KONSEP BAHAGIA DALAM PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kebahagian merupakan suatu rasa yang ingin didambakan oleh setiap insan. Bahagia adalah perasaan senang, tenteram atau lepas dari segala yang menyusahkan. Tetapi kesenangan belumlah seerti dengan kebahagiaan. Kesenangan boleh dilihat sebagai keselesaaan hati tetapi keadaan ini belumlah disamakan dengan rasa bahagia. Takrif dan definisi bahagia itu dapat dilihat dan dinilai dengan cara yang berbeda-beda, mengikut citarasa meraka yang mengecapinya. Begitulah halnya dalam konteks masyarakat Melayu, mereka sudah tentu menpunyai ukuran dan gambaran bagaimana konsep kebahagian tersebut dapat diterjemahkan dalam kehidupan mereka sesuai dengan budaya dan agama mereka.


2.0 Masyarakat Melayu Bahagia Dengan Cara Hidup Sederhana

2.1 Islam Menganjurkan Umatnya Hidup Bersederhana

Masyarakat Melayu terkenal dengan adat resam dan cara hidupnya. Biar pun zaman di telan zaman, gaya kehidupan masyarakatnya masih terpelihara. Hidupnya berpandukan agama dan adat. Paling utama adalah agama, adat yang elok dibudayakan dalam kehidupan. Adat yang bercanggah dengan nilai agama dikeji serta dipinggirkan daripada kehidupan masayarakat. Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Islam telah bertapak di tanah Melayu sudah berkurun lamanya. Pelbagai teori dan catatan sejarah telah kedatangan islam ke Tanah Melayu. Sering kedatangan Islam ke Alam Melayu dikaitkan dengan para pedagang Hadramaut (Yaman), Gujerat (India) atau Kwantung (China).

Menurut catatan sejarah Cina, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa dan membuat penempatan mereka di Pantai Barat Sumatera sekitar tahun 684 Hijrah. Di penempatan ini, orang-orang Arab bermukim dan bernikah dengan penduduk tempatan. Lama-kelamaan, terbinalah masyarakat Islam.

Profesor Haji Abdul Malek Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Hamka, dalam bukunya Sejarah Umat Islam, menceritakan tentang duta Daulah Umayyah telah singgah ke Pulau Jawa dalam perjalanan ke China. Malah, kononnya Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Daulah Umayyah, ikut belayar ke Pulau Jawa.

Walau apa pun, sumber-sumber catatan ahli sejarah China menunjukkan Islam telah sampai ke Nusantara sejak awal kurun hijrah iaitu sejak zaman khalifah Usman bin Affan lagi. Sebenarnya, sebelum Islam muncul di pentas dunia, telah wujud hubungan di antara orang Arab dan Parsi dengan penduduk Nusantara.

Berdasarkan bukti-bukti yang telah dikaji oleh pakar sejarah, ajaran Islam telah lama subur di nusantara khususnya di tanah Melayu ini. Ajaran inilah yang menjadi teras panduan kepada masayarakat Melayu dahulu dan kini. Maka dengan demikian alam pemikiran, cara hidup dan budaya masyarakat Melayu dibentuk melalui nilai-nilai yang ada pada Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang mulia. Ajarannya menitikberatkan pengabdian kepada tuhan yang Esa, mengamalkan segala ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan menjadikan Nabi Muhammad sebagi contoh tauladan yang paling utama.

Sudah menjadi kewajiban bagi orang Islam untuk mendapat kebahagian dalam kehidupan, baik kehidupan di dunia dan di akirat. Sebenarnya ketentuan kebahagian seseorang insan iu telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Kebahagian itu juga telah dicipta berbeda-beda bagi setiap insan. Oleh itu, dalam konteks masyarakat Melayu, sudah tentu konsep bahagia itu berbeda-beda mengikut setiap individu. Apa yang pasti konsep bahagia itu adalah berteraskan nilai ajaran Islam yang berpadu dalam adat dan budaya masyarakat Melayu.

Islam menganjurkan agar umatnya sentiasa bersederhana dalam semua aspek, lebih-lebih lagi dalam kehidupan seharian. Atas tuntutan inilah maka masyarakat Melayu sentiasa mengamalkan konsep kesederhanaan dalam kehidupan. Kita dapat melihat dengan kesederhanaan inilah masyarakat Melayu hidup dengan penuh kebahagiaan. Dalam Islam, konsep kesederhanaan bukan hanya dilihat pada kebendaan semata-mata. Sederhana juga dikaitkan dengan amalan kehidupan yang bersih dari perlakuan dan sifat-sifat buruk, keji, hina dan lain-lain yang negatif. Ini adalah disebabkan oleh sifat-sifat itu sebenarnya adalah racun kepada usaha-usaha mencapai kebahagiaan hidup. (Idris Zakaria 2007: 9)

Titik tengah dalam kontek mencari kebahagiaan hidup ini disamping falsafah dan gaya hidup sederhana ialah nilai dan peribadi manusia atau umumnya adalah akhlak. Akhlak buruk yang menghiasi diri manusia bermakna ia jauh dari landasan kebahagiaan. Akhlak yang baik serasi dengan fitrah manusia, adalah syarat terbaik untuk mengecapi kebahagiaan. Manusia perlu akhlak yang baik ini. Dan akhlak baik atau tidak ini dapat diukur berasaskan perbuatan yang dilakukan secara sedar. Demikian kata Imam Al-Ghazali. Untuk mencapai tahap baik ini Ibnu Sina pula menekankan perlunya jiwa manusia dikendalikan dengan baik. Ia perlu dihubungkan dengan mengenal dan taat pada Tuhan. Akhirnya ia membawa kepada kebahagiaan.

Hamka (1977 : 163 : 172-179) berkata bahawa “Dapat makan dua kali sehari, dapat pakaian sua persalinan, dapat rumah yang cukup udaranya untuk tempat diam (tinggal), dapat menghirup udara yang bergerak, kita sudah dapat hidup. Cuma nafsu jugalah yakni nafsu manusia meminta lebih dari itu, sehingga didalam mencari cita-cita hendak berlebih itu, kerapkali manusia lupa akan kesederhanaan”. Hamka telah bandingkan hal sikap manusia terutamanya yang tamak dengan binatang.Katanya lagi “Cubalah lihat binatang apabila kenyang perutnya, dia akan terus tidur, istirahat. Tetapi manusia walaupun mereka telah kaya, bertambah kaya bertambah tidak senang diam hidupnya, bahkan bertambah tamaknya dan lobanya, bertambah sayang hatinya akan bercerai dengan harta itu”. Sambung beliau lagi “sebab itu dapatlah diperhatikan bahawa orang yang lebih banyak terjauh daripada kesenangan hati didalam hidup ialah orang yang banyak harta. Mereka lebih banyak was-was, lebih jauh daripada nikmat ketenteraman hati. Itulah sebabnya maka berkeras hukama berkata bahawasanya bahagia itu tidaklah pada banyak harta, tetapi pada rasa tenteram dan redha”. Dalam hal ini Hamka menekankan soal nafsu; “sayang sekali nafsu! Dia tidak mahu berhenti hingga itu. Angan-angan yang tak putus sentiasa memanggil-manggil sehingga kering darahnya, musnah umurnya, hilang kesempatanya berbuat bakti, lantaran digila oleh angan-angan. Oleh itu menurut Hamka hati kita perlu dijaga. Kebahagiaan hidup terletak dihati, bukan pada kekayaan atau banyak wang.

Hamka akui harta adalah satu keperluan untuk hidup dan manusia mencarinya melalui pelbagai cara termasuk cara haram atau tidak beretika. Banyak sekali huru-hara, fitnah dan kesulitan yang timbul didalam dunia ini kerana harta.Ada dua perkara yang menyebabkan orang menjadi tamak; Pertama, kerana mereka memandang bahawa jiwa kehidupan itu adalah harta., Kedua, bukan itu sahaja tetapi laba itulah yang dituju di dalam tiap-tiap pekerjaan. Pendirian ini adalah salah dan tidak membantu manusia untuk menikmati kebahagiaan.

Kalau dirujuk kepada tabii ajaran Islam pun didapati aspek pertengahan juga yang ditekankan. Cuba lihat beberapa contoh berikut; (1) Makan dan minum. Islam menyuruh “makan dan minumlah kamu tetapi jangan melampau kerana Allah benci kaum pelampau. ( Al-A’raf: 31). (2) Beribadat; “Apabila selesai tunai sembahyang (jumaat) maka keluarlah kamu bertebaran dibumi dan carilah nikmat-nikmat dari limpah kurnia Allah dan perbanyakan sebutan mu kepada Allah supaya kamu beroleh kejayaan dan keuntungan” (Al-Jum’ah: 10). (3) soal kehidupan; “ Rebutlah habuan yang disediakan Allah buat kamu diakhirat tetapi jangan lupa pula nasib kamu didunia ini (Al-Qasas: 77), (4) Jangan boros atau kedekut apabila berbelanja. “ Dan orang-orang yang apabila berbelanja mereka tidak boros dan tidak kikir, tetapi pertengahan antara keduanya (Al-Furqan: 67).

Sarjana Islam kontemporari Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi (1986: 16) ada menjelaskan bahawa Islam adalah jalan tengah dalam segala hal, baik hal akidah, ibadah, perilaku, hubungan sesama manusia mahupun dalam perundangan. Hal ini juga dijelaskan dalam bukunya Wawasan Islam antara Keaslian dan kemodenan (terj) 1992:37. Beliau menyebut istilah al-Wasatiyyah yakni sikap pertengahan dan Al-Tawazun-seimbang, yakni tidak terlalu ekstrim ke kiri atau pun ekstrim. ke kananMenurut beliau juga inilah yang dinamakan oleh Allah s.a.w. sebagai jalan yang lurus, iaitu jalan yang membezakan manusia daripada jalan para pemeluk berbagai agama dan falsafah yang menjadi anutan rorang-orang yang dimurkai Allah dan juga jalan orang yang sesat iaitu mereka yang konsep hidupnya melampaui batas. Jadi sikap pertengahan atau seimbang adalah ciri asli ajaran Islam.Maka amat wajarlah umat Islam menyedari dan membudayakannya dalam kehidupan harian.


2.2 Kekayaan Dan Kemewahan Bukan Syarat Utama Untuk Mencapai Kebahagian Bagi Masyarakat Melayu.

Orang Melayu dahulu sinonim dengan kehidupan sebagai petani, pesawah, nelayan, tukang ukir, bekerja di istana dan lain-lain lagi. Jika diteliti sebahagian besar orang Melayu, hidup mereka banyak bergantung kepada alam sekeliling mereka. Mereka menjadikan alam sekeliling sabagai sumber pendapatan utama mereka. Jika hidup di tepian laut, mereka akan ke laut. Hasil lautan dijadikan sumber ekonomi yang sepadan untuk mereka. Masyarakat di kampung pula akan mengusahakan kebun di halaman atau di belakang rumah mereka. Mereka senang dengan cara sebegini, cara hidup yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka dari generasi ke generasi.

Maka tidak timbul istilah kemewahan dan kekayaan yang dapat menjamin kebahagian dalam kehidupan masayarakat Melayu. Walaupun terdapat segelintir yang kaya raya, hidup mewah dengan tanah beratus hektar, kebun dan dusun berekar-ekar, sawah terbentang luas saujana mata memandang, tapi prinsip mereka tatap sama sahaja, usaha tangga kejayaan. Tanpa kerajinan, hasil tidak ke mana, tidak dapat tidak mereka perlu mengotorkan kaki mereka dengan lumpur dan menghitamkan kulit demi memperolehi sekelumit kekayaan dan kemewahan. Namun kekayaan dan kemewahan itu bukan kebahagian bagi mereka, kebahagian sebenar ialah rasa yang dikecapi dalam membanting tenaga dan kudrat dalam meniti kehidupan seharian.

Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Dalam masyarakat melayu, sering kali kita melihat suami isteri bekerjasama dalam mencari rezeki seharian. Bagi petani dan pesawah mereka suami isteri sama-sama mengusahakan kebun dan sawah mereka. Hubungan sebegini telah memberi ruang yang cukup luas untuk mereka membina hubungan yang lebih erat dan mesra. Perasaan kasih dan sayang bertambah utuh yang mampu menerbitkan kebahagian yang ikhlas dalam kehidupan mereka. Secara tidak lansung kebahagian ini turut dikongsi oleh ahli keluarga mereka yang lain.

Dalam konteks masyarakat Melayu kini, ramai orang Melayu memilih untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa bekerja di sektor kerajaan tiada menjamin untuk memperolehi kekayaan dan kemewahan yang melimpah ruah. Hakikat ini sememangnya diakui oleh semua orang. Kenapa orang Melayu tidak menceburi bidang perniagaan? Sedangkan bidang perniagaanlah yang mampu memberi kemewahan dan kekayaan yang berlipat ganda. Realitinya di Malaysia kini, bidang perniagaan dimonopoli oleh kaum Cina. Kebanyakan permis perniagaan dimiliki oleh kaum ini.

Dua persoalan yang timbul kini; pertama; apakah orang Melayu tidak mempunyai kehidupan yang bahagia sedangkan orang cina hidup mewah berharta dan punyai wang yang berjuta-juta dengan berniaga. Menurut Idris Zakaria (2007), manusia yang bekerja dalam apa sektor pun atau taraf jawatan sekalipun akan mengharapkan pekerjaan atau jawatan yang dipegang dengan pendapatan atau upah yang dibayar majikan akan mencorak kehidupanya ke arah kebahagiaan. Kebahagiaan hidup boleh dikecapi dalam apa saja sektor yang dimasuki.Seorang penjawat awam atau swasta mampu mendapat ketenangan hati dan minda melalui kepatuhan kepada peraturan-peraturan serta etika kerja yang diwujudkan majikan. Dalam perkhidmatan kerajaan umpamanya telah ada mekanisma kearah mewujudkan pasukan kerja yang baik dan cemerlang. Buku Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam terbitan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN; 1971) banyak menekankan nilai-nilai universal yang berfungsi membimbing para pekerja menjalankan tanggung-jawab dengan sempurna dan cemerlang. Nilai baik seperti amanah, taat setia, bertanggung-jawab dan sebagainya adalah antara sifat dan kriteria yang mampu membentuk keselesaan bekerja. Keselesaan sangat penting untuk mewujudkan suasana keseronokan dan ketenangan dalam menjalankan tugas-tugas harian. Suasana ini berkesan pula kepada keamanan jiwa dan minda seterusnya mempengaruhi kesihatan badan. Dalam pekerjaan harian, terdapat berbagai kemudahan yang disediakan oleh majikan selain dari upah atau gaji. Kita ada peluang untuk mendapat pinjaman wang untuk membeli kenderaan atau rumah apabila semua syarat yang diperlukan ada. Ada cuti sakit atau bersalin bagi kaum wanita. Ada juga bantuan kecemasan apabila berlaku sesuatu musibah. Ada kursus atau latihan bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja. Bagi pegawai tinggi pula ada beberapa lagi kemudahan seperti kereta dan pemandu. Kakitangan rendah pula ada kemudahan untuk tahapnya. Maknanya hak dan kebajikan pekerja dijaga agar kita senang bekerja. Apabila hati senang kita akan bekerja dengan aktif kecuali pekerja-pekerja yang malas. Maka sudah tentu penggerak utama disini ialah para pekerja ataupun petugas. Merekalah jentera penting yang berkuasa memundur atau memajukan sektor pekerjaan diseluruh Negara. Justeru tumpuan penting dalam makalah ini ialah kepada insan para pekerja itu sendiri dan bukan sistem, peralatan atau kewangan dan lain-lain yang berkaitan.

Persoalan kedua; apakah wang ringgit yang banyak menjadi faktor penentu kebahagiaan? Soalan ini dibangkitkan di sini memandangkan ramai yang beranggapan wang adalah segala-galanya. Wang adalah lambang kejayaan. Wang adalah bukti status yang baik dalam masyarakat. Dengan wang cakap kita laku dan dengan wang juga banyak perkara boleh dilaksanakan. Apakah benar pandangan-pandangan ini? Cuba kita amati kenyataan-kenyataan berikut:

(i) John E.Gibson (1978)

“Kajian dan penyiasatan menunjukkan bahawa daripada orang-orang yang menganggap WANG sebagai faktor yang penting untuk kebahagiaan, didapati hanya kebahagiaan kecil sahaja yang menganggap mereka bahagia. Sebaliknya orang-orang yang menggolongkan mereka berbahagia ialah orang-orang yang menganggap cinta, keluarga dan kebijaksanaan lebih penting daripada perhitungan wang yang banyak. Kebanyakkan orang tidak pernah belajar untuk menyelaraskan hidup dengan pendapatanya. Walaupun sebanyak mana wang yang mereka dapati. Mengurus dengan bijaksana wang yang kita perolehi lebih penting kepada ketenangan fikiran kita daripada sebanyak mana wang yang kita perolehi”.

(ii) S.N. Bremer. (1989 : 72)

“Money is good. Too much money is bad. “Too much” is “too much” when it is more than we need or more than we are capable of utilizing for the umpliment of humanity. Food is good. Too much food is damaging to the body and punishes the glutton with pain and illness. Light is good but too much will blind the eyes. Water is good. There could be no life for us without it, but too much will destroy us. Heat is good but too much will burn us. Any excuse in the use or activity of a good thing is temperance and therefore, evil can be avoided”.

Perkara menarik dalam petikan di atas ialah wang bukanlah segala-galanya dalam hidup. Memang betul wang adalah perlu. Dengan wang kita boleh membina kehidupan yang baik. Namun sikap dan tanggapan yang menganggap wang adalah segala-galanya, dan ia perlu dicari atau dicapai tanpa mengira wajar atau tidak, halal atau haram, maka orang itu telah tersalah falsafah hidupnya. Itu bukan lagi wang tetapi nafsu. Sifat nafsu ialah ia tidak pernah cukup sepanjang masa. Sesiapa yang sudah dikuasai nafsu, akan selama menjadi hamba kepada tamak-haloba. Hidup tidak pernah reda dengan pemberian Tuhan. Tidak ada sikap terima kasih apalagi syukur dengan rezeki yang ditentukan. Perkara kedua dalam petikan pertama itu ialah kebanyakan orang tidak pernah belajar untuk menyelaraskan hidup dengan pendapatannya. Apabila hilang penyelarasan antara gaji dengan tuntutan hidup, maka terbuka jalan untuk mencari tambahan tanpa berfikir kewajaran atau halal-haram. Ini berlaku tanpa melihat kepada pangkat, gaji dan kedudukan. Gaji besar bukan jaminan mengelak rasuah. Pangkat besar, mungkin rasuah lagi besar. Sukar untuk kita lihat periuk besar keraknya kecil. (Dr. Idris Zakaria. 2007.14-15)

Berdasar dua persoalan yang dirungkaikan di atas, nyata bagi masyarakat Melayu kebahagian bagi mereka bukanlah terletak pada kekayaan dan kemewahan semata-mata. Yang paling penting kebahagian perlulah terbit daripada rasa yang selesa dan ceria terhadap kemampuan untuk mentadbir kehidupan secara harmoni dengan mengambil kira nilai-nilai ajaran agama dan norma kehidupan yang terpuji.


2.3 Pengertian Bahagia Yang Berbeda Menjadikan Bahagia Juga Berbeda.

Lain orang, lain hati, jiwa dan perasaannya. Kelainan inilah yang menyebabkan pentafsiran sesuatu rasa adalah berbeda. Begitulah juga halnya dengan bahagia. Menurut HM Tuah Iskandar Al-Haj (2004) dalam bukunya yang bertajuk Membina Hati Bahagia, bahagia itu adalah suatu rasa yang mengatasi keselesaan hati, mengatasi kesenangan yang berputik dari keupayaan memiliki dan mengatasi rasa tenang melalui bilah-bilah hari. Dengan kata lain bahagia adalah perasaan senang, tenteram atau lepas dari segala yang menyusahkan. Tidaklah merupakan suatu kepastian bahawa setiap orang yang senang dan sejahtera itu bahagia. Begitu juga sebaliknya setiap bahagia itu tidak akan selalu menggambarkan kesenangan.

Aristotle (384-322SM) ahli falsafah Greek kenamaan. Menurutnya kebahagiaanbagi orang miskin adalah kekayaan. Bagi orang sakit pula ialah kesihatan. Orang cacat menurutnya tidak berjaya mengecapi kebahagaian. Orang miskin pula perlu bekerja kuat hingga senang baru bahagia. Mempunyai “nama” dalam masyarakat juga disifatkan antara syarat perlu untuk mencapai kebahagiaan.

Hamka di dalam bukunya Tasauf Moden berkata bahawa kita jangan terpedaya dengan kebahgiaan secara lahiriah ini . Katanya “Jangan engkau terpedaya oleh kulit lahir, kerana dunia ini hanya komedi. Boleh jadi di balik keindahan perkakas, di balik senyuman dan tertawa itu ada beberapa kepahitan yang mereka tertanggungkan, yang tidak diketahui oleh banyak orang. Banyak orang tertawa sedangkan hatinya luka parah. Banyak orang yang tertipu melihat cahaya panas di waktu terik di tanah lapang luas , disangka cahaya itu air. Demi bila dia sampai ke sana hanya pasir belaka.

Menurut Mohd Khairi dalam artikelnya yang bertajuk “Apakah itu Kebahagian?” (2006: 1-4), orang budiman berpendapat tentang bahagia, bahawa orang yang berpegang teguh kepada agama, kebahagiaanya ialah meninggalkan barang yang dilarang, mengikut apa yang tersuruh, menjauhi yang jahat dan mendekati yang baik. Bahagianya ialah mengerjakan agama. Menurut Ibnu Khaldun. Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang telah ditentukan Allah dan berperikemanusiaan.

Imam Al-ghazali pula menyatakan . Bahagia dan kelazatan sejati ialah bilamana dapat mengingati Allah. Menurut beliau lagi “Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu ialah bila kita merasai nikmat kesenangan dan kelazatan ialah menurut tabiat kejadian masing-masing. Kenikmatan mata ialah apabila melihat sesuatu yang indah, kenikmatan telinga ialah apabila mendengar suara yang merdu, demikianlah pula bagi sekalian anggota yang lain di tubuh manusia. Adapun kelazatan hati ialah teguh ma`rifat kepada Allah, kerana tujuan hati dijadikan ialah untuk mengingat Tuhan.”


3.0 PEPATAH MELAYU MENGAMBARKAN RASA BAHAGIA

3.1 Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri

Pepatah Melayu ini cukup sinonim dengan hubungan kebahagian rumah tangga, khususnya hubungan mesra di antara suami dan isteri. Pepatah ini mengambarkan betapa kebahagian dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Adakalanya kasih sayang diuji antara suami dan isteri. Ujian yang datang adalah dalam pelbagai bentuk. Pembentukan keluarga yang berjaya ialah yang mampu mengikat perasaan suami isteri dengan ikatan yang saling mengerti antara satu sama lain.

Ikatan yang melahirkan suasana bahagia dengan hiasan cahaya mata yang menjadikan kehidupan rumah tangga aman sejahtera dan bahagia. Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kedamaian. Tanpa kedamaian, kehidupan berumah tangga tiada ertinya. Malah ia akan menjadi suatu gelanggang permusuhan dan pergaduhan di antara suami dan isteri. Bila perkara ini berlaku sudah tentu sebuah rumah tangga tersebut terdedah kepada kehancuran. Maka bagi mewujudkan kedamaian rumah tangga, tanggungjawab adalah kunci yang paling utama di mana tanggungjawab tersebut bukan sahaja terbatas sekadar menyediakan tempat tinggal dan memenuhi segala tuntutan fizikal seperti pakaian, makan minum, kenderaan dan sebagainya. Malah tanggungjawab yang lebih khusus dan lebih utama ialah memberi kasih sayang, menjaga hati dan perasaan pasangan. Oleh itu Islam mengadakan undang-undang yang lengkap bermula daripada seseorang itu merancang hendak berkahwin hinggalah ke peringkat perceraian sekiranya hubungan suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi.

Kedamaian hidup berumah tangga mestilah diatur sejak di awal perkenalan iaitu mesti diselidiki latar belakang pasangan di peringkat pemilihan pasangan lagi. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, pasti akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Selain itu pasangan yang ingin berkahwin juga hendaklah memahami dengan sebenarnya apakah tujuan di sebalik sesuatu perkahwinan tersebut. Andainya perkahwinan itu sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan melayan kehendak tanpa memikirkan tujuan yang sebenarnya, maka perkahwinan tersebut akan lebih terdedah kepada kehancuran. Justeru, bagi menjamin keharmonian, sesebuah keluarga Islam mestilah mempunyai kekuatan iman dan taqwa, pengetahuan dan tatacara hidup serta akhlak yang mulia.

Menurut Islam dan masyarakat Melayu, kebahagiaan seorang isteri terletak pada keredhaan si suaminya. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bagi seorang isteri untuk mentaati segala perintah suaminya selagimana perintah atau suruhan tersebut tidak melampaui batasan syariah. Apa juga kekurangan dan kelemahan suami tidak menjadi halangan untuk isteri yang sedar dengan petunjuk agama terus berbakti dalam rumah tangga. Semua dilakukan untuk mendapatkan keredaan suami yang akhirnya menjadi keredaan Allah.

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)

Isteri yang baik atau solehah juga adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Manakala seorang suami pula adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan semua ahli keluarga mendapat kebahagian yang sewajarnya. Kebajikan isteri dan anak-anak perlulah diutamakan. Sebagai ketua keluarga, suami haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada ahli keluarganya. Bagi memastikan keadaan rumah tangga sentiasa harmoni dan bahagia, suami juga haruslah mempunyai sikap sentiasa bersabar dan bertolenrasi. Segala masalah yang timbul dalam keluarga perlulah ditangani dengan matang dan bijaksana. Sememangnya hubungan antara suami isteri tidak akan lekang daripada perselisihan faham. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh masalah-masalah yang remeh temeh, percanggahan pendapat tentang sesuatu perkara, tekanan yang terbit daripada masalah pekerjaan dan lain-lain lagi. Ketika inilah kesabaran dan keimanan masing-masing teruji. Jika pasangan tersebut dapat menangani masalah tersebut dengan bijaksana, sentiasa bersikap sabar dan bertoleransi, akhirnya suatu yang perkara positif , indah dam bahagia dapat dijelmakan daripada perselisihan faham tersebut. Tapi sebaliknya, pasti sesuatu yang negatif akan berlaku malah yang lebih dahsyat kemungkinan akan berlaku penceraian antara pasangan suami isteri tersebut. Tiada lagi kebahagian, tiada lagi kemesraan. Natijah daripada penceraian tersebut akan menimbulkan pelbagai lagi konflik dan masalah dalam institusi kekeluargaan.

Masyarakat Melayu amat mementingkan institusi kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan yang erat dan bahagia banyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Sebab itulah istilah perkahwinan dianggap suatu perkara yang besar dalam masyarakat. Perkahwinan tidak boleh dilakukan dengan sebarangan. Memandangkan perkahwinan dan pembentukan keluarga ini sangat penting maka perkahwinan tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang mudah dan ringan kerana kewajipan yang dipertanggungjawabkan adalah sangat besar. Oleh itu setiap pasangan yang hendak berkahwin terutama yang masih muda hendaklah disedarkan apakah dia sudah layak untuk berumah tangga atau mampu untuk berkahwin? Sudahkah bersedia dengan ilmu pengetahuan? Sekurang-kurangnya sekadar yang patut diketahui oleh bakal seorang suami atau isteri, kewajipan menjadi seorang suami contohnya, hukum hakam yang berkaitan dengan soal suami isteri dan tatasusila hidup berkeluarga.

Oleh hal yang demikian banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu melangsungkan perkahwinan, ini kerana aspek-aspek inilah yang akan menjamin kebahagian yang berpanjangan dalam ikatan perkawinan tersebut. Salah satu contohnya ialah calon pilihan. Dalam masyarakat Melayu yang kuat berpegang pada ajaran Islam, mereka mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon atau pasangan. Kriteria-kriteria tersebut semestinya selari dengan kehendak Islam. Bagi mereka pasangan pilihan, samada lelaki atau pun wanita, mereka perlulah lahir daripada benih yang mulia dan mempunyai keturunan yang sejahtera, suasana soleh atau baik termasuk dalam tiga keadaan iaitu, kehidupan harian, keluarga dan akhlak mulia.

Yusof Ali Bedewi, Yusuf Ali Bedewi, (terj), Mohd Asri Hashim dan Abd Latif Muda, dalam buku Asas-asas Kebahagiaan Rumah tangga Dalam Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, 1996, hlm, 42. menyenaraikan wanita-wanita yang perlu dijauhi daripada dipilih menjadi calon isteri iaitu Al-Annanah yang bermaksud wanita yang banyak mengadu dan setiap masa kepalanya merasa terbeban apabila melakukan pekerjaan sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk suaminya.

Selain itu, Al-Mannanah pula bermaksud wanita yang mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk suaminya, contohnya, aku buat itu dan ini untuk mu dan kerana kamu manakala faktor seterusnya ialah al-Hannanah iaitu wanita yang merindui suami orang, atau anaknya hasil daripada perkongsian (perkahwinan) dengan lelaki lain.

Sementara itu Al-Haddaqah pula ialah wanita apabila melihat sesuatu, dia ingin memilikinya dengan itu dia akan mendesak-desak dan memaksa suami supaya membelinya. Ciri seterusnya ialah Al-Barraqah iaitu wanita yang menghabiskan masanya 24 jam di hadapan meja solek supaya wajahnya kelihatan menarik hasil solekan yang dilakukan, bukan untuk suaminya tetapi untuk kepuasan diri dan orang lain dan Al-syaddaqah iaitu wanita yang bermulut murai, iaitu banyak berleter kerana bercakap banyak dengan menyebut perkataan-perkataan yang boleh menyakiti hati suami dan orang lain.Wanita seperti ini samalah juga dengan wanita yang tidak akan berpuas hati dengan pemberian suami, malah setiap pemberian suami sentiasa dinafikan.

Maka berpandukan pepatah Melayu “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”, jelas memberi gambaran betawa kebahagiaan dalam hubungan antara suami isteri tidaklah terbit daripada perkara yang indah dan manis semata-mata. Kadang kala perselisihan faham, pertengkaraan, bermasam muka itulah yang membangkitkan aroma kebahagiaan dalam hubungan perkahwinan antara suami dan isteri. Apa yang lebih menarik ialah pepatah Melayu ini tidak sekadar terhad memberi gambaran tentang hubungan kebahagiaan antara suami isteri sahaja, jika diteliti ianya lebih mendalam daripada itu. Pepatah Melayu ini menganjurkan kepada kita semua agar tidak memandang mudah terhadap perkara-perkara yang melibatkan perkahwinan. Untuk memastikan kebahagian dalam perkahwinan banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Bermula dari memilih calon pasangan hinggalah kepada perkara-perkara yang boleh meruntuhkan institusi perkahwinan tersebut. Semuanya perkara tersebut perlu diberi perhatian agar kelak perkahwinan yang didirikan tersebut mempunyai kebahagiaanya.

3.2 Jauh Bau Bunga, Dekat Bau Tahi

Pepatah Melayu ini membawa maksud bahawa sanak saudara apabila jauh selalu terkenang tetapi apabila dekat selalu bertengkar. Ini menggambarkan betapa masyarakat Melayu dahulu merasai nikmat kebahagiaan sesama keluarga walaupun pada hakikatnya apabila mereka sering bersama mereka selalu bertengkar, tetapi apabila berjauhan mereka saling rindu dan terkenang antara satu sama lain. Pepatah ini ada hubung kaitnya dengan kata bidalan “air dicencang tiada putus” maksudnya: dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.

Sesungguhnya masyarakat Melayu melihat tali persaudaraan itu boleh menerbitkan rasa kebahagian dalam kehidupan. Keluarga yang saling bersengketa dan bermusuhan sesama sendiri akan mengakibatkan lahirnya masyarakat yang tidak harmoni dan mendatangkan perlbagai masalah kepada anggota masyarakat sekeliling bahkan kepada bangsa dan negara. Perkara ini sememangnya diakui oleh Islam sendiri. Maksud firman Allah S.W.T yang berbunyi:

“ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)

Islam sentiasa menganjurkan umatnya agar sentiasa memelihara tali persaudaraan baik antara keluarga, saudara-mara, jiran-tetangga dan seluruh manusia amnya. Persaudaraan (ukhuwah) adalah satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman kerana ia adalah satu hubungan yang mana tidak ada hubungan yang lebih kukuh daripadanya.
Allah mengingatkan hamba-hambanya tentang nikmatnya yang besar ini serta mengajak mereka kepada perpaduan serta menjauhi perpecahan dengan firmannya yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika mana kamu semua bermusuhan lalu Allah menyatukan di antara hati-hatimu maka kamu menjadi bersaudara dengan nikmatnya. (Ali Imran: 103)

Masyarakat Melayu menyifatkan bahawa “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Betapa kesungguhan yang dipamerkan oleh masayarakat Melayu dalam membina kebahagiaan dalam hubungan kekeluargaan haruslah dicontohi. Kesungguhan ini memberi erti kepada kita semua terutama generasi muda bahawa sebagai manusia kita tidak boleh hidup berseorangan, tanpa keluarga tanpa saudara-mara. Kehidupan kita lebih bermakna dengan kehadiran mereka. Oleh sebab itulah masyarakat Melayu amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Hubungan erat ini dapat dilihat dalam masyarakat Melayu dalam semua kegiatan dan aktiviti, terutamanya aktiviti yang melibatkan keluarga seperti majlis kenduri kahwin, majlis tahlil arwah, majlis kesyukuran, majlis doa selamat dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebeginilah yang menerbitkan perasaan kasih sayang dan kemesraan antara ahli keluarga yang mampu memupuk rasa bahagia yang mana kebahagian tersebut tidak mampu dibayar oleh wang ringgit dan hatra benda.

3.3 Setinggi-Tinggi Terbang Bangau, Hinggap Di Belakang Kerbau Juga.

Pepatah Melayu ini cukup berguna kepada kita semua terutamanya kepada generasi muda mudi sekarang. Pepatah Melayu ini mengajar kepada kita agar kita selalu mengetahui dari mana asal usul kita dan tidak seharusnya kita melupakannya. Pepatah Melayu yang lain ada menyatakan “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri” Sekalipun kita hebat dan berjaya di tempat orang, jangan lupa bahawa perasaan bahagia di tempat asal kita tidak sama nilainya dengan apa yang kita alami di tempat orang.

Ini menunjukkan masyarakat Melayu meletakkan keluarga sendiri, kampung halaman dan negara pada suatu nilai tersendiri. Mereka melihat kebahagiaan ada pada tempat asal usul mereka. Sekalipun mereka hidup susah “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan makan petang,” namun kebahagian yang ada sudah cukup untuk menebus segala kepayahan hidup mereka tersebut. Bagi masyarakat Melayu kebahagiaan yang dituntut oleh mereka bukanlah dari segi kemewahan dan kekayaan, tetapi sesuatu yang lebih bermakna daripada nilai kemewahan dan kekayaan tersebut. Mungkin ianya menjuruskan kepada kehidupan yang sederhana, tiada dibebani oleh hutang, hidup dalam suasana rukun sesama keluarga dan ahli kampung. Ataupun keadaan persekiraan yang damai dengan flora dan fauna yang mampu menggamit kenangan silam mereka. Kemungkinan kesemua faktor inilah yang menjadikan mereka merasa bahagia dan membuatkan meraka mampu untuk hidup dalam keadaan selesa dengan cara yang sedia ada tanpa jemu meskipun kesusahan dan kesukaran membelenggui persekitaran kehidupan mereka.


4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Adalah menjadi tuntutan dalam Islam bahawa kesederhanaan dalam segala aspek kehidupan perlulah diamal dan dibudayakan. Berpandukan tuntutan inilah, maka masyarakat Melayu mengamalkan nilai kesederhanaan dalam kehidupan seharian mereka. Adalah menjadi amalan bagi masyarakat Melayu bahawa mereka berpendirian betapa kekayaan dan kemewahan tidak dapat menjamin kebahagiaan kehidupan seseorang. Bagi masyarakat Melayu, kebahagiaan boleh hadir di mana sahaja dan dalam apa jua bentuk sekalipun, apa yang penting kebahagiaan tersebut perlulah suatu kebahagiaan yang dirahmati, direstui dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Masih banyak lagi pepatah Melayu yang dapat mencerminkan rasa kebahagiaan. Secara retoriknya, pepatah Melayu tersebut dicipta bagi dijadikan sebagai pedoman dan peringatan yang mana dalamnya tersirat seribu makna yang perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira tua, muda, lelaki mahupun perempuan. Mudahan-mudahan masyarakat Melayu tidak hidup dalam kealpaan, hanya mengejar kebahagiaan di dunia, tanpa mempedulikan kebahagiaan yang kekal iaitu kebahagiaan di akhirat sana.


BIBLIOGRAFI

Abdullah Muhammad Basamih .(perj). (2000). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kuala Lumpur: Darul Fikir

Aristotle. (1984). The Nichomachean Ethics. Trans by J.A.K Thomson.

Fathi Yakan. (2000). Apa Erti Saya Menganut Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Firdaus Mohd Khairi. (2006). Apakah itu Kebahagian? Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia: 1-4.

Hamka. (1977). Falsafah Hidup. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hamka. (1997). Tasauf Moderen. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

HM Tuah Iskandar Al-Haj. (2004). Membina Hati Bahagia. Selangor: Alaf 21 Sdn. Bhd.

Idris Zakaria. (2007). Hubungan Kebahagiaan Dan Kesederhanaan Hidup. Kertas Kerja kursus Pembangunan individu dan organisasi berintegriti anjuran Jabatan Mufti P.Pinang dengan kerjasama Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM Kampus P. Pinang, 5 November, UITM Permatang Pauh.

Imam al-Ghazali. t.t. Kimia al-Sa’adah. (ed) oleh Muhammad abd al-Alim.
Misr. Al-Qahirah.

Majalah DIAN ( Kota Bharu) Kelantan Ogos 1978.

Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam – INTAN 1991

S.N. Bremer. 1989. 366 Self Motivating Essays For Students an Adults: Thinker Library Sdn.bhd.

Dr. Yusof al-Qardhawi. (1986). Islam Ekstrem; Analisa dan pemecahannya.(terj): Thinker’sLibrary Sdn.Bhd.

WACANA DAN PEMIKIRAN POLITIK ULAMAK MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Alam Melayu pernah melahirkan ramai ulama yang disegani, sasterawan yang prolifik, penulis yang kreatif dan aktivis masyarakat yang dihormati. Kebanyakan mereka banyak memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada agama, negara dan juga bangsa. Mereka inilah yang sering kali mewarnai suasana politik negara menerusi wacana dan pemikiran yang dibawa oleh mereka. Mereka bukan sahaja dihormati dan diteladani, bahkan sebaliknya ada sebahagian golongan yang tidak menyenangi dengan kehadiran mereka. Namun begitu segala wacana dan pemikiran yang dibuahkan oleh mereka tetap mendapat dukungan daripada mereka yang dahagakan ilmu dan keredhaan Allah S.W.T. Antara ulamak Melayu tersebut ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain (Syeikh Ahmad Al-Fathani), Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) dan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Tuan Guru Nik Abd. Aziz).


2.0 ULAMAK MELAYU YANG TERSOHOR

2.1 Wan Ahmad Bin Muhammad Zain

Wan Ahmad bin Muhammad Zain atau nama penuhnya Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara. Syeikh Ahmad Al-Fathani disifatkan sebagai pemikir terbesar dunia Melayu dalam semua aspek merangkumi dunia dan akhirat. Kajian dan penyelidikan mendapati beliau menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik, ekonomi, seni, budaya dan pentadbiran. Bertepatanlah dengan gelaran yang diberikan kepada beliau sebagai seorang ulamak.
(Lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain)

Beliau dilahirkan di Kampung Jambu, Negeri Jerim, Patani pada 10 April 1856 dengan nama Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal Abidin, Beliau mendirikan rumah tangga dengan anak saudara Syeikh Nik Mat Kecik iaitu Siti Saudah Wan Abdullah dan dikurniakan tiga anak, Wan Ismail Qadhi, Wan Fatimah dan Wan Zainab. Wan Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada malam Rabu, 11 Zulhijah 1325 bersamaan 14 Januari 1908.

Pada peringkat awal, beliau dibimbing oleh bapanya sendiri. Wan Muhammad Zain al-Fatani dan kemudian, berguru dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul Kadir Wan Mustafa.Pada usia empat tahun, berhijrah ke Makkah kerana mengikuti ibu bapanya ke sana untuk mencari ilmu agama. Justeru, beliau dibesarkan dalam budaya menuntut ilmu. Di Makkah, beliau berkesempatan bergaul dengan ramai alim ulama. Kecerdasan otaknya terserlah pada usia yang muda iaitu 12 tahun. Dari Makkah, beliau ke Baitulmaqdis untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran dan seterusnya ke Mesir. Ketika di Baitulmaqdis dan Mesir, beliau mula mengarang kitab. Pada usia belum mencecah 30 tahun, ilmu pengetahuannya begitu tinggi hingga tiada guru yang sanggup mengambilnya sebagai anak murid. Kepakarannya dalam bahasa Arab menarik minat Raja Makkah ketika lalu beliau dilantik sebagai ahli bahasa kerajaan.

Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai pengaruh besar dalam penggalian dan penyebaran pelbagai disiplin ilmu di Nusantara, khususnya ‘Alam Melayu’. Hal itu tidak menghairankan kerana beliau suatu ketika dulu pernah berada pada tahap nombor dua penting di Makkah selepas ulama Arab. Selain itu juga, Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai kehebatan tersendiri. Contohnya, beliau pernah dipilih oleh ulama Makkah untuk menjadi orang tengah dalam pertikaian khilafiah antara Syeikh Muhamad Abduh dengan Syeikh Yusuf Nabhani di Beirut. Syeikh Ahmad al-Fathani hidup dalam masa peralihan antara zaman klasik dengan moden. Beliau mengajar belajar dan bergaul dengan ulama tradisional dan sempat pula hidup dalam awal dunia moden, bergaul dan berdialog atau bertukar-tukar fikiran dengan tokoh reformasi/tajdid dunia Islam.

Syeikh Ahmad al-Fathani menguasai 47 bidang ilmu pengetahuan. Katanya, antaranya adalah pemikiran dan penulisan mengenai Islam serta Melayu; penerbitan kitab dan percetakan serta politik dan pentadbiran. Beliau juga terbabit dalam pemikiran ekonomi, sains, teknologi, pendidikan, perubatan, kemasyarakatan, sejarah, geografi, sosiologi, ilmu khat, ilustrasi dan pertanian. Perjuangan dan keilmuan serta pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani bersifat kepentingan umat Islam sejagat, terutama dunia Melayu.

2.1 Hamka Pemikir Dan Penulis Yang Berjasa

Hamka atau nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah dilahirkan pada 17 Februari 1908 bersamaan 14 Muharram 1326 Hijrah di Sungai Batang, di pinggir Tasik Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya Haji Rasul amat dikenali sebagai seorang pemimpin Kaum Muda di tanah Minangkabau. Pada tahun 1918 ketika berusia sepuluh tahun ayahnya telah mendirikan sebuah pesantren di Padang Panjang yang diberi nama Sumatera Thawalib. Ketika berusia 21 tahun setelah kembali dari Makkah, hamka telah berkahwin dengan Siti Raham binti Endah Sutan dan dikurniakan dengan sepuluh orang anak.

Hamka mendapat pendidikan awal daripada ayahnya. Walaupun mendapat pendidikan yang agak asas, namun beliau berjaya menguasai bahasa Melayu dan bahasa Arab dengan baik. Sepanjang hayatnya pembelajaran yang diterima oleh Hamka lebih merupakan tidak formal, termasuklah melalui pengalamannya melawat seluruh dunia. Beliau lebih banyak belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, kesusasteraan, sejarah, sosiologi dan politik, sama ada Islam ataupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-?Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Freud, Toynbee, Jean Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Chokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fakrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi.

Kerjaya Hamka bermula sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Beliau kemudian dilantik sebagai pensyarah di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang, dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau dilantik sebagai Rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan apabila Sukarno memberi kata dua sama ada menjadi pegawai kerajaan atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslim Indonesia (Masyumi).

2.3 Tuan Guru Nik Abdul Aziz Ulamak Dan Menteri Besar

Nama beliau sebenar ialah Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dilahirkan pada tahun1931 diKampung Pulau Melaka,Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut. Manakala pendidikan tinggi beliau bermula di Universiti Deoband India kemudian di Universiti Lahore Pakistan dan Universiti Al Azhar. Bidang pengajian khusus beliau ialah Sarjana Muda bahasa Arab danSarjana Perundangan Islam. (lihat juga http://www.blogtokguru.com/ ).

Ayah beliau Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16. Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Baharu. Haji Nik Mat mempunyai empat orang isteri dan dikurniakan 27 orang cahaya mata. Sembilan daripadanya telah meninggal dunia dan yang masih hidup seramai 18 orang. Antara yang masih hidup itu ialah sepuluh lelaki dan lapan orang perempuan. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah anak yang kedua daripada isterinya yang pertama iaitu Cik Aminah binti Majid.

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
( lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Nik_Abdul_Aziz_Bin_Nik_Mat)

Dalam sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ada kalangan yang berpendapat bahawa sekiranya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak memimpin PAS Kelantan, Angkatan Perpaduan Ummah tidak akan mencapai kemenangan mutlak sebagaimana yang dicapai dalam pilihanraya umum tahun 1990 itu. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja sebagai seorang Menteri Besar dan wakil rakyat yang luar biasa, malah beliau ialah seorang ulama dan pendakwah yang unik. Pendek kata, kepimpinan dan pengaruh peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadi faktor utama dalam percaturan politik di negeri Kelantan pada masa kini.


3.0 WACANA DAN PEMIKIRAN SENUSANTARA

3.1 Al-Fathaniyah Wadah Pemikiran dan Perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani

Menurut Mohammad Redzuan Othman (2008) Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai prinsip yang jitu dalam pemikiran politiknya. Pemikiran politik Sheikh Ahmad al-Fathani dapat dilihat dalam beberapa kitab beliau, antaranya Hadiqah al-Azhar, Faridah Faraid, Jumanah At-Tauhid, dan Al-Fatawa Al-Fathaniyah. Syeikh Ahmad al-Fathani anti penjajah dan menyanjung tinggi peranan orang Turki Uthmaniyah sebagai pemimpin umat Islam. Pada awal abad ke-20 apabila lnggeris cuba meluaskan pengaruhnya di Kelantan, usaha tersebut tidak disenangi oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Ketika perundingan sedang dijalankan bagi memindahkan pentadbiran negeri daripada pemerintahan Siam kepada lnggeris, pada waktu yang sama terdapat usaha untuk memindahkan pemerintahannya kepada pemerintahan Turki Uthmaniyah. Inisiatif ini telah diambil oleh Syeikh Ahmad al-Fathani yang telah memainkan peranan sebagai orang tengah. Syeikh Ahmad al-Fathani berpendapat bahawa hanya orang Turki Uthmaniyah sahaja yang mampu menyelamatkan negeri Kelantan daripada dijajah dan hanya kuasa Islam ini sahaja yang dapat menjamin kepentingan Islam di negeri tersebut.

Syeikh Ahmad al-Fathani juga seorang ahli fikir yang hebat dari segi politik, pemerintahan dan pentadbiran negara. Pemikirannya dalam bidang ini terserlah melalui harapan dan wasiat yang ditulisnya untuk raja Melayu kerajaan Patani, Kelantan, Terengganu, Johor dan Deli. Antara kandungannya adalah meminta raja mengukuhkan perbendaharaan ilmu, pertandingan kepandaian dan membuka mata masyarakat untuk memandang kepada kebijaksanaan. Tujuannya supaya bangsa Melayu menjadi bangsa paling megah dalam dunia. Begitu juga paling tinggi nama antara semua anak Adam. Ia juga untuk menjadikan ulama Melayu mampu mengatasi ulama bangsa lain di dunia serta Islam menjadi agama yang semakin nyata dan mampu mengalahkan semua agama lain.

Menurut Wan Mohd. Shaghir Abdullah (2008) Sheikh Ahmad al-Fathani mengasaskan sebuah persatuan kaum cendekiawan Melayu di Mekah dengan nama Jam’iyah al-Fathaniyyah. Hampir semua ulama yang berasal dari dunia Melayu yang berada di Mekah pada zaman itu menjadi anggota persatuan itu. Sheikh Ahmad al-Fathani sendiri selaku ketuanya. Pada mulanya persatuan itu bergerak serentak, iaitu tidak saja mencetak kitab-kitab malah menyebarkannya ke dunia Melayu dan seterusnya ke tempat-tempat lain.

Tujuan persatuan itu juga untuk memberi kesedaran kepada putera-putera dunia Melayu agar berupaya membebaskan diri daripada cengkaman pihak penjajah. Sheikh Ahmad al-Fathani berasa insaf dan sedih kerana Patani dijajah oleh Siam yang beragama Buddha. Semenanjung Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris yang beragama Kristian dan Hindia- Belanda (Indonesia) dijajah oleh Holanda (Belanda) juga beragama Kristian. Jika disemak catatan sejarah, maka dipercayai bahawa Al-Fathaniyah yang diasaskan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah itu adalah merupakan organisasi politik Melayu yang pertama sekali ditubuhkan (1290H/1873M). Organisasi ini jauh mendahului Syarikat Islam (1912 M) yang ditubuhkan oleh H.O.S. Tjokroaminoto di Jawa.

Setelah murid-murid beliau pulang ke tanah air, maka mereka mengasaskan berbagai-bagai organisasi di dunia Melayu, antaranya pada peringkat awal yang dapat disebutkan di sini seperti di Riau-Lingga berdiri Jam’iyah ar-Rusydiyah yang kemudian lebih popular dengan Jam’iyah Rusydiyah atau Rusydiah Kelab dan Jam’iyah al-Khairiyah. Tokoh politik yang menjadi murid Sheikh Ahmad al-Fathani yang berasal dari Riau-Lingga ialah Raja Haji Ali Kelana dan Raja Haji Utsman.

Sheikh Ahmad al-Fathani telah membawa beberapa orang muridnya, di antaranya Raja Haji Ali Kelana Riau, berulang kali menemui Sultan Turki, Sultan Abdul Hamid ats-Tsani, kerana meminta bantuan untuk melepaskan dunia Melayu daripada tangan penjajahan bangsa asing. Raja Haji Ali Kelana Riau sekurang-kurangnya dua kali mengikut gurunya Sheikh Ahmad al-Fathani ke Turki, kali yang pertama dalam tahun 1301 H/1883 M dan yang kedua dalam tahun 1322 H/1904 M.

Pengetahuan dan pengalaman Sheikh Ahmad al-Fathani ketika membuat hubungan politik dengan negara luar menjadi sumber inspirasi kepada salah seorang muridnya iaitu Raja Haji Utsman/Raja Khalid Hitam bin Raja Hasan Riau. Beliau pergi ke Jepun sebanyak dua kali, iaitu pada 1912 dan 1913. Tujuannya meminta bantuan dari Kerajaan Jepun mengusir penjajah Belanda dan Inggeris dari bumi Melayu. Keberangkatannya ke Jepun adalah setelah mendapat persetujuan Raja Haji Ali Kelana dan beberapa kerabat Diraja Riau-Lingga dan Johor lainnya. Raja Khalid Hitam meninggal dunia di Jepun pada 11 Mac 1914.

Berdasarkan cerita ini dapat disimpulkan bahawa Sheikh Ahmad al-Fathani turut terlibat dalam politik dunia Melayu pada peringkat awal hingga sampai ke pintu gerbang kemerdekaan. Beberapa pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani tentang politik adalah cukup jelas seperti yang telah dibicarakan. Untuk lebih lengkap lagi dapat dirujuk melalui surat-surat antara Sheikh Ahmad al-Fathani dengan sultan-sultan di dunia Melayu. Di antaranya termasuk surat beliau kepada Sultan Zainal Abidin III, Terengganu dan Sultan Manshur, Kelantan. Selain surat yang tersebut, banyak lagi surat Sheikh Ahmad al-Fathani yang membicarakan isu politik yang ditujukan kepada murid-muridnya.

Di antara surat beliau yang membicarakan isu politik termasuk beberapa pucuk yang ditujukan kepada Nik Mahmud bin Ismail Kelantan, yang ketika itu masih belajar di Mesir.

Surat dari raja-raja Melayu yang ditujukan kepada Sheikh Ahmad al-Fathani juga banyak, termasuklah surat daripada Raja Muda Jambu bertarikh 30 Jamadilawal 1316 H/1898 M. Surat tersebut adalah sebagai bukti bahawa Raja Jambu termasuk salah seorang yang anti penjajah Siam-Buddha.

Kata Raja Jambu, dalam surat tersebut, “Maka sangatlah bertambah- tambah harap sahaya mi[n]ta Tuan tolong mendoakan bagi sahaya wal ‘iyal, mi[n]ta Tuhan li[m]pahkan kebajikan dunia dan akhirat dan lepaskan sekalian kekeruhan dan dijauhkan sekalian bala’-waba’ dan kesusahan kuffar Siam, sekarang ia masuk duduk memerintah di dalam Jerim pula. Maka jadi dua raja sangatlah kesusahan dan kepicikannya. Mi[n]ta Tuhan pindahkan dia dengan segeranya ...”

Daripada surat yang tersebut dan surat-surat raja-raja Melayu yang ditujukan kepada Sheikh Ahmad al-Fathani, dapat dirumuskan bahawa beliau menjadi rujukan pelbagai persoalan termasuklah politik bagi sultan-sultan di dunia Melayu.


3.2 Karya Sejarah Ummat Islam Melayu Memperkasakan bangsa Melayu

Hamka dipilih sebagai seorang ulamak yang telah banyak berjasa kepada dunia alam Melayu. Banyak suri tauladan yang mesti dipetik hikmahnya bagi generasi muda Islam kini. Beliau telah meninggalkan khazanah ilmu yang berupa karya buku sebanyak 118 buah buku. Suatu prestasi luar biasa yang jarang dicapai bahkan oleh seorang professor di universiti sekalipun. Hamka merupakan seorang pemikir Islam yang menyeru ke arah kemajuan dan kecemerlangan bangsa
Berikut merupakan sebahgian daripada karya-karya beliau: (lihat juga: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka)

1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
3. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
4. Kepentingan melakukan tabligh (1929).
5. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
6. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
7. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.
8. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
9. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
10. Tuan Direktur 1939.
11. Keadilan Ilahy 1939.
12. Tasawuf Moden 1939.
13. Falsafah Hidup 1939.
14. Lembaga Hidup 1940.
15. Lembaga Budi 1940.
16. Majalah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
17. Majalah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
18. Negara Islam (1946).
19. Islam dan Demokrasi,1946.
20. Revolusi Fikiran,1946.
21. Revolusi Agama,1946.
22. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
23. Didalam Lembah cita-cita,1946.
24. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
25. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
26. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 hingga 1950.
27. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
28. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
29. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
30. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
31. Pribadi,1950.
32. Agama dan perempuan,1939.
33. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
34. Perkembangan Tasawuf dari abad ke abad,1952.
35. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Cairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
36. Islam dan Kebatinan,1972;Bulan Bintang.
37. Fakta dan Khayal Tuanku Rao,1970.
38. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri),1963 ,Bulan Bintang.
39. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
40. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
41. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
42. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
43. Studi Islam 1973,diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
44. Himpunan Khutbah-khutbah.
45. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
46. Sejarah Islam di Sumatera.
47. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
48. Pandangan Hidup Muslim,1960.
49. Tafsir Al-Azhar Juzu' 1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.

Karya sejarah terbesar yang dihasilkan oleh Hamka ialah Sejarah Ummat Islam. Bagi menghasilkan buku ini Hamka telah mengambil masa selama 22 tahun dari tahun 1939 hingga tahun 1961 untuk membuat kajian dan menulisnya buku ini. Karya ini membicarakan sejarah perkembangan umat Islam mulai dari zaman jahiliyah dan memberi penelitian menyeluruh dan berliku. Bermula dari zaman pra-Islam, terus ke perutusan Nabi Muhammad, Khulafaur Rasyidin, pemerintahan Bani Umayah dan Abbasiyah, kerajaan Islam di Sepanyol, Afrika, Mesir, Syam dan Semenanjung Tanah Arab, penaklukan Monggol dan perkembangan di Asia.

Menurut Mohammad Redzuan Othman lagi (2008) menerusi kertas kerja beliau yang bertajuk “Pemerkasaan Islam dalam Masyarakat Melayu Melalui Teori Pengislaman Mengikut Pemikiran Hamka,” dalam tulisan Sejarah Umat Islam ini, beliau menyanggah pandangan yang diberikan oleh sarjana dan orientalis Barat kerana mereka menolak teori yang mengatakan bahawa Islam yang disebarkan ke Alam Melayu dibawa langsung dari Semenanjung Tanah Arab, Sebaliknya, fakta yang seolah-olah diterima secara mutlak mengatakan bahawa Islam yang disebarkan ke Alam Melayu dibawa dari benua kecil India. Antara sarjana barat yang mengatakan bahawa Islam yang berasal dari India ialah J.P. Moquette . Beliau merupakan sarjana dari Belanda yang mana hujahnya dengan merujuk kepada gaya batu nisan yang ditemui di Pasai pada tahun 1428 (17 Zulhijjah 831 H) yang didapati sama seperti gaya batu nesan yang ditemui di makam Maulana Malik Ibrahim (m. 1419) di Grisik. Berdasarkan penemuan ini Moquette membuat kesimpulan bahawa batu nesan yang ditemui di kedua-dua tempat ini, iaitu di Pasai dan di Grisik adalah sama dengan batu nisan yang ditemui di Cambay dan di Gujerat.

Dengan menjadikan penemuan ini sebagai bukti, beberapa orang sarjana yang terkemudian yang mengkaji tentang proses pengislaman orang Melayu seperti R.A. Kern, B. Schrieke, G.H. Bousquet, B.H.M. Vlekke, J. Gonda, T.W. Arnold, R.O Winstedt, Brian Harrison dan lain-lain juga membuat kesimpulan bahawa Islam diperkenalkan ke Alam Melayu adalah berasal dari Benua Kecil India. Penekanan yang mereka berikan kepada teori ini juga disokong oleh hakikat bahawa pelabuhan-pelabuhan di Gujerat merupakan bandar pelabuhan yang menjadi pusat kepada pembuatan kapal. Menjelang abad ke-15 pedagang-pedagang di sini yang ramai terdiri daripada mereka yang beragama Islam sudah agak biasa dengan orang Melayu melalui hubungan dagangan dengan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu.

Teori yang dikemukakan yang mengatakan bahawa Islam yang disebarkan ke Alam Melayu berasal dari India, mendorong orientalis yang lain untuk menerima teori yang sama, dan malahan menambah dengan hujah-hujah-hujah lain. Antara orientalis penting yang berpegang kepada teori ini termasuklah seorang sarjana Belanda yang boleh berbahasa Arab dan mengkaji tentang Islam di Indonesia, iaitu Snouck Hurgronje.Sebagai hujah lanjut Hurgronje bukan setakat menerima pendapat bahawa Islam yang diperkenalkan ke Alam Melayu dibawa dari benua kecil India, dan malahan menambah dengan berpendapat bahawa Islam yang dibawa itu secara khusus datangnya dari India Selatan.

Seorang lagi sarjana Belanda iaitu G.E. Marrison yang mengkaji tentang pengenalan Islam ke Samudera-Pasai, juga menyimpulkan bahawa Islam yang diperkenalkan di Alam Melayu adalah berasal dari India. Pandangan yang beliau berikan ini bersandarkan kepada hakikat wujudnya hubungan yang erat antara rantau ini dengan India sejak zaman pra Islam lagi. Kajiannya tentang Hikayat Raja-Raja Pasai meyakinkan Marrison bahawa Islam di rantau ini dibawa dari India berdasarkan pewarnaan latar belakang India Selatan yang kuat di Pasai, sebagaimana yang diceritakan oleh hikayat tersebut.

Kenneth Hall seorang sejarawan Barat juga membuat kesimpulan yang sama, iaitu agama Islam yang diperkenalkan di rantau ini adalah di bawa dari India Selatan. Seorang lagi sejarawan Barat, iaitu A.H. Hill juga menerima teori bahawa Islam yang dibawa ke Alam Melayu ini berasal dari India, bukan dibawa secara langsung dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau malahan turut mempercayai bahawa kedua-dua bahagian India, iaitu India Utara dan India Selatan telah memainkan peranan penting dalam proses pengislaman orang Melayu. Begitu juga dengan T.W. Arnold yang mengkaji tentang penyebaran ajaran Islam, termasuklah ke Alam Melayu turut berpendapat bahawa agama Islam yang diperkenalkan di rantau ini dibawa dari India Selatan, walaupun beliau tidak menolak sama sekali pendapat yang mengaitkan peranan dakwah yang dimainkan oleh orang Arab.

R.O Winstedt pula yang banyak mengkaji tentang sejarah dan kebudayaan Melayu juga cenderung menerima teori peranan pendakwah yang berasal dari Benua Kecil India dalam proses pengislaman orang Melayu. Walaupun dalam tulisannya Winstedt tidak menolak peranan penting yang dimainkan oleh orang Arab dalam proses pengislaman orang Melayu yang sebahagiannya disumbangkan melalui proses perkahwinan dengan wanita tempatan, namun beliau tidak yakin bahawa orang Arab mempunyai pengaruh yang besar dalam proses tersebut. Pada pendapat beliau, peranan penting yang dimainkan oleh orang Arab hanyalah dalam mempercepatkan proses ini dan hanya berlaku selepas penggunaan kapal asap. Orang Arab yang memainkan peranan ini pula datangnya dari Hadhramaut.

Menurut Mohammad Redzuan Othman lagi (2008) bagi Hamka, beliau dengan tegasnya berpendapat bahawa Islam yang disebarkan ke Alam Melayu dibawa langsung dari Semenanjung Tanah Arab, ini kerana menurut beliau bahawa terdapat bukti yang kukuh bahawa Islam yang dibawa ke rantau ini datang terus dari Semenanjung Tanah Arab. Peranan menyebarkan Islam ini dimainkan oleh orang Arab yang bergelar Shaykh, Sayyid atau Waliullah. Dengan merujuk kepada karya sastera Melayu tradisional seperti Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu, Hamka dengan jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh orang Arab dalam proses pengislaman orang Melayu. Dengan merujuk kepada Hikayat Raja-Raja Pasai, Hamka menulis tentang kisah bagaimana pengasas kerajaan Pasai, iaitu Merah Silu bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan ketibaan Shaykh Ismail di pelabuhan yang dihantar oleh pemerintah Makkah bagi menyebarkan agama Islam kepada penduduknya. Turut dinyatakan bahawa dalam perjalanannya ke Samudera-Pasai Shaykh Ismail telah singgah di Mu’tabar (Malabar) dan bertemu dengan Sultan Muhammad yang berketurunan Saidina Abu Bakar.

Peranan yang telah dimainkan oleh dalam pengislaman Sultan Melaka juga dirujuk oleh Hamka dalam peristiwa kedatangan Sayyid Abdul Aziz ke pelabuhan Melaka. Meskipun Hamka tidak menyebut sumber tentang peristiwa tersebut, sebenarnya beliau merujuk kepada satu peristiwa dalam Sejarah Melayu. Dalam peristiwa ini sultan Melaka, iaitu Sultan Muhammad Shah, dikatakan bermimpi bertemu dengan Rasulullah, mengajarnya syahadah dan memintanya menjemput pada keesokan harinya di pelabuhan Sayyid Abdul Aziz, iaitu seorang pendakwah Arab yang datang dari Jeddah.

Dalam peristiwa pengislaman sultan Kedah pula, Hamka merujuk Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang seorang pendakwah Arab bernama Shaykh Abdullah al-Yamani yang dikatakan datang langsung dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau telah menukarkan agama sultan Kedah kepada Islam dan seterusnya dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah. Kisah-kisah lain yang dipaparkan oleh Hamka dengan merujuk kepada karya Melayu tradisional, termasuklah peristiwa pengislaman yang berlaku di Aceh. Menurut sumber ini Islam telah diperkenalkan di kawasan tersebut pada sekitar tahun 1112 M oleh seorang pendakwah Arab bernama Shaykh Abdullah Arif. Salah seorang daripada pengikutnya iaitu Shaykh Burhanuddin, kemudiannya meneruskan misi dakwah Shaykh Arif jauh sehingga ke Priaman di pantai Sumatera Barat.



3.2 Hukum Hudud

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering menekankan soal mendaulatkan Islam dan hukum Allah dalam kuliah, ceramah dan juga dalam pentadbiran beliau di negeri Kelantan. Maka tidak hairanlah soal yang paling utama dan mencabar yang dihadapi oleh beliau ialah soal melaksanakan hukum Hudud di negeri Kelantan.

Di negara ini, soal perlaksanaan hukum Hudud belum pernah dibincangkan dengan sebegitu serius sebelum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz membangkitkannya walaupun PAS di bawah tiga orang Menteri Besar telah menjalankan pemerintahan di Kelantan selama 18 tahun sebelum dijatuhkan oleh Barisan Nasional pada tahun 1978. Hanya apabila seorang Menteri Besar dari kalangan ulama dilantik sebagai Menteri Besar, maka barulah perlaksanaan hukum Hudud ini dibincang secara serius sekali. Hakikat inilah yang menjadikan perlaksanaan hukum Hudud menjadi satu perkara yang amat menarik ketika Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memimpin kerajaan Kelantan. Ekoran daripada azam dan cita-cita kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah yang diterajui oleh PAS di Kelantan hendak melaksanakan hukum Hudud itu maka ramai intelek Islam termasuk pakar undang-undang Islam di Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Professor Dr. Ahmad Ibrahim, telah memberi pandangan dan tafsiran tentang hukum Hudud itu. Masyarakat Islam dan bukan Islam telah mendapat gambaran yang jelas tentang kedudukan hukum Hudud itu melalui tulisan para intelek islam yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan.

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
( lihat juga http://ms.wikipedia.org/wiki/Hudud#cite_note-0)

Menurut Jabatan Mufti Negeri Melaka, hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
(lihat juga http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/tujuan.htm)

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali.
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Pendirian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tentang pelaksanaan hukum hudud amat kental sekali. Walaupun perbagai kritikan dan tomahan yang dilemparkan ke atas beliau oleh sebilangan masayarakat dan juga tokoh politik, beliau tetap bertahan dan berpegang teguh dengan pendirian beliau. Beliau pernah berkata bahawa pihaknya sedia menunggu hingga semua pihak sedia terima hudud dan qisas walaupun terpaksa mengambil masa 30 tahun lagi. PAS akan terus memberi penerangan kepada semua pihak terutama bukan Islam dalam usaha untuk mencapai hasrat mereka.
Katanya lagi:
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud.” (Azran Fitri Rahim, 2008)
Walaupun isu pelaksanaan hukum Hudud ini telah lama diperbahaskan baik dalam kalangan ahli politik, ahli cerdik pandai, alim ulamak dan juga masyarakat awam, isu ini tidak pernah sekali pun mendapat layanan yang adil daripada pihak media. Kelihatan sebahagian besar pihak media di Malaysia menyokong segala kenyataan yang dikeluar oleh pihak-pihak yang menentang pelaksanaan hukum Hudud ini. Malah mereka (pihak media) seolah-olah cuba mengelirukan segala kebenaran berhubung kewajiban melaksanakan hukum hudud dan kebaikan melaksanakannya. Maka melihat kepada senario ini, Pihak Persatuan Ulama Malaysia (PUM) melalui Presidennya iaitu Abdul Ghani Shamsudin telah menyeru media perdana yang saban hari menghentam, memburukkan dan menfitnah golongan tertentu agar menghentikannya segera demi mengembalikan semula keharmonian, kerasionalan, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat.

Kata beliau, “dalam hubungan menafsirkan ayat-ayat Allah, masyarakat dan pemimpin Umno khasnya, perlu menghormati pandangan alim ulama rabbani yang memperjuangkan Islam dalam semua aspek termasuk politik tanpa banyak memikirkan kepentingan diri. Ilmuan agama yang berijazah dan ikhlas adalah berautoriti untuk memahamkan tafsiran al-Quran, istilah agama dan nama-nama tuhan kepada masyarakat awam dengan cara dan kaedah serta bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat setempat.”

PUM juga menyeru agar masyarakat menghormati dan menghargai peranan alim ulama seperti Nik Aziz dan lain-lain dalam mendidik rakyat Kelantan serta orang Islam amnya. Keluhan Presiden PUM ada benarnya kerana ramai orang di luar sana yang tidak mengetahui ilmu agama tetapi mereka berlagak seolah-olah merekalah pakar dalam bidang agama. Mereka ini dengan sewenang-wenangnya mengambil jalan mudah mentafsir segala kenyataan yang keluarkan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, lebih-lebih lagi kenyataan yang mempunyai unsur keagamaan. Berikut adalah antara kenyataan dan kata-kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang telah menjadi wacana pemikiran ahli bijak pandai, ahli politik, editor-editor media massa di Malaysia yang dipetik daripada tulisan Azli Shukri (2009), 100 Kata-Kata Nik Aziz yang Paling Merbahaya dalam Sejarah Siri 1, 2 & 3:

1. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolakIslam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

2. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

3. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

4. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

5. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

6. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, makan untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

7. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

8. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

9. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

10. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

11. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

12. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Meskipun kebanyakan kenyataan di atas agak keras, sinis dan mengelirukan (bagi orang yang tidak mempelajari ilmu agama dan cabang-cabang di dalamnya), ianya cukup membawa erti bagi para pendakwah Islam dan para pengikutnya yang setia dengan ajaran Islam. Ini kerana segala kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tersebut menyedarkan mereka betapa kehidupan mereka di dunia ini hanyalah dengan satu tujuan sahaja iaitu menjadi hamba dan khalifah yang mentaati segala kehendak Allah dan Rasul Nya.



4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Ternyata sekali bahawa wacana dan pemikiran politik ulamak Melayu banyak mempengaruhi gerakan nasionalisme Melayu di tanah Melayu. Mereka inilah yang berada di barisan paling hadapan dalam membela agama Allah di muka bumi ini. Ketiga-tiga tokoh ulamak ini Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain (Syeikh Ahmad Al-Fathani), Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka) dan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Tuan Guru Nik Abd. Aziz) dipilih sebagai seorang ulamak yang telah banyak berjasa kepada dunia alam Melayu. Banyak suri tauladan yang mesti dipetik hikmahnya bagi generasi muda Islam kini. Mereka ini meletakkan kepentingan dakwah Islamiah melebihi kepentingan diri dan kelompok serta mengelakkan pertelingkahan yang merugikan umat Islam terutama di antara kaum Tua dan kaum Muda.. Secara ringkasnya, kita mendapati bahawa wacana dan pemikiran para ulamak Melayu bukan sekadar berkisar pada mempersoalkan hukum hakam agama semata-mata, tetapi telah berkembang memperkatakan soal tugasan dan tanggungjawab para pemimpin Islam, membentuk kesedaran tentang kewajipan umat Islam berjihad menegakkan Negara Islam, mengejar kemajuan seiring dengan tuntutan semasa dan sebagainya.


BIBLIOGRAFI

Abdullah Muhammad Basamih .(perj). (2000). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kuala Lumpur: Darul Fikir

Azli Shukri. (2009, 19 Ogos). 100 kata-kata Nok Aziz Paling merbahaya dalam sejarah Siri 1, 2, & 3. Diakses pada 21 September, 2009, dari http://azlishukri.blogspot.com/2009/08/100-kata-kata-nik-aziz-paling merbahaya_20.html

Azran Fitri Rahim. (2008, 29 Disember). Hudud: Pas Sanggup Tunggu 30 Tahun. Diakses pada 21 September, 2009, dari http:// www.utusan .com.my/utusan/info .asp?y=2008&dt=1229 &pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

Hamka. (2006). Sejarah Ummat Islam. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
Mohammad Redzuan Othman. (2008, 16 Nonember). Pemerkasaan Islam dalam Masyarakat Melayu melalui Tteori Pengislaman Mengikut Pemikiran Hamka (Bhg. akhir). Diakses pada 14 Oktober, 2009, darihttp://islamhadhari.net/?p=1495

Mohd Fadli Ghani. (2009). Sorotan Sejarah Pas Dan Kemerdekaan. Diakses pada 8 Ogos, 2009, dari http://akta.wordpress.com/2009/07/07/islam-dan nasionalisme- pemikiran-di-alam-melayu/

S.Q. Fatimi. (1963). Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd.

Wan Mohd. Shaghir Abdullah. (2008, 28 September). Sheikh Ahmad Al- Fathani,Organisasi Dan Politik. Diakses pada 8 Ogos, 2009, dari http://ulama- nusantarabaru.blogspot.com/2008/09/sheikh-ahmad-al-fathaniorganisasi-dan.html

BAHASA MELAYU BAHASA ILMU BAGI BANGSA MALAYSIA.

1.0 Pendahuluan

Bahasa Melayu kini telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Pengiktirafan ini menunjukkan identiti kebangsaan bagi Malaysia kepada seluruh dunia. Semakin hari bahasa Melayu semakin mendapat perhatian oleh seluruh warga dunia dan bahasa Melayu kini mempunyai sekitar 250 juta penutur di seluruh dunia. Sememangnya bahasa Melayu banyak memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan bangsa Malaysia terutamanya dalam membentuk perpaduan dan kemajuan. Objektif ketas kerja ini ialah pertama mengenal pasti saluran utama bagi bahasa Melayu memperkasakan bangsa Malaysia dan yang kedua mengenal pasti keupayaan bahasa Melayu dalam memupuk semangat nasionalisme warga Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah kaedah keperpustakaan: kaedah ini digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang ditulis dan fakta yang diperoleh. Kertas Kerja ini terbatas kepada bidang pendidikan dan politik negara Malaysia yang mana kedua-dua bidang ini dilihat banyak memberi ruang dan manfaat kepada bahasa Melayu untuk memperkasakan bangsa Malaysia.


2.0 BAHASA MELAYU BAHASA ILMU BAGI BANGSA MALAYSIA.

2.1 Bahasa Melayu Jambatan Ilmu.

Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang.

Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M. Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.

Kehebatan bahasa Melayu terus didokung hingga ke hari ini, meskipun terumbang ambing tempias angin politik semasa, tetapi pejuang-pejuang sekelilingnya masih utuh terpasak mendaulatkannya. Selama berdekat lamanya bahasa Melayu telah dijadikan sebagai jambatan antara sistem pendidikan Negara dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sebagaimana yang diketahui konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsirkan daripada Falsafah Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988.
“Pendidikan di Malyasia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkaninsan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Berlandaskan kepada falsafah pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di atas, maka matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati cirri-ciri berikut:
• percaya dan patuh kepada tuhan;
• berilmu pengetahuan;
• berakhlak mulia;
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
• memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan
• memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia merupakan antara ciri yang terpenting yang terdapat dalam gatra di atas. Bagi membentuk bangsa kelas pertama, dua ciri terpenting yang terkandung dalam FPK ini perlulah dibudayakan dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu bahasa Melayu harus sentiasa bersiap siaga daripada semua sudut agar ianya dapat dijadikan jambatan ke arah membudayakan masyarakat dengan ilmu dan akhlak mulia. Sesungguhnya kematangan bahasa Melayu dalam membudayakan bangsanya dengan ilmu telah pun terbukti berjaya. Dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan pada tahun 1970, maka berdirilah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di Universiti tersebut.. Bahkan Menurut Hassan Ahmad, 2004, dalam tahun 1965 lagi, sekumpulan pelajar dari sekolah kebangsaan (aliran bahasa Melayu) telah diterima masuk ke Universiti Malaya untuk mengikuti kursus ijazah pertama dalam bahasa Melayu. Malah, kalau kita balik ke belakang lagi, apabila Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan dalam tahun 1953 di Universiti Malaya (di Singapura waktu itu), pelajar ‘Pengajian Melayu’ telah mulai mengikuti kursus dalam bidang ilmu linguistik, antropologi dan sosiologi dalam bahasa Melayu; para pensyarahnya ada yang terdiri daripada orang Barat, orang seperti Dr. Jessolin de Jong (bangsa Belanda), Dr. C.C Skinner dan Dr. M.Swift (kedua-duanya bangsa Inggeris), dan lain-lain, yang mengajar dalam bahasa Melayu.

Sorotan sejarah telah mengingatkan kita bahawa betapa perjuangan terhadap bahasa melayu untuk dijadikan sebagai jambatan ilmu di Malaysia begitu ketara dan hebat sekali. Hasilnya suatu dasar bahasa pendidikan telah dapat dibentuk.

Dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara yang termaktub dalam tiga Akta Pendidikan, iaitu Akta Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961, dan dua akta terbaharu, iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. Akta Pelajaran 1957 yang didasarkan atas perakuan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 diluluskan untuk menggantikan Education Ordinance 1952 zaman pra-kemerdekaan. Akta Pelajaran 1961, yang digubal hasil dari laporan dan perakuan Jawatankuasa yang dilantik dalam tahun 1960 dan dipengerusikan oleh menteri pendidikan baru, iaitu Abdul Rahman Talib, untuk mengkaji kemajuan pelaksanaan dasar pelajaran berdasarkan Laporan Razak atau berdasarkan Akta Pelajaran 1957 itu, menegaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan kebangsaan ini tentunya terikat dengan dasar yang menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68. Kalau dilihat dari segi undang-undang yang diluluskan oleh parlimen, dasar bahasa ini, baik dalam sistem pendidikan mahupun sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan, tidak berubah.

Kita tahu bahawa dari tahun 1957 hingga kira-kira akhir tahun 1960-an, sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British di negara ini tidak berubah. Sistem persekolahan terdiri daripada empat aliran, iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Mulai Akta Pelajaran 1961, sistem persekolahan ini dibahagikan kepada dua jenis: sekolah Melayu ditukar tarafnya menjadi ‘Sekolah Kebangsaan’, manakala sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil digolongkan sebagai ‘Sekolah Jenis-Kebangsaan.’ Sekolah Kebangsaan ialah sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan dan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya, manakala sekolah jenis-kebangsaan menggunakan bahasa-bahasa lain (bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil) sebagai bahasa pengantarnya. Keadaan ini tidak berubah hinggalah berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dan negara terpaksa diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Tindakan Negara atau MAGERAN. Menyedari bahawa salah satu punca rusuhan itu ialah ketiadaan perpaduan antara kaum, pihak berkuasa MAGERAN melalui, Menteri Pendidikannya, (Tun) Rahman Yakub waktu itu, mengambil tindakan untuk menukarkan taraf sekolah jenis-kebangsaan aliran bahasa Inggeris kepada sekolah kebangsaan. Keputusan itu dibuat berdasarkan Peruntukan Seksyen 21 (2) dalam Akta Pelajaran 1961 yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan menukarkan taraf sekolah jenis-kebangsaan kepada taraf sekolah kebangsaan. Proses pertukaran taraf sekolah Inggeris kepada sekolah kebangsaan ini selesai dalam tahun 1981 apabila semua sekolah aliran bahasa Inggeris, dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat Tingkatan VI, menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Dalam tahun itu peperiksaan Higher School Certificate (HSC) digantikan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dalam tahun 1982, semua universiti awam dihehendaki memulakan pengajaran semua kursus pertamanya dalam semua bidang dalam bahasa Melayu. Hasil ketegasan kerajaan melaksanakan dasar bahasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961 (yang sebenarnya meneruskan dasar Akta Pelajaran 1957) itu ialah: Di akhir tahun 1980-an, dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai tahap perkembangan yang boleh kita sebut mantap atau ‘stabil.’ Kemantapan ini dapat kita lihat berdasarkan kejayaan dasar itu melahirkan generasi, dari semua kaum, yang terdidik dalam atau melalui Bahasa Melayu. Puluhan ribu pelajar kita, baik pelajar Melayu mahupun pelajar bukan Melayu, mampu memperoleh pendidikan peringkat tinggi dalam semua bidang, termasuk bidang sains dan matematik, dalam Bahasa Melayu, bukan sahaja di peringkat Ijazah Pertama, tetapi juga di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Dan banyak daripada mereka menjadi pakar dalam pelbagai bidang, atau menjadi pensyarah dan profesor yang mengajar pelbagai bidang ilmu di IPTA. Di antara mereka tidak kurang pula yang memperoleh ijazah tinggi hingga ke peringkat Ph.D di negara berbahasa Inggeris, padahal di peringkat sekolah dan di peringkat ijazah pertama, mereka terdidik dalam Bahasa Melayu, dan balik ke tanah air mengajar dalam Bahasa Melayu di mana mutu pendidikan dan mutu ilmu yang diperoleh melalui Bahasa Melayu tidak merosot, sebagaimana disangka oleh orang yang menganggap bahawa ilmu tinggi dan kemajuan manusia hanya dapat dicapai dalam atau melalui bahasa Inggeris sahaja, tanpa memikirkan bagaimana bangsa-bangsa lain di dunia ini maju dan mampu melahirkan banyak ahli sains dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang ilmu lain padahal mereka tidak mengetahui atau tidak cukup fasih berkomunikasi dalam bahasa lain selain bahasa mereka sendiri.



2.2 Pembentuk Modal Insan

Sewaktu Francois Valentyn di Melaka, beliau menulis buku bertajuk Oud en Nieuw oostindien II Del V pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18 tentang bahasa Melayu. Dalam Buku tersebut, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu telah terbukti berupaya bertindak sebagai alat komunikasi dan lingua franca yang penting di Melaka. Valentyn seorang pendatang dan ahli sejarah berbangsa Belanda dalam penulisan enam jilidnya itu telah mengisi segala keterangan sejarah dan scenario kota pelabuhan di kepulauan Melayu. Katanya:
“Bahasa mereka, iaitu Bahasa Melayu…bukan sahaja digunakan di pantai-pantai Tanah Melayu bahkan juga di seluruh India dan di negeri-negeri sebelah timur. Barang di mana-mana pun bahasa ini difahami oleh tiap-tiap orang. Bahasa ini adalah sebagai bahasa Perancis atau lLatin di Eropah ataupun macam bahasa perantaraan di negeri Italia tau di Levent. Oleh kerana banyaknya bahasa ini dituturkan maka seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu akan dapat difahami orang baik pun dalam negeri Parsi (Persia) ataupun Filipina.”

Catatan di atas telah membuktikan kepada kita bahawa bahasa Melayu telah lama subur menjadi bahasa serbaguna bagi masayarakat pada ketika itu. Walaupun dunia telah berubah, sejarah tetap megar hidup sebagai penyuluh untuk masa depan. Kini meskipun bahasa Melayu jauh terbelakang berbanding bahasa penjajah negaranya sendiri, namun ianya merupakan tunjang perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Matan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 telah meletakkan modal insan sebagai agenda utama dalam era tampok pemerintahan beliau. Agenda ini sekilas pandang tidak berbunyi canggih dan moden di ketika zaman IT ini, tetapi ianya merupakan suatu perkara yang amat penting yang harus diberi penumpuan dan penekanan di kala semua orang sedang hanyut berkejaran ke arah kemajuan dengan menggunakan jalan singkat semata-mata.

Apakah kaitanya bahasa Melayu dan modal insan/? Nyata di sini kita tidak seharusnya lupa bahawa untuk membangun modal insan yang cemerlang dan gemilang, kita perlu kembali kepada asasnya iaitu pendidikan. Plato (427-34 SM) berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewargenegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang Negara. Aristotle (384-322 SM) pula menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan political. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagian hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan kedaulatan Negara.

Pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa dan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda. Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masing-masing. Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan. Pendidikan di Malaysia juga memerlukan perubahan sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia. Apa yang penting, pendidikan kita perlu mampu melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif selaras dengan konsep Falsafah Pendidikan Negara. Modal insan yang dilahirkan daripada sistem pendidikan kita harus mampu menjadi penggerak utama dalam memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 dapat dicapai.

Dasar Pendidikan Negara kita Malaysia dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956), yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957), dan Laporan Rahman Talib (1960), yang termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama serta penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam semua peringkat. Tidak dapat tidak bahasa Melayu adalah antara agen utama pemangkin perpaduan antara rakyat di Malaysia. Seperti kita ketahui bahawa masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Di antara kaum-kaum ini pula terdapat perbezaan penempatan kawasan seperti Bandar, luar Bandar, estet, kampung nelayan dan kampong petani. Maka jurang perbezaan kedudukan dan ketidakseimbangan kaum-kaum dalam masyarakat kita dianggap tidak sesuai dan mungkin menjadi tembok penghadang perpaduan antara rakyat. Jesteru di Malaysia, bahasa Melayu dan pendidkan tidak dapat dipisahkan dalam membentuk perpaduan dan modal insan. Menurut Akta Pendidikan 1995 bahasa Melayu telah digasetkan sebagai bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah berlainan daripada Bahasa Melayu, ia hendaklah diajar sebagai pelajaran yang wajib.

Jika ditelaah dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penyerapan kemahiran bernilai tambah.

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,perhubungan sosial dan memperoleh ilmu. Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, nilai murni, serta patriotisme dan kewarganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1994)

Pada tahun 1976 Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan untuk meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."
Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan di kalangan pelajar, baik melalui ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan penerapan tersebut ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dalam negara kita.
Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai golongan remaja dan belia kita yang telah bersemangat untuk mengharumkan nama negara melalui bakat dan minat mereka. Baik dalam bidang akademik mahupun sukan. Nama-nama seperti Nik Madihah pelajar cemerlang yang mendapat 20A SPM 2009, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan ramai lagi memperlihatkan kepada kita betapa kejayaan mereka adalah berpaksikan kepada kesunggungan mereka dalam mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diajar kepada mereka sejak daripada bangku sekolah lagi.
Sesungguhnya generasi sekarang terutamanya golongan remaja sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock, black metal, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dan sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.
Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.
Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.
Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Jelas terbukti bahawa konsep pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan membina generasi yang sangat taat setia kepada negara dengan saling bergantung dan bekerjasama antara semua kaum tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Kekajayan ini sebenarnya dapat dicapai sekiranya fungsi yang ada pada bahasa Melayu dapat dijanakan dengan sepenuhnya tanpa meletakkan sebarang prajudis dan tanggap negatif terhadap keupayaan dan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Sesungguhnya fungsi yang dibawa oleh Bahasa Melayu amat besar maknanya dalam membentuk negara bangsa yang maju, aman dan sentosa.

3.0 BAHASA MELAYU SEBAGAI MEKANISMA POLITIK

3.1 Isu PPSMI Menyatukan Penjuang dan Pencinta Bahasa

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada kita semua rakyat Malaysia betapa ianya memberi suatu rahmat kepada kita. Walaupun isu ini banyak dipolitikkan, tetapi ianya telah membangkitkan semangat perjuangan yang kental terutama di kalangan pejuang dan pencinta bahasa untuk mengambil kesempatan bangkit mempertahankan bahasa Melayu yang semakin hari semakin dipinggirkan.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.

Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI. Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.
Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut :
1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara
Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus

Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.

Begitulah senarionya apabila kesedaran mula timbul terhadap kepentingan bahasa Melayu. Namun ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu ini untuk memperkembangkan pengaruh politik mereka. Tapi apa yang paling mustakat ialah satu kesatuan dapat dibentuk apabila bahasa Melayu cuba diperlekehkan. Kesatuan ini mampu mengatasi kuasa politik yang ada. Kesatuan ini bukannya menolak bahasa Inggeris dalam konteks ilmu. Tetapi mereka bimbing sekira bahasa Inggeris diajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, nilai yang ada pada bahasa Inggeris itu akan menghakis nilai-nilai budaya bangsa yang sedia ada di Malaysia. Bahasa Inggeris bukan sahaja sekadar membawa logika simbolisme Barat tetapi juga sistem nilai dari Barat yang dimanifestasi secara tidak langsung sebagai suatu bentuk perwakilan kepada ‘superioriti Barat’. Secara tidak lansungnya ianya membawa kepada lunturnya keyakinan anak-anak Melayu terhadap keperibadian mereka sendiri lantaran wujudnya kesan secara psikologi jangka panjang yang menanam keyakinan terhadap superioriti Barat. Ini akan mewujudkan suatu bentuk kekaburan yang akhirnya menghilangkan keaslian daya fikir bangsa Melayu, sebaliknya menjadikan mereka sebagai pembonceng dan hanya pengguna kepada pemikiran orang lain.

3.2 Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia

Keadaan tegang dan kritikal pernah dialami oleh negara Malaysia. Keadaan ini berlaku pada tahun 1969. Pergaduhan antara kaum yang tercetus pada 13hb Mei,1969 telah menagih sesuatu alat bagi menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berbeza, dan juga mempunyai bahasa ibunda yang berbeza. Untuk memaksa atau mendorong rakyat Malaysia megamalkan satu agama atau satu budaya yang sama adalah mutahil kerana ini akan ditanggapi sebagai usaha untuk meghapuskan identiti kaum-kaum yang tertentu. Sebaliknya, untuk mendorong rakyat Malaysia menerima dan meggunakan satu bahasa yang sama sebagai alat komunikasi adalah tidak mustahil, walaupun berkemungkinan menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan. Bahasa ditanggapi sebagai lebih bersifat universal atau sejagat berbanding dengan agama dan budaya. Atas sebab-sebab ini, wujudlah Bahasa Malaysia pada tahun 1969 yang bakal berfungsi sebagai satu mekanisma politik, iaitu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia. Asmah (1978:1) telah menerangkan mengapa Malaysia memerlukan Bahasa Kebangsaan yang ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan bakal berfungsi sebagai alat penyatuan rakyat. Menurut Asmah, “Kekacauan yang berlaku pada 13hb. Mei, 1969 memahkotakan segala pergaduhan yang pernah berlaku. Dan salah satu dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Orang-orang didorong supaya menerima kenyataan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan”.

Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu untuk menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang telah berpecah yang berpunca daripada pelbagai perbezaan, dan salah satu yang utama adalah perbezaan bahasa. Oleh sebab Bahasa Malaysia berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan adalah diandaikan bahawa Bahasa Malaysia ialah bahasa yang tidak dihubungkan dengan budaya mana-mana bangsa yang tertentu agar ia dapat ditanggapi dan diterima oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan mereka. Semasa mengungkapkan kembali tentang kewujudan sebuah bahasa yang dipersepsikan sebagai tidak dikaitkan dengan identiti mana-mana bangsa, Asmah (1987:75) mengatakan: Boleh jadi di dalam pemikiran dan perasaan mereka [bukan Melayu] Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu menjadikan mereka beridentiti Melayu. Pertukaran nama bahasa ini pada tahun 1969 kepada ‘bahasa Malaysia’ (atau kemalaysiaan) berbanding dengan ‘bahasa Melayu’ (atau Melayu), adalah dimotivasikan oleh keinginan untuk menukar sikap tertentu ini. Apa yang jelas daripada huraian di atas adalah penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia bukanlah didorong oleh faktor linguistik tetapi sematamata untuk tujuan politik. Dengan kata lain, ia adalah bagi memungkinkan bahasa Melayu dapat berfungsi dengan lebih efektif sebagai bahasa penyatuan antara kaum. Penukaran nama ini mewujudkan satu perasaan keserupaan, iaitu memiliki Bahasa Kebangsaan yang serupa, iaitu Bahasa Malaysia. Di samping rasa penyatuan yang terbit dari rasa keserupaan itu, wujud juga rasa keterpisahan, iaitu perasaan bahawa kita semua ialah rakyat sebuah negara yang sama, dan kita wujud sebagai sebuah entiti yang berlainan daripada rakyat negara lain. Dengan perkataan lain, wujud rasa atau citra bahawa kita ialah entiti politik yang satu dan terpisah daripada entiti politik yang lain. Dengan demikian, rakyat Malaysia dapat memberikan kesetiaan hanya kepada sebuah negara, iaitu Malaysia. Kita tidak akan mengkhianati negara ini dengan mengutamakan negara lain. Kita ialah rakyat Malaysia, dan kita wujud sebagai sebuah entiti politik yang berlainan dan terpisah daripada entiti di luar Malaysia. Rasa keterpisahan ini mewujudkan semangat atau citra “di mana bumi dipijak di
situ langit dijunjung.”


4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Kita dapat melihat hubungan bahasa dalam memperkasakan bangsa Malaysia dalam banyak persepsi, antaranya ialah persepsi pendidikan dan politik. Persepsi pendidikan, memperlihatkan betapa bahasa Melayu mampu untuk membina generasi bangsa Malaysia yang mempunyai indentiti kebangsaan dengan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada negara. Latar belakang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku bangsa memerlukan suatu bahasa penyatuan dengan satu sistem pendidikan yang sama. Persepsi politik pula memperlihatkan bahawa bahasa pada asasnya merupakan asas pembinaan dan pengembangan sesebuah tamadun dan negara. Sejarah perjuangan politik kebangsaan di Malaysia menyaksikan bahasa Melayu dipertahankan dan diperjuangkan atas sifat kebangsaan dan kenegaraan. Hasilnya bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Sesungguhnya bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi dan nilai perpaduan yang mampu mengimbangi kestabilan politik negara. Ini kerana kekuatan jasmaniah dan rohaniah sesuatu bangsa dan tamadun banyak bergantung kepada bahasa.

BAHAN RUJUKAN

Anwar Ridwan, penyusun. 2008. Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1987. National Language And Communication In Multilingual Societies. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1987. Malay In Its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Awang Sariyan. 1997. Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Kajian Konsep dan Pelaksanaannya dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Awang Sariyan. 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
A.Aziz deraman. 2002. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad. 2004. Dasar Bahasa Pendidikan. Kertas kerja Konvensyen Mahasiswa Nasional anjuran PKPIM dan DBP, 25 September, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. 2005. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shahril Mohammad Zain. 2005. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Berita Harian, 17 Oktober, 2005, Klik DBP, Bicara Karyawan.

Sidek Baba. 2009. Melayu Perkasa. Selangor: Alaf 21 Sdn Bhd.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1994. Wawasan Pendidikan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1996. Azam dan Iltizam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1994. Pengisian Wawasan Pendidikan 1993-1995. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Wikipedia. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ppsmi

BENDERA YANG MENANGIS LAGI

Dibakar lagi..
dikroyok lagi..
disekeh-sekeh..

Bendera menangis lagi..
hilang maruah..
hilang sahabat..
hilang kasih sayang..
di laman kejiranan yang disanjung tinggi..

Mana keris terbang..
mana silat..
mana Melayu..
mana Islam..

Bila tahi jadi mainan,
bila tahi jadi manisan..
bila tahi jadi cenderahati..

Apa yang bendera mampu...
tak ubah kain putih yang dipalit warna..
kaku bila dibakar, galak bila dikibar..

Menangis lagi..
bendera menangis lagi..
Aku turut menangis..
sedih di negara sendiri..

SAYA MUSLIM?

ﺍﻠﻠﻪ ﺒﺮﻜﻮﺍﺴﺍ ﻣﺨﻠﻮﻖ ﺘﻴﺪﻖ ﺒﺮﻜﻮﺍﺴﺍ

ﺮﺴﻮﻞ ﺍﻠﻠﻪ ﺍﻴﻜﻮﺘﻦ ﺪﺍﻦ ﺍﻴﺪﻮﻻ ﻫﻴﺪﻮﻒ ﻜﻴﺖ

Dua ayat yang punyai makna yang cukup berat untuk kita pikul dan galas dalam kehidupan seharian kita..

SIMBOL PEACE - MILIK SIAPA?



Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Britain).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)



Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia

Zuhey : Berhati-hatilah kita dalam setiap perlakuan, perbuatan dan percakapan...



Allah kurniakan mata
untuk beriman
untuk berfikir
untuk beramal
untuk berdamai
untuk berilmu
untuk berdoa

Mata putih untuk lihat kebaikan manusia,
Mata hitam untuk lihat keburukan diri sendiri,
Mata sakit Baca Quran,
Mata sihat Baca Quran,
Mata baik ada kedua-dua mata, putih dan hitam
Mata jahat ada seribu macam mata, beribu warna.
Jaga mata dengan Quran.
Jaga mata dengan Iman.

BULAT SEDIH



Hari ini..padi-pagi Bulat sudah sedih...



zuhey : Bukan senang nak solat berjemaah nih..

BELAJAR BAHASA KELANTAN

BELAJAR BAHASA KELATE

HA INI BEBERAPA ENTRY DALAM PERKAMUSAN ORE KELATE. SELAMAT BELAJAR DAN MENCUBA.

nate = binatang :

tuyyuk = dragonfly

pok-e-dèng = pepatung

katok pughu = katak kodok


PENAMBAH KATA YANG MENUNJUKKAN "SANGAT"

nipih siyya'k (dengung) / nipih Nayyang = nipis sgt

ite belege / ite Lettung = tersangatlah hitam

putih suwweh / putih seppo = sangat putih, macam muka pelakon opera cina

pahit leppe = pahit sangat seakan buah peria

manih letting = manis sangat

busuk banga = busuk sangat

gheknge napung = ringan yang sangat

bulat gotel = bulat sangat

emmbbe = sangat-sangat

jauh sapok = teramatlah Jauhnya

comel Lote = comel yang amat

sejuk ketta = sejuk yang gangat

masing pekkok / masing pughik = teramat masin

kepeh blepeng = sangat kempis

keghah kekong = keras yang teramat

blana kokna = banyak yang amat

kupik hangik = kedekut nak mampos

nakuk paik / nakuk apah = penakut yang amat tinggi

meghoh meghe` = merah sangat

gelap glemak = gelap gelita


PERMAINAN

main selambuk = batu seremban

dekcok = teng teng

woh gughoh = macam guli, tapi besar sedikit, warna putih, cara mainnya lebih kurang sama macam main guli

beghambak chok duduk = main kejar-kejar

congek cakdung = jongkang jongkit

geloso = papan gelongsor

ayun = buaian


LAIN-LAIN PERKARA

monggeng aye = punggung ayam

kakoh aye = rangka ayam

baghuh = tempat pesawah simpn padi, tak tahu ada ag ke x

gilo muye = meroyan

telor temela = telur ayam yang rosak (busuk)

bole` = rabun

jo'ong = mendung hari nak ujan

panah meghik = panas sangat

bedo'oh = melebih-lebih

sak gobar = jangan risau

sekali arung = sekaligus

air geh = air berkabonat

punoh jahne = rosak/hancur

gugha bewok = gurauan yang menyebabkn pergaduhan

sek nettok = kumpulan samseng

tok pok = kurang matang

colek peghuk = sejenis mekanan bersup megunakan perut lembu (sedap seh…)

taik aye muna = tahi ayam yang masih hangat

kona lepe = corner baring/lipat

kelecak = terpelanting

lonjong = tinggi sangat

maknga / tebolah = cuai

babei = degil (

jabir / supek gelenya = plastik bag

ghettok = jambatan

koghok = tengkorak

kehek = muntahkan semula

puahsang = bosan

meppeh
- tak larat

knaike = pengangkutan

koho/selo - perlahan-lahan

kettuk heghek = kentut tarik

samah = 50 sen

duo amah = singgit

Tigo amah = singgit lima puluh sen

kekoh = gigit

toksoh = jangan / tak usah

bakpo = kenapa

guano / belah mano = macam mana

gapo / gapo dio = apa / apa dia

ghoyak = bagitau

blago = berlanggar

be`kok = bergurau / acah je

ccongek = tejungkit

nnetting = melantun

deghah = deras / laju


BUAH-BUAHAN

woh tteghe = buah gajus

mokte = rambutan

woh setto = manggis

woh kekoh caa -kuih buah melaka

Zuhey :Dah 11 tahun di perantauan ni, banyak bahasa klasik kelantan yang aku dah lupa, rasa malu pada diri. Bukan pasal bersifat kenegerian, tapi kerana bahasa itu sendiri. Macam belajar bahasa Arabla, lama tak guna, hilang begitu sahaja... sayang rasanya