Aku berasa khuatir dengan ketidakpekaan dan ketidakupayaan segelintir agamawan dalam berbahasa.
Sebagai contoh, ketika menerangkan cara-cara menunaikan solat gerhana, para iman sepatutnya menerangkannya secara tepat dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas. Sekiranya tidak mampu, sediakan teks dan bacakannya.
Sudahlah penerangannya berbelit-belit payah, apabila ahli jemaah bertanya dijawabnya: "Kalau tak faham, ikut sahaja pergerakan imam!".
Apabila ada yang bertanya, maknanya ada yang tak faham. Apabila ada yang tak faham, begitukah jawapannya kepada soalan yang dikemukakan? Kalaulah begitu jawapannya, masyarakat tidak akan faham agama. Maka, bertambahlah "pentaqlid buta".
Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan tentang penggunaan bahasa oleh agamawan. Cukup sekadar ini dahulu buat kali ini.
Aku mengkritik, bukan bermakna aku memusuhi dan membenci mereka.
MERDEKA! MAHU APA LAGI?
57 tahun berlalu,
mahu apa lagi?
Tunggu dajjal datang menjajah?
Belajar, bekerja dan beramal agama
sudah mudah, sudah ringgan, sudah santai
mahu apa lagi kita?
Mahu lagi mudah, lagi ringgan, lagi santai?
Lagi apa?
Mahu apa?
Ini bukan zaman Kerajaan Melayu Melaka,
ini zaman orang putih! kita ikut mereka!
Bergaya ala British daripada kain kapan hingga ke tudung periuk.
Merdeka katanya, tapi minda masih dijajah
lesung batu sudah tak diguna, sebab membazir masa,
masa terluang boleh ber'FB' boleh ber'whatsApp'.
Merdeka katanya,
hidup perlu berhibur, jangan terlalu keras
lagi apa? Mahu apa lagi kita?

KERAS DAN TEGAS DALAM BERDAKWAH
Elias Hj Idris
Sumber : http://ikanlepu.blogspot.com/2013/06/keras-dan-tegas-dalam-dakwah.html
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Mas’ud Al Anshari r.a, dia berkata: “Seorang laki-laki berkata (kepada Nabi saw): “Wahai Rasulullah, hampir saja aku tidak mendapatkan (makna) solat yang kami diimami oleh si fulan kerana sangat panjang.”Maka aku (perawi) tidak pernah melihat Nabi saw marah dalam memberikan nasihat yang lebih keras daripada hari itu. Beliau bersabda :
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian telah membuat orang lari. Maka barangsiapa solat mengimami manusia hendaklah dia memperingan (solatnya) kerana di antara mereka ada orang yang sakit, lemah, dan orang yang memiliki keperluan.”(HR. Bukhari)
Al ’Allamah Al ’Ainy berkata dalam mengulas hadis di atas: “Pada hadis ini terdapat makna yang menunjukkan tentang bolehnya marah terhadap perkara-perkara agama yang diingkari.” (‘Umdatul Qari’ 2/107)
Pada riwayat Imam Bukhari yang lain dari Abi Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw pernah melihat seseorang yang menggiring seekor unta yang akan disembelih di Mekah. Nabi saw bersabda: “Naiki unta itu!”
Orang tersebut menjawab: “Sesungguhnya ini adalah unta yang akan disembelih di Mekah.”
Nabi saw bersabda: “Celaka kamu, naiki unta itu!”
(Beliau menyatakan hal ini) pada kali yang ketiga atau kedua.
Syaikh DR. Fadll Ilahi berkata: “Perkataan Nabi saw kepadanya celaka kamu -- sebagaimana yang disebutkan Imam Qurthuby -- adalah pendidikan agar dia kembali kepada (perintah) Nabi saw bersamaan dengan jelasnya keadaan baginya bahawa tidak boleh terjadi pada diri seorang mukmin keraguan dan sikap menahan diri dari melaksanakan perintah Nabi saw. - (Al Lin wa Ar Rifq halaman 52)
Imam Ad-Darimi telah meriwayatkan dari Jabir r.a bahawasanya Umar bin Khathab ra. mendatangi Rasulullah saw dengan membawa satu naskah dari Taurat seraya berkata: “Ya Rasulullah, ini adalah satu naskah dari Taurat.” Kemudian dia diam. Setelah itu dia mulai membacanya. Wajah Rasulullah pun berubah.
Maka Abu Bakar r.a berkata: “Celaka engkau, apakah engkau tidak melihat wajah Rasulullah saw?"
Umar menoleh kepada wajah Rasulullah saw seraya berkata: “Aku berlindung kepada Allah dari kemarahan Allah dan Rasul-Nya. Kami redho Allah sebagai Rab (kami), Islam sebagai agama (kami), dan Muhammad sebagai Nabi (kami).”
Maka Rasulullah saw bersabda: “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, kalau seandainya Musa muncul di hadapan kalian niscaya kalian akan mengikutinya dan meninggalkanku. Sungguh kalian telah sesat dari jalan yang lurus. Kalau seandainya Musa itu hidup dan mendapatkan kenabianku niscaya dia akan mengikutiku.” (Sunan Ad Darimi nomor hadits 44, 1/95)
Imam Bukhari dalam sahihnya membuat 2 bab yang berkaitan dengan masalah ini.
Pertama, bab tentang marah dalam memberi nasihat dan pelajaran apabila dia melihat sesuatu yang dibenci.
Kedua, bab tentang perkara-perkara yang diperbolehkan marah padanya dan bersikap keras kerana perintah Allah Taala. Kemudian Imam Bukhari membawakan beberapa hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah saw marah dan bersikap keras ketika melihat sebahagian sahabatnya melakukan perkara-perkara yang dibencinya.
Demikianlah beberapa dalil dan hujjah dari Al Quran dan As-sunnah serta beberapa perkataan para ulama yang berbicara tentang sikap keras & tegas dalam dakwah. Tentunya masih banyak yang lainnya.
Sikap keras & tegas dalam dakwah dilakukan setelah sikap lemah lembut dan kasih sayang dalam dakwah tidak berhasil merobah orang-orang yang terus-menerus dalam kemungkaran. Syeikh Muhammad Amin Asy Syanqithi pernah berkata:“Ketahuilah bahwasanya dakwah ke jalan Allah (dilakukan) dengan dua cara; pertama dengan cara lemah lembut dan kedua dengan cara kekerasan. Adapun cara yang lemah lembut, iaitu berdakwah ke jalan Allah dengan hikmah dan memberikan nasihat yang baik.
Apabila engkau berhasil dengan cara ini alangkah baiknya dan inilah yang diinginkan. Namun jika engkau tidak berhasil, gunakanlah cara kekerasan waima dengan pedang sampai hanya Allah sajalah yang diibadahi dan ditegakkan hukum-hukum-Nya, dilaksanakan perintah-perintah-Nya, serta ditinggalkan segala larangan-Nya.

LAKNAT ISRAEL
Laknat bagi mereka
membunuh jiwa-jiwa yang tak berdosa
merejam anak kecil dengan besi yang berbisa.
Laknat bagi mereka
kaum yang ingkar, sombong, keras kepala
bersifat binatang purbakala, ganas bermaharajalela.
Laknat akan membaham mereka
menunggu masa, yang hampir tiba
laknat bagi mereka, akhirat, terlebih dahulu di dunia.
BELUM PERNAH RASA BERTEMU
Ku tunggu...
Bertahun lamanya ku tunggu,
semenjak baligh!
Belum ku ketemu..Mungkin aku yang leka...
Mungkin juga ia telah menjengok, tapi ku leka juga, bila masanya yang aku tak pernah leka, alpa?
Rugi. .. tiada untung hidup begini,
tunggu tetap tunggu, menanti hanya meniti di bibir!
Bila masa kunjungannya, aku bermalasan dengan Si Leka Pak Alpa,
membiarkan penantianku rosak dan sia-sia!
1000 bulan sudah banyak berlalu takkala aku sedang berselimut dengan nafsu,
mungkin dengan dosa, mungkin juga dengan nafsu tidur durjana.
Aduhai malam, aduhai sayang, bilakan boleh kita ketemu?

APABILA LUCAH MENJADI SANDARAN
Melampau! Itu yang dapat aku katakan apabila kempen PRU13 diwarnai dengan "kelucahan". Dari mana budaya ini dibawa masuk? Kenapa budaya kotor dan jahat ini boleh menular ke dalam arena politik Malaysia? Cuba korang fikir dan kaji.
Kalau dahulunya sinonim dengan budaya cacian makian, tetapi nampak gayanya itu belum cukup bagi mereka. Seolah-olah dengan "kelucahan" mereka dapat tempat, mereka dapat sokongan, mereka dapat undian!
Tidak kiralah di pihak mana, ini sudah MELAMPAU! Mula-mula memaki, kemudia melucah, lama-kelamaan membunuh pula boleh jadi! Terus terang aku katakan, samada yang melucah itu benar atau tidak, perbuatan tersebut tetap keji. Membuka aib manusia pekerjaan bangsat (orang jahat; sila rujuk kamus dewan) namanya. Bila bangsat, tiada tempat dalam agama! Tiada tempat dalam masyarakat! Tidak layak untuk menjadi pemerintah apatah lagi menjadi pilihan ramai!
Ini akan menjadi sejarah! Dan ianya sudah menjadi sejarah, dengan fakta kempen PRU13 diwarnai kelucahan yang berani mati! Akan dibaca, akan dizikirkan kemudian hari oleh anak-anak yang sudah mula merasa sedap dengan kelucahan negarawan dan bangsawan terdahulu mereka.
Sekiranya anak aku bertanya dibelakang hari; "Ayah, kenapa dengan Malaysia waktu itu (2013: PRU13)? ... pasti bertambah bangsat mereka yang melucah itu!!!

AKU BERCINTA MEREKA JUGA
Cinta membuat hati sentiasa berdebar dan berbunga. Manusia gemar dengan cinta. Manis bercinta tersemat di hati dan takkan hilang begitu mudah sahaja. Manisnya, pahitnya, tidak seperti air hujan, meresap ke bumi hilang entah ke mana. Ianya tetap ada, walau masa di telan masa.
Zai : Awak, cuba tengok bulan di luar sana.
Fifi : Kenapa ya? Jab saya tengokkannya.
Zai : Malam ni bulan penuh. Cantik dengan cahayanya.
Fifi : Yelah, betul cakap awak! Hmmm ... Tapi kenapa tiba-tiba aje awak teruja dengan bulan? Macam tak biasa aje tengok bulan penuh mengambang?
Zai : Entahlah. Saya rasa malam ini bulan tak seperti biasa. Ada sesuatu yang sedang berlaku padanya. Awak percaya tak?
Fifi : Hehehe ... Awak nak kata yang bulan sedang berbicara dengan pungguk ya?
Zai : Boleh jadi. Boleh jadi betul apa yang awak teka tu. Dan ... awak rasa apa yang sedang mereka berdua sedang bicarakan?
Fifi : Awak, manalah saya tahu. Lainlah kalau bulan tu saya, pungguk itu awak. Tentulah saya tahu ... Hehehe.
Zai : Hehehe ... Andaikan. Andai kata itulah kita, seronokkan? Pungguk mesti rindukan bulan. Bulan pula mesti cintakan pungguk. Betul tak awak?
Fifi : (Malu-malu) Eh, pandailah awak! Pungguk yang cintakan bulanlah! Bulan merinduinya aje!
Zai : Maknanya? ... (diam)
Fifi : (Diam juga) ...
Mungkin benar, mungkin meleset ... aku cuba mengarang sahaja. Dialog antara watak di atas mungkin babak pertama untuk mengukir kalimah cinta. Kalau lain dialognya, lainlah. Apa yang penting setiap niat ada lafaznya, terutamanya bab cinta ini. Oh, indahnya orang bercinta!
Setuju?
Mungkin aku terlebih berbunga untuk penampilan kali ini, apa pun motif utamanya bukanlah untuk ke arah cinta semasa manusia. Yang mustahaknya bagaimana hubungan cinta kita dengan Pencipta kita? Berdebarkah hati dan perasaan kita setiap kali bertemu denganNya (solat, sujud, doa). Pernah tak terdetik di hati kita yang berbunga ini perasaan rindu mendalam kepada Nya?
Oh, Tuhan ku! Aku lemah dalam mencintai mu.
Oh, Tuhan ku! Aku sering melupakan Mu.
Ampunkanlah diri ku.
Ampunkalah ...
DALAM HATI ADA CINTA
Dalam hati ada cinta,
cinta murni takkan ternoda,
cinta yang manis, tak perlukan coklat dan bunga,
cinta sejati sampai bila-bila,
cinta istimewa, berkongsi kita semua.
Cinta pada Allah, Cinta akan RasulNya

Menghidu Bau Bulan
Aku cuba menghidu bau bulan,
pelbagai rasa baunya,
ada manis di awalnya,
ada masin di tengahnya,
tak kurang juga kelat dan pedas di akhirnya.
Bagaimana menghidu boleh merasa?
Hidu dengan hidung atau telinga?
Bagi aku menghidu juga perlukan mata, otak, akal dan jiwa raga.
Menghidu bau bulan bairlah berpada,
akhirat jangan dilupa,
kubur hanya menerima keranda dan kain kapan sahaja.
Oh bulan, aku dapat menghidu bau mu!
Tak jauh, tak dekat, di mana-mana, setiap masa ...
bau mu sentiasa ada.
SEMANGAT RAMADHAN
Ada yang sebut ramadhan, ada juga yang sebut romadhon.. Tiada dosa pahala di situ.
Yang lebih utama adakah kita sempat bertemu dengannya untuk tahun ini?
Juga yang utama adakah kita betul-betul bersedia untuk melayannya dengan penuh ikhlas dan taqwa kepada Allah S.W.T?
Justeru pada bulan ramadhan, adalah menjadi tanggungjawab diri saya dan anda semua untuk berusaha ke arah mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan lebih tekun dan dengan cara yang lebih baik iaitu mengikut sunnah rasulNya Muhammad S.A.W.
Bermula daripada penyediaan makanan sahur dan iftar hinggalah kepada perkara-perkara fardhu, semuanya adalah mengikut amalan Nabi Allah Muhammad S.A.W.
Bolehkah saya mengamalkan dan mempraktikkannya pada bulan ramadhan kali ini? Seterusnya istiqamah mengamalkannya pada bulan-bulan berikutnya, hinggalah ketemu semula ramadhan pada tahun yang akan datang? Allahu akbar. Sesungguhnya saya seorang insan yang imannya lemah, tiada daya melainkan taufiq, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.
Zilzikri : Kenapa dalam coretan-coretan yang aku nukilkan banyaknya dinyatakan soalan? Jawapannya ada pada orang yang suka berfikir dan cuba menjawabnya..

GELORA HATI
Gelora hati,
hanya pemilikNya yang tahu,
ingin ketemu, pasti.
Lebih daripada segan, lebih daripada malu,
takut sudah tentu.
Layakkah diriku?
berbaik sangka terhadapNya, pengubat gelora hati.

DUA HA' DUA H
Sewaktu menelusuri jalan pulang dari Kelantan ke Lembah Klang, corong suara kereta aku bingit dengan syarahan agama yang disampaikan oleh seorang ustaz jemputan sebuah stesen radio tempatan. Dengan kelucuan loghat kelantannya ternyata ustaz tersebut dapat menambat hati aku untuk terus layan syarahannya.
Dalam suasana memandu yang agak tegang dek kegilaan anak-anak muda yang baharu dapat kereta memotong depan dan belakang, kiri dan kanan bagaikan nyawa boleh dibeli timbang kati dikedai potong, sedikit sebanyak syarahan ustaz tersebut dapat menenangkan suasana yang tengah "sawan" tu . Apa yang aku dapat kongsikan, katanya;
Al Imam Ghazali ada berkata bahawa apabila seseorang pergi ke majlis ilmu, dia akan pulang bersama dua Ha' (H). Samada dia akan membawa Ha' yang pertama atau Ha' yang kedua.
Apakah dua Ha' tersebut?
Pertama; Hikayat, kedua; Hidayah.
Maknanya, jika seseorang pergi atau hadir ke sesebuah majlis ilmu dengan nawaitu yang salah, penuh kebendaan, maka dia hanya akan membawa pulang hikayat semata-mata. Yakni dia akan bercerita tentang kehebatan majlis tersebut, makan minum yang disediakan, gosip, kritikan dan komen terhadap keburukan dan kelemahan penganjur, penceramah dan sebagainya.
Sebaliknya, jika seseorang itu pergi atau hadir ke sesebuah majlis ilmu dengan nawaitu kerana Allah, maka dia akan pulang bersamanya membawa hidayah daripada Allah s.w.t. Tiada sebarang gosip, kritikan, dan komen yang liar, tiada sebarang adu domba, tiada sebarang cerita kehebatan kebendaan. Yang ada hanyalah ilmu yang benar, kebaikan dan manfaatnya.
Masya Allah. Kita tergolong dalam kalangan mana tu?

KITA YANG PERNAH SAKIT
Kita yang pernah sakit,
macam-macam sakit yang pernah kita rasa,
ada sakit yang membawa penyakit,
sakit yang mendatangkan gembira pun turut ada yang merasa.
Sakit yang dirasa telah membuat kita berwaspada dan bersedia,
kita berkorban apa sahaja untuk sembuh daripada rasa sakit,
kita berikhtiar supaya kita tidak mendapat lagi apa-apa sakit,
Tapi kita lupa kepada sakit yang maha sakit,
kita tidak bersedia untuknya,
langsung kita tidak memikirkan betapa maha sakitnya dia,
seolah-olah sakit maha sakit bukanlah urusan terpenting untuk kita sedia merasainya,
sakit SAKARATUL MAUT menanti semua.
Tiada guna ada takaful dunia, takaful akhirat kita lupa untuk menabungnya.

DUDUK
Duduk i'tikaf di masjid lebih baik,
duduk berzikir lebih baik,
duduk membaca al-Quran lebih baik,
duduk di majlis ilmu lebih baik,
duduk mengasihi menyayangi anak dan isteri lebih baik,
Duduk dan diam lebih baik.
Duduk daripada jauhnya perkara syubahah amatlah lebih baik,
daripada duduk membikin amarah, memerah nafsu menjadi buas dan ganas.
Bila marah ajar dan paksa diri duduk,
Orang yang hebat, sabarnya lebih.
Orang berjihad, duduknya taqwa, berdirinya taqwa.

UCAPAN YANG BAIK ADALAH SEDEKAH
"Ucapan yang baik adalah sedekah". (Riwayat Al-Bukhari no. 662 & Muslim no. 669)
- Boleh juga ditelaah dalam Kitab RIYADHUS SOLIHIN karya Imam Nawawi -
Nampaknya, aku perlukan ruang masa untuk muhasabah diri sebentar ... Hingga bersua lagi di coretan hadapan.

Jadi bagaimana dengan kita? Adakah sebelum ini kita pernah mengetahui tentang hal ini?
Mungkin selama ini saya, anda dan kalian semua sering kali mengucapkan kata-kata yang baik kepada orang sekeliling kita, baik terhadap ibu bapa, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan dan lain-lain, persoalannya, adakah kita lakukannya atas tuntutan agama dan kerana Allah serta Rasul Nya? Atau mungkin kita berkata-kata baik hanya kerana ingin mengurangkan konflik, mengambil hati, menjaga perasaan, dan sebagainya yang mana ianya hanya kerana manusia semata-mata?
Nampaknya, aku perlukan ruang masa untuk muhasabah diri sebentar ... Hingga bersua lagi di coretan hadapan.
MAKAN SEMUA HATI MERPATI
Di dalam hutan, sedang bermesyuarat sekumpulan binatang. Agenda mereka cukup besar, Raja Rimba mahu datang ke kawasan mereka. Dalam kelam kabut Sang Kancil membentangkan SOP program bagi meyambut kedatangan Raja Rimba, tiba-tiba Sang Anjing menyalak dan membantah serta merta.
Sang Anjing : Wang! Wang! Wang! Hoi, Sang Kancil! Engkau tahu tak kenapa Raja Rimba dijemput dan bersetuju datang ke mari ke sini? Boleh engkau jawab?
Sang Kancil : (Senyum sinis) Tolong la jawab!
Sang Anjing : Wang! Wang! Wang! Kawasan kita ni dah jadi sarang merpati! Membiak berpinak dah mereka kat sini! Itu ha yang kita orang nak bawa Raja Rimba ke sini, kasi makan hati semua merpati!
Sang Anjing : (Mengangguk kepala) Ooo, bukan nak halau pembalak kat sini?
Sang Anjing : Wang! Wang! Wang! urusan pembalak tu yang kesepuluh, yang terutama tahi merpati dah tak bersepah-sepah lagi kat sini. Ada engkau faham? Mana yang utama, mana yang terkemudian?
Sang Kancil : (Sinis) Ooo, barulah aku tahu! Maaf, selama ni aku tak pernah bergaul dengan geng karnivor.
Sang Anjing : Wang! Wang! Wang! (Meleleh-leleh air luirnya yang bernajis itu keluar, kerana terlalu riak dan besar kepala) Engkau dah tahu kan? Jadi lebih baik ikut saja SOP aku. Betul tak ketua?
Sang Kancil mula berwaspada, mula curiga. Dia sudah terjebak dengan geng karnivor. Dia juga mungkin jadi mangsa mereka sekiranya dia alpa.

PERSIMPANGAN MALAM
Antara persimpangan malam,
yang saban hari ditelusuri ramai,
sama melalui,
tetap melangkahi, hingga kemati,
tetap melangkahi, hingga kemati,
tanpa singgah,
tanpa berfikir panjang. tiada pernah muhasabah.
Sarat dengan bebanan, kotoran dibawa beradu, nyenyak lena bersama kealpaan.
Tuhan Semesta Alam, dilupakan.
Yang senang dipayahkan,
yang palsu dibuat kesayangan.
Mimpi indah, bersanding anggun di atas sejadah,
kelu direnjis kepenatan.
Kaku tersipu bersama kemalasan.
Lidah tak pernah basah dengan huruf-huruf hijaiyah, air mata tak pernah ke tanah.
Terus larut bersama malam,
yang umpama tiada persimpangan dan selekoh.
Pasti rugi pabila rebah!

AMALAN KITA
Zikir masih kurang,.
Baca Quran masih kurang,.
Solat sunat masih kurang,.
Solat malam langsung tiada dalam diari amalan.
Senyum masih kurang,.
Bersedekah masih kurang,.
Menolong orang yang kesusahan masih kurang,.
Solat jemaah jarang-jarang datang.
Habis apa yang bertambah?
Semuanya kurang, semuanya jarang-jarang,
semuanya kadang-kadang.
Apa yang kita perbanyakkan dalam kehidupan seharian?
Dosa dan pahala bercampur-baur,
umpama segelas air jernih terpalit segelas nanah,
berkeladak di atas, dosa.
yang berkeladak di bawah, dosanya juga.
Memang kita kena akui, yang kita lemah iman,
dan kurang amalan soleh, amalan kebajikan.

DESIRAN KIPAS
Lantunan bunyinya yang menyamankan,
malah mengujakan.
Anginnya rawak untuk dikongsi ramai,
biar kuat desirannya, jangan tinggi bilnya,
untuk hidup nyaman bukannya percuma.
Desirannya dibayar, walau peluh kering tak sekata.
Jangan disia-siakan nyamannya,
walau anginnya menyapa di hujung rambut sahaja.
Zuhey : Mudah untuk difaham, tapi payah untuk diamalkan.

HOBI SAYA MENYEBARKAN KEBURUKAN PERIBADI SESEORANG
Dek terpengaruh dengan rentak dan budaya yang ditunjukkan oleh bapak-bapak sang politikus yang tak bermoral, semakin hari semakin bertambah anak-anak muda yang lantang memaki, mencela, mengumpat akan keburukan peribadi seseorang. Bukan sekadar itu sahaja , bahkan dihebah dan disiarkan oleh mereka ke serata pelusok dunia.
Semuanya buta!!! Buta hati dan buta agama!!!
Tak kisahlah yang dimaki itu dari kalangan pemimpin berhaluan kiri atau kanan, bila mana menyentuh peribadi mereka, itu bukan ajaran agama kita Islam. Kenapa perlu kita menambah-nambah lagi keburukan dan kecelaan yang ada pada peribadi mereka? Perlukah dicanang-canangkan, ditayangkan, didedahkan keburukan dan kecelaan peribadi mereka? Dari mana kita belajar semua ini kawan-kawan? Nak disandarkan kepada siapa? Rasulullah kah? Iman Syafie kah? Atau syaitan laknatullah?
Belajarlah Islam sebetulnya, dan belajarlah Islam dengan dengan iman dan taqwa. Islam sememangnya membenarkan kita menegur dan memperbetulkan kelemahan, keburukan dan kecelaan yang dilakukan oleh pemimpin. Tetapi ada cara dan ada batas-batasnya. Yang pasti, keburukan peribadi seseorang bukan boleh dicanang dan "dipromosikan" semenang-menangnya, lebih-lebih lagi jika dia adalah seorang muslim.
Hentikanlah segera penyakit suka menyebarkan dan menceritakan keburukan dan kecelaan peribadi seseorang secara umum, baik di FB, di BLOG, di Masjid, di ceramah-ceramah, di forum-forum atau di mana-mana sahaja. Terutamanya apabila status perkara tersebut belum lagi dijamin kesahihan dan kebenarannya. Berwaspadalah, kerana di akhir zaman ini ramai golongan fasik yang berkeliaran menyebarkan fitnah dan berita palsu.
Takutlah Allah. Moga Allah mengampunkan dosa saya dan dosa kita semua.
Zuhey: Jangan kritik urusan peribadi mereka, tapi kritiklah kepimpinan mereka.

Langgan:
Catatan (Atom)