NILAI POLITIK YANG TERNODA
ternoda dan sedang diperkosa,
setiap inci bangsa, negara rakus dijilat dan diraba,
penuh bernafsu oleh mereka yang punyai penyakit kusta,
kerana kusta bahasa, agama dan negara dijadikan pengerasnya.
Segelintir cuma yang berhati mulia,
itu pun bagai lalang menunggu mangsa,
diracun dan diragut oleh omnivor pengamal demokrasi nista,
mana perginya nilai luhur dan amanah raya,
yang jadi teras dan sauh pejuang dahulu kala.
Hormatilah pendeta bahasa, hormatilah tok guru agama,
jangan mereka disembelih dan diperhamba,
sesungguhnya keringat dan akal mereka
amat tinggi karamahnya untuk tamadun kita.
Suburkan kembali nilai-nilai mulia,
nilai mulia tidak perlu didemokrasikan,
demokrasi seutamanya...
yang perlu disusukan dengan nilai mulia...
bukan dengan nafsu dan logika semata-mata.
DUGA + AN = Dugaan
maka kita mula berbangga.
Kadang-kadang manusia menduga kita dengan makian,
maka kita mula berdendam.
Berbangga dengan pujian, kita menghampiri kekufuran.
Berdendam kerana makian orang, kita yang kecundang.
Duga manusia tidak sehebat dugaan tuhan.
Berwaspadalah apabila manusia menduga.
Bersabarlah bila tuhan memberi kita dugaan Nya.
KESEMPURNAAN MILIK ALLAH
musnah lumat dimamah syaitan,
mahu goyangkan iman dan kepercayaan ku,
terhadap kepergantungan ku kepada tuhan,
Berambus engkau wahai syaitan,
Keyakinan ku tetap akan ku pertahankan.
Sempurna itu anugerah tuhan,
jangan dibolak balik dengan kegusaran,
hanya Allah yang mencipta kesempurnaan,
Kun Fa Ya Kun dengan perintah tuhan,
kesempurnaan jadi, kesempurnaan hilang.
Wahai jiwa yang bernafsu,
diamlah kamu sebagai makhluk tuhan,
jangan cuba merosakkan iman ku,
jangan diperdaya oleh syaitan,
tenteramlah kamu bersama iman,
yakinlah kamu akan Kudrat Tuhan mu.
Wahai Allah tuhan yang Maha Sempurna,
hempuskanlah nikmat kesempurnaan,
kepada ku, isteri ku juga bayi dalam kandungan,
segala keputusan akan ku terima,
hanya ku pohon Engkau kabulkan permintaan ku,
Anugerahkan...Limpahkan...Palitkan...Sisipkan
khususnya kepada bayi dalam kandungan
Kesempurnaan yang berkekalan.
Amin.
Ketika diri ini membuka tirai
Melakar kata
Melayar rasa…
Begitu terasa diri ini kerdil pada pandangan Maha Esa
Sering diri ini bertanya…
Siapa aku di sisiNya Yang Maha Kuasa…
Ketika pula diri ini menadah tangan
Memohon doa…
Penuh pengharapan…
Seakan malu pada Pencipta diri
Kerana dosa membaluti jasad ketika ini…
Bila mana diri ini letih dan
Hilang pergantungan…
Bila mana tangisku berpanjangan dan
Hatiku dalam kedukaan…
Bila mana ku merasakan hidupku ketingalan dan
Masa telah meninggalkan…
Dia setia bersamaku…
Dia tahu betapa aku telah sedaya upaya mencuba…
Dia mengira setiap titisan air mataku dan
Dia tidak jemu mendengar padaku…
Aku malu padaMu ya Allah…
Aku hanya insan penuh dosa…
Betapa aku kerdil di sisiMu ya A’zim…
Betapa mulianya diriMu ya Latif
Saat ini…
Bagaimanakah pula dengan diriku??
Adakah aku akan setia padaMu??
Sujud hanya untukMu??
Hidup dan mati hanya keranaMu??
Wahai Allah…
Berilah aku kesempatan waktu
Untuk menebus manik-manik dosa
Dan hidup hanya untuk cintaMu
Jika itu yang bakal ku peroleh ya Allah…
Aku tidak akan pernah...
Berpaling dariMu…
Sungguh!!!
SIAPA SEBENAR MELAYU
bukan ku mahu jadi pengkhianat nusa,
cuma aku meluah bicara,
meluat terhadap mereka yang mengaku Melayu,
tapi lidah berkudis rakus menghisap darah sesama sebangsa.
Siapa Melayu, siapa yang palsu?
kenapa Melayu sesama Melayu berseteru?
Sultan dicerca, semua jadi murai yang tercabut ekor.
Kenapa tak menjadi harimau jadian,
siang keris dihunuskan, malam taring yang jadi tombaknya.
Aku Melayu, tiada kuasa, tiada senapang,
di luar sana ramai Melayu, ada kuasa, ada wang,
di luar sana ramai juga Melayu, tapi cuma DNA sahaja jadi pengenalan.
di luar sana ramai juga Melayu palsu, mencari mangsa menunggu peluang.
Tak perlulah kita berseteru wahai Melayu,
marilah kita bersatu berdamai,
masih banyak lagi sawah yang perlu kita bajak dan tuai,
ketepikan pangkat, parti dan fahaman,
Esok kenduri sama-sama kita bergembira,
Di masjid kita berdoa,
Insya Allah, Tuhan akan kurniakan kita ganjaran,
Hidup aman sentosa senang dan tenteram.
DADIH BUAT DIRI KU TERSENTUH

Situasi: Di Sebuah Masjid Universiti Tempatan ; Hari Jumaat
SI DURJANA YANG BERPOLITIK
di belakang mereka beratus lanun menunggu masa,
untuk menyamun dan merompak,
harta rakyat dibaham mereka,
harta anak yatim disonglak mereka,
Kepentingan diri dan parti jadi DASAR utama,
manis mulut bak kilang gula,
tebu ditanam di segenap pelosok desa dan kota,
akibatnya rakyat mati disebabkan RACUN gula dan tebu mereka,
Lompat kiri, lompat kanan,
tabiat kanggaro jadi amalan,
ke mana hilang otak dan akal yang Tuhan bekalkan,
takkan digadai demi suatu pangkat dan jawatan yang hina di sisi Tuhan?
Sedarlah wahai si durjana di dalam sana,
berpolitiklah kamu seperti manusia yang bermoral dan beriman,
belalah rakyat, kayakan semua,
bantu si miskin, pulihkan akhlak remaja belia,
Allah itu tuhan yang Maha Perkasa,
segala pertimbangan kamu dalam pengetahuanNYA,
jangan disebabkan kamu,
kami semua mendapat bala petaka...
KERANGKA PEMIKIRAN KITA
Kita mesti tertanya-tanya apa itu KERANGKA PEMIKIRAN?
kita juga mungkin terkial-kial untuk merumus corak kerangka pemikiran kita?
Pada masa sekarang, tidak semestinya orang timur condong untuk berfikiran secara orang timur seperti nenek moyang mereka, begitu jugalah sebaliknya orang barat
Apa yang penting sangat tentang kerangka pemikiran ini? Siapa yang peduli?
Apa yang pincang dengan barat? Apa yang mulia dengan timur?
Mungkin kita perlu sama-sama merenung sejenak, fikir sedalam-dalamnya tentang permasalahan ini..demi kebaikan masa depan generasi kita yang bakal untuk menerusi perjuang kita membela bangsa, bahasa dan agama.
zuhey : Aku pun amat khuatir tentang kerangka pemikiranku! Seperti lalang dihujung sabit, penuh lumpur bersalut racun, akar berserabut menjadi rumah bagi cacing dan semut.
INSPIRASI DUNIA
Di sini bermula tamadun dunia,jatuh dan bangunnya suatu bangsa,
mekar bahasa dan budaya,
adalah kerna dia,
Wanita yang menjadi inspirasi dunia,
punyai anugerah istimewa dari Tuhan yang Maha Esa.
Ibu kepada makhluk bernyawa bernama manusia,
Anak kepada insan yang dilahirkan sebagai ibu bagi manusia,
darjatnya tinggi di sisi manusia,
kasihnya ditagih oleh seluruh manusia.
Adakah kita menghargai kehadirannya?
Ataupun kita sekadar seronok dengan kelahirannya,
meratapi kasihnya takkala Tuhan memanggilnya,
Ataupun sekadar tersenyum bangga takkala diijabkabul denganya?
Adapun kiranya ya Allah,
Kamu jadikanlah ibu ku, ibu dan isteri yang solehah,
jadikanlah isteri ku, isteri dan ibu yang solehah,
anak-anak perempuan ku, sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah.
SEDALAM MANAKAH CINTA DAN KASIH KITA TERHADAP BAHASA DAN BUDAYA KITA?
Adakah kita orang di bawah ini peduli tentang bahasa dan budaya kita? Orang atas? Biarlah mereka dengan labu-labunya. Kita belum sampai lagi di atas sana!Siapa lagi yang harus bertanggungjawab untuk mencintai dan kasih terhadap bahasa dan budaya kita? Itu pun kalau bukan kita...
Orang atas? Biarlah mereka dengan falsafah, teori-teori, prinsip dan rumus mereka! Kita belum sampai pada tahap kehebatan ilmu mereka?
Tanyalah diri kita betapa kita sayang pada bahasa dan budaya kita. Bukan orang atas sana yang perlu kita bertanya. Mereka banyak soalan dan masalah yang perlu diselesai dan diteorikan.
Biarkanlah bahasa dan budaya yang pasrah, asalkan bangsa dan negara maju di pentas dunia!
Aku ada maruah dan aku punyai bahasa serta budaya! Tidak ku hairan terhadap kemajuan yang tiada peri kemanusiaan terhadap bahasa dan budaya. Suatu masa pasti akan lahir ramai si JEBAT yang BELOT mempertahankan bahasa dan budaya mereka! Adakah kita akan menjadi KONCO-KONCO Si Jebat atau Si Tuah yang setia pada Raja?
AKU YANG CERGAS SATU MASA DAHULU
(IZINKAN AKU BERBAHASA PASAR)
Aku ni boleh kata giler sangat ngan aktiviti lasak. Pantang hujung minggu dan cuti, telonjat-lonjatla jawabnye. Partner aku dah tentu Cikgu Iskandar (CIO). Dengan berkudakan Jeep lamenye kami redah je hutan, sungai, jeram, ladang sawit, ladang getah dll untuk suatu kepuasan. Memang puas! Pernah sekali semasa kudanyer menuruni highway KARAK, sekali brek kuda ni terputus da! Nasib baiklah dengan kepakaran yang ada pada CIO selamat jua akhirnya kami melepasi highway KARAK tu, kalau tidak gaung KARAK tula jadi kubur kami. Huhuhu! Paling best skali, pengalaman mandikan gajah di pahang tahun 2003, gajah memang suka berak dalam air! hahaha, nasiblah aku tak tertelan air kat situ! Tasik Kenyir, antara kegemaran ku. Sana memang syurga ikan beb! Satu hari 300 ekor ikan lampang pasti dapat! Taman Negara Pahang, kuala Koh, Taman Legenda Gunung Ledang, Tekam, Sungkai, Ngiri Kelantan, Gunug Stong Kelantan, Taman Negara Gunung Kinabalu, Gua Senyum, Gua Kota Gelangi, banyak lagi la tempatyer. Yang pasti pengalaman tersebut amat bermakna bagi diri ku. Banyak pengetahuan dan ilmu yang dapat aku timba DI SANA. Terima Kasih CIO, sesungguhnya anda seorang teman yang selalu tenang, riang dan penuh ilmu di dada. Terima Kasih bebanyak kerana sudi berkongsi bersama dengan saya.
Dosa Itulah Yang Sering Kita Ulang
sampai bila dosa yang sama ingin ku ulang,
sudah tertutupkah pintu hidayah daripada Tuhan,
hingga ku sendiri tidak berdaya melawannya!
Jika dihitung masa harianku penuh dengan dosa,
ke mana pergi semua pahala?
Asyik dosa, dosa, dosa dan lagi-lagi dosa!
Semacam dosa itu pula pahala?
Biarlah ku melihat pada dosa ku,
kerna ku kira pahala ku tidak seberapa,
Tidak seberapa pahala tidak bermakna ku ini Sang Leka!
Sang Leka pasti dia tidakkan peduli tentang dosanya!
Esok ku harap dosa ku diampunkan.
Esok Ku harap dosa ku dihapuskan.
Esok ku harap dosa ku banyak...
Banyak yang dihapus dan diampunkan!
Belajar kerna ilmu atau.......?
berbulan-bulan kita menggalas buku,
tahun demi tahun kita menyimpan buku,
sudah pasti ilmu belonggok membusu di dada.
Tapi betulkah ilmu itu yang kita kejar?
Atau DG41 yang menjadi keutamaan kita?
Mungkin pangkat yang lebih utama?
Aduh sememangnya siapa saja pasti kecelaruan
bila memikirkannya,
Hidup mesti diteruskan juga,
tanpa ilmu pasti kita hidup meraba-raba,
tapi...
tanpa DG41 dan pangkat kita mungkin hidup
biasa tanpa berjenama.
Kan Ku Kongsi Kesenangan Ku
makanlah kita
adakah baik untuk kesihatan?
apa yang kita makan?
adakah halal di sisi tuhan?
jangan kita makan
makanan yang kurang kesihatan
jangan kita makan
makanan yang diperolehi daripada hasil haram
makan lah dengan cara sopan
patuhilah adab makan
pastikan kebersihan makanan
utamakan kesucian
Adat, budaya dan ajaran agama.
kita sering salah ertikannya.
Jangan biarkan adat kita dibukakan sahaja,
pertahankan ianya sepanjang masa.
Jangan warnakan budaya kita dengan warna bangsa durjana,
kerna budaya kita elok dan indah untuk kita, agung di mata nenek moyang kita
Jaga agama dengan keimanan yang sempurna,
jangan rosakkannya dengan fitnah dunia.
Orang muda mudah terlupa, orang tua sememangnya pelupa,
takkan adat, budaya dan agama yang perlu kejutkan kita.
Kita manusia yang amalkannya, genggamlah ianya dengan jiwa.
Jangan dicampur adukkan ianya jadi macam baja.
Kelak benih yang rosak serta berpenyakit akan mewarisi kita semua.
Abjad dan huruf
2.0 Abjad Dan Huruf
Sistem ejaan Bahasa Melayu Rumi baharu mempunyai sebanyak 26 huruf. Ianya disusun seperti berikut;
| Bilangan | Huruf | Nama |
| 1 | A a | e |
| 2 | B b | bi |
| 3 | C c | si |
| 4 | D d | di |
| 5 | E e | i |
| 6 | F f | ef |
| 7 | G g | ji |
| 8 | H h | ec |
| 9 | I i | ai |
| 10 | J j | je |
| 11 | K k | ke |
| 12 | L l | el |
| 13 | M m | em |
| 14 | N n | en |
| 15 | O o | o |
| 16 | P p | pi |
| 17 | Q q | kiu |
| 18 | R r | ar |
| 19 | S s | es |
| 20 | T t | ti |
| 21 | U u | yu |
| 22 | V v | vu |
| 23 | W w | dabliu |
| 24 | X x | eks |
| 25 | Y y | wai |
| 26 | Z z | zet |
2. 1 Huruf Vokal
2.1.1
| Huruf | Di depan | Di tengah | Di belakang |
| 1) a | agih | lari | lusa |
| 2) e (i) e pepet (ii) e taling | emas ela | kena petak | sosiolisme tauge |
| 3) i | ini | lipan | cuti |
| 4) o | olah | bola | becok |
| 6) u | usik | sugi | sayu |
2.1.2 Huruf e digunakan untuk melambangkan 2 fonem vocal iaitu:
i) fonem e pepet ditulis secara fonetik [e]
ii) fonem e taling ditulis secara fonetik [é]
2.2 Huruf Diftong
2.2.1 Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu terdapat tiga pasang huruf diftong yang melambangkan bunyi tiga diftong dalam bahasa Melayu, ianya seperti berikut :
| Huruf | di depan | di tengah | di belakang |
| 1) ai | aising | ghairah | lampai |
| 2) au | aura | maulana | garau |
| 3) oi | oidium | boikot | amboi |
2.3 Huruf Konsonan
2.3.1 Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan. Daripada 26 huruf konsonan tersebut terdapat
| Huruf Konsonan | di depan | di tengah | di belakang |
| 1) b | baca | labu | adab |
| 2) c | cili | kaca | Mac |
| 3) d | duku | cadar | abad |
| 4) f | fikir | kafir | maaf |
| 5) g | gula | tiga | beg |
| 6) gh | ghaib | Maghrib | mubaligh |
| 7) h | hitam | cahaya | kuah |
| 8) j | jati | hajat | kolej |
| 9) k | kasut | cangkul | kakak |
| 10) kh | khianat | akhir | tarikh |
| 11) l | lada | calar | kesal |
| 12) m | mahu | kamar | malam |
| 13) n | nenas | anak | kawan |
| 14) ng | ngilu | angin | kucing |
| 15) nya | nyamuk | hanya | - |
| 16) p | paya | lapar | gelap |
| 17) q | Quran | wuquf | buraq |
| 18) r | rasa | baru | biar |
| 19) s | saku | kasut | pedas |
| 20) sy | syarat | isytihar | Quraisy |
| 21) t | tulis | tutup | cacat |
| 22) v | vitamin | universiti | - |
| 23) w | wayar | cawan | - |
| 24) x | xenon | - | - |
| 25) y | yang | payung | - |
| 26) z | zaman | lazat | hafaz |
2.3.2 Terdapat tiga huruf konsonan yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap. Ianya digunakan tetap semenjak tahun1972 lagi, tiga huruf konsonan tersebut , v, dan x.
i) Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ﻖ ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contoh:
Quran Wuquf
Qunut qunut
ii) Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contoh:
vitamin revolusi
subversif novel
versi universiti
ð Huruf –ve di akhir kata ditukar menjadi huruf f. Contohnya:
octave jadi oktaf
active aktif
negative negative
iii) Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya:
xenon jadi xenon
xanthate xantat
xelophone xelofon
2.3.3 Perubahan Huruf Konsonan Lama Kepada Baharu
Terdapat dua jenis perubahan huruf konsonan daripada ejaan Rumi lama kepada ejaan Rumi baharu
a) Perubahan
| Huruf Lama | Huruf Baharu | Contoh Penggunaan |
| 1) ch | c | Mach jadi Mac chacat jadi cacat chuci jadi cuci |
| 2) dh | d | kadhi jadi kadi mudharat jadi mudarat dharab jadi darab |
| 3) dz | Z | dzat jadi zat dzalim jadi zalim bedza jadi beza |
| 4) sh | sy | meshuarat jadi mesyuarat shaitan jadi syaitan sharat jadi syarat |
| 5) th | S | bahath jadi bahas mithal jadi missal Ithnain jadi isnin |
b) Tanda koma di atas (‘) dan (’) yang terdapat dalm sistem ejaan Rumi lama tidak digunakan lagi dalam sistem ejaan Rumi sekarang. Di bawah adalah contoh tanda-tanda koma yang digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi:
i) Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf Jawi ain (ع) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya:
‘alam jadi alam
ma‘af maaf
ra‘i rai
ii) Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf Jawi ain (ع) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contoh:
ma‘na jadi makna
tama‘ tamak
ra‘yat rakyat
iii) Tanda koma di atas (’) yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah (ء) dihapuskan jika membuka suku kata. Contoh:
so’al jadi soal
masa’alah masalah
iv) Tanda koma di atas yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah (ء) digantikan dengan huruf konsonan k jika membuka suku kata. Contoh:
enche’ jadi encik
ru’yah rukyah
dato’ datuk
3.0 Persukuan (Suku Kata)
3.1 Wan Abu Bakar Wan Abas (1995) mendefinisikan suku kata ialah bahagian yang terkecil yang boleh dibunyikan. Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai dengan suatu vokal. Kebanyakan suku kata bahasa Melayu dibentuk oleh satu huruf konsonan (sama ada huruf biasa atau huruf gabungan) dan satu huruf vokal. Kadangkala, iaitu dalam bentuk pinjaman, suku kata mungkin dibentuk oleh satu gugus konsonan dan satu vokal.
3.2 Dalam bahasa Melayu sekarang terdapat sebelas pola suku kata:
Pola Contoh
1) V i-bu, gu-a
2) VK er-ti, ma-in
3) KV ra-kit, ban-tu
4) KVK pin-tu, hi-lang
5) KKV dra-ma, indus-tri
6) KKVK trak-tor, elek-trik
7) VKK eks-port
8) KVKK bank-rap, kon-teks
9) KKVKK kom-pleks
10) KKKV stra-tegi, skru
11) KKKVK struk-tur, spring
ð Lambang V bermaksud Vokal dan K bermasuk Konsonan. VK bererti sebuah suku kata yang mengandungi satu huruf vocal yang diikuti oleh satu huruf konsonan.
3.3 Suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal dinamai suku kata terbuka sementara suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan dinamai suku kata tertutup. Sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup Berikut adalah beberapa contoh suku kata terbuka dan suku kata tertutup:
Suku Kata Terbuka Suku Kata Tertutup
ma-la-ri-a o-leh
Ke-ka-sih dra-ma-tik
teng-ku-juh se-me-nan-jung
se-mu-a er-ti
ke-lam-bu ke-ka-sih
4.0 Sistem Keselarasan Huruf Vokal
4.1. Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal di suku kata akhir tertutup. (Dewan Bahasa Dan Pustaka :1996). Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut:
i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata tertutup.
4.2 Terdapat 18 pasang pola keselarasan huruf vokal yang utama ( primer) dalam
sistem ejaan Rumi sekarang, iaitu:
Pola Keselarasan Vokal
Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Contoh Penggunaan
1) a - a salah,, asah, halaman
2) a - i kasih, balik, lembayung
3) a - u halus, datuk, lembayung
4) e pepet - a kelam, geram, tembelang
5) e pepet - i betik, benih, sembelih
6) e pepet - u tempuh, belum, temenggung
7) e taling - a tewas, elak, belerang
8) e taling - e taling heret, gelek, selekeh,
9) e taling - o telor, esok, selekoh
10) i - a bidang, lintah, selinap
11) i - i lidi, sisih, belimbing
12) i - u riuh, cium, periuk
13) o - a borak, tolak, sekolah
14) o - e taling korek, oren, celoteh
15) o - o kotor, botol, kelompok
16) u - a ubat, sukat, tumpang
17) u - i ulik, ukir, gerusih
18) u - u cucuk, tunduk, tengkujuh
4.3 Terdapat 8 pola daripada 18 pola keselarasan huruf vokal yang berupa pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Perubahan ini menetapkan huruf vocal i atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal e, e pepet, i atau u terdapat pada suku kata praakhir. Contohnya:
Ejaan Rumi Baharu Ejaan Rumi Lama
Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
1) a – i alih a – e taling aleh
2) a – u batuk a – o batok
3) e pepet – u tempuh e pepet – o tempoh
4) e pepet – i l ebih e pepet – o lebeh
5) i – i pilih i – e taling pileh
6) i – u tidur i – o tidor
7) u – i usik u – e taling usek
8) u – u untung u – o untong
4.4 Manakala bagi pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir. Contohnya:
Pola Ejaan Contoh
1) e taling – e taling keledek, selekeh, gelek, teleng, leceh
2) e taling – o selekoh, kerebot, tempoh, belok, telor
3) o – e taling celoteh, celoreng, oleh, boleh, ponteng
4) o – o kelompok, seloroh, obor, pokok, borong
(Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, terbitan DBP 1996)
4.5 Pola Kekecualian Kepada Keselarasan Huruf Vokal
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu juga menerima beberapa pola lain sebagai kekecualian kepada pola keselarasan huruf vokal. Pola kekecualian ini dilaksanakan untuk mngeja kata-kata pinjaman daripada bahasa Nusantara atau bahasa Inggeris (Dr. Abdul Hamid Mahmood : 1995). Berikut adalah contohnya:
| Pola Vokal | Contoh Kata Bahasa Nusantara | Contoh Kata Bahasa Inggeris |
| 1. a - e taling | raden, awet, pamer, kaget, aneh | panel, kabaret |
| 2. a - o | lapor, lakon, lancong, calon | kontraktor, atom |
| 3. e pepet - e taling | gembleng | - |
| 4. e pepet - o | bendok, jambol | interkom, gabenor |
| 5. i - e taling | imlek | simen, parlimen, tiket |
| 6. i - o | pilon, ijon | transistor, diftong |
| 7. u - e taling | ulet, tulen | dokumen, subjek |
| 8. u - 0 | lelucon, bunglon, buron | konduktor, kupon |
| 9. a - e pepet | pakem | teater |
| 10. e taling - i | - | objektif, hipotesis |
| 11. e taling - u | - | spektrum, petroleum |
| 12. e pepet - e pepet | pepet, demdem | - |
| 13. i - e pepet | iseng | partikel, filem, artikel |
| 14. o - i | - | fosil, hipokrit |
| 15. o - u | - | forum, bonus |
| 16. u - e pepet | lumer | skuter |
| 17. e taling – e pepet | - | meter |
| 18. o – e pepet | | Oktober, broker |
5. 0 Ejaan Kata Pinjaman
5.1 Ejaan Kata Pinjaman Daripada Bahasa Inggeris Dan Bahasa-Bahasa Eropah
5.1.1 Ejaan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaanya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Berikut adalah contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:
| | Perubahan Huruf | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu |
| |
| | Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu | | | |
| (1) | a | a | bstract late | abstrak plat |
|
| (2) | ae | ae | aerial aerograph | aerial aerograf |
|
| (3) | ae | e | aesthetics haematite | estika hematit |
|
| (4) | ai | ai | aileron trailer | aileron trailer |
|
| (5) | au | au | automatic auditorium | automatic auditorium |
|
| (6) | b,bb | b | barbecue lobby | barbeku lobi |
|
| (7) | c | s | cylinder cent | silinder sen |
|
| (8) | c,cc | k | carbon classic | karbon klasik |
|
| (9) | cc | kc | accent vaccin | eksen vaksin |
|
| (10) | ch | s | echelon machine | aselon mesin |
|
| (11) | ch,ch | k | cholera technique | kolera teknik |
|
| (12) | d,dd | d | dividend | dividen |
|
| (13) | e | e | effective system | efektif sistem |
|
| (14) | ea | ea | bearing idealist | bearing idealis |
|
| (15) | ea | i | beaker grease | bikar gris |
|
| (16) | ee | i | beer jammboree | bir jambori |
|
| (17) | ei | ei | atheist protien | ateis protein |
|
| (18) | eo | eo | geometry stereo | ateis stereo |
|
| (19) | eu | eu | europium petroleum | europium petroleum |
|
| (20) | f,ff | f | factor traffic | factor trafik |
|
| (21) | g,gg | g | geology aggressive | geologi egresif |
|
| (22) | h | h | harmony hotel | harmoni hotel |
|
| (23) | i | i | identity textile | identity tekstil |
|
| (24) | ia | ia | dialect criteria | dialek kriteria |
|
| (25) | ie | i | calorie | kalori |
|
| (26) | ie | ai | | pai |
|
| (27) | ie | ie | diesel teiceron | diesel teiseron |
|
| (28) | io | io | iodine | iodin |
|
| (29) | iu | iu | premium stadium | premium stadium |
|
| (30) | j,jj | j | journal jury | jurnal juri |
|
| (31) | k,kk | k | kilo | kilo |
|
| (32) | kh | kh | khaki | khaki |
|
| (33) | l,ll | l | liberalism pill | liberalisme pil |
|
| (34) | m,mm | m | mammal optimism | mamalia optimisme |
|
| (35) | n,nn | n | neon tennis | neon tenis |
|
| (36) | ng | ng | congress linguistics | kongres linguistik |
|
| (37) | o | o | operator orthodox | operator ortodoks |
|
| (38) | oa | o | cardboard coat | kadbod kot |
|
| (39) | oe | e | foetus gonorrhoea | fetus gonorea |
|
| (40) | oi | oi | alkaloid duboisine | alkaloid duboisin |
|
| (41) | oo | oo | zoo | zoo |
|
| (42) | oo | u | cartoon kangaroo | kartun kanggaru |
|
| (43) | ou | au | accountant pound | akautan paun |
|
| (44) | ou | u | coupon serius | kopun serius |
|
| (45) | p.pp | p | apple passport | epal pasport |
|
| (46) | ph | f | graph phoneme | graf fonem |
|
| (47) | q | k | quality technique | kualiti teknik |
|
| (48) | r,rr | r | lorry recruit | lori rekrut |
|
| (49) | rh | r | rhetoric rhythm | retorik ritma |
|
| (50) | s,ss | s | express status | ekspres status |
|
| (51) | sc | s | proscenium science | proscenium sains |
|
| (52) | sc | sk | scooter telescope | skuter teleskop |
|
| (53) | sch | sk | scheme scholastic | skim skolastik |
|
| (54) | t,tt | t | battery tractor | bateri traktor |
|
| (55) | th | t | anthropology theory | antropologi teori |
|
| (56) | u | u | republic unit | republik unit |
|
| (57) | ua | ua | aquarium dualism | akuarium dualisme |
|
| (58) | ue | u | accrue tissue | akru tisu |
|
| (59) | ue | ue | duet | duet |
|
| (60) | ue | digugurkan | catalogue cheque | katalog cek |
|
| (61) | ui | ui | annuity eguinox | anuiti ekuinoks |
|
| (62) | uo | uo | quorum quota | kuorum kuota |
|
| (63) | uu | u | continuum vacuum | kontinum vakum |
|
| (64) | v | v | novel university | novel universiti |
|
| (65) | w | w | kiwi wire | kiwi wayar |
|
| (66) | wh | w | whisky whistle | wiski wisel |
|
| (67) | x | ks | express taxi | ekspres teksi |
|
| (68) | x | x | xenon | xenon |
|
| (69) | y | i | dynasty psychology | dinasti psikologi |
|
| (70) | y | y | royalty yankee | royalty yangki |
|
| (71) | z,zz | z | jazz zodiac | jaz zodiak |
|
(Pedoman Ejaan Dan Sebutan Bahasa Melayu, terbitan DBP 1996)
5.1.2 Menurut Wan Abu Bakar Wan Abas (1995), dalam menulis perkataan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris, perkara yang diutamakan ialah bentuk visual dan bukan bunyi sebutan.
Pengekalan bentuk Visual dilakukan dengan tiga cara. Iaitu:
i) Mengekalkan gugus konsonan, biasanya di awal kata (struktrur) dan kadangkala di akhir kata (pasport).
ii) Tidak mengubah huruf yang digunakan kecuali untuk memastikan adanya huruf vokal pada setiap suku kata dengan mengubah y di akhir suku kata asing kepada i ( tragedi bukan trajedi atau tragedy). Walau bagaimanapun, penyesuaian dibuat kepada huruf c serta kebanyakan huruf q dan x. Di samping itu, penyesuaian juga dibuat kepada tiga puluh tiga huruf gabungan seperti yang disenaraikan dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia ( DBP, 1981; Edisi Kedua, 1988), halaman xxii hingga xxvi.
iii) Mengecualikan daripada hukum keselarasan vocal (contohnya sistem).
ð Ketiga-tiga kaedah ini ada kekecualianya bagi perkataan yang ejaan Melayunya telah mantap. Contohnya:
i) kadbod tidak mengekalkan gugusan rd.
ii) enjin mengalami perubahan g.
iii) pensel mematuhi hokum keselarasan vokal.
5.1.3 Bagi kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang
terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya menurut kaedah ejaan
bahasa Melayu. Contohnya:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
driver ditulis drebar
station stesen
custom kastam
bureau biro
modern moden
pension pencen
5.1.4 Semua huruf g dalam bahasa Inggeris yang dibunyikan [j] dalam bahasa Melayu
tetap di tulis g Contoh:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
technology teknologi
agenda agenda
gymnasium giminasium
tragedy tragedi
5.1.5 Walau bagaimanapun terdapat beberapa huruf g yang dibunyikan j menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu. Iaitu:
imej ( Bahasa Inggeris ; image)
kolej (college)
ejen (agent)
jeneral (general)
enjin (engine)
rejim (regime)
prestij (prestige)
lejar (ladger)
kontijen (contigent)
garaj (garage)
marjerin (margarine)
sabotaj (sabotage)
majisterit (magistrate)
sarjan (sergeant)
rejimen (regiment)
5.2 Ejaan Kata Pinjaman Daripada Bahasa Arab
5.2.1 Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya:
kubur
zalim
sahabat
izin
darurat
hakim
zat
5.2.2 Istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (terbitan DBP, 1984)
isti’mal
hadith
riya’
kidhib
qunut
6.0 Penulisan Kata Dasar
6.1 Kata dasar ditulis satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain. Contohnya:
1. Saya ada basikal baru.
2. Emak sedang memasang langsir.
3. Dia berlagak seperti ketua
7.0 Penulisan Kata Terbitan
7.1 Kata terbitan atau kata turunan ialah kata yang berimbuhan (sama ada imbuhan awalan, akhiran atau sisipan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata lain.
7.2 Penulisan Kata Terbitan Yang Berawalan
Imbuhan Awalan Kata Dasar Kata Terbitan
anti- karat antikarat
auto- biografi autobiografi
be- ranting beranting
bel- ajar belajar
ber- asas berasas
di- minum diminum
dwi- bahasa dwibahasa
eka- fungsi ekafungsi
juru- mudi jurumudi
ke- kasih kekasih
maha- raja maharaja
men- nyanyi menyanyi
meng- lap mengelap
panca- indera pancaindera
pe- lawak pelawak
pem- belot pembelot
poli- klinik poliklinik
pra- sekolah prasekolah
pro- kerajaan prokerajaan
se- langkah selangkah
sub- budaya subbudaya
swa- daya swadaya
tata- cara tatacara
tuna- karya tunakarya
7.2.1 Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah kata dasar atau bentuk hanya bagi tiga penggunaan yang berikut:
1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasra selepasnya yang bermula dengan kata ganti nama Tuhan atau nama khas lain. Contoh:
i) Maha Berkuasa
ii) Allah Yang Maha Agung
iii) Duli Yang Maha Mulia
2. Bentuk terikat seperti anti, pro dan kontra dapat juga ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas. Contoh
i) bersikap anti
ii) pro dan kontro
3. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf beasr. Contoh:
i) se-Nusantra
ii) se-Tanah Melayu
iii) se-
7.3 Penulisan Kata Terbitan Yang Berakhiran
Akhiran Kata Dasar Kata Terbitan
-an tanam tanaman
-ah ustaz ustazah
-at akhir akhirat
-i contoh contohi
-iah alam alamiah
-in hadir hadirin
-isme sosial sosialisme
-
-man budi budiman
-nita/-ita biduan biduanita
-wan sastera sasterawan
7.4 Penulisan Kata Terbitan Yang Berampitan.
Apitan Kata Dasar Kata Terbitan
Ber...an lawan berlawanan
Ber...
di...i iring diiringi
di…
diper…i setuju dipersetujui
diper…
ke…an indah keindahan
me…i rindu merindui
me…
memper…i baharu memperbaharui
memper…
men…i jalan menjalani
men…
pe…an rasa perasaan
pem…an bedah pembedahan
penge…an cam pengecaman
ter…I ajar terajari
ter…
7.5 Penulisan Kata terbitan Yang Bersisipan
Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan
-el- tunjuk telunjuk
-em- kuning kemuning
-in- sambung sinambung
-er- kuping keruping
8.0 Penggunaan Tanda Sempang
8.1 Tanda sempang digunakan untuk menulis semua jenis kata ulang termasuk kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem. Contoh:
hati-hati
laki-laki
urusan-urusan
kura-kura
guru-guru
kebiru-biruan
setidak-tidaknya
lemah-lembut
sedu-sedan
dimain-mainkan
8.2 Tanda sempang dugunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya:
tuhan-Mu
rahmat-Nya
anti-Amerika
KDN-nya
pro-Malaysia
se-Malaysia
8.3 Tanda sempang digunakan untuk memisahkan suku kata yang tercerai oleh pengganti baris. Contohnya:
…melambatkan proses penye-
lenggaraan projek itu.
…melambatkan proses penyeleng-
garaan projek itu.
… melambatkan proses penyelengga-
raan projek itu.
…melambatkan proses peyelenggara-
an projek itu.
8.4 Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran – an. Contohnya:
tahun 60-an (tahun enam puluhan)
tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)
8.5 Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan ke dengan angka bagi penulisan nombor ordinal. contohnya:
ke-14 ( keempat belas)
ke-99 (kesembilan puluh sembilan)
ke-823 (kelapan ratus dua puluh tiga)
ke- 2000,000 (kedua juta)
8.6 Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contoh:
ber-evolusi dengan ber-revolusi
8.7 Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah. Contoh:
mikro-zat makanan ( micronutrient)
alat pandang-dengar
larutan Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer solution)
9.0 Penulisan Kata Sendi (di, ke)
9.1 Kata sendi nama (kata depan) di dan ke dipisahkan dari kata nama yang menunjukkan arah atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya. Contohnya:
1) Buku tulisnya ada di atas meja itu.
2) Bercuti di
3) Kami berbasikal hingga ke hujung tasik itu.
4) Ke manakah kamu mahu lari?
9.2 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata umum yang terdapat
selepasnya. Contohnya:
1) Kami sekeluarga pernah makan malam di kedai itu.
2) Di tasik itu dia memancing.
3) Ayah menghantar saya ke sekolah pada setiap pagi.
4) Madihah telah berpindah ke rumah barunya pada hari Ahad yang lepas.
9.3 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada nama tempat atau nama khas yang lain yang ada selepasnya. Contohnya:
1) Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya.
2) Kami telah lama menetap di
3) Pada hujung minggu ini ayah akan ke
4) Ahmad akan bertolak ke
9.4 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum. Contohnya:
1) Ibu telah membeli ke semua buah durian itu untuk disedekahkan.
2) Pihak polis akan membuat pemeriksaan ke seluruh kawasan itu.
3) Kempen anti dadah akan berlangsung di setiap sekolah pada hujung bulan ini.
4) Hujan malam tadi di empat kawasan sahaja.
9.5 Kata sendi nama di tergabung dalam kata kerja. Contoh:
1) Ikan itu telah dimakan oleh kucing.
2) Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek.
3) Rumah itu akan dicat baru.
9.6 Kata sendi nama ke sentiasa tergabung dalam angka ordinal.
1) Saya telah mendapat tempat kedua belas dalam peperiksaan yang lepas.
2) Yusairah telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga
10.0 Penulisan Kata Ganti Singkat
10.1 Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam Bahasa Melayu sekarang, iaitu kau, ku, mu dan nya.
10.2 Kata singkat ku dan kau sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutnya. Contoh:
kulihat kaulihat
kubawa kaubawa
kuserah kauserah
10.3 Kata ganti singkatan ku, mu dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya:
Kasihku kasihmu kasihnya
Membenciku membencimu membencinya
Terhadapku terhadapmu terhadapnya
10.4 Kata ganti singkat mu, ku dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contohnya:
Kasihilah hamba-Mu ini, ya Tuhanku.
Adakah mereka berdusta kepada-Ku?
Semoga rahmat-Nya sentiasa bersamaku.
11.0 Penulisan Partikel
11.1
11.2 Partikel –lah, -kah, dan –tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
Tolong-lah tolonglah
Ada-lah ada-lah
Kĕnapa-kah kenapakah
Apa-kah apakah
Bila-tah bilatah
11.3
i) Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti ‘juga` ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya. Contoh:
Jika ibu pergi, anaknya pun ingin pergi.
Rambutnya pun tidak tersikat.
Siti pergi ke pekan dan Sharifah pun pergi ke pecan
ii)
adapun andaipun bagaimanapun
ataupun biarpun kalaupun
kendatipun mahupun meskipun
sekalipun sungguhpun Lagipun
walaupun
12.0 Penulisan Kata Ganda
12.1 Kata dasar dalam sietem ejaan Rumi bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempanh (-). Kata ulang yang ditulis menggunakan sempang, termasuklah kata ulang sem, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan ulang berimbuhan.
i) Penulisan kata ulang semu
biri-biri kunang-kunang
undang-undang hati-hati
sia-sia kura-kura
laki-laki rama-rama
ii) Penulisan kata ulang jamak
perkataan-perkataan aktiviti-aktiviti
guru-guru rumah-rumah
pegawai-pegawai meja-meja
projek-projek timbalan-timbalan
iii) Penulisan kata ulang berentak
bukit-bukau sampah-sarap
serba-serbi huru-hura mundar-mandir kura-kacir
bolak-balik dolak-dalih
ð Apabila kata ulang berentak ini dijadikan bentuk dasar yang menerima imbuhan apitan, tanda sempang sebagai tanda ulang (gandaan) tetap digunakan. Contoh:
digembar-gemburkan
mencampur-adukkan
keramah-ramahan
terhuyung-hayang
iv) Penulisan kata dasar berimbuhan
lama-kelamaan zaman-berzaman
dicium-ciumnya memperkecil-kecilkan
bersama-sama anak-anakan
tulis-menulis berkasih-kasihan
karang-mengarang seelok-eloknya
menggelepar-gelepar diamat-amatinya
13.0 Penulisan Gabungan kata
13.1 Terdapat tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah. Iaitu:
i. Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuklah rangkai kata istilah khusus dan kata majmuk, ditulis secara terpisah antara satu sama lain. Contoh:
rantai tangan latihan sukan
jalan raya kerusi kayu
gelang kaki balai raya
ketua pelajar nasi ayam
sama ada tengah malam
tiga puluh satu lampu jalan
ii. Gabung kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah. Contohnya:
hitam putih baik buruk
ibu bapa dunia akhirat
tunjuk ajar makan minum
iii. Gabung kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah. Contohnya:
darah muda duit kopi
kaki bangku anak emas
hidung panjang lintah darat
mulut murai hati batu
13.2 Kata ulang bagi gabung kata yang ditulis terpisah dibentuk dengan hanya
mengulang kata nama yang diterangkan, iaitu kata nama pertama dan bukan
seluruh rangkai kata berkenaan. Contohnya:
Bentuk Dasar Bentuk Berulang
Sekolah rendah sekolah-sekolah rendah
masjid jamek masjid-masjid jamek
pegawai kanan pegawai-pegawai kanan
jurucakap rasmi jurucakap-jurucakap rasmi
negara berkecuali nagara-negara berkecuali
kapal terbang kapal-kapal terbang
13.3
i. Rangkai kata yang terpisah, termasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai. Contoh:
tidak harmoni ditulis ketidakharmonian
ijab
anak emas menganakemaskan
tidak adil ketidakadilan
satu padu menyatupadukan
campur aduk mencampuradukkan
ii. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis secara serangkai atau dikenali sebagai bentuk yang telah mantap. Contohnya:
bumiputera jawatankuasa
kakitangan kerjasama
warganegara olahraga
pesuruhjaya setiausaha
sukarela suruhanjaya
tandatangan tanggungjawab
matahari antarabangsa
ð Semua kata tersebut telah dimuatkan dalam Buku Daftar Kata Bahasa Melayu, manakala gabungan kata umum yang lain yang tidak disenaraikan dalam buku tersebut tidak ditulis serangkai.
iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai, contohnya:
suruhanjaya ditulis suruhanjaya-suruhanjaya
pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruhjaya
setiausaha setiausaha-setiausaha
tandatangan tandatangan-tandatangan
iv. Gabung kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan, contoh:
warganegara ditulis kewarganegaraan
tandatangan menandatangani
setiausaha kesetiausahaan
tanggungjawab penanggungjawaban.
14.0 PENUTUP
14.1 Kesimpulan
Ejaan Rumi bahasa Melayu baharu mempunyai sebanyak 26 huruf. Sistem Keselarasan Huruf vokal dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal diguna pakai dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Baharu.Sistem Keselarasan Huruf Vokal mempunyai sebanyak 18 pola manakala Sistem Kekecualian Huruf Vokal mempunyai sebanyak 18 pola kesemuanya. Penggunaan Sistem Keselarasan Huruf Vokal adalah dalam pengejaan kata bahasa Melayu jati dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal digunakan dalam pengejaan kata pinjaman.
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang digunakan sekarang sudah pun mantap kerana ianya mempunyai satu sistem yang lengkap dan mudah untuk digunakan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai usaha dan kajian yang dijalan bagi memastikan mutu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu terus tersusun dengan baik dan segala kekeliruan dan ketidakselarasan dalam penggunaan dapat dihindarkan. Adalah diharapkan dengan adanya sistem yang baik ini maka penggunaan bahasa Melayu terus berkembang dan mampu untuk terus bertahan 100 tahun lagi dan dapat dijadikan sebagai bahasa ilmiah terutamanya dalam penggunaan teknologi maklumat serta berupaya menjadi bahasa utama di rantau ini.
Semoga arus globalisasi yang rancak bertiup kencang sekarang tidak akan menggugat keutuhan bahasa Melayu malah mampu untuk terus bersaing dan berkembang seiring dengan bahasa-bahasa utama dunia sekarang terutamanya bahasa Inggeris. Oleh itu kesedaran masyarakat
M.Z.Z.M