perspektif proses               boleh diertikan sebagai satu proses dan teknologi bersepadu   untuk memperolehi, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam bentuk   suara (voice), gambar (imej/grafik), teks dan angka dengan menggunakan   alat-alat elektronik. Teras kepada perkembangan TM adalah teknologi   elektronik, komputer dan komunikasi. Ianya boleh dalam bentuk sehala atau dua   hala serta boleh dalam bentuk sebaran umum atau dikhususkan kepada pihak   tertentu sahaja. TM menjadi alat untuk sebaran am, bantuan dalam   mempercepatkan proses dan penghubung antara dua pihak atau lebih. Ringkasnya   TM adalah merupakan satu mekanisme atau cara interaksi (perhubungan) antara   manusia dengan manusia, manusia dengan mesin serta manusia dengan alam.  
 2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENGARUHNYA Sejak terbinanya tamadun manusia berkurun-kurun lamanya dahulu, komunikasi dan interaksi sosial sesama mereka adalah agak terbatas. Seiring dengan peredaran masa, manusia dengan bantuan akal fikiran yang dianugerahkan tuhan mula mengorak langkah dalam semua lapangan kehidupan sekaligus mencetuskan pembaharuan demi pembaharuan. Bermula dengan tercetusnya revolusi pertanian pada akhir kurun ke-17, tamadun manusia terus berkembang sehinggalah menempuhi zaman revolusi perindustrian pada kurun ke 18 dan 19. Pada abad ke - 20 ini pula, kita menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu revolusi era digital atau teknologi maklumat sebagai peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan tamadun manusia. 2.1       Bidang   Pembangunan Menyedari   hakikat kepentingan teknologi maklumat, maka bagi menggerakkan              2.2       Bidang Perhubungan Perkembangan di dalam bidang komputer dan telekomunikasi ini telah membolehkan manusia berinteraksi sesama sendiri menerusi saluran yang tidak mudah dikesan atau dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Salah satu alat komunikasi yang semakin mendapat perhatian ialah internet iaitu satu rangkaian komputer antarabangsa. Pada asasnya, internet tidak dimiliki sesiapa dan tidak dikawal oleh mana-mana pusat kawalan. Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan -untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan. Tiga kegiatan yang paling popular dalam internet adalah mengirim dan menerima e-mail, membaca mesej dalam Newsgroup dan melayari World Wide Web. Pada masa ini, dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan. Penggunaan Internet dan   komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional   kepada era digital yang menakjubkan.  Mengimbau realiti suatu ketika   dahulu, telefon dan              2.3       Bidang Perdagangan Turut dikaitkan bersama penggunaan internet adalah perdagangan menerusi talian atau lebih dikenali sebagai e-dagang. Menerusi perdagangan elektronik ini, aspek geografi tidak lagi menjadi halangan bahkan potensi pasaran semakin meningkat dan lebih berbentuk global. Di alam internet inilah, peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan jualan mereka secara lansung 24 jam sehari. Malahan, proses-proses perniagaan seperti penghantaran pesanan, penyerahan bil bayaran serta penghantaran produk dapat dilaksanakan dengan cepat, sistematik dan terjamin. Boleh dikatakan bahawa e-dagang dengan hanya berbekalkan kad kredit yang sah dapat menyediakan perlindungan dan keselamatan yang lebih daripada penggunaan wang secara fizikal. Maka tidak hairanlah apabila kita melihat banyak syarikat sama ada syarikat kerajaan mahupun swasta berlumba-lumba menjadikan e-dagang sebagai alternatif utama perniagaan mereka memandangkan faedah dan kebaikan yang ditawarkan itu. Selain daripada terciptanya sistem e-dagang, dengan berkembangnya teknologi maklumat dan internet, kini pihak bank pula menawarkan perkhidmatan e-banking. Bank pada dasarnya adalah salah satu daripada sistem ekonomi yang penting kepada negara. Bank yang mengendalikan urus niaga kewangan biasanya melibatkan wang bernilai jutaan ringgit dan mengendalikan rekod-rekod pelanggan yang banyak hampir setiap hari. Urusan-urusan ini perlu dilakukan dengan cekap dan pantas kerana melibatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan bank. Atas dasar keperluan inilah e-banking diwujudkan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan-pelanggan bank mengakses akaun mereka dibank melalui internet dan seterusnya dapat melakukan urusan-urusan perbankan seperti menyemak akaun, memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain, memohon buku cek, memohon kad kredit dan sebagainya. Pendek kata, pelanggan bank kini tidak perlu lagi mengunjungi bank dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk menyempurnakan urusan bank mereka.             2.4       Bidang Pendidikan Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat ini juga telah membawa pendidikan sedunia mara setapak ke hadapan dengan membolehkan pendidikan jarak jauh dilaksanakan. Mengikut sistem ini, para pelajar dapat mengambil kursus menerusi mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam mahupun diluar negara melalui internet. Mereka tidak perlu menghadiri kuliah di institusi pengajian tersebut. Asalkan ada sambungan internet, mereka dapat mempelajari kursus yang diambil tanpa mengira masa dan tempat. Di Malaysia umpamanya, sebuah universiti maya yang pertama iaitu Universiti Tun Abdul Razak atau UniTAR telah ditubuhkan dan akan mempelopori pendidikan jarak jauh secara multimedia di negara ini. UniTAR mempunyai ciri-ciri istimewa seperti pendidikan bebas, interaksi dalam talian, kelas maya, belajar secara berkumpulan, penilaian dan peperiksaan. Perkembangan ini telah membuka lebih banyak peluang pendidikan dan seterusnya akan melahirkan masyarakat madani yang mahir dalam teknologi maklumat Kesimpulannya, masyarakat yang buta teknologi maklumat sememangnya akan terus terpinga-pinga ditenggelami arus kemajuan yang dicetuskan oleh zaman era digital. Walau bagaimanapun, teknologi maklumat dan internet seolah-olah satu paradoks, adakalanya memberi manfaat dan adakalanya membinasakan manusia. Jesteru, kemajuan teknologi ini haruslah digunakan dengan berhemat dan bijaksana agar terbentuk tamadun manusia yang tinggi akhlak, sahsiah dan keintelektualannya 3.0 ANCAMAN-ANCAMAN MELALUI TEKNOLOGI MAKLUMAT Era globalisasi yang melanda dunia tidak lengkap tanpa kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Sememangnya diakui bahawa teknologi maklumat akan memberi bentuk baru kepada corak hidup manusia. Melalui penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan membawa kita ke suatu peradaban elektronik. Seperti yang kita ketahui bahawa teknologi maklumat berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor yang dapat dibuat secara elektronik. Dengan ini, teknologi maklumat menggabungkan komputer telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem-sistem bagi menguruskan maklumat. Internet ialah satu wadah yang digunakan untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini. Kini internet digunakan secara meluas bagi mendapatkan maklumat untuk kegunaan dalam semua bidang seperti dalam bidang pengiklanan, pendidikan, berita terkini dan juga sebagai bahan rujukan. Biarpun teknologi maklumat mendatangkan banyak manfaat namun sistem ini tidak terlepas daripada ancaman-ancaman yang boleh mendatangkan impak buruk kepada semua pihak. 3.1 Melalui Internet Antara ancaman yang dihadapi oleh   pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer atau   'hackers'.  Penggodam komputer bolehlah ditakrifkan sebagai orang yang   boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian.  Mereka   akan  3.2       Melalui   Teknologi      Selain itu, kelebihan teknologi maklumat kini juga telah diperalatkan dengan mudah oleh pengganas dan juga kartel dadah. Mereka telah menyalahgunakan kelebihan teknologi maklumat untuk menjalankan kegiatan yang mampu melumpuhkan masyarakat. Seperti yang kita ketahui, zaman maklumat semakin menghapuskan zaman perindustrian dan zaman pertanian manakala globalisasi pula menerobos ke setiap seantero dunia, sedangkan keselamatan masih merupakan satu agenda utama dan penting. Di samping itu, revolusi maklumat adalah bahan yang amat berkuasa untuk menubuhkan atau menggulingkan sesebuah kerajaan. Ini terbukti jika seseorang pembekal dadah menggunakan sistem rangkaian internet untuk berurusan dengan pengedar dadah yang lain untuk mengadakan pertemuan melalui kod-kod rahsia. Jadi keadaan ini sudah tentu tidak dapat dihalang oleh pihak berwajib kerana mereka tidak dapat mengenalpasti tempat perjumpaan tersebut dengan tepat. Begitulah juga seandainya wujud manusia yang ingin menghancurkan sesebuah negara dengan melakukan hasrat mereka di sebalik komputer dan rangkaian. Justeru, keselamatan zaman maklumat masih lagi diragui lantaran wujudnya aktivis-aktivis tanpa sempadan ini yang boleh menggugat sistem keselamatan. Di samping itu, teknologi maklumat kini telah dieksplotasikan dengan begitu rakus bagi mencapai pelbagai tujuan. Teknologi secanggih internet ini telah digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenayah tradisional seperti memeras ugut, menipu, menyebarkan bahan lucah dan juga mencuri nombor kad kredit. Sememangnya fenomena ini amat menyedihkan kerana teknologi yang dibangunkan bersama arus kemodenan telah digunakan untuk merosakkan manusia, biarpun teknologi maklumat membawa kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia. Sebenarnya masyarakat kita semakin bergantung kepada komputer dan sistem rangkaian sebagaimana kita bergantung kepada keperluan asas iaitu bekalan air dan elektrik. Namun alat ini akhirnya menimbulkan kegemparan awam dengan menggugat keselamatan para pengguna. Oleh yang demikian, semua pengguna dalam masyarakat maklumat hendaklah mempunyai kesedaran dan fahaman yang mendalam tentang isu keselamatan dan keperluan untuk membangunkan budaya keselamatan. Maka benarlah antara ancaman melalui teknologi maklumat ialah pengeksploitasian daripada pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya teknologi maklumat juga terdedah kepada ancaman virus. Virus sebenarnya berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud racun. Bersesuaian dengan maksudnya, virus telah dicipta untuk melindungi fail-fail daripada dicerobohi. Namun kini virus telah disalahgunakan dengan tujuan untuk mengganggu sistem rangkaian komputer dan meniru hak ciptaan orang lain. Selain itu, virus juga dicipta untuk mengelakkan penjiplakan. Apabila virus menyerang komputer, kita dapat melihat saiz sesebuah fail itu bertambah besar dan terdapat perubahan tarikh walaupun fail itu tidak digunakan. Selain itu, komputer akan lambat beroperasi dan menjadi perlahan. Disket juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah cepat rosak atau tidak dapat dibaca dan dibuka. Pengaturcaraan komputer juga tidak dapat berfungsi seperti biasa. Masalah ini sememangnya akan memberikan kesan buruk kepada para pengguna kemudahan teknologi maklumat. Sebenarnya virus boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori berdasarkan cara jangkitan dan cara merosakkan sistem fail dalam sesebuah komputer. Virus jenis Logic Bomb ini dipercayai mungkin berupa tarikh virus itu diaktifkan. Oleh itu terbuktilah bahawa teknologi maklumat juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman virus. Sebagai   kesimpulannya, teknologi maklumat masa kini tidak terlepas daripada menjadi   bahan perantaraan ancaman dan juga diancam sejajar dengan pengembangan dan   pemodenan teknologi maklumat.  Antaranya ialah ancaman penggodam   komputer,  kelebihan teknologi maklumat diperalatkan oleh pihak tertentu   dan sebagainya.  Seharusnya semua pihak hendaklah mengemblengkan tenaga   untuk mengatasi masalah-masalah ini yang dikuatiri akan merencatkan kemajuan   negara.   
 4.0      Teori-Teori Moral 4.1      Teori   Kemoralan Sosial Perkembangan industri   muzik kini seiringan dengan kemajuan teknologi maklumat, industri muzik mula   berkembang pesat ke seluruh negara. Kehebatan teknologi maklumat telah   memberi idea yang mencurah-curah kepada pengamal seni untuk mencipta lebih   banyak aliran muzik bersesuaian dengan alat-alat muzik yang semakin canggih.   Aliran-aliran muzik yang berkembang banyak memberi kesan kepada pertumbuhan   industri muzik malah ianya turut memberi impak kepada penggemarnya yang   rata-rata terdiri dari golongan remaja. Seperti contoh Hip Hop, Rock, Punk,   Alternatif, Black Metal, Skin Head, dan lain-lain lagi. Aliran ini mempunyai   pengikut yang tersendiri. Ianya bukan sahaja mepunyai identiti  sendiri malah  Remaja kini semakin mudah terpengaruh akibat   perubahan zaman yang dibuai dengan kecanggihan teknologi yang semakin   memuncak. Malah, keadaan itu juga memungkinkan berlaku pergolakan jiwa.   Pengaruh Black Metal adalah antara alternatif yang dianggap golongan remaja   sebagai ruang untuk mengeluarkan diri mereka daripada norma biasa kehidupan   sebagai manusia. Remaja sedemikian  lebih senang memilih aliran berbeza dengan   lumrah kehidupan sambil menepis norma batasan hingga mengamalkan  Amalan  Jika diteliti dan diamati   secara mendalam sememangnya berhibur tidak salah dari segi agama dan sosial,   malah jika hiburan yang dipilih tersebut dapat mendatangkan manfaat kepada   individu seharusnya ianya dianggap sesuatu kelakuan yang bermoral, tetapi   jika hiburan yang dipilih menyalahi dan menghina agama dan adat, maka pelaku   tersebut dianggap tidak bermoral. Ini kerana mengikut teori kemoralan sosial,   seseorang individu tidak diklasifikasikan bermoral jika ianya melanggar   peraturan masyarakat. Ini kerana peraturan masyarakat terdiri dari   tatasusila, tatahukum atau tatatertib masyarakat dan biasanya juga   dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kot, nilai dan   patang larang masyarakat. Mengikut teori kemoralan sosial juga sesebuah   komuniti atau masyarakat ada perkara yang dizinkin dan ada pula yang ditegah.   Jadi kegiatan penggemar muzik yang keterlaluan seperti Black Metal, Hip Hop,   Punk, Skin Head adalah bertentangan sama sekali dengan amalan masyarakat   khususnya masyarakat melayu yang kuat berpegang teguh kepada nilai-nilai   ajaran agama suci Islam. Amalan mereka seperti amalan gaya hidup dengan seks   bebas, meminum darah, menghalalkan arak dan paling tragis sanggup mengoyak,   memijak dan membakar Al-Quran adalah perbuatan paling keji dalam tamadun   masyarakat Islam. Mereka bukan sahaja tidak bermoral malah menghina agama,   bangsa dan adat mereka sendiri.  Satu persoalan perlu   ditimbulkan. Adakah pengikut ajaran Black Metal ini berpegang kepada Teori   Egoisme. Seorang egois yang terkenal iaitu Friendrich W. Nietzshe menyatakan   bahawa individu perlu menjadi tuan bukannya hamba kepada kod etika, peraturan   dan undang-undang moral. Ini kerana Nietzsche berpendapat bahawa kemoralan   sosial telah merendahkan martabat manusia kepada tahap hamba abdi atau   seperti binatang gembala. Teori ini menekan betapa individu perlu   mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kebajikan dan   kepentingan orang lain, dengan lebih tepat individu mestilah mengutamakan   keuntungan bagi diri sendiri. Walaupun terdapat   percanggah diantara pengamal teori kemoralan sosial dan teori egoisme, pada   hemat  pengkaji, kelakuaan dan   amalan-amalan yang dijalankan oleh ahli pengemar muzik keterlaluan ini adalah   dijustifikasikan sebagai tidak bermoral. Alasan  paling kukuh yang dapat diberi adalah masyarakat   kita lebih cenderung  untuk   mementingkan adat dan tradisi mereka sendiri dari mementingkan hak peribadi.   Penyataan ini disokong oleh pepatah melayu seperti “biar mati anak, jangan   mati adat’, dan “takkan hilang Melayu di dunia”. Masyarakat Melayu adalah   masyarakat yang kuat berpegang pada ajaran dan peraturan agama Islam. Islam   itu sendiri mementingkan pengikutnya taat kepada pemimpin serta menghormati   adat-adat sesebuah masyarakat, selagi mana pemimpin dan adat tersebut tidak   menyalahi syariat. Ini kerana dalam menentu hukum syariat itu sendiri, selain   Al-guran, hadis, Qias, ijmak ulama’, adat sesebuah masyarakat juga diambil   kira.  Jika dihalusi secara   teliti, kegiatan ahli penggemar muzik yang keterlaluan  ini banyak    terdorong ke arah melakukan perbuatan yang melanggar norma nilai murni   masyarakat. Mereka  Di Malaysia, pengaruh   Black Metal ibarat bom jangka. Pada bila-bila masa kejadian seperti itu boleh   berlaku jika tiada tindakan keras daripada pihak berkuasa dari awal. Malah,   Angkatan Belia Islam  Tindakan lebih drastik   perlu dilakukan untuk membendung aktiviti tidak berfaedah itu daripada terus   berkembang dan merosakkan pemikiran remaja.Satu cara paling berkesan yang   mampu menangani jejak penggemar muzik yang keterlaluan seperti Punk, Black   Metal, Skin Head di negara ini atau sekurang-kurang menghilangkan   cengkamannya ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Pengikut fahaman itu   dicadangkan didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah syariah (perbuatan   menghina al-Quran) apabila didapati masih enggan mematuhi ajaran Islam   selepas diberikan kaunseling. Namun, pelaksanaan undang-undang bukan satu   kerja senang, seperti mudah apabila bercakap, sebaliknya pihak berkuasa agama   perlu bergerak dari sekarang agar ‘barah’ tidak merebak sehingga membusuk. 4.2       Teori Teleologi : Utilitarianisme dan   Egoisme. Kemajuan teknologi kini   telah cenderung untuk menghasilkan pelbagai ciptaan yang canggih dan hebat.   Pelbagai ciptaan telah dicipta bagi memudahkan kehidupan seharian manusia.   Antaranya ialah komputer, telefon bimbit, video kamera dan sebagainya.  Secara lansungnya ianya telah memberi ruang   kepada manusia untuk menguasai kepakaran teknologi itu sendiri. Satu contoh   ialah, kini telah muncul berjuta-juta laman web yang dicipta oleh manusia   disebabkan oleh kepakaran mereka dalam bidang komputer dan teknologi   maklumat. Kepakaran mereka ini banyak menyumbang ke arah kebaikan sejagat.   Jika laman web yang dibina tersebut adalah untuk menyediakan pelbagai   maklumat yang berfaedah seperti maklumat pendidikan, maklumat perniagaan,   maklumat komunikasi dan sebagainya maka ianya boleh dikata sebagai suatu   aktiviti yang bermoral. Ini adalah bersesuaian dengan etika Utilitarianisme   yang berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan   tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap   orang kebahagian yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.   Tetapi sebaliknya jika ianya boleh mendatangkan kebencian dan kemarahan orang   ramai maka pengcipta laman web tersebut boleh dikatakan tidak bermoral,   seperti contoh membina laman web yang berbaur fitnah, menghina sesuatu agama,   membuat kenyataan palsu, dan sebagainya. Ini kerana menurut teori   utilitarianisme insan yang bermoral adalah insan yang  Kemunculan teknologi   maklumat telah melahirkan ramai insan yang berdaya saing, baik dari segi ilmu   pengetahuan dan kepakaran. Maka tidak hairanlah ramai insan sekarang yang   berpegang kepada teori egoime. Ini kerana untuk memperolehi kecekapan dan   kemajuan, egoisme mencadangkan yang lemah mesti dieksploitasi dan manusia   tidak perlu berpersatuan, berorganisasi atau taat kepada autoriti. Bimbingan   atau panduan tingkah laku moral yang dianjurkan oleh egoisme ialah   indivialisma, iaitu peraturan hendaklah bersifat individualistik dan sesiapa   yang mematuhi peraturannya sendiri akan menjadi cekap, maju, kuat, berkuasa   dan sebagainya. Hakikat ini dapat dilihat apabila ketika ini telah lahir   ramai hacker dalam jaringan internet dunia. Mereka ini adalah sekumpulan   penceroboh yang boleh memasuki ke dalam komputer orang lain secara suka hati   mereka. Pelbagai tujuan dan motif aktiviti yang dijalankan oleh mereka, ada   sesetengah daripada mereka hanya ingin berseronok dan memcuba kekuatan sistem   pertahanan mereka. Jika tujuan mereka adalah untuk menjadi kuat serta mencari   kuasa bagi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai hacker yang dihormati, maka   menurut teori egoisme mereka adalah bermoral. Sebaliknya jikalau kekuasan   yang mereka miliki adalah semata-mata untuk merosakkan dan memusnahkan   sebarang perisian yang terdapat dalam jaringan internet mahu pun komputer   serta bertujuan untuk menganggu keperibadian maklumat seseorang individu yang   terdapat dalam komputer dengan hasrat khianat dan dengki, maka perbuatan ini   boleh dijustifikasikan tidak bermoral. 4.3         Teori Deontologi : Prinsip   Kewajipan. Kita sering kali digembar-gemburkan dengan   kemunculan teknologi senjata yang amat canggih oleh negara-negara yang maju,   seperti Amerika, Rusia, Jerman, Jepun dan Britian. Negara-negara tersebut   berlumba-lumba dalam memajukan sistem pertahanan mereka dengan mencipta   senjata-senjata serta jentera pertahanan yang baru dengan bantuan  kecanggihan    teknologi maklumat masa kini. Apa yang meyedihkan ada sesetengah   negara menggunakan kehebatan senjata serta jentera pertahanan mereka untuk   menawan sesebuah negara sehinggalah tercetusnya peperangan. Seperti contoh   pencerobohan tentera Amerika ke atas  M.Z.Z.M 5.0                Penutup 5.1                Kesimpulan Kemajuan teknologi  kini boleh mencorak dan mengubah   perkembangan seseorangan individu. Seseorang yang ketinggalan dalam arus   perkembangan dunia masa kita boleh pada bila-bila masa sahaja memperbaiki   dirinya dengan bantuan kecanggihan teknologi maklumat. Manusia juga boleh   menjadi lebih bermoral dengan mengaplikasikan teknologi yang pada dirinya   menerusi cara yang betul. Tetapi jika kecanggihan teknologi diguna pakai kea   rah keburukan dan membentuk pelbagai kejahatan, kehancuran, kezaliman dan   keaiban pada diri sendiri, bangsa dan negara maka manusia tersebut akan   dipandang tidak bermoral malah patut dikeji dan dihukumkan. Oleh itu kita   perlulah menggunakan kemudahan teknologi yang ada dengan cara yang   bertepatan. Bagi mengimbangkan diri kita dari pengaruh teknologi maklumat   yang semakin hari semakin memuncak kita seharuslah menggunakannya menerusi prinsip   jalan tengah yang dikemukan oleh etika keperibadian mulia yang diketengahkan   oleh Aristotle. Jalan yang tengah adalah sesuatu yang tidak berlebihan dan   tidak juga terlalu kurang.. Seseorang insan itu perlulah bertindak dengan   cara yang betul, berkelakuan pada kadar yang sederhana dan pertengahan. Oleh   itu marilah sama kita menjadi insan yang dijustifikasikan bermoral tanpa   menolak dan mennyisihkan kemudahkan teknologi yang ada kini untuk kepentingan   bersama. Bibliografi Abdullah Hassan. (1997). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran BM.   Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Md. Aroff. (1999) Pendidikan   Moral : Teori Etika dan Amalan Moral.  Serdang: Penerbit Universiti Putra  Asraf. (1996). Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa.  Mc. Auley Jack G. (1992). Komunikasi   Antara Manusia.  Mohd Nawi Abdullah (1996). Peranan Islam Dalam Masyarakat Melayu. Selangor: ALBAZ Publishing & Distribution Sdn. Bhd. Prof. Madya   Mohamad Md. Yusuf.. (Ogos).  Dasar   Pengiklanan Negara dan Wawasan 2020. Dalam Dr. Azman Azwan Azmawati   (Pengerusi), Amalan Media Dan     Wawasan 2020 Kewartawanan. Seminar   Pemikir Media dan Wawasan 2020 anjuran Pusat Pengajian Komunikasi (PKK)   Universiti Sains  Tan Sri   Mohamed Hasim Ahmad Makaruddin. (Ogos 2005). Peranan Media Kepada Wawasan   2020. Dalam Dr. Azman Azwan Azmawati (Pengerusi), Amalan Media  Dan Wawasan 2020   Kewartawanan. Seminar Pemikir Media dan Wawasan 2020 anjuran Pusat   Pengajian Komunikasi Universiti Sains  Utusan  Utusan  
 
  |   |
|     |   
|     
  |   
|           |   
|     
  |   
|     |   
|     |   
|     |   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan