1.0 Pendahuluan
Bahasa Melayu kini telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Pengiktirafan ini menunjukkan identiti kebangsaan bagi Malaysia kepada seluruh dunia. Semakin hari bahasa Melayu semakin mendapat perhatian oleh seluruh warga dunia dan bahasa Melayu kini mempunyai sekitar 250 juta penutur di seluruh dunia. Sememangnya bahasa Melayu banyak memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan bangsa Malaysia terutamanya dalam membentuk perpaduan dan kemajuan. Objektif ketas kerja ini ialah pertama mengenal pasti saluran utama bagi bahasa Melayu memperkasakan bangsa Malaysia dan yang kedua mengenal pasti keupayaan bahasa Melayu dalam memupuk semangat nasionalisme warga Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah kaedah keperpustakaan: kaedah ini digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi menguatkan hujah yang ditulis dan fakta yang diperoleh. Kertas Kerja ini terbatas kepada bidang pendidikan dan politik negara Malaysia yang mana kedua-dua bidang ini dilihat banyak memberi ruang dan manfaat kepada bahasa Melayu untuk memperkasakan bangsa Malaysia.
2.0 BAHASA MELAYU BAHASA ILMU BAGI BANGSA MALAYSIA.
2.1 Bahasa Melayu Jambatan Ilmu.
Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri- (tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta. Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya. Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang.
Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis. Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M. Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.
Kehebatan bahasa Melayu terus didokung hingga ke hari ini, meskipun terumbang ambing tempias angin politik semasa, tetapi pejuang-pejuang sekelilingnya masih utuh terpasak mendaulatkannya. Selama berdekat lamanya bahasa Melayu telah dijadikan sebagai jambatan antara sistem pendidikan Negara dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sebagaimana yang diketahui konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsirkan daripada Falsafah Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988.
“Pendidikan di Malyasia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkaninsan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”
Berlandaskan kepada falsafah pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di atas, maka matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati cirri-ciri berikut:
• percaya dan patuh kepada tuhan;
• berilmu pengetahuan;
• berakhlak mulia;
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
• memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan
• memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia merupakan antara ciri yang terpenting yang terdapat dalam gatra di atas. Bagi membentuk bangsa kelas pertama, dua ciri terpenting yang terkandung dalam FPK ini perlulah dibudayakan dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu bahasa Melayu harus sentiasa bersiap siaga daripada semua sudut agar ianya dapat dijadikan jambatan ke arah membudayakan masyarakat dengan ilmu dan akhlak mulia. Sesungguhnya kematangan bahasa Melayu dalam membudayakan bangsanya dengan ilmu telah pun terbukti berjaya. Dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan pada tahun 1970, maka berdirilah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di Universiti tersebut.. Bahkan Menurut Hassan Ahmad, 2004, dalam tahun 1965 lagi, sekumpulan pelajar dari sekolah kebangsaan (aliran bahasa Melayu) telah diterima masuk ke Universiti Malaya untuk mengikuti kursus ijazah pertama dalam bahasa Melayu. Malah, kalau kita balik ke belakang lagi, apabila Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan dalam tahun 1953 di Universiti Malaya (di Singapura waktu itu), pelajar ‘Pengajian Melayu’ telah mulai mengikuti kursus dalam bidang ilmu linguistik, antropologi dan sosiologi dalam bahasa Melayu; para pensyarahnya ada yang terdiri daripada orang Barat, orang seperti Dr. Jessolin de Jong (bangsa Belanda), Dr. C.C Skinner dan Dr. M.Swift (kedua-duanya bangsa Inggeris), dan lain-lain, yang mengajar dalam bahasa Melayu.
Sorotan sejarah telah mengingatkan kita bahawa betapa perjuangan terhadap bahasa melayu untuk dijadikan sebagai jambatan ilmu di Malaysia begitu ketara dan hebat sekali. Hasilnya suatu dasar bahasa pendidikan telah dapat dibentuk.
Dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara yang termaktub dalam tiga Akta Pendidikan, iaitu Akta Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961, dan dua akta terbaharu, iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. Akta Pelajaran 1957 yang didasarkan atas perakuan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 diluluskan untuk menggantikan Education Ordinance 1952 zaman pra-kemerdekaan. Akta Pelajaran 1961, yang digubal hasil dari laporan dan perakuan Jawatankuasa yang dilantik dalam tahun 1960 dan dipengerusikan oleh menteri pendidikan baru, iaitu Abdul Rahman Talib, untuk mengkaji kemajuan pelaksanaan dasar pelajaran berdasarkan Laporan Razak atau berdasarkan Akta Pelajaran 1957 itu, menegaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan kebangsaan ini tentunya terikat dengan dasar yang menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68. Kalau dilihat dari segi undang-undang yang diluluskan oleh parlimen, dasar bahasa ini, baik dalam sistem pendidikan mahupun sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan, tidak berubah.
Kita tahu bahawa dari tahun 1957 hingga kira-kira akhir tahun 1960-an, sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British di negara ini tidak berubah. Sistem persekolahan terdiri daripada empat aliran, iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Mulai Akta Pelajaran 1961, sistem persekolahan ini dibahagikan kepada dua jenis: sekolah Melayu ditukar tarafnya menjadi ‘Sekolah Kebangsaan’, manakala sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil digolongkan sebagai ‘Sekolah Jenis-Kebangsaan.’ Sekolah Kebangsaan ialah sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan dan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya, manakala sekolah jenis-kebangsaan menggunakan bahasa-bahasa lain (bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil) sebagai bahasa pengantarnya. Keadaan ini tidak berubah hinggalah berlaku peristiwa 13 Mei 1969 dan negara terpaksa diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Tindakan Negara atau MAGERAN. Menyedari bahawa salah satu punca rusuhan itu ialah ketiadaan perpaduan antara kaum, pihak berkuasa MAGERAN melalui, Menteri Pendidikannya, (Tun) Rahman Yakub waktu itu, mengambil tindakan untuk menukarkan taraf sekolah jenis-kebangsaan aliran bahasa Inggeris kepada sekolah kebangsaan. Keputusan itu dibuat berdasarkan Peruntukan Seksyen 21 (2) dalam Akta Pelajaran 1961 yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan menukarkan taraf sekolah jenis-kebangsaan kepada taraf sekolah kebangsaan. Proses pertukaran taraf sekolah Inggeris kepada sekolah kebangsaan ini selesai dalam tahun 1981 apabila semua sekolah aliran bahasa Inggeris, dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat Tingkatan VI, menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya. Dalam tahun itu peperiksaan Higher School Certificate (HSC) digantikan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dalam tahun 1982, semua universiti awam dihehendaki memulakan pengajaran semua kursus pertamanya dalam semua bidang dalam bahasa Melayu. Hasil ketegasan kerajaan melaksanakan dasar bahasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Pelajaran 1961 (yang sebenarnya meneruskan dasar Akta Pelajaran 1957) itu ialah: Di akhir tahun 1980-an, dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai tahap perkembangan yang boleh kita sebut mantap atau ‘stabil.’ Kemantapan ini dapat kita lihat berdasarkan kejayaan dasar itu melahirkan generasi, dari semua kaum, yang terdidik dalam atau melalui Bahasa Melayu. Puluhan ribu pelajar kita, baik pelajar Melayu mahupun pelajar bukan Melayu, mampu memperoleh pendidikan peringkat tinggi dalam semua bidang, termasuk bidang sains dan matematik, dalam Bahasa Melayu, bukan sahaja di peringkat Ijazah Pertama, tetapi juga di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Dan banyak daripada mereka menjadi pakar dalam pelbagai bidang, atau menjadi pensyarah dan profesor yang mengajar pelbagai bidang ilmu di IPTA. Di antara mereka tidak kurang pula yang memperoleh ijazah tinggi hingga ke peringkat Ph.D di negara berbahasa Inggeris, padahal di peringkat sekolah dan di peringkat ijazah pertama, mereka terdidik dalam Bahasa Melayu, dan balik ke tanah air mengajar dalam Bahasa Melayu di mana mutu pendidikan dan mutu ilmu yang diperoleh melalui Bahasa Melayu tidak merosot, sebagaimana disangka oleh orang yang menganggap bahawa ilmu tinggi dan kemajuan manusia hanya dapat dicapai dalam atau melalui bahasa Inggeris sahaja, tanpa memikirkan bagaimana bangsa-bangsa lain di dunia ini maju dan mampu melahirkan banyak ahli sains dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang ilmu lain padahal mereka tidak mengetahui atau tidak cukup fasih berkomunikasi dalam bahasa lain selain bahasa mereka sendiri.
2.2 Pembentuk Modal Insan
Sewaktu Francois Valentyn di Melaka, beliau menulis buku bertajuk Oud en Nieuw oostindien II Del V pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18 tentang bahasa Melayu. Dalam Buku tersebut, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu telah terbukti berupaya bertindak sebagai alat komunikasi dan lingua franca yang penting di Melaka. Valentyn seorang pendatang dan ahli sejarah berbangsa Belanda dalam penulisan enam jilidnya itu telah mengisi segala keterangan sejarah dan scenario kota pelabuhan di kepulauan Melayu. Katanya:
“Bahasa mereka, iaitu Bahasa Melayu…bukan sahaja digunakan di pantai-pantai Tanah Melayu bahkan juga di seluruh India dan di negeri-negeri sebelah timur. Barang di mana-mana pun bahasa ini difahami oleh tiap-tiap orang. Bahasa ini adalah sebagai bahasa Perancis atau lLatin di Eropah ataupun macam bahasa perantaraan di negeri Italia tau di Levent. Oleh kerana banyaknya bahasa ini dituturkan maka seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu akan dapat difahami orang baik pun dalam negeri Parsi (Persia) ataupun Filipina.”
Catatan di atas telah membuktikan kepada kita bahawa bahasa Melayu telah lama subur menjadi bahasa serbaguna bagi masayarakat pada ketika itu. Walaupun dunia telah berubah, sejarah tetap megar hidup sebagai penyuluh untuk masa depan. Kini meskipun bahasa Melayu jauh terbelakang berbanding bahasa penjajah negaranya sendiri, namun ianya merupakan tunjang perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Matan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 telah meletakkan modal insan sebagai agenda utama dalam era tampok pemerintahan beliau. Agenda ini sekilas pandang tidak berbunyi canggih dan moden di ketika zaman IT ini, tetapi ianya merupakan suatu perkara yang amat penting yang harus diberi penumpuan dan penekanan di kala semua orang sedang hanyut berkejaran ke arah kemajuan dengan menggunakan jalan singkat semata-mata.
Apakah kaitanya bahasa Melayu dan modal insan/? Nyata di sini kita tidak seharusnya lupa bahawa untuk membangun modal insan yang cemerlang dan gemilang, kita perlu kembali kepada asasnya iaitu pendidikan. Plato (427-34 SM) berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewargenegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang Negara. Aristotle (384-322 SM) pula menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan political. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagian hidupnya. Proses pendidikan dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan kedaulatan Negara.
Pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa dan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda. Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masing-masing. Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan. Pendidikan di Malaysia juga memerlukan perubahan sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia. Apa yang penting, pendidikan kita perlu mampu melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif selaras dengan konsep Falsafah Pendidikan Negara. Modal insan yang dilahirkan daripada sistem pendidikan kita harus mampu menjadi penggerak utama dalam memastikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 dapat dicapai.
Dasar Pendidikan Negara kita Malaysia dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956), yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957), dan Laporan Rahman Talib (1960), yang termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama serta penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam semua peringkat. Tidak dapat tidak bahasa Melayu adalah antara agen utama pemangkin perpaduan antara rakyat di Malaysia. Seperti kita ketahui bahawa masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Di antara kaum-kaum ini pula terdapat perbezaan penempatan kawasan seperti Bandar, luar Bandar, estet, kampung nelayan dan kampong petani. Maka jurang perbezaan kedudukan dan ketidakseimbangan kaum-kaum dalam masyarakat kita dianggap tidak sesuai dan mungkin menjadi tembok penghadang perpaduan antara rakyat. Jesteru di Malaysia, bahasa Melayu dan pendidkan tidak dapat dipisahkan dalam membentuk perpaduan dan modal insan. Menurut Akta Pendidikan 1995 bahasa Melayu telah digasetkan sebagai bahasa pengantar utama untuk semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah berlainan daripada Bahasa Melayu, ia hendaklah diajar sebagai pelajaran yang wajib.
Jika ditelaah dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penyerapan kemahiran bernilai tambah.
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,perhubungan sosial dan memperoleh ilmu. Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, nilai murni, serta patriotisme dan kewarganegaraan diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1994)
Pada tahun 1976 Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan untuk meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."
Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan di kalangan pelajar, baik melalui ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan penerapan tersebut ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dalam negara kita.
Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai golongan remaja dan belia kita yang telah bersemangat untuk mengharumkan nama negara melalui bakat dan minat mereka. Baik dalam bidang akademik mahupun sukan. Nama-nama seperti Nik Madihah pelajar cemerlang yang mendapat 20A SPM 2009, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan ramai lagi memperlihatkan kepada kita betapa kejayaan mereka adalah berpaksikan kepada kesunggungan mereka dalam mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diajar kepada mereka sejak daripada bangku sekolah lagi.
Sesungguhnya generasi sekarang terutamanya golongan remaja sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock, black metal, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dan sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.
Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.
Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.
Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Jelas terbukti bahawa konsep pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan membina generasi yang sangat taat setia kepada negara dengan saling bergantung dan bekerjasama antara semua kaum tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Kekajayan ini sebenarnya dapat dicapai sekiranya fungsi yang ada pada bahasa Melayu dapat dijanakan dengan sepenuhnya tanpa meletakkan sebarang prajudis dan tanggap negatif terhadap keupayaan dan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara kita. Sesungguhnya fungsi yang dibawa oleh Bahasa Melayu amat besar maknanya dalam membentuk negara bangsa yang maju, aman dan sentosa.
3.0 BAHASA MELAYU SEBAGAI MEKANISMA POLITIK
3.1 Isu PPSMI Menyatukan Penjuang dan Pencinta Bahasa
Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada kita semua rakyat Malaysia betapa ianya memberi suatu rahmat kepada kita. Walaupun isu ini banyak dipolitikkan, tetapi ianya telah membangkitkan semangat perjuangan yang kental terutama di kalangan pejuang dan pencinta bahasa untuk mengambil kesempatan bangkit mempertahankan bahasa Melayu yang semakin hari semakin dipinggirkan.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.
Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI. Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.
Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut :
1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara
Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.
Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.
Begitulah senarionya apabila kesedaran mula timbul terhadap kepentingan bahasa Melayu. Namun ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu ini untuk memperkembangkan pengaruh politik mereka. Tapi apa yang paling mustakat ialah satu kesatuan dapat dibentuk apabila bahasa Melayu cuba diperlekehkan. Kesatuan ini mampu mengatasi kuasa politik yang ada. Kesatuan ini bukannya menolak bahasa Inggeris dalam konteks ilmu. Tetapi mereka bimbing sekira bahasa Inggeris diajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, nilai yang ada pada bahasa Inggeris itu akan menghakis nilai-nilai budaya bangsa yang sedia ada di Malaysia. Bahasa Inggeris bukan sahaja sekadar membawa logika simbolisme Barat tetapi juga sistem nilai dari Barat yang dimanifestasi secara tidak langsung sebagai suatu bentuk perwakilan kepada ‘superioriti Barat’. Secara tidak lansungnya ianya membawa kepada lunturnya keyakinan anak-anak Melayu terhadap keperibadian mereka sendiri lantaran wujudnya kesan secara psikologi jangka panjang yang menanam keyakinan terhadap superioriti Barat. Ini akan mewujudkan suatu bentuk kekaburan yang akhirnya menghilangkan keaslian daya fikir bangsa Melayu, sebaliknya menjadikan mereka sebagai pembonceng dan hanya pengguna kepada pemikiran orang lain.
3.2 Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia
Keadaan tegang dan kritikal pernah dialami oleh negara Malaysia. Keadaan ini berlaku pada tahun 1969. Pergaduhan antara kaum yang tercetus pada 13hb Mei,1969 telah menagih sesuatu alat bagi menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang mengamalkan agama dan budaya yang berbeza, dan juga mempunyai bahasa ibunda yang berbeza. Untuk memaksa atau mendorong rakyat Malaysia megamalkan satu agama atau satu budaya yang sama adalah mutahil kerana ini akan ditanggapi sebagai usaha untuk meghapuskan identiti kaum-kaum yang tertentu. Sebaliknya, untuk mendorong rakyat Malaysia menerima dan meggunakan satu bahasa yang sama sebagai alat komunikasi adalah tidak mustahil, walaupun berkemungkinan menghadapi pelbagai kesukaran dan rintangan. Bahasa ditanggapi sebagai lebih bersifat universal atau sejagat berbanding dengan agama dan budaya. Atas sebab-sebab ini, wujudlah Bahasa Malaysia pada tahun 1969 yang bakal berfungsi sebagai satu mekanisma politik, iaitu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia. Asmah (1978:1) telah menerangkan mengapa Malaysia memerlukan Bahasa Kebangsaan yang ditukarkan namanya daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia dan bakal berfungsi sebagai alat penyatuan rakyat. Menurut Asmah, “Kekacauan yang berlaku pada 13hb. Mei, 1969 memahkotakan segala pergaduhan yang pernah berlaku. Dan salah satu dari perkara sensitif itu adalah bahasa. Orang-orang didorong supaya menerima kenyataan bahawa Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan”.
Pandangan di atas jelas memperlihatkan bahawa penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia adalah atas tujuan politik yang amat mendesak, iaitu untuk menyatupadukan semula rakyat Malaysia yang telah berpecah yang berpunca daripada pelbagai perbezaan, dan salah satu yang utama adalah perbezaan bahasa. Oleh sebab Bahasa Malaysia berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan adalah diandaikan bahawa Bahasa Malaysia ialah bahasa yang tidak dihubungkan dengan budaya mana-mana bangsa yang tertentu agar ia dapat ditanggapi dan diterima oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan mereka. Semasa mengungkapkan kembali tentang kewujudan sebuah bahasa yang dipersepsikan sebagai tidak dikaitkan dengan identiti mana-mana bangsa, Asmah (1987:75) mengatakan: Boleh jadi di dalam pemikiran dan perasaan mereka [bukan Melayu] Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu menjadikan mereka beridentiti Melayu. Pertukaran nama bahasa ini pada tahun 1969 kepada ‘bahasa Malaysia’ (atau kemalaysiaan) berbanding dengan ‘bahasa Melayu’ (atau Melayu), adalah dimotivasikan oleh keinginan untuk menukar sikap tertentu ini. Apa yang jelas daripada huraian di atas adalah penukaran nama bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia bukanlah didorong oleh faktor linguistik tetapi sematamata untuk tujuan politik. Dengan kata lain, ia adalah bagi memungkinkan bahasa Melayu dapat berfungsi dengan lebih efektif sebagai bahasa penyatuan antara kaum. Penukaran nama ini mewujudkan satu perasaan keserupaan, iaitu memiliki Bahasa Kebangsaan yang serupa, iaitu Bahasa Malaysia. Di samping rasa penyatuan yang terbit dari rasa keserupaan itu, wujud juga rasa keterpisahan, iaitu perasaan bahawa kita semua ialah rakyat sebuah negara yang sama, dan kita wujud sebagai sebuah entiti yang berlainan daripada rakyat negara lain. Dengan perkataan lain, wujud rasa atau citra bahawa kita ialah entiti politik yang satu dan terpisah daripada entiti politik yang lain. Dengan demikian, rakyat Malaysia dapat memberikan kesetiaan hanya kepada sebuah negara, iaitu Malaysia. Kita tidak akan mengkhianati negara ini dengan mengutamakan negara lain. Kita ialah rakyat Malaysia, dan kita wujud sebagai sebuah entiti politik yang berlainan dan terpisah daripada entiti di luar Malaysia. Rasa keterpisahan ini mewujudkan semangat atau citra “di mana bumi dipijak di
situ langit dijunjung.”
4.0 PENUTUP
4.1 Kesimpulan
Kita dapat melihat hubungan bahasa dalam memperkasakan bangsa Malaysia dalam banyak persepsi, antaranya ialah persepsi pendidikan dan politik. Persepsi pendidikan, memperlihatkan betapa bahasa Melayu mampu untuk membina generasi bangsa Malaysia yang mempunyai indentiti kebangsaan dengan semangat perpaduan dan kesetiaan kepada negara. Latar belakang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan suku bangsa memerlukan suatu bahasa penyatuan dengan satu sistem pendidikan yang sama. Persepsi politik pula memperlihatkan bahawa bahasa pada asasnya merupakan asas pembinaan dan pengembangan sesebuah tamadun dan negara. Sejarah perjuangan politik kebangsaan di Malaysia menyaksikan bahasa Melayu dipertahankan dan diperjuangkan atas sifat kebangsaan dan kenegaraan. Hasilnya bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Sesungguhnya bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi dan nilai perpaduan yang mampu mengimbangi kestabilan politik negara. Ini kerana kekuatan jasmaniah dan rohaniah sesuatu bangsa dan tamadun banyak bergantung kepada bahasa.
BAHAN RUJUKAN
Anwar Ridwan, penyusun. 2008. Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. 1987. National Language And Communication In Multilingual Societies. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. 1987. Malay In Its Sociocultural Context. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Awang Sariyan. 1997. Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Kajian Konsep dan Pelaksanaannya dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Awang Sariyan. 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
A.Aziz deraman. 2002. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan Ahmad. 2004. Dasar Bahasa Pendidikan. Kertas kerja Konvensyen Mahasiswa Nasional anjuran PKPIM dan DBP, 25 September, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. 2005. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Shahril Mohammad Zain. 2005. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. Berita Harian, 17 Oktober, 2005, Klik DBP, Bicara Karyawan.
Sidek Baba. 2009. Melayu Perkasa. Selangor: Alaf 21 Sdn Bhd.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1994. Wawasan Pendidikan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1996. Azam dan Iltizam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1994. Pengisian Wawasan Pendidikan 1993-1995. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Wikipedia. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ppsmi
BENDERA YANG MENANGIS LAGI
Dibakar lagi..
dikroyok lagi..
disekeh-sekeh..
Bendera menangis lagi..
hilang maruah..
hilang sahabat..
hilang kasih sayang..
di laman kejiranan yang disanjung tinggi..
Mana keris terbang..
mana silat..
mana Melayu..
mana Islam..
Bila tahi jadi mainan,
bila tahi jadi manisan..
bila tahi jadi cenderahati..
Apa yang bendera mampu...
tak ubah kain putih yang dipalit warna..
kaku bila dibakar, galak bila dikibar..
Menangis lagi..
bendera menangis lagi..
Aku turut menangis..
sedih di negara sendiri..

SAYA MUSLIM?
ﺍﻠﻠﻪ ﺒﺮﻜﻮﺍﺴﺍ ﻣﺨﻠﻮﻖ ﺘﻴﺪﻖ ﺒﺮﻜﻮﺍﺴﺍ
ﺮﺴﻮﻞ ﺍﻠﻠﻪ ﺍﻴﻜﻮﺘﻦ ﺪﺍﻦ ﺍﻴﺪﻮﻻ ﻫﻴﺪﻮﻒ ﻜﻴﺖ
Dua ayat yang punyai makna yang cukup berat untuk kita pikul dan galas dalam kehidupan seharian kita..
ﺮﺴﻮﻞ ﺍﻠﻠﻪ ﺍﻴﻜﻮﺘﻦ ﺪﺍﻦ ﺍﻴﺪﻮﻻ ﻫﻴﺪﻮﻒ ﻜﻴﺖ
Dua ayat yang punyai makna yang cukup berat untuk kita pikul dan galas dalam kehidupan seharian kita..
SIMBOL PEACE - MILIK SIAPA?

Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,
Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Britain).
Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.
Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.
WALLAHUALAM
Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia
Zuhey : Berhati-hatilah kita dalam setiap perlakuan, perbuatan dan percakapan...

Allah kurniakan mata
untuk beriman
untuk berfikir
untuk beramal
untuk berdamai
untuk berilmu
untuk berdoa
Mata putih untuk lihat kebaikan manusia,
Mata hitam untuk lihat keburukan diri sendiri,
Mata sakit Baca Quran,
Mata sihat Baca Quran,
Mata baik ada kedua-dua mata, putih dan hitam
Mata jahat ada seribu macam mata, beribu warna.
Jaga mata dengan Quran.
Jaga mata dengan Iman.
BELAJAR BAHASA KELATE
HA INI BEBERAPA ENTRY DALAM PERKAMUSAN ORE KELATE. SELAMAT BELAJAR DAN MENCUBA.
nate = binatang :
tuyyuk = dragonfly
pok-e-dèng = pepatung
katok pughu = katak kodok
PENAMBAH KATA YANG MENUNJUKKAN "SANGAT"
nipih siyya'k (dengung) / nipih Nayyang = nipis sgt
ite belege / ite Lettung = tersangatlah hitam
putih suwweh / putih seppo = sangat putih, macam muka pelakon opera cina
pahit leppe = pahit sangat seakan buah peria
manih letting = manis sangat
busuk banga = busuk sangat
gheknge napung = ringan yang sangat
bulat gotel = bulat sangat
emmbbe = sangat-sangat
jauh sapok = teramatlah Jauhnya
comel Lote = comel yang amat
sejuk ketta = sejuk yang gangat
masing pekkok / masing pughik = teramat masin
kepeh blepeng = sangat kempis
keghah kekong = keras yang teramat
blana kokna = banyak yang amat
kupik hangik = kedekut nak mampos
nakuk paik / nakuk apah = penakut yang amat tinggi
meghoh meghe` = merah sangat
gelap glemak = gelap gelita
PERMAINAN
main selambuk = batu seremban
dekcok = teng teng
woh gughoh = macam guli, tapi besar sedikit, warna putih, cara mainnya lebih kurang sama macam main guli
beghambak chok duduk = main kejar-kejar
congek cakdung = jongkang jongkit
geloso = papan gelongsor
ayun = buaian
LAIN-LAIN PERKARA
monggeng aye = punggung ayam
kakoh aye = rangka ayam
baghuh = tempat pesawah simpn padi, tak tahu ada ag ke x
gilo muye = meroyan
telor temela = telur ayam yang rosak (busuk)
bole` = rabun
jo'ong = mendung hari nak ujan
panah meghik = panas sangat
bedo'oh = melebih-lebih
sak gobar = jangan risau
sekali arung = sekaligus
air geh = air berkabonat
punoh jahne = rosak/hancur
gugha bewok = gurauan yang menyebabkn pergaduhan
sek nettok = kumpulan samseng
tok pok = kurang matang
colek peghuk = sejenis mekanan bersup megunakan perut lembu (sedap seh…)
taik aye muna = tahi ayam yang masih hangat
kona lepe = corner baring/lipat
kelecak = terpelanting
lonjong = tinggi sangat
maknga / tebolah = cuai
babei = degil (
jabir / supek gelenya = plastik bag
ghettok = jambatan
koghok = tengkorak
kehek = muntahkan semula
puahsang = bosan
meppeh - tak larat
knaike = pengangkutan
koho/selo - perlahan-lahan
kettuk heghek = kentut tarik
samah = 50 sen
duo amah = singgit
Tigo amah = singgit lima puluh sen
kekoh = gigit
toksoh = jangan / tak usah
bakpo = kenapa
guano / belah mano = macam mana
gapo / gapo dio = apa / apa dia
ghoyak = bagitau
blago = berlanggar
be`kok = bergurau / acah je
ccongek = tejungkit
nnetting = melantun
deghah = deras / laju
BUAH-BUAHAN
woh tteghe = buah gajus
mokte = rambutan
woh setto = manggis
woh kekoh caa -kuih buah melaka
Zuhey :Dah 11 tahun di perantauan ni, banyak bahasa klasik kelantan yang aku dah lupa, rasa malu pada diri. Bukan pasal bersifat kenegerian, tapi kerana bahasa itu sendiri. Macam belajar bahasa Arabla, lama tak guna, hilang begitu sahaja... sayang rasanya

BERTELANJANG
Wangi..
bertelanjang..
Cantik..
bertelanjang..
manis..
bertelanjang..
khuatir disalai..
masih bertelanjang..
takut diratah..
masih bertelanjang..
gerun dipanah..
masih bertelanjang..
Telanjang tiada salah,
asalkan berpakaian.
Berpakaian tiada salah,
asalkan bertelanjang.
Mana yang salah?
Pakaian atau telanjang?
Ikan suka pada yang telanjang,
begitu juga kucing.
Kancil panjang akal,
harimau tunggu baham!
bertelanjang..
Cantik..
bertelanjang..
manis..
bertelanjang..
khuatir disalai..
masih bertelanjang..
takut diratah..
masih bertelanjang..
gerun dipanah..
masih bertelanjang..
Telanjang tiada salah,
asalkan berpakaian.
Berpakaian tiada salah,
asalkan bertelanjang.
Mana yang salah?
Pakaian atau telanjang?
Ikan suka pada yang telanjang,
begitu juga kucing.
Kancil panjang akal,
harimau tunggu baham!
LAMAN PORNO : Harus segera dihapus dan dibekukan

Segera Hapuskan laman-laman porno!
Aku tak tahu apa yang untungnya kerajaan masih lagi tidak menyekat segala macam video dan gambar lucah yang bersepah di ruang internet Malaysia. Tiada guna ucapan berapi untuk membina modal insan yang unggul. Tiada guna wang dan harta negara di pertaruhkan untuk memperkasakan kemudahan jalur lebar negara yang ironinya memberi lebih ruang kepada laman-laman lucah untuk terus mantap menjadi pilihan utama sumber akses para remaja/ peminat lucah di seluruh negara.
Adalah amat tidak wajar kelonggaran yang amat senang diberikan kepada rakyat bagi mengakses sumber-sumber lucah ini. Contohilah negara China yang mengharamkan ruang internet mereka daripada diwarnai dengan pelbagai gambar dan vedio lucah. Suatu tindakan yang bijak telah dilakukan oleh mereka.
Amat besar kesan buruk daripada limpahan laman-laman lucah ini terhadap pembangunan modal insan negara. Mana deria iman pemimpin-pemimpin Islam yang menerajui tampok pemerintahan negara sekarang? Adakah mereka sanggup memikul segala dosa yang dilakukan oleh pengakses laman lucah ini di akhirat kelak?
Bertindaklah segera. Basmikan semuanya. Ekonomi negara tidak akan maju selagi sumber yang haram ini masih bergaul dengan sumber halal yang diperah hasil keringat rakyat jelata.
BILA AZAN

Bila Azan,
Ramai yang jadi lemah batinnya,
Azan berkumandang,
Ramai yang jadi cacat pendengaran.
Bila Azan,
Ramai yang ikut lari macam setan,
nafsu dijunjung dunia di kendong,
Azan berkumandang,
Setan dipeluk dicium ditimang,
nafsu dan dunia dibelai diusap dimanja-manjakan.
Bila Azan,
Ramai yang lupa akan Tuhan,
Azan berkumandang,
Seolah-olah ramai yang tidak bertuhan,
Seruan Azan bukan seruan ke JAHANAM,
Tiada semulia seruan Azan,
Azan panggilan menghadap Allah Tuhan Sekalian Alam,

Zuhey: Masih belajar solat di awal waktu di mana azan dilaungkan.
SATIRA : Sang Pemangsa dan Babi yang Bijaksana
Terdapat sekumpulan binatang yang mendiami di taman perlindugan haiwan. Kawasan taman perlindungan ini di didiami oleh pelbagai spesis binatang dari pelbagai baka. Yang pasti antara kelompok binatang ini ada yang terdiri daripada binatang pemangsa yang amat bermaharajalela. Antaranya Singa, harimau, dubuk, serigala, buaya, pirana dan helang. Ketua mereka ialah Sang Singa jantan dan betina.
Kesemua binatang ini hidup mengikut kumpulan dan perpusat pada sistem rantaian makanan mereka. Aman, tetapi perlu berwaspada daripada pemangsa.
Suatu hari, Sang Raja mengeluh kerana hujan belum lagi mengunjung tiba bagi menamatkan kemarau panjang yang melanda taman perlindungan tersebut. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanannya bagi mencari penyelesaikan untuk mendapatkan bekalan air.
Dari petang hingga ke malam. Dari sehari ke sehari. Namun keputusannya tetap sama, iaitu tiada jalan penyelesaian. Dalam kekusutan tersebut, helang telah mengemukakan satu pendapat katanya, "wahai Sang Singa, apa kata kita minta pendapat sang babi kerana pada pengetahuan aku, babi selalu menyelusup memasuki ke kawasan manusia. Mesti dia tahu cara manusia menyelesaikan masalah apabila kemarau melanda di kawasan mereka." tegas helang dengan penuh keyakinan. "Baiklah, panggil babi mengadap aku sekarang juga," perintah Sang Singa.
Maka babi pun mengadap Sang Singa dengan penuh bongkak dan sombongnya. Habis satu keluarga dibawanya mengadap Sang Singa dan pegawai-pegawai kanannya. "Wahai babi, apa jalan penyelesaian yang kau kira yang ada pada manusia yang dapat membantu kita?," tanya Sang Singa dengan gelojoh.
"Apa guna kita nak meniru manusia. Cara mereka hidup tak sama dengan kita. Aku ada cara yang lagi bagus daripada manusia." Jawab babi dengan bongkak dan besar diri.
"Cis, biadap sungguh kamu wahai babi!" herdik Sang Harimau. "Kamu tahu dengan siapa kamu bersemuka sekarang!" Tambah dubuk pula.
"Ada aku kisah?" Balas babi dengan lagak biasanya. "Sudah!Sudah! Jangan bising depan aku, nanti aku ratah dan telan semua kamu baru tau!" Ngaum Singa Betina. Semua yang ada tunduk kecuali babi sekeluarga! "Ha, yang kamu kurang ajar sangat ni kenapa wahai babi? Apa dia cara yang kamu katakan bagus tu tadi?" teriak Sang Singa Jantan menahan kemarahan.
"Begini, kamu semuakan berkuasa. Apa susah sangat, kamu kuasailah semua punca air yang ada kat taman ni. Bahagikan samarata. Lagipun dengan menguasai punca air, kamu juga yang senang nak cari makan nanti. Semua binatang perlukan air, jadi mesti punca air yang menjadi tumpuan mereka. Meskipun kamu mendiami di situ, mereka tetap akan ke situ untuk mendapatkan air. Terpulanglah kepada kebijaksanaan kamu semua untuk mengurus tempat tu. Nak kenakan cukai ke, kamu nak baham mereka ke, nak berkongsi sama ke... terpulang. Itu dah jadi hak kamu. Kamu kan berkuasa." Terang babi dengan panjang lebar. Yang lain semua tercengang dan wajah masing-masing nak seakan-akan berkhayal di dunia sendiri. "Ingat, kemarau takkan mengendur selagi hujan tak datang." Jadi bersyukurlah kamu semua, dengan adanya kemarau kamu boleh bersenang lenang dan menikmati makanan kegemaran kamu semua. Dan jangan lupa bahagian aku!" pesan babi pada yang hadir semua. "Apa dia bahagian kau babi," tanya Sang Singa. "Jangan makan aku dan keluarga aku selagi hujan belum tiba," pinta babi. "Baiklah kami semua janji, dengan syarat kamu tidak datang minum air di kawasan kami," jawab Sang Singa dengan diselangi hilai ketawa rakan-rakannya.

JAMAAH TABLIGH...Istilah Yang Kurang Tepat
Satu ketika, aku telah bertemu seorang Prof. Madya di Universiti Awam tempatan atas urusan PHD aku. Beliau menjemput ku ke biliknya untuk berbincang tentang masalah pembelajaran ku. Sedang rancak kami bermuzakarah, tiba-tiba ada satu panggilan telefon untuk beliau. Beliau meminta izin untuk menjawabnya. Berikut antara perbualan beliau yang sempat ku rakamkan.
"Maaf tuan, petang ni saya tak dapat datang ke majlis tuan sebab saya akan membuat kerja nabi di marhalah saya. Kalu tuan berkesempatan, jemputanlah hadir sama ya."
Sambil beliau menyambung permulaannya di telefon, akal ku berlegar-legar mencari makna bagi pekerjaan nabi yang dimaksudkan oleh beliau sebentar tadi.
Akhirnya, aku dapat membuat tekaan bahawa apa yang dimaksudkan oleh beliau tersebut adalah usaha ziarah yang mana kebanyakan orang awam memanggil dan menggelar kumpulan yang menjalankan usaha ziarah ini ialah Jamaah Tabligh.
Ya, betul dan amat tepat sekali istilah yang digunakan oleh Prof. Madya tersebut. Sepatutnya tidak perlu timbul istilah Jamaah Taligh, Geng Dakwah atau sebagainya. Yang secocoknya ialah Jamaah Wasilatul Nubuwwah ( Kumpulan yang menyambung usaha-usaha kenabian)
Dan setiap daripada mereka yang mengerjakan usaha dakwah, baik secara penulisan, ceramah, mengajar dan lebih-lebih lagi menziarahi manusia rumah ke rumah, lorong ke lorong, desa ke kota dan masjid ke masjid untuk amal ma'aruf nahi mungkar adalah tergolong dalam kalangan Jamaah Wasilatul Nubuwwah.
Wallahua'lam.

PETUA ORANG-ORANG LAMA
Hari ini aku telah melawat dan menjalankan pemantauan ke beberapa buah sekolah area Shah Alam. Seperti biasala sebagai orang timur, sebelum masuk ke rumah orang, perlulah kita meminta izin terlebih dahulu sebelum ke dalamnya. Orang yang pertama yang aku patut minta kebenaran ialah pengawal keselamatan. Dalam ramai pengawal keselamatan yang aku jumpa ada lah seorang pakcik ni yang pada awal perhitungan ku beliau mungkin berusia dalam awal 50-an. Sembang punya sembang terlanjurlah aku bertanyakan umur sebenar beliau.
Terkejut aku bila mendapati yang sebenarnya beliau dah hampir berusia 70-an. Gagah, segak dan tegap orangnya. "Pakcik apa petuanya?" tanya aku dengan penuh berharap.
"Kalu nak ikutkan semua orang tahu. Bukan petua hebat pun encik." Jawab pakcik pengawal keselamatan tersebut dengan nada merendah diri. "Saya rasa saya tak tahu pakcik. Saya ni kan muda lagi, manalah banyak sangat ilmu. Lagi-lagi dalam bab jaga kesihatan ni." Balas aku dengan mata tepat memandang kumisnya yang lebat tu. Macam hero tamil sekali pandang.
"Biasa kalau bangun tidor waktu pagi pakcik terus je minum air masak lepas tu pakcik terus ke tandas buang air besar. Badan kita ni macam enjin juga. Pagi-pagi perlu panaskan dulu. Buang sisa kotor yang terkumpul semalam, kasi keluar semua angin dalam badan tu. Barulah mudah badan nak berfungsi semula." Terang beliau dengan tenang.
"Ooo macam tu. Mustahak juga buang air besar ni ya pakcik? Lagi-lagi waktu pagi? Aku cuba minta penjelasan yang lebih konkrit daripada pakcik tersebut.
"Mustahak kot. kalu encik nak tahu dengan lebih lanjut, pakcik tak boleh nak jelaskan sebab pakcik ni bukannya doktor. Encik kena pergi tanya doktor lah." Jawab beliau sambil ketawa.
"Ada lagi ke petua yang boleh saya amal pakcik," pinta aku.
"Ada. Yang penting dan yang utama selesaikan segala hutang dengan Allah Taala. Ingat, hutang kita dengan manusia banyak...dengan Allah lagilah banyak. Solat jangan tinggal, selalu baca Quran, ada duit lebih bersedekah, sentiasa buat paik pada orang.. Insya Allah, Allah jaga kita." Suatu senyuman yang kelihatan ikhlas terbit daripada bibirnya sambil beliau menghulur tangan bersalaman dengan aku. Aku memerhati langkah beliau hinggalah susup daripada pandanganku. "Beliau ada tugas agaknya." Bisik hatiku...
Motosikal scrembler ku hidupkan. Namun bunyi ngauman eksosnya tak kedengaran kerana masih terngiang-ngiang lagi kata-kata akhir pakcik tadi di telinga ku..INGAT, HUTANG KITA DENGAN MANUSIA BANYAK...DENGAN ALLAH LAGILAH BANYAK. woo sungguh keramat bagiku..

AWASI SUMBER BACAAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA

Aku pernah terbaca sebuah buku cerita kanak-kanak yang menceritakan kisah kejadian alam berdasarkan al-Quran. Sebuah buku yang bagus untuk ditelaah oleh kanak-kanak. Akan tetapi apa yang digusarkan adalah penggunaan bahasa yang digunakan adalah amat tidak sesuai bagi kanak-kanak. Cuba anda tafsirkan ayat berikut berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang anda miliki dan bandingkan pemahaman yang diperolehi oleh kanak-kanak berdasarkan ayat berikut:
"...Allah mengambil tanah yang dibawa oleh malaikat lalu menggaul dan menguli tanah tersebut seperti menguli roti dan jadilah manusia pertama yang bernama adam."
Bagi aku perumpamaan seperti menguli roti adalah amat tidak tepat dan boleh memesongkan akidah kanak-kanak bahkan juga kepada orang dewasa. Memanglah penggunaan ayat di atas adalah bertujuan untuk memudahkan pemahaman kanak-kanak, tetapi penulis seharusnya mengerti bahawa sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk Nya.
Oleh itu, berhati-bahtilah kita semua dalam hal remeh sebegini. Mungkin tujuan penulis tersebut baik dan mungkin juga ada agenda sebaliknya. Pantaulah setiap aktiviti anak-anak kita meskipun dalam perkara-perkara yang remeh temeh. Ini kerana akidah mereka lebih berharga berbanding kasih sayang kita terhadap mereka.
MANSUH UPSR & PMR: Suatu Pandangan
Alhamdulillah terima kasih kepad TPM kerana memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan tentang cadangan kementerian untuk memansuhkan UPSR & PMR.
Adapun pada hemat saya yang cetek pengetahuan dan pengalaman ini berfikiran adalah lebih baik sekiranya masayarakat umum terlebih dahulu difahamkan tentang kehendak sistem pendidikan negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara(FPN). FPN Malaysia adalah seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan menyeluruh dan bersepadu? Adakah sistem peperiksaan boleh dianggap menyeluruh dan bersepadu? Adakah sistem peperiksaan boleh melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelik, rohani, emosi dan jasmani? Persoalan ini mungkin belum dapat memberi gambaran yang jelas kepada kita. Kerana kita sudah terlali dengan kelaziman yang tersedia ada. Iaitu dapat A bagus, dapat E gagal, dapat tempat pertama kedua dan ketiga dalam peperiksaan hebat, manakala dapat tempat ketiga puluh lemah dan lembab.
Bagaimana pula dengan murid dan pelajar yang cergas dan aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum tetapi mereka lemah dan terkandas dalam peperiksaan? Ramai juga murid & pelajar yang pandai dan pintar tetapi malas bersukan, tiada hormat pada guru dan peraturan sekolah.
Kenapa perlu murid diasingkan kepada kelas yang lemah dan kelas yang pintar? Kelas pertama murid & pelajar yang pandai dalam pelajaran (tetapi jarang yang aktif dalam sukan) kelas kedua sederhana dan kelas ketiga golongan murid & pelajar yang lemah, lembab dan nakal. (Kebanyakan yang aktif bersukan)
Maka mana nilai yang dikatakan menyeluruh tersebut? Dan adakah ianya bersepadu?
Banyak persoalan yang perlu difikirkan. Dan banyak juga perkara yang perlu diubah dan dinilai semula.
Fokus semata-mata hanya kepada peperiksaan banyak kelemahannya. Ramai ibu bapa malah guru-guru mengabaikan subjek yang tidak tersenarai dalam subjek peperiksaan dan penilaian yang utama iaitu UPSR, PMR & SPM seperti Pendidikan Islam, Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kemahiran Hidup, dll. Ramai ibu bapa dan murid & pelajar bimbang gagal dalam subjek Matematik, Sains, BI, BM, Sejarah dll. Akan tetapi mereka tiada kesah tidak datang aktiviti kokurikulum, gagal dalam subjek Moral dan Pendidikan Islam, tidak tahu peraturan, tidak hormat guru, malu ke hadapan, pasif berpersatuan, kurang berdikari, "lembik", dan sebaginya.
Hakikatnya dimanakah yang dikatakan menyeluruh seperti yang dikehendakkan oleh FPN? Dan benarkah ianya bersepadu? Hanya yang menyerlah aspek intelek yang diperkembangkn di dalam sistem persekolahan sekarang. Manakala yang lain-lain (Jasmani, Emosi & Rohani) dianak tirikan. Hanya sekadar melepas batuk di tepi tangga. (ada tetapi tidak sehebat dan seoptimum seperti mana yang diberi pada peperiksaan dan penilaian)
Oleh itu, perkara ini perlu diteliti dan dikaji sehabis baik yang mungkin.. Biar tepung terpalit di tangan asalkan rambut dapat dikeluarkan.. jangan takut meniup tepung nanti khuatir kelibat rambut tidak dapat dicari.. Tiup & Tarik rambut pelahan-lahan, jangan sampai tepung mengotorkan diri.
Kita mahu melihat pada masa yang akan datang, generasi kita bukan sahaja bijak, pintar dan genius inteleknya, akan tetapi lebih daripada itu. Oleh itu tidak adil hanya mereka yang lulus peperiksaan sahaja yang mendapat tempat untuk lebih berjaya, walhal mereka yang terkandas dan tidak lulus peperiksaan sebenarnya lebih berhak untuk maju kehadapan. Tidak semestinya mereka lemah intelek mereka gagal dalam semua perkara, begitu juga sebaliknya tidak semua mereka yang genius intelek mereka tahu dan mahir semua perkara.
Wallahu'a'lam.

TEORI YANG MENJAHANAMKAN KITA
Siapa yang percaya fasa manusia bermula dengan beruk atau kera?
Siapa yang percaya kehidupan manusia bermula dengan zaman Mesoliti, paleoliti dan Neolitik?
Siapa lagi yang bercaya dengan kebanyakan teori sains yang karut-marut...
Hakikatnya kita semua tertipu... Al-Quran dan Al-Hadis telah menjelaskan yang sebenarnya...
Manusia yang pertama ialah Adam.. Adam yang yang telah dikurniakan dengan ilmu dunia.. Adam yang ada perasaan malu dan tahu menutup auratnya...
Dalam kitab Shahih Bhukhari dari Ibnu Abbas berkata, 'Rasullullah bersabda, 'Di antara Adam dan Nuh berjarak sepuluh zaman dan semuanya beragama Islam." Maka siapa yang dapat membenarkankan ini? Hadis ini amat bertentangan dengan para ilmuan... Jelas ada di antara kita yang meraguinya dan masih bulat dengan pegangan bahawa manusia pada mulanya bodoh, tidak beragama, hidup tiada terurus, tiada berpakaian dan sebagainya..
Saya dengan yakin beriman bahawa dari awal penciptaan manusia, manusia adalah sudah sempurna... dibekalkan ilmu dan agama. Tiada telanjang, tiada umpama binatang dan tiada jahil lagi hina.
Zuhey : Sila baca dan dapatkan buku RAHSIA PENCIPTAAN DARI 'ARASY KE BUMI Jilid 1 & 2karangan Idh Wardani terbitan Jasmine Enterprise. Buku ini telah mendapat surat pengesahan dari Universiti Al-Azhar As-Syarif.
Banyak perkara yang dibentangkan yang menzahirkan ketempangan serta kecacatan teori dari ilmuan dan sains yang selama ini memesong pengetahuan asal kita. Wallahu 'a'lam

ESOK
Esok...
pasti kita tunggu..
esok yang di tunggu..
mungkin bukan di sini lagi...
mungkin esok di sini..
tapi esoknya belum tentu
kita di sini..
bersediakah kita untuk esok..
yang pasti esok tetap menunggu..
ingatkan pasal esok.. ketentuan yang pasti.

LAGAK SI JAHIL
Menunjuk pandai pada si alim,
heboh dan kepoh memuja hipotesis yang tiada nas dan teori,
kambing pun reti berteduh bila hujan menerjah,
masakan si jahil hendak mengaku dia bodoh,
sudah tegar menagih riak dan takabbur,
orang ke bulan dia masih di reban,
memungut tahi dibuat baja,
konon baja tahi ayam dia yang paling mujarab dan berkesan.
Biarlah si jahil dengan tahi ayamnya,
biarlah si jahil dengan angan-angannya,
kita pendakwah harus terus memandang matahari dan bulan,
memikir cara untuk mengislahkan diri dan mentarbiahkan mata hati,
bulan dan matahari tetap ciptaan Tuhan,
apa yang perlu bagi kita yang beriman dan berpelajaran..
manfaat segala yang ada pada kedua-duanya..
sebelum cahaya malap, tiada sinar bulan tiada bahang matahari..
takkala bumi dipenuhi oleh si jahil yg bodoh lagi sombong diri..

Katakan Selamat Tinggal Pada Masa & Usia Yang Lalu..
Menggamit usia remaja di pentas masa yang lalu,
daku persis manusia yang berajakan nafsu,
mekar dengan dosa dan keegoan keras membatu,
Selamat tinggal wahai kejahilan yang lalu,
daku menginsafi akan keterlanjuran itu,
bair laut membadai membelah dada ku,
biar hujan batu menhempap teras kepala ku,
asalkan Allah mengampuni dosa ku
Selamat tinggal...

KAWE PUNYA CERITA SIRI 1 : Amukan Malam Raya Korban
"Cit! Kurang ajo punya budak malaun ni. Berani mu datang kacau kawasan Balasoh (madrasah atau surau)aku." Hati ku berdetak menahan kobaran marah yang berapi-api. "Pist! Pist! Zu cepat r turun, kita orang dah bengang gila ni!" bisik kawan-kawan ku dengan pelahan. Ternyata dia orang pun tak sabar menahan marah tu. Aku hanya memerhati dari celah kangkang sujud ku. "His, ni nak teruskan solat ke tidak ni?", gertak hati ku sambil melilau ke kanan dan kiri. "Cabut je la. Aku ni budak lagi, sunat pun belum lagi." Aku terus bingkas keluar daripada solat Insyak melompat turun ke bawah surau. Pang! Pang!BOOOM! Bunyi mercun meletup betul-betul depan basikal aku.
"Woi! Mu nak kena belasah ke hah!" Jerit aku dengan sekuat hati sambil menyingsing (menyingkatkan) kain sarung! Kawan-kawan ku yang lain semua dah siap sedia di sisi untuk menerima arahan. "Hahaha, mum sibuk kenapa? Suka hati kita orang r nak main mercun sini. Kau orang budak baru kat sini jangan nak belagak kat kampung kita orang. Sedar sikit taman perumahan ni dalam kawasan kampung kita orang tau!", sinis je bunyi si malaun Kamil mengertak kami pula. "Tak kisah la kampung sapa, hormat la sikit orang nak solat ni,", balas Ariff kawan ku, anak cikgu Nik Tie.
"Hoi Arif! Aku dah lama tak puas hati dengan kau tahu. Pasal mak kau lah aku kena jemur panas 3 hari lepas!", jerit Bakar sambil meludah ke arah Arif. Tapi nasib baik kedudukan kami agak jauh. Kalau tidak mesti terpalit muka si Ariff dengan air liur busuk si Bakar tu.
"Pang! Pang! BOOOM!" Menggelupur kami melompat mengelak daripada mercun yang dibaling oleh Kamil ke arah kami. Aku sempat melihat Arman terkial-kial merangkak bangun keluar daripada longkang. "Sial! Apa aku nak buat ni? Kita orang berlima je. Arif, Arman, Ameruddin dan Igeh. Dia orang ada lapan orang." Aku berkira-kira sambil memungut pistol mainan yang tercicir akibat melompat tadi.
"Mampus la mu! Arrrrr!", Ariff menjerit sambil berlari menerjah ke arah Kamil. Belum sempat Ariff menerjah Kamil, Pang! Pistol mainan ku dah melayang singgah tepat ke hidug si Kamil. "Waaaaaa! Waaaa! Sial la kau Kewek!(gelaran bagi aku) Aku bagi tahu kat bapak aku", Kamil menjerit menangis sambil menyapu darah yang keluar daripada hidungnya. Kawan-kawannya segera mengelilinginya, memujuk dan menenangkan Kamil! Bakar sempat menunjuk penumbuknya ke arah aku, aku menundukkan pandangan, takut untuk bertentang mata dengan Bakar. Semua orang tahu, Bakar dan abang-abangnya memang semseng dalam kampung aku.
Nasib memang menyebelahi kami, sebab Pak Cik Safie (Bilal surau kami) dah terpacak depan pintu surau merenung tajam ke arah kami semua. "Woi budak, kamu ni apasal hah! Esok nak raya asyik nak bertumbuk lagi ni, nak aku bawa ke balai polis ke hah! Surau ni tempat orang nak solat, yang kamu berkelahi kat sini kenapa! Pot pet pot pet dan pot pet pot pet Pak Cik Safie berleter kepada kami semua. Aku lihat Bakar, kamil dan gengnya mula beredar pelahan-lahan meninggalkan perkarangan suaru kami, mungkin sebuku dendam terpalit kat hati dia orang ke atas kami. "Ah, lantak la! Apa aku takut." Pujuk hati ku.
Fuh! lega rasanya, kalau tidak masak aku dan yang lain-lain kena belsah oleh Bakar dan abang-abangnya. Aku dan kawan-kawan yang lain terus berlari ke ruang belakang surau konon-kononnya nak menolong menyiapkan juadah bagi orang-orang yang lepas tabir raya.
Esok raya, aku tersengih mengerling pada Arman, Ariff, Ameruddin dan Igeh. Mulut dia orang dah penuh dengan roti jala. Dasar budak nakal. Pantang tengok makanan, lagi-lagi yang percuma punya. Aku pun segera tumpang sekaki da. Takbir raya syahdu berkumandang. Kami takbir bersama, mulut penuh makanan, sambil membentang tikar dan menyusun makanan dan minuman.

CERITA BENAR SIRI 2 : Kurang Cerdiknya Aku
"Hahaha! jalan cikgu, cepat! Cepat! Macam kura-kura jela cikgu ni," gelak si Ramli(bukan nama sebenar, anak murid ku tahun 6). "Ai melampau si Ramli ni. Ni dah lebih ni labu," gertak aku dalam hati. "Hahaha, apalah cikgu ni, masa latihan bola bukan main "teror" cikgu tunjuk "skill" dan mengajar kitaorang, ha sekarang baru tahukan, saya ni bukanlah lembab sangatkan cikgu? Hahahaha!" sengih si Ramli dengan wajah yang comotnya tu. Bengang pun ada rasa ni, mananya tidak, masuk kali ni dah 3 kali aku kalah main catur dengannya. Tapi nak buat macam mana tahan jela telinga dengar dia memekak bagai kambing kena hujan. Takpa ni masa aku tengah "sporting", layan je kerenah si labu ni. Kalu tidak, nayalah kau Ramli! Esok kau datang lewat lagi, tiada maaf bagi mu. Tunggula kat luar pagar tu sampai guru besar sendiri yang bukakan. Hehehe, gitulah gayanya seorang guru disiplin yang memang dibenci ramai tapi masih lagi disukai oleh segelintir pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah yang dah cuak tengok muka ku ni. Pelajar-pelajar nilah yang jadi kawan-kawan ku masa kat kantin dan di luar sekolah.

"Hohoho, yeye saya menag lagi. Cikgu dah kalah! Padan muka cikgu, itula suka marah-marah orang sangat. Tuhan tak suka kita selalu marah-marah ni." dengan bermegahnya si Ramli menasihatkan aku. "Aik, bila masa pula kamu jadi guru besar nak menasihatkan saya ni!", aku membulatkan mata seolah-olah nak menelan je si Ramli tu, panas rasanya telinga aku dengar ayat tersebut ditambahkan lagi malu menghadapi kekalahan kali yang ke 4 di tangan budak labu ni.
"Ekeleh cikgu ni, betullah apa yang saya cakap tu, cikgu sendiri yang ajarkan saya masa tahun 5 dulu. Cikgu dah lupa ke? Balasnya tanpa ada rasa bersalah pun. Terdiam aku. Tersipu-sipu macam bebiri lepas dipotong bulunya. Yeka aku ada ajar macam tu? Terkulat-kulat kau nak membetulkan keadaan! Yela-yela, betul lah kata kamu tu, cepat kemaskan catur tu, kita dah nak mula sesi latihan bola hari ni. Cepat siap! Sorang lambat, semua orang saya suruh lari 10 kali pusing padang! Jerit aku sambil membodohkan diri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Aduh! Malunya, dah la kalah main catur dengan budak tahun 6, cakap pula tak sama bikin da!

CERITA BENAR SIRI 1 : Doa Seorang Anak
Aku dari jauh memerhati gelagat anak-anak murid ku membersihkan kelas.Itulah kebiasaan yang menjadi kelaziman sebelum sesi sekolah di tamatkan. Kelas mesti dibersihkan!
Dari satu sudut, mata ku terberhenti, aneh melihat seorang murid perempuan sedang terkumit-kumit sambil tangan menadah langit menyorok di sebalik tingkap kelas. Dia ni memang pendiam sedikit berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Ini apa kes terkumit-kumit macam bomoh meroyan sorang-sorang. Lantas aku menghampirinya yang sedang khusyuk dengan dunia peliknya itu. Asyik dan bersungguh-sungguh benar kelakuannya.
"Nadia (bukan nama sebenar), apa yang kamu buat tu?", tanya ku. "Eh, cikgu, takda apa-apalah. Cikgu ni kacau oranglah", balasnya sambil menjengkilkan mata kepada ku seolah-olah memberi amaran supaya tidak kepoh dan ambil tahu pasalnya. "Mari sini ke belakang, cuba cerita kat cikgu apa masalah sebenarnya ni, cikgu janji takkan beritahu orang lain" pujuk ku dengan begitu beria dan penuh harapan. Dia menoleh ke kanan, kiri depan dan belakang, seolah-olah mahu kepastian bahwa tiada orang yang memerhatikan perbualan yang terjadi antara kami. Dia pelahan-lahan ke belakang kelas mengekori ku. "Cikgu janji tau, sumpah ek! Jangan bagitahu kat orang". Aku mengangguk sambil tersenyum. "Cuba cerita kat cikgu.." aku terus memotong cakapnya agar dia tak merapu minta janji yang bukan-bukan. Biasalah murid-murid ni kadang-kadang banyak pula songehnya bila disuruh sesuatu perkara, lagi-lagi yang melibatkan masalah peribadi.
"Ayah saya dah enam bulan tak kerja cikgu, dia kena diberhentikan kerja. Saya pun tak tahu kenapa. Itu yang hari-hari saya berdoa kat Allah agar ayah saya dapat kerja macam biasa, tapi ayah masih tak dapat-dapat lagi kerja. Dah puas saya berdoa ni cikgu, " jelasnya dengan nada yang lemah. Sebutir air jernih mengalir daripada matanya disusuli berpuluh-puluh yang lain pula. Namun pantas disapunya air jenih itu dengan tapak tangannya.

Aku terkedu, murid tahun empat yang masih mentah ni telah menggetarkan perasaanku. Bukan kerna simpati dek masalah yang menimpa keluarganya, tapi ketelusan hati seorang anak yang penuh pengharapan kepada Tuhan telah menggoncangkan imanku! Biar pun dia masih tidak mengerti sepenuhnya pengharapan pada Tuhan, tapi itulah hakikatnya bahawa anak-anak lagi punyai hati yang kudus dalam mendambakan pengharapn dan kasih sayang. Selama ini kita masih buta dan tuli dengan kedewasaan kita tanpa mengerti sepenuhnya perasaan dan harapan seorang anak terhadap ayah dan ibunya dalam menuntut kasih sayang dan kebahagiaan.

KUSUT MASAI RENCAH KEHIDUPAN
Lidah pada hakikatnya tak bercabang,
mulut lagi tidak seumpama tempayan,
kenapa kenyataan kita selalunya sinis pada orang,
hakikatnya tiada unsur kurang ajar tapi cukup menjengkelkan!
taat sewajibnya pada yang difardukan,
wajib yang berakal mematuhi peraturan alam,
mengapa ada yang buta pada kewajiban,
tiada taat pada ketentuan yang wajib dipatuhkan.
bersikap dingin amat menjelekkan,
kurang ajar seakan-akan ingin ditangan-tangankan,
tapi baldu tak sesuai dengan rotan,
biarkan Tuhan sendiri yang mentarbiahkan,
agar tiada kusut masai yang dinodai oleh amarah syaitan!

AKU TERIMA NIKAHNYA....
"Aku terima nikahnya"...satu ujaran yang punyai makna yang cukup berat bagi kaum adam.Ada kemungkinan hanya segelintir sahaja yang memahami makna sebenar ujaran keramat ini.
Sekiranya hendak dilihat pada makna dan kebenaran pada ujaran yang diucapkan oleh penutur yang melafazkan ujaran ini, maka makna sebenarnya ialah: "Aku Terima Nikahnya (1) BENAR jika hanya jika "Aku Terima Nikahnya (2)." (Cuba hayati betul-betul kehendak ayat ini.) Aku Terima Nikahnya (2) merupakan syarat yang memastikan kebenaran bagi ujaran Aku Terima Nikahnya (1).
Dan "Aku Terima Nikahnya" merupakan ujaran yang menpunyai PELAKUAN PERTUTURAN. Dalam menentukan samada penutur yang menuturkan ujaran ini mempunyai PELAKUAN PERTUTURAN ini, maka si penutur ini boleh dinilai dengan 3 geraklaku iaitu;
1) Pelakuan Pengucapan - ialah penutur berhasrat ujarannya itu akan menjadikan dia bertanggungjawab menerima segala konteks yang berkaitan dengan nikahnya itu.
Apakah geraklaku ini dapat dizahirkan selepas ujaran Aku Terima Nikahnya dilafazkan.
2) Pelakuan Niat Pengucapan - ialah penutur ingin perempuan yang akan dinikahinya itu menjadi isteri, ibu dan teman hidupnya dengan mentaati segala perintahnya (selagimana tidak menyalahi hukum syarak)dan dapat membahagiakan kehidupannya.
Apakah geraklaku ini dapat dizahirkan selepas ujaran Aku Terima Nikahnya dilafazkan
3) Pelakuan tindak balas - ialah penutur ingin wali bagi perempuan yang akan dinikahinya itu menikahkan dia dengan perempuan yang diwalikan oleh si wali itu dan si penutur menerima segala bentuk syarat yang termaktub dalam klausa taklik yang ditetapkan oleh perempuan yang akan dinikahinya itu.
Apakah geraklaku ini dapat dizahirkan selepas ujaran Aku Terima Nikah dilafazkan.

TANAH AIR KU
Tersirna dek pelampau yang buas,
mahu meranapkan tiang seri tanah air ku,
mereka tiada sedar mereka dalam musibah,
sepatutnya bersyukur dengan jasad dan nyawa yang Tuhan anugerahkan.
Biar sekalipun dajjal yang mengepalainya,
biar sekalipun "gog magog" disebalik ketaksuban mereka,
tetap aku berdiri mempertahankan tanah air ku,
bukan kerna budaya mahupun bangsa,
kerna Agama Allah ingin ku bela!
Bukan dengan cara yang "bodoh",
tapi dengan cara yang paling bijaksana!
Awas! Tuhan murka pada mereka yang suka mengadu domba,
Awas! Tuhan benci pada mereka yang suka bermusuh dan bersengketa.
Tiada terlambat untuk berbaik sangka,
pintu kedamaian sentiasa terbuka.
Dengan nama Allah, tiada yang lebih berkuasa melainkan
Kuasa dan Kudrat Nya! Peliharalah tanah air ku daripada mereka-meraka
yang sudah tertipu dan hilang kewarasannya.

AIDILFITRI YANG DAH BERLALU
Gambar Keluarga Hari Raya Pertama da
Tahun ini aku beraya di Penang, rumah mertua kesayangan ku. Bagi aku sama saja suasananya cuma yang berbeda tiada ibu bapa dan adik beradik kandung je, sambutannya sama ceria sama meriah. Yang paling penting semua kena saling mesra dan akrab barulah semuanya dapat disambut dengan penuh bermakna. Tapi tahun ini rasanya lagi cukup bermakna buat kami sekeluarga sebabnya kami dah punyai cahaya mata, bayar fitrah pun dah kena tambah. Baju raya pun bertambah. Hehehe baju anak dan ibunye je yang lebih, aku biasa-biasa aje. Raya tahun ni berkonsep boria hijau da. Yela Penangkan cukup sinonim dengan boria, jadi hentam saja la. Yang seronoknya mak mertua aku sendiri tolong jahitkan baju raya untuk cucu istimewanya ni.
Daneen Imany dengan Pak Ngah nya da
Raya tahun ni boleh tahan penat juga, sebab hari raya ketiga aku dan keluarga mertua ke Kelantan (balik kampung sekali la aku, hehehe sempat beraya dengan mak ayah serta adik beradik ku). Ada agenda penting pada hari raya keempat tu, majlis pertunangan. Bukan aku yang bertunang da, tapi adik ipar aku yang laki kat atas tu ler. "Regunya" orang Pasir Mas, putih melepak orangnya. Aku doakan moga "diarong" dapat disatukan. Jadi jangan tak jadi. Penat aku dengan orang rumah aku dok pulun mengubah hantarannya. (hehehe gurau je Imy oi, kakak yang dok pulunnye, Abang Zuhey tukang ngarah je)
Tu ha tunangnya. Saja je aku tak kasi gambar penuh, takut nanti kena saman lak. Hehehe tak minta izin pun nak muat turun gambar nih. (Tahu takpa)
Hantaran pihak kami biasa sahaja. Yang warna oren putih tu. Cantik dan "ganas" juga kombinasi warna hantaran ni (pendapat aku aje la).Harap-harap jangan lak nanti baju kawin warna oren juga. Nanti terburai di gelak oleh aku. Hahaha. Melawak je ni Imy. Ikhlasnya memang cantik hantaran yang kakak buat tu, warna dan gubahannya memang ada "omp" da. Yang paling penting tahniah sebab tak lama lagi Imy akan jadi suami dan yang utamanya "selamat menjadi orang Kelantan" Hahaha Abang Zuhey cukup berbangga...
HARI RAYA TAUTAN UKHWAH SAUDARA MARA SAHABAT HANDAI

Menjadi anjuran Islam, di hari raya kita berkunjungan ziarah menziarahi
saudara mara sahabat handai untuk menzahirkan kemesraan dan mencapahkan kasih sayang
dengan tangan dihulur tanda bermaafan, segala kesilapan dan kesalahan yang lalu harap dileburkan, mulakan hari mulia dengan seribu kebaikan, amalan di bulan ramadhan harap terus diamalkan berpanjangan menjadikan kita lebih bertaqwa serta bersyukur dengan segala pemberian yang Maha Esa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Sambutlah salam kemesraan dan kemaafan daripada ku buat semua insan yang pernah hadir dan berurusan dengan ku selama ini. Anggaplah segala kesilapan dan kesalahan yang telah ku lakukan merupakan kedaifan dan kejahilan diri ku yang lalu. Moga masih ada ruang dan kemaafan daripada kalian. Maaf Zahir dan Batin.
CEBISAN PENGAJARAN DARIPADA PUASA YANG LAMA
Seingat aku, aku pernah ponteng daripada berpuasa. Peristiwa itu berlaku masa zaman budak-budak la. Ponteng bukan sebab lapar, tapi sebab nak tunjuk hebat! Aku memang suka tunjuk hebat dan nak jadi orang hebat. Itu suatu sifat buruk yang aku miliki terbawa-bawa dari zaman budak-budak lagi. Apa kaitan hebat dengan puasa? Yang jadi hebat bagi aku masa itu ialah kebanyakan kawan-kawan aku semuanya budak-budak dewasa. Beza umur dalam 5 hingga ke 10 tahun. Kalau mereka boleh ponteng puasa, tak "kantoi" dengan orang tua mereka, tak "kena" tangkap dengan orang kampung kira dalam kategori hebat la tu! Jadi aku pun boleh serta berkemampuan buat macam "diarong", cuma yang membuatkan aku lagi hebat daripada diaorang ialah sebab aku anak imam, hebat anak imam boleh ponteng serta bohong kepada bapaknya yang dihormati oleh semua orang.
Jadi bila besar ini, baru aku terfikir betul la cakap orang yang iman itu bukan harta warisan. Sekalipun kita dibesarkan dalam keluarga orang-orang alim dan berilmu tinggi dalam agama, tak semestinya kita akan terbentuk mengikut acuan tersebut, sebenarnya urusan iman dan amal itu hanya Allah yang layak menentukannya. Jesteru sekiranya kita ternampak anak-anak muda yang berkelakuan bak binatang peliharaan "setan" sekarang ni, kita tak boleh nak salahkan semata-mata kepada mak bapak "diaorang!" Mungkin mak bapak "diaorang" pun dah kering air tekak menasihati anak-anak mereka, lebam-lebam tangan membantai "buntut" dan belakang anak-anak mereka, dan sudah malu menangis malam mengadu pada Tuhan untuk minta belas bagi mengubah sikap dan sifat anak-anak "diaorang".
Itulah realiti kehidupan sekarang, hakikatnya banyak yang menakutkan daripada yang cantik dan indah. Terutamanya bagi ibu bapa muda yang masih punyai anak kecil dalam dakapan mereka, bila besar macam manalah telatah, sikap dan kelakuan anak-anak mereka. Apa yang mengharukan lagi mendebarkan, apakah nasib ibu bapa muda ini di masa tua nanti?. Ke rumah kebajikan orang tua atau kaki lima mengemis menghabiskan sisa-sisa kehidupan dek kecelakaan sikap anak-anak mereka sendiri.
Sama-sama kita renungilah buat bekalan kita di "waktu senja" nanti.
Zuhey : Aku pun bapa yang muda. Bagaimana ya?

TERKESIMA DEK KEBODOHAN YANG TEPU
Ingatkan dah ada masters bodoh itu dah berlalu,
rupa-rupa beratus ribu lagi yang mengambil Q,
masih cetek rupanya ilmu yang dibeli selama ini,
boleh ditimbang kati, boleh ditolak dibahagi,
esok ku dah berkira-kira untuk mengambil PHD,
tapi aku terlupa bukan itu yang patut ku pulun dulu,
aku perlu belajar dengan bodoh ku dulu,
walaupun bodoh itu bodoh, tapi ia tetap menghasilkan ilmu,
ilmu yang tak perlu dibeli, ilmu yang jujur dan bererti,
selalunya kita tergoda dengan yang "seksi" dan "terbaharu",
nyata semua itu bawakan nafsu,
biar bodohku ku bogelkannya terlebih dahulu,
ku ratah segala kebodohan itu biar menjadi ilmu.
Agar bisa ku lebih bersedia,
untuk berhadapan dengan yang "seksi" dan yang "terbaharu".

Langgan:
Catatan (Atom)